Bab 10

Romantic Comedy Completed 56847

"Qis dengan Zafril masih macam tu ke?" tanya Puan Marina. Mereka sekarang duduk di taman mini yang dibina di halaman rumah.

"Macam tu macam mana mama?" Qis buat-buat tak tahu walhal faham sangat apa yang dimaksudkan oleh Puan Marina.

"Maksud mama Qis masih dingin lagi ke dengan Zafril begitu jugak sebaliknya?"

Qis hanya tersenyum tawar. Memang pun. "Masih macam dulu lagi mama. Dia tetap dengan pendirian dia dan Qis masih dengan pendirian Qis."

"Qis..Qis masih tak boleh nak maafkan Zaf ke?"

"Kenapa? Mama nak Qis maafkan Zaf ke?"

"Mama bukan apa Qis. Sampai bila Qis dan Zaf nak perang tentang hal yang belum tentu ni? Sampai bila Qis?"

Qis mengeluh. "Sampai Qis jumpa siapa dalang yang buat Qis dan Zaf macam ni. Sampai Qis dibuang keluarga."

"Qis...perkara yang dah lepas, biarkan jelah. Mulakanlah hidup baru..."

"Mama...mama tahu tak. Zaf masih menuduh Qislah dalangnya. Dia tuduh Qis ma! Mananya Qis tak hangen?? Tuduh ikut sedap telinga dia ja! Hati Qis, langsung dia tak fikir!"

"Pasal tu, Qis jangan fikir ok? Perkara tu biar mama yang cakap dengan Zaf ok? Cuma, apa yang mama nak Qis maafkan Zaf."

"Tengoklah dulu mama..." Qis memandang ke arah kolam ikan. Ikan...alangkah seronok kalau aku jadi kau. Hanya berenang, cukup masa diberi makan. Langsung tiada masalah

"ZAF..." panggil Puan Marina. Dia ingin bincangkan tentang Qis dengan Zafril. Dia mahu anaknya dan menantunya berbaik semula.

"Ada apa ma?" tanya Zafril. Dia melabuhkan punggung di sebelah Puan Marina.

"Mama ada benda sikit nak bincang dengan Zaf. Zaf janji dengan mama yang Zaf takkan melenting..." Zafril hanya mengangguk.

"It's about you and Qis...I want to discuss about it if you don't mind..."

Zafril mengerutkan dahinya. Dah kenapa mama nak cakap pasal aku dengan Qis pulak? "Kenapa mama? About what?"

"Zaf masih tak percayakan Qis ke?"

"Kenapa mama tanya?"

"Jawab je Zaf. Mama nak tahu..."

"Oklah, ok. Zaf memang tak percayakan dia. Never! Dia tu penipu mama! Depan mama je dia tunjuk baik walhal belakang...dia sibuk kikis harta kita!" ujar Zafril tegas.

"Zaf! Kenapa Zaf cakap macam tu? Mama tak ajar Zaf tau untuk menilai seseorang perempuan sampai macam tu sekali."

"Sorry..."

"Well, takkan dalam hati Zaf tu tak ada space untuk terima Qis? Sikit?"

Zafril hanya diam. Ada ke? Yang aku rasa sekarang ni ialah menyampah! Menyampah sebab dalam hidup dan keluarga dia kembali ada nama Qisnurul Humaira yang sudah dipadam dulu.

"Zaf??? I'm asking you. Answer me..."

"Ma...boleh tak kalau kita tak payah nak cakap pasal ni? Dalam hati Zaf ni langsung tak ada space untuk dia masuk. Tak ada ma!"

"Sebab Zaf masih fikirkan yang dia penyebab Zaf kahwin dengan dia?"

"Yes. You get it right? Mama...takkan mama tak nampak yang dia dah plan semua tu dari awal lagi?"

"You're wrong. You're too much make assumption to woman. Takkanlah Qis nak buat benda tu...takkanlah dia nak kehilangan keluarga dia sendiri? Takkan dia nak menjatuhkan maruah dia sendiri?"

"Ma...perempuan zaman sekarang ma! Mana ada yang suci dan baik lagi even dia pakai tudung sekalipun. Kalau dalam hati tu dah niat nak kahwin dengan orang kaya, dia akan buat jugak! Dia akan buat apa saja asalkan hajat dia ditunaikan. Orang tua pun depa nak!"

"Astaghfirullahalazim! Sampai macam tu sekali kan kau buat kesimpulan tentang akukan??!" sapa satu suara yang mengejutkan Zafril dan Puan Marina. Mereka berdua melihat ke arah Qis yang masih berdiri.

"Apa?"

"Kau jangan buat-buat tak tahulah! Kau ingat aku tak tahu apa yang kau katakan dan apa yang kau cop dekat aku?! Kau pun Zafril, jangan berlagak alim bajet tahap suci sangat! Kau pun apa kurangnya? Fitnah aku! Fikir tak berdosa?!"

"Kau jangan main tuduh sembarangan kalau kau tak tahu apa-apa!" Zafril bertentang dengan Qis.

Mamat ni memang lama tak makan penerajang akukan?! Macam aku nak bagi sekarang jugak! Kasi pengajaran!

"Kau cakap aku tak tahu apa-apa? Huh! Aku belum pekak lagilah! You're foolish enough to make assumption about me. Kau ingat aku teringin sangat nak kahwin dengan kau kingkong?! Simpang malaikat 44 kalau boleh! Kalau aku teringin sangat harta kau, kenapa aku tak kahwin terus dengan bapak kau? Dapatlah banyak! Dengan kau buat apa? Habuk pun tak ada!" balas Qis panjang. Sabarnya pun ada had!

"Eleh...kau jangan nak bagi alasanlah! Kau jangan buat bajet bagus sangatlah dekat sini!"

"Sepatutnya kau cermin diri kau dulu sebelum kata dekat aku. Cukuplah aku dah hilang kepercayaan ibu bapa aku oleh sebab mainan bodoh yang aku tak cipta tetapi disebabkan orang lain!"

"Kau fikir kau bagus buat assumption macam tu dekat aku?!" sambung Qis lagi. "Ok...now, I'm done with all your words. I'm off!" Qis menuju ke bilik. Beg tangannya dicapai lalu keluar dari rumah.

"Qis! Tunggu Qis!" laung Puan Marina. "See?! What you have done Zafril Husni?! Mama tak kira. Mama nak Zaf kejar Qis sekarag jugak! Now!"

Sebab tak nak bergaduh dengan mamanya, Zafril terpaksa akur dengan arahan mamanya. Kunci kereta dicapai lalu dia segera keluar dari rumah.

"Ya Allah...permudahkanlah urusan mereka berdua Ya Allah..." doa Puan Marina.

Mata Zafril melilau mencari kelibat Qis. Manalah minah ni?? Sukalah buat orang susah! Sampai di satu persimpangan, dia ternampak Qis yang sedang duduk di atas divider jalan sambil memeluk kakinya. Pantas dia memberhentikan keretanya.

Zafril keluar dari kereta lalu menuju ke arah Qis. Dia buat apa sorang-sorang dekat sini?

Qis mengangkat mukanya apabila terasa ada manusia di hadapannya. Terkejut dia bila Zafril yang berada di hadapannya. Dia mengesatkan air matanya.

"Kau buat apa dekat sini?!"

"Jom balik..."

"Tak nak! Kau baliklah! Tak takut kau kena tangkap basah pulak dengan aku nanti?" sengaja Qis mempermainkan Zafril.

"Kau jangan nak perli aku ke apa. Yang penting sekarang ni, kau ikut aku balik rumah mama dan papa!"

"Kalau aku tak nak, kau nak buat apa? Nak heret aku?"

"Kau jangan sampai aku buat kau menyesal seumur hidup kau!" Zafril mengugut.

"Terserah dekat kaulah nak buat apa dekat aku! Janji aku tak nak balik dengan kau! Aku tak nak jejak kaki ke rumah tu lagi!"

"Kenapa kau degil sangat hah?! Ikut jelah aku balik! Apa yang susah sangat?! Bahaya duduk dekat sini!"

"Apa yang kau nak kisahkan pasal aku pulak? Pergi baliklah!" Qis masih berkeras.

"Qis! Kau jangan cabar aku! I'm capable do anything out of my mind because I'm a man and my lust can come anytime. Plus, at midnight like now." Zafril gunakan kekerasan versi seram bagi kaum perempuan.

Lust? Nafsu? Urghhh!!! "Lantak kaulah! Janji, aku tak nak balik!"

"Oh...kau tak nak erkk?? Apa yang akan terjadi sebentar lagi, harap kau tak menyesal!" Zafril mendekatkan dirinya kepada Qis.

Qis mula rasa tak sedap hati. Apalah yang mangkuk ni nak buat?! Hesy!

Tiba-tiba tubuhnya ditarik dan sekarang dia berada dalam dukungan Zafril. Sekelip mata!

"Woii!! Turunkan akulah! Zafril!!!"

"Susah sangatkan nak dengar cakap aku?"

"Lepaslah!"

"Kalau aku lepas, kang tak pasal patah pulak pinggang kau! Dah! Aku bukan nak buat apa pun!" Zafril meletakkan Qis di tempat penumpang.

Zafril masuk ke dalam kereta. Dia memandang kejap wajah Qis.

"Kau ni dah kenapa?!"

"Apa lagi plan kau sebenarnya?"

"Apa kau merepek ni?! Plan apa?!"

Zafril mendengus. "Kau jangan buat-buat tak tahu! Kau cerita dekat mama kan tentang kita!"

"Hoi! Apa kau cakap ni?! Kalau kau ada masalah dengan mama, jangan nak libatkan akulah!"

"Habis tu, kenapa mama boleh bukak cerita tentang kita pulak? Mama tak akan bukak cerita kalau mulut kau tak gatal nak cakap pasal benda ni!"

"Kau ni tak habis-habis kan nak tuduh aku?! Kalau macam ni gayanya, aku tidur tepi jalan lagi bagus!" Qis bersedia nak keluar dari kereta. Namun, tangannya dipegang.

"Apa?"

"Tutup pintu tu. Kita balik rumah mama..." Qis memandang Zafril lama. Apahal dia ni? Bipolar disorder terlebih ke apa? Qis menutup pintu kereta. Dalam hatinya, masih mengutuk Zafril.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience