Bab 35

Romantic Comedy Completed 56847

DUA BULAN KEMUDIAN...

Anis Rania duduk di dalam biliknya sambil memeluk kakinya. Diana! Kau tunggu! Kau tunggu pembalasan dari aku! Hahahaha! Aku Anis Rania lah! Tak ada sapa pun yang boleh lawan aku!

"Kau memang tak guna Diana! Jerk! Sial!" jerit Anis. Gayanya macam dah tak siuman.

"Aku akan pastikan kau pulak yang mengikut giliran Zarul!" kata Anis lagi. Fikirannya sekarang memang terganggu sejak Diana buat pengakuan hari tu.

Diana duduk di kerusi yang disediakan. Di bumi Taiwan dia melepaskan semua kekesalannya dan segala rasanya.

Di Taiwan, dia merasakan dirinya lebih tenang dari gangguan mental! Namun, lagi sebulan sahaja tinggal untuk dia kembali ke bumi Malaysia. Dia ke bumi Taiwan hanya untuk melarikan diri dari Anis. Namun, dia tahu. Anis berusaha mencarinya hingga ke lubang cacing.

Apa pun yang akan terjadi, dia akan terima. Even nyawanya tamat di tangan Anis pun dia terima.

"Huh...Anis Rania..."

KINI kandungan Qis sudah menjangkau 9 bulan. Ahaha...tunggu masa nak bersalin! Sekarang nak jalan pun dah tak larat.

"Sayang boleh jalan ke ni? Nampak macam dah tak larat sangat dah ni." tanya Zafril.

"Bolehlah...kalau tak saya tak prepare breakfastlah..." kata Qis.

"Abang bukan apa, kesian tengok sayang jadi kura-kura..."

"Kura-kura? Kenapa pulak?"

"Yalah...jalan lambat sangat!" Zafril mengusik isterinya. Qis mencebik.

"Awak punya pasallah saya jadi kura-kura!"

"Pengorbanan seorang ibu..."

"Ceh! Pengorbanan konon!"

"Apa-apalah...sayang, jom balik rumah mama dan papa nak? Mereka cakap nak tengok perkembangan cucu dalam perut ni. Lagipun lam kita tak balik rumah mama dan papa..."

"Bukan rumah dan papa ja naih...rumah ibu dan abah pun lagi lama tak balik!"

"Abang tahu..."

"So?"

"So...jomlah balik rumah mama dan papa...dekat rumah mama dan papa ada surprise untuk sayang tau!"

"Apa surprise tu?"

"Kena balik rumah mama dan papa dululah. Baru tahu surprisenya..."

"Alah...bagi tahulah."

"Nope! Kita balik rumah mama dan papa dulu ok?"

"Tak boleh bagitahu sekarang ke?"

"Tak. Kita balik dulu ok? Kesian hadiah dok tunggu sayang dekat sana..."

"Oklah...demi hadiah!"

"Demi hadiah ja?! Isy! Tak patut!"

"Biarlah..."

SAMPAI di rumah mama dan papanya, Zafril memakirkan kereta di garaj. Dia menolong Qis keluar dari kereta. Dengan perut bonyotnya...kesian isteri aku ni.

"Jom masuk!" Qis dan Zafril masuk ke dalam rumahnya.

"Assalamualaikum!" Zafril memberi salam lalu menuju ke arah mama dan papanya sekaligus dengan tetamu yang hadir.

Qis turut menyalami mama dan papa Zafril. Namun, apabila beralih kepada tetamu... "Ibu! Abah!" Qis segera memeluk tubuh ibunya. "Qis rindu ibu..." Qis menyalami ibunya.

"Ibu pun rindu dekat Qis..."

"Abah..." Qis menyalami abahnya.

"Berapa lama lagi nak bersalin?" tanya Puan Sharifah.

"Dalam dua minggu lagi ibu..."

"Tak lama lagi semua pakat naik pangkatlah..." kata Tuan Nasri disambut ketawa oleh mereka semua.

"Papa...Zakri mana?"

"Ada dekat atas tu...apa yang dibuatnya pun tak tahu..."

"Sayang...abang naik ke atas kejap ok?" Qis mengangguk.

"Ibu, abah...saya beredar kejap?" Puan Sharifah dan Tuan Jeffri hanya mengangguk.

Sampai di hadapan bilik Zakri, dia mengetuk pintu bilik. "Siapa tu?" soal Zakri dalam bilik.

"Abang ni..."

"Masuklah..."

Zafril masuk ke dalam bilik adiknya. Apa yang dibuat Zakri ni? Paper work terabur habis atas lantai.Laptop pun on lagi.

"Kenapa abang?"

"Projek dekat Seberang Jaya tu dah siap?" soal Zafril sambil meneliti paper work yang dibuat oleh Zakri.

"Sikit lagi abang..."

Zafril meneliti paper work tersebut. Ok...complete. "Zakri...abang nak Zak betulkan nama client. Bukan Encik Mahmud tapi Dato Mahmud. Jangan silap yang tu!"

"Ok abang..."

"One more, tidy up your rooms because I'm sure kalau mama tengok ni confirm dia bising."

"Baik bos..."

"One more, tahu tak ibu dan abah isteri abang datang?"

"Tahu, tapi Zak dah cakap dah yang Zak banyak kerja. So tak boleh nak join..."

"Bila Dato Mahmud nak laporan ni?"

"This week jugak. Sebab tulah Zak bawak balik laporan ni..."

"Nak abang tolong?"

"Tak payahlah abang. Dah nak siap dah pun.."

"Ok...kalau nak apa-apa, cakap dengan abang ok? Need approvement ke sebab laporan ni kena ambik approvement abang jugak."

"Ok abang..." Zafril keluar dari bilik Zakri.

"Sharifah...Encik Jeffri...jomlah makan sekali. Makanan dah siap."

"Bolehlah jugak. Perut ni pun dah lapar ni..." seloroh Tuan Jeffri. Mereka semua ketawa dengan kata-kata selamba Tuan Jeffri.

ZARUL menunggu kehadiran seseorang. Mana pulak Sofia ni? Kata dah nak sampai! Hesy! Suka buat aku tertunggu-tunggu!

Eh Zafril! Ada makna ke? Kau jangan gelojoh sangat! Buatnya Sofia tu tak jadi datang macam mana? Padan muka kau! Alah...lagipun kau kan gentleman. So, setakat tunggu ni tak ada masalah kan??

"Sorry sebab lambat! Jalan jammed! Dah lama tunggu?" soal Sofia sambil rambutnya dibetulkan. Entah-entah nampak macam Kak Limah dah apa!

"Tak apa...baru setengah jam!"

"Setengah jam?! Sorry...mesti dah kematu punggung awak tu kan?" seloroh Sofia. Isy! Tak cover langsung mulut ni!

"Taklah sangat. By the way, saya nak tanya. Awak tahu plat nombor kereta yang langgar saya hari tu?"

"Tahu! kejap..." Sofia membuka note di telefon bimbitnya. "Nombor plat dia ANS 7659"

"Betul?"

"Betul...kenapa?"

"Tak ada apa. Saya cuma nak confirm je. Awak saksi kejadian kan?"

"Ya...bukan saya ja. Tapi, orang yang makan dekat restoran tu pun nampak jugak..."

"Ok..."

"So, takkan sebab tu je awak panggil saya datang sini?"

"Memang tu je. Kenapa?"

"Hah?! Penat saya drive dari Subang sampai ke sini. Awak nak cakap yang ni je? Kotlah nak belanja saya makan ke minum ke apa..."

"Nak ke? Boleh je...awak pesanlah."

"Awak tak makan?"

"Tak..."

"Kalau tak, saya tak naklah..."

"Kenapa? Tadi kata nak makan..."

"Segan kalau tuan dia tak makan..."

"Pulak?"

"Yelah..."

"Tak apa...kalau macam tu saya order jugak? Amacam? Ok?"

"Barulah ok! Waiter!" panggil Sofia. Zarul hanya menggeleng dengan kerenah Sofia. Macam -macam!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience