"Alah...abang dah nak balik ke?" Qis buat muka seposen. Konon lakulah tu!
"Yalah adik yang aku sayang. Abangni kerja makan gaji, bukan buat gaji! So, kerja mana boleh tangguh lama-lama." ujar Zarul sambil mengusap kepala adiknya.
"Baru nak manja-manja dengan abang..."
"Manja dengan suami dahlah..." usik Zarul. Zafril hanya tersengih. Qis hanya mencebik. Nak kenakan akulah tu!
"Oklah ibu, abah...Zarul balik dulu. Qis..." Zarul menyalami ibu dan abahnya. Qis menyalami abangnya. Zafril dan Zarul bersalaman.
Zarul membisik sesuatu di telinga Zafril. "Jaga adik abang elok-elok."
"Insya-Allah..." Zafril hanya senyum. Memang dia akan jaga Qis dengan sepenuh hatinya. Eleh! Jiwang lebih!
Qis masuk ke dalam rumah apabila kelibat kereta abangnya sudah hilang. Zafril menuruti isterinya ke dapur. "Lapar lagi?"
"emm..."
"Kenapa ni? Sayang ada masalah ke?"
"Tak ada apalah..."
"ye ke? Kalau ada apa-apa, cuba cerita dekat saya. Manalah tahu saya boleh tolong..."
"Saya rindukan abang Zarul. Tu je..."
"Abang Zarul?" tak sampai lima minit abang Zarul pergi, dah rindu? Nampak sangat Qis sayangkan abang dia.
"Saya awak tak rindu?" sengaja Zafril menguji isterinya.
"Buat apa? Buat semak memori otak je..." Qis bangun menuju ke biliknya. Pintu bilik ditutup. Zafril hanya membiarkan. Datang bulan kot?
"Zafril..." sapa Tuan Jeffri.
"Abah..."
"Kenapa dengan Qis tu?"
"Katanya rindu abang Zarul..." ujar Zafril.
"Qis memang macam tu. Dari kecik sampailah dia besaq, dia memang qapat (rapat) dengan abang dia tu. Tak pernah qenggang(renggang)."
"Saya faham...alah, adik mana tak sayangkan abangkan?"
"Tak apalah...Zaf makanlah. Abah nak keluar kejap. Pi rumah Haji Hassan, lama tak jenguk dia." Tuan Jeffri keluar dari rumah.
Zafril bangun menuju ke bilik. Perlahan dia menyelinap masuk ke dalam bilik. Qis sedang melayan telefonnya.
"Buat apa tu?"
"Mesej..."
"Dengan siapa?"
"Wani..."
"Wani mana?"
"Kawan..." hanya sepatah sahaja yang dijawab. Sibuk membalas SMS dari Wani.
"Arghh!!!" tiba-tiba Qis menjerit.
"Sayang ni kenapa?" nasib baik tak luruh jantung Zafril dibuatnya. Dah tiba-tiba menjerit.
"Awak tahu tak...kawan saya Wani, akan kahwin pada bulan hadapan dengan bos saya dulu, Encik Kamal. Alamak! Bestnya!"
"Ye ke? Tahniah!"
"Qis..."
"Hmm??"
"Qis..."
"Hmm..." matanya masih tertumpu pada skrin telefon.
Zafril merampas telefon bimbit Qis. Qis mendengus tanda tak puas hati. "Apa awak ni??"
"Cuba kalau abang cakap dengan sayang, sayang tengok abang. Tak boleh ke?"
"Okay. Now I'm looking you. Tell me. Apa yang awak nak cakapkan?"
"Mama ada pesanan untuk kita..."
"Pesanan? Pesanan apa? Nak beras dari Kedah ka?"
"Tak lah...mama pesan...emm....pesan..."
"Pesan apa?"
"Pesan cucu..." Zafril tersengih nakal.
"Ya...awak nikan! Sengaja nak usik saya kan?!"
"Ini bukan usikan tapi serius punya..."
"Hesy...dahlah! Saya nak keluar.." bergetar hebat jantung Qis ketika ini. Tiba-tiba pulak! Abah cakap pasal cucu, mama pun sama. Aiya!
Qis beridir di tepi sawah padi yang terbentang luas. Lama tak balik kampung! Duduk KL bau asap kereta je! Dekat sini, nyaman dan tenang.
Tiba-tiba Qis terasa ada tangan yang melingkari pinggangnya. Mulalah terasa seram sejuk. "A...awak buat apa ni?"
"Saja..."
"Lepaslah...saya tak selesa..." dahlah cuti aku dah habis! Tolong aku!
"Bukan abang buat apa pun. Abang peluk sayang je. Best..."
"Saya tak selesalah...lepaslah."
"Macam mana dengan pesanan mama? Nak laksanakan?" Zafril masih dalam rancangan mengusik. Tapi, pesanan tu memang betul.
"Saya tak ready lagi..."
"Take your time...abang takkan paksa sayang." Zafril mengukirkan senyuman. Tak mungkin dia akan memaksa Qis.
Qis mengukirkan senyuman. Ya Allah...berdosakah aku menolak tuntutan suami? Jika benar ini perjalanan hidupku, Kau permudahkanlah segalanya. Amin...
"Jomlah masuk...nak dekat maghrib dah ni." ajak Zafril. Qis hanya menurut.
USAI menunai solat Isyak secara berjemaah, Qis menyimpan telekungnya di tempat asalnya.
Qis duduk di atas katil. Apa aku harus tunaikan sahaja permintaan dia? Tapi...aku nervous.
Baru sahaja Zafril hendak melangkah keluar, Qis terlebih dahulu menghalang. Dia menarik Zafril supaya duduk di sisinya.
"Ada apa sayang?" soal Zafril risau. Manalah tahu isterinya sakit ke apa ka.
"Saya...saya..."
"Apa? Caka je terus dengan abang..."
"Saya...saya...emm...saya...d..dah ready..."
"Apa?"
"Saya dah ready untuk menjadi isteri awak sepenuhnya."
Zafril tersenyum. Syukur alhamdulillah...hati Qis dah terbuka untuknya. Mintalah selepas ini tiada halangan.
Jantung Qis berdegup bagai nak pecah bila Zafril mendekatkan diri dengannya.
Share this novel