Bab 32

Romantic Comedy Completed 56847

Zarul keluar dari restoran selepas berjumpa dengan Kamarul. Dia benar-benar letih sekarang ni. Dia menyuruh Kamarul dan orangnya memerhatikan setiap tindak tanduk Anis Rania dan Diana Kalisha.

Ketika dia sedang melintas jalan, dia terdengar satu jeritan yang mneyuruhnya mengelak ke tepi. Namun, belum sempat dia berbuat apa-apa, tubuhnya melambung dilanggar kereta Honda City berwarna kelabu tersebut.

Sakit menguasai segalanya lalu pandangannya gelap di situ. Seorang gadis menuju ke arahnya. Ramai yang mengerumuni Zarul.

"Encik? Encik?!" panggil gadis tersebut.

"Cik...saya rasa baik cik bawak dia ke hospital segera!" arah seorang lelaki tersebut.

Ada darah! kata gadis tersebut dalam hati. Ya Allah! Banyaknya darah keluar dari kepala dia!

"Abang boleh tolong angkatkan bawa ke kereta saya tak? Tu, dekat kereta Myvi kaler kuning tu..." kata gadis tersebut.

Selepas abang tersebut mengangguk, gadis itu segera menuju ke keretanya. Dia bawa keluar kain yang sedia ada itu lalu diletakkan atas seat. Elak bagi darah tersebut terkena seat.

"Terima kasih abang..." gadis itu mengucapkan terima kasih selepas tubuh Zarul diletakkan di dalam keretanya di seat belakang.

Gadis itu segera menghidupkan enjin keretanya lalu memandu ke hospital. Dalam otaknya, dia cuba kembalikan memori tadi. Mengingati plat kereta yang melanggar lelaki tersebut.

"ANS 7659..." kata gadis tersebut. Dia mencatat plat nombor kereta tersebut dalam telefon bimbitnya lalu save.

"MACAM mana doktor?" tanya gadis tersebut selepas doktor yang merawat Zarul keluar.

"Dia hilang banyak darah dan alhamdulillah hentakkan di kepalanya tak berapa kuat. Tiada pendarahan dalaman. Cuma, hospital kami kekurangan darah jenis O..." jelas doktor tersebut.

"Darah O??" aduh! Aku dahlah darah jenis A. Macam mana ni?

"Awak ni isteri dia ke?" tanya doktor.

"Hah?? Eh, taklah. Saya...s...saya kawan dia." jelas gadis tersebut lalu tersenyum. Suami? Kawan? Erkkk! Aku baru je nampak dia hari ni! Adoyai!!!

"Awak kenal ahli keluarga dia?" gadis itu menggaru kepalanya. Satu pun aku haram tak kenal! Macam mana ni?!

"Kenal...tapi tak silap saya adik dia ada tinggal di sini...tak apa doktor, nanti saya call adik dia ya?"

"Baiklah...tapi perlukan dengan segera ya...kalau tak..."

"Ok, saya faham doktor!" potong gadis tersebut.

"Ada apa-apa, jumpa saya di bilik saya ya? Bilik saya di sebelah kanan tu ok?" gadis itu mengangguk. Doktor dan jururawat tersebut beredar.

"Aduh! Macam mana ni?! Otak aku pulak pi reka yang dia ada adik! Buatnya adik dia tak ada dekat sini, buat macam mana? Bijak betullah otak kau ni!" gadis itu mengutuk dirinya sendiri.

Kejap...aku boleh check telefon dia. Manalah tahukan mulut aku masin adik dia ada dekat sini kan?

Telefon Zarul dibawa keluar. Dia membuka contact list. Dia membuka recent contact. Gadis itu tersenyum. Younger sister(qis). Dia segera mendail nombor tersebut. Tapi, nama Qis tu macam dia tahu je. Takkanlah...

Panggilan pertamanya tak dijawab. Dia mencuba lagi. Akhirnya panggilannya berjawab.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam...siapa ni?"

Mesti dia pelik sebab suara pemanggil ni perempuan, bukan lelaki!

"Saya Sofia...saya nak cakap yang abang Cik QIs ni dilanggar dan sekarang ada di hospital..."

"Astaghfirullahalazim! Macam mana abang saya sekarang? Dekat mana hospital mana sekarang ni?"

"Dekat Hospital Kuala Lumpur. Akak datang dulu, nanti saya cerita...."

"Ok! Tunggu tau!" talian diputuskan.

Telefon Zarul disimpan kembali ke dalam beg tangannya. Dia masuk ke dalam ruang Zarul dirawat. Dia memerhatikan wajah tersebut.

Dengan berbalutkan kain di kepalanya, dia masih nampak hensem! Eh?? Apa yang kau sebut tadi? Hensem? Apa kena dengan otak kau ni Sofia? Dah biul agaknya.

Dia duduk di kerusi sebelah katil. Hensemlah...serius tak tipu. Muka dia nak ala Arab sikit...putih boleh tahanlah. Tapi, dia ni ada awek ke tak lagi?

Isy! Apa yang kau dah melalut sampai macam tu sangat?! Kau ni sebenarnya suka dekat mamat ni ke? Tak patutlah...mana tahu dia ni dah ada bini ke apa ke? Macam mana? Kang bini dia bawak parang ligan kau tak ke naya?

Dia bermain dengan rambut yang dibiarkan lepas itu. Akibat rimas, dia mengikat rambutnya menjadi satu.

Tiba-tiba pintu wad ditolak dari luar. Seorang gadis dengan lelaki masuk ke dalam wad yang diduduki oleh Zarul.

"Abang?? Abang..." Qis memeluk tubuh abangnya. Patutlah dia risau sangat tadi. Rupanya, benda dah nak terjadi dekat abangnya.

"Abang jangan tinggalkan Qis tau!" Qis menangis. Zafril mengusap bahu isterinya.

Sofia hanya memerhati. Kasih sayang antara abang dan adik...tapi kenapa aku macam pernah nampak perempuan tu?

"Macam mana..." mata Qis terpaku kepada perempuan di hadapannya. "Sofia?"

"Puan Qis kan?" teka Sofia.

"Ya Allah...terima kasih sebab bawak abang akak ke hospital. Macam mana keadaan abang akak Sofia?"

"Tak ada apa-apa yang serius sangat tapi dia kekurangan darah jenis O..."

"Darah jenis O??" Zafril hanya mendengar. Darah O? Aku pun darah O.

"Tak apa. Mana doktor. Akak nak derma darah akak..."

"No...tak payah. Biar abang yang dermakan..." kata Zafril.

"Tapi.."

"Tak ada tapi lagi ok? Sayang kan tengah mengandung. Abang tak nak terjadi apa-apa dekat sayang."

"Oklah..." care betullah suami aku ni.

"Mana bilik doktor?" tanya Zafril.

"Straight lepas tu belah kanan. Itu bilik dia..." Zafril segera keluar menuju ke bilik doktor.

PAGI itu Sofia datang ke hospital memandangkan hari ni butik tutup kerana bosnya pergi bercuti ke Australia. So, dengan pekerja sekali dia bagi cuti. Baik tak??

Dia masuk ke dalam wad kelas pertama itu. Kelihatan Qis sedang tidur sambil duduk di atas kerusi. Perlahan Sofia menuju ke arah Qis.

"Akak..." panggil Sofia perlahan. Qis tersedar.

"Ya? Ada apa Sofia?"

"Akak baliklah dulu. Kesian dekat akak...tak makan lagi. Akak baliklah dulu. Segarkan badan, makan then datang balik. Tak apa, saya ada. Saya boleh jaga abang akak ni." kata Sofia.

"Betul ke?"

"Betul akak. Dah, balik mandi, makan..."

"Thanks Sofia. Tapi, lepas Zohor nanti akak baru datang balik ok? Sebab suami akak kerja hari ni. So, tak boleh nak tinggalkan pejabat macam tu je."

"No worry akak. Akak nak datang lepas maghrib pun tak apa. Kesian dekat akak dengan baby dalam tu."

"Once again thanks Sofia. Oklah, akak balik dulu."

"Akak balik naik apa?"

"Suami akak. Tak apa, kejap lagi akak call. Akak keluar dulu ya?" Sofia mengangguk.

Sofia duduk di kerusi yang disediakan. Menunggu abang kepada Qis untuk sedar. "Abang hensem! Bila nak bangun? Kesian dekat Puan QIs. Lama tau dia tunggu abang hensem! Kesian dekat dia...semalaman dia tunggu abang hensem!"

"Abang hesem...cepatlah sedar abang hensem."

"Aduh! Apa kena dengan aku ni? Gelar dia abang hensem! Hesy! Mulut aku ni merenyam tak tentu pasal kenapa??" Sofia memukul mulutnya.

Tak lama kemudian, dia ternampak tangan 'abang hensem' bergerak. Sofia memerhati dengan teliti. Biar betul? Abang hensem dah sedar ke?? Tu jari dia gerak!

Sofia memerhatikan Zarul. Perlahan-lahan mata Zarul terbuka. Sofia mengucapkan syukur. Dia berlari keluar dan memanggil doktor.

Selepas doktor tersebut sahkan yang Zarul sudah melepasi tahap penyakitnya, Sofia segera mendapati Zarul.

Zarul memandang gadis yang berdiri di sebelah katilnya. "Awak ni siapa?"

"Saya Sofia. Sayalah yang bawak awak ke sini. Awak kemalangan..."

"Sofia? Kemalangan?"

"Ya, Encik Zarul kemalangan semalam."

Ingatan Zarul kembali menerjah. Oh betullah..."thanks..."

"No problem!" balas Sofia.

"Encik Zarul nak apa-apa ke? Nak air?"

"Boleh jugak..." Sofia menuang air ke dalam gelas lalu menghampiri Zarul.

Selepas habis air tersebut diminum, Sofia meletakkan kembali gelas tersebut di meja yang disediakan.

"Sakit lagi?" prihatin pulak Sofia ni!

"Sakitlah jugak. By the way, ada adik saya datang? Masa saya tak sedarkan diri, saya terdengar suara dia..."

"Ada. Dia balik mandi, makan dulu. Lepas zohor nanti, dia datang balik. Lagipun, semalaman dia tunggu awak. Kesian dekat dia..."

"Oh..."

"Tak apalah. Saya keluar kejap yer? Saya nak belikan makanan. Awak nak apa-apa?"

"Belikan saya sandwiches boleh?" Sofia hanya mengangguk lalu keluar menuju ke kantin hospital.

Sedari tadi, Zarul hanya memerhatikan segenap inci wajah tersebut. Sofia...nama yang cantik dan secantik orangnya walaupun insan tersebut tidak mengenakan hijab. Muka macam budak-budak.

Cantik...putih bersih. Memang top punyalah! Kalau aku buat bini, boleh tak? Eh? Apa yang kau melalut ni Zarul? Sejak bila kau ni ada aura kegatalan ni?

Tapi, aku sukalah dia panggil aku abang hensem! Opppsss!! Cover Zarul. Jangan lebih!

"FUH! Selamat aku! Dah apahal dia asyik tenung je muka aku ni? Nampak macam ikan temenung ke? Dah tenung je muka aku ni!" kata Sofia.

Dia mencapai sandwiches dua dan juga air mineral dua lalu menuju ke kaunter. Selepas membayar harga tersebut, dia kembali menuju ke wad menempatkan Zarul dirawat.

Mintak-mintaklah dia tak usya aku macam tadi! Mau luruh iman aku! Sabar...sabar...assobaru minal iman!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience