"Sayang..." panggil Zafril. Qis yang sedang tidur perlahan-lahan membuka matanya. Dia tersenyum kepada Zafril.
"Nak makan?"
"Makan apa? Saya mana boleh makan macam-macam. I'm still in confinement...ingat?"
"Ingat. Ni, ibu ada bawak nasi dengan sup ikan haruan. Katanya sayang suka sangat..."
"Ikan haruan? Nak!" perlahan Qis bangun dari pembaringannya. Zafril membawa keluar bekas makanan. Tudung bekas makanan dibuka.
Zafril menoleh ke belakang apabila tak tahan dengan bau sup ikan haruan tu. Meloyakan!
"Kenapa? Tak suka bau ni ye?" teka Qis. Dari gaya suaminya pun dia dah tahu yang suaminya tak suka bau sup ikan haruan ni.
"Tak suka bau dia. Loya!"
"Sorry...nak buat macam mana kan? Ini jelah...paling kuat boleh makan pun nasi dan sup ayam. Inilah nasib orang pantang..."
"Yelah...abang tahu and terima kasih banyak-banyak sebab sanggup bertarung nyawa melahirkan Zafril Shazwan."
"No thank you...dah saya nak makan ni. Tadi, kata tak tahan...ini boleh pulak duduk dekat dengan saya? Tak loya dah ke?"
"Adalah jugak rasa nak termuntah..."
"Ni, apa kata awak cuba rasa ikan haruan dengan nasi ni? Serius sedap..."
"Oh, tak nak! Terima kasih atas tawaran yang ikhlas tu..." Zafril menolak tawaran baik dari isterinya.
"Kenapa? Cuba rasa dulu...confirm awak suka. Rasalah sikit," Qis memaksa.
"Tak naklah...nak termuntah!"
"Cuba dulu..."
"Tak nak!"
"Cuba!"
"Tak naklah!"
"Kalau tak nak, saya tak nak bagi awak anak dah!" ugut Qis.
"Main ugut-ugut pulak! Tapi, tak naklah sayang. Nak termuntah dah ni. Tahap speed dah ni!"
"Sekali ni ja. Kalau tak boleh jugak, saya tak paksa dah..." Qis masih tak mengalah.
"Ok...sekali ni je ok?" Qis mengangguk. Qis mencedok nasi dan ikan haruan lalu sudu didekatkan di bibir suaminya.
Bau yang menusuk cukup meloyakan tekak Zafril. Kenapalah bini aku ni suka memaksa?? Kalau aku tak makan, tak dapat anak pulak nanti! Alahai, kenalah ikut.
"Bismillahirahmanirahim!" Zafril membuka mulutnya. Qis menyuapkan nasi dan ikan haruan ke dalam mulut suaminya.
Zafril sudah memejam matanya. Dia menutup hidungnya. Masya-Allah! Janganlah muntah depan bini aku! Kena buli dengan bini sendiri! Tapi...
"Macam mana?" tanya Qis. Nak tergelak tengok gelagat suaminya. Sampai tutup hidung segala!
"Not bad at all...boleh tahanlah rasanya..."
"Tulah...orang cakap dah tapi tak percaya! Nak lagi??"
"Err...tak nak!"
"Ok..." Qis meneruskan suapannya.
Macam manalah bini aku boleh makan?? Hesy! Dahlah bau kuat benor! Oh...lupalah pulak. Bini aku kan asalnya kampung. Memang makanlah...bodohlah kau ni Zafril!
DIANA keluar dari airport Kuala Lumpur. Baru tiba dari Taiwan. Tujuan dia balik ni pun sebab dia tak larat receive call dari mama dia yang asyik tanya bila nak balik.
"Pak Mail..." sapa Diana. Pemandu keluarga dia.
"Eh..Diana. Meh sini beg tu. Pak Mail letak dalam bonet..."
"Terima kasih Pak Mail." Diana masuk ke dalam kereta. Selepas menutup bonet kereta, Pak Mail masuk ke tempat pemandu.
"Macam mana dekat sana? Seronok?" tanya Pak Mail lebih menuju kepada Taiwan.
"Oklah jugak Pak Mail sebab sana tak berapa banyaka orang Islam dan susah sikit nak dapatkan makanan halal..."
"Oh...nanti free bawaklah Pak Mail sama..." Pak Mail sengaja bergurau.
"Boleh je Pak Mail..." ujar Diana sambil tersenyum.
"Kenapa Diana pergi sana? Ada kerja ke?"
"Bukanlah Pak Mail...saja nak release tension. Lama sangat duduk dekat Malaysia. Apa salahnya kita tukar angin kan?"
"emm...betullah tu! Pak Mail teringin nak ke London. Katanya best sangat."
"Pak Mail nak pergi ke? Tak apa, nanti Diana bawak. Bila Pak Mail free, kita pergi ok?"
"Boleh ke? Pak Mail lawak je Diana. Macam mana nak pergi? Pak Mail nak kena hantar Dato dan Datin lagi. Mana boleh..."
"Nanti Diana mintak dekat mama dan papa. Alah, mesti depa bagi punyalah..."
"hesy...tak payahlah Diana. Pak Mail bergurau je."
Diana hanya tersenyum. Berurusan dengan Pak Mail dirasakan lagi senang berbanding berurusan dengan mama dan papa dia yang langsung tak fahamkan dirinya. Nak pergi mana mesti dihalang! Maunya tak tension?
SEMINGGU berada di hospital akhirnya Qis dibenarkan balik. Dia tak dibenarkan balik ke rumah Zafril tapi, dia harus balik ke rumah abangnya, Zarul sebab ibunya nak jaga dia selama tempoh dia berpantang.
"Macam ni cara mandi baby. Tengok dan belajar! Tak adalah nak kalut cara nak pegang bayi nanti!" ujar Puan Sharifah.
"Faham ibu..." dia memerhatikan ibunya memandikan anaknya.
Selesai mandikan Shazwan, Puan Sharifah meletakkan bayi tersebut di atas tilam baby yang disediakan.
"Lepas mandi, dah lap semua badan dia...bukan bubuh baju terus. Kena letak minyak dekat perut dia dulu supaya tak kembung perut dia, di tapak kaki dan tapak tangan. Lepas tu, ambik pencuci tali pusat cuci pelan-pelan dia punya tali pusat. Lepas tu baru bubuh barut. Dah boh barut, baru letak baju. Faham?"
"Faham ibu..." Zafril juga turut mendengar penjelasan mak mentuanya. Bagus betullah mak mentua aku! Caring!
"Zaf pun jangan tengok saja nanti. Hang tolonglah si Qis ni sama."
"Insya-Allah ibu..."
Shazwan menangis. "Hmm...dia nak susulah tu. Hang menyusulah dulu. Ibu nak masak makan tengahari."
Qis mengambil Shazwan. "Alolo...kesian anak ibu. Lapar ye...?"
"Merah muka dia. Mesti besar nanti dia putih kan?" ujar Zafril.
"Mungkin..."
"Assalamualaikum!" Zarul masuk ke dalam rumah bersama Sofia.
"Waalaikumussalam!" jawab Qis dan Zafril serentak.
"Comelnya! Nama apa?" tanya Sofia.
"Zafril Shazwan..." balas Zafril.
"Hai...abang ni ada apa-apa ka dengan siapa? Bukan main lagi haih...." ujar Qis.
"Mana ada apa-apa. Kebetulan abang terjumpa Sofia dekat mall, abang ajaklah dia ikut sekali datang tengok anak Qis..." Zarul cuba sembunyikan kenyataan.
"Eleh...yalah tu! Abang oii! Qis bukan budak kecik yang abang boleh gula-gula noh! Ingat Qis tak tahu yang abang suka dekat Sofia?"
"Isy! Tak boleh cover sikit ka mulut tu? Stapler kang baru tahu!" Sofia pula dah merah menahan malu.
"Tak payahlah abang nak menyorok! Kalau dah suka, masuk ja minang! Tak susah kan?"
"Ingat nak masuk minang ni macam topup ka? Bagi duit, terus dapat kredit?"
"Betullah jugak tu!"
Zarul mencubit pipi adiknya. "Sayang oii! Mana ada orang buat macam tu!"
"Abang ciptalah sejarah!"
"Banyak cantik muka hang!"
"Tak cantik ke? Cantik apa..."
"Perangai tu tak cantik!"
"Ni apa bising-bising ni Qis?" Puan Sharifah menjenguk mereka di ruang tamu. "Sapa ni Zarul?"
"Err..."
"Makwe abang Zarul ibu! Abang dah nak kahwin!" seloroh Qis. Shazwan yang selesai disusukan diletakkan di atas tilam bayi.
"Hah?!"
"Mana ada ibu! Qis ni saja suka meqeka (mereka)!"
"Kalau betoi pun apa salahnya kan?" sampuk Tuan Jeffri yang baru keluar dari bilik.
"Amboi abah! Nak sekongkoi dengan depa jugak! Mana aci!"
"Aci India kemarilah!" sampuk QIs.
Sekali,lagi pipi Qis jadi mangsa cubitan Zarul. "Ouchh!! Sakitlah!" Qis menampar bahu abangnya. Zafril hanya tersenyum dengan gelagat adik beradik itu.
"Itulah kan bang? Teqasa jugak nak dapat cucu dari anak teruna kita ni!" sokong Puan Sharifah.
"Ibu pun sama??? Apa kes ni? Ni Qis dah bagi cucu. Tak puas lagi ka?"
"Itu Qis...ibu nak dari hang!" Qis ketawa kuat. Padan muka! Kena sebijik!
"Gelaklah puas-puas! Jaga Qis malam ni! Abang balas balik!" ugut Zarul. Mengancam nyawa terus!
"Abang nak buat apa?! Sofia! Tolonglah akak..." Sofia hanya tersenyum. Gelagat adik beradik...macam dia dan abang dia jugak!
"Tak dak! Malam ni abang balas jugak!"
"Werkkk!! Qis ada Zafril. Dia akan jaga Qis dari abang yang kejam ni!"
"Kejam tak kejam! Abang dah berpakat dengan Zafril nak kenakan Qis malam ni!" Qis memandang suaminya. "Awak?!"
"Apa?"
"Awak seqongkoi(berpakat) dengan abang jugak?!"
"Mana ada!" nafi Zafril. Memang betul pun dia berpakat dengan Zarul untuk kenakan Qis malam ni.
"Awak?!"
"Tak! Betul! Abang Zarul saja reka cerita!"
"Saya tak percaya awak! Abah! Tolong Qis abah! Abang jahat!"
"Insya-Allah selagi mampu..." Tuan Jeffri buat lawak bodoh.
"Abah suka buat lawak bodoh! Bencilah!" Qis buat-buat merajuk.
Zafril dan Zarul tersenyum. Malam ni akan melancarkan plan and surprise untuk Qis.
Share this novel