Bab 26

Romantic Comedy Completed 56847

"Apahal kau nak jumpa aku ni Rul?" tanya Zarul. Dia duduk di kerusi restoran tersebut.

Kamarul menyerahkan sampul surat berwarna coklat kepada Zarul. Zarul membuka sampul surat tersebut. Terbeliak matanya melihat gamabr-gambar tersebut.

"Ini bukan ke..."

"Ya...itu Anis Rania dan Diana Kalisha. Merekalah dalang semua ni. Kau cam tak pemandangan hotel tu?"

"Ya...ini Hotel Hilton Kuala Lumpur. Tempat adik aku kena tangkap basah hari tu. Wait. Maknanya dialah dalang semuanya?"

"ya...tempat yang sama adik ipar kau kena tangkap basah. See...ada hidden clue di situ."

Jahatnya! Apalah salah adik aku dekat mereka berdua ni?

"Aku nak kau dengar ni jugak...mesti kau ternganga punyalah!" Zarul mengambil telefon Kamarul. dia mendengar rakaman tersebut. Memang nak ternganga sungguh!

"Rul...kau bluetooth dekat aku. Aku nak hantar dekat adik aku..." Kamarul hanya mengikut.

Selepas mendapat rakaman tersebut, Zarul segera menghantar rakaman tersebut kepada adiknya.

"One more Rul...aku nak kau siasat siapa yang bersubahat dengan mereka berdua ni."

"Macam mana?"

"Ok, malam tu Qis keluar dengan kawan dia Wani ke Kafe Flora Ampang. Aku nak kau siasat pekerja dekat sana ok?"

"Okay boss..."

"Thanks Rul...I owe you one!"

QIS mencapai telefon bimbitnya. Mesej dari abang Zarul! Apa mimpi abang Zarul SMS aku pagi-pagi ni?

"Voice recorder? Apa pulak ni?" Qis membuka rakaman tersebut. Hampir terlopong mulutnya mendengar rakaman tersebut. Dia kenal suara ni!

Ini suara Anis Rania dan Diana Kalisha! Ya Allah! Maknanya, yang buat jahat dekat aku dan Zafril adalah mereka berdua! Apa salah aku?! Tak sangka aku!

"Sayang? Sayang...kenapa ni?" tanya Zafril yang baru habis mandi.

Sial! Korang punya kerja rupanya! Jahanam! Apa salah aku hah?! Kurang ajar betul! Korang tunggu!

"Sayang? Kenapa ni?"

"Hah?! emm..."

"Kenapa ni? Cuba cerita dekat abang..."

"Dengar rakaman suara..."

"Siapa yang hantar?"

"Abang Zarul..awak dengarlah..." Qis memberi telefon bimbitnya.

Zafril mendengar setiap rakaman tersebut. Nak ternganga dia dibuatnya. apa maksud semua ni? Aku macam kenal suara ni. Macam suara Anis Rania dan Diana Kalisha...tapi tak mungkin!

Ya Allah! Selama ini aku telah mendera perasaan isteri aku. Wajarlah kalau dia minta cerai dari aku kerana tak tahan dengan sikap aku yang suka tuduh melulu!

Kenapa aku tak tanya dia dulu perkara yang sebenar? Kenapa aku harus ikut kata-kata syaitan yang menyesatkan hati aku?? Ya Allah!

"Awak...awak ok ke tak ni?" Qis memandang suaminya. Pelik! Kena pukau ke apa?

Zafril memeluk tubuh isterinya lalu berkata, "Sayang...abang mintak maaf sebab selama ni abang suka tuduh sayang yang bukan-bukan. Abang mintak maaf..."

"Awak...kan saya dah cakap saya dah lama maafkan awak. Awak mara, hina atau maki saya..tapi inilah tanggungjawab saya sebagai isteri awak. Saya kena terima awak seadanya walaupun dulu saya selalu jugak marah atau dingin dengan awak." Qis mengusap lembut belakang suaminya. Kasihan pulak dengan suaminya ini. Sampai bila nak mintak maaf ni?

"Kenapa sayang ni baik sangat?" Zafril melepaskan pelukannya. Dia merenung Qis.

Qis tersenyum. "Memang selama ni saya baik pun. Awak je yang tak tahu!" Qis mencebik pula.

"Cebiklah! Kang abang buat macam semalam nak?" ugut Zafril. Qis segera menekup mulutnya. Hesy! Miang sungguh suami aku ni!

"Awak, kita balik KL esok nak? Saya nak tolong Wani prepare wedding dia dengan Encik Kamal dan nak masuk kerja. Lama tak masuk kerja dah ni..." pinta Qis.

"Boleh tu boleh tapi dah bagitahu ibu dan abah ke?"

"Baru nak bagitahulah ni..."

"Nak tolong prepare wedding Wani ke nak balik belasah mereka berdua tu?" usik Zafril.

Bukan dia tak tahu perangai Qis ni macam mana? Sejenis pemarah, panas baran tapi cool dan siap membantu ketika bantuan diperlukan.

Kenapa dapat title baran? Ingat masa kena tangkap basah dulu dengan isterinya. Sepatutnya yang tua dihormati tapi terbalik pulak. Yang tua disergah. Qis...Qis...

"Memang pun nak balik belasah dua beruk betina tu! Tunggu masa nak makan penerajang jenama Qisnurul Humaira je ni!" balas Qis.

"Takut pulak abang dengan sayang ni..."

"Apa nak takut pulak? Bukan saya nak terajang awak pun!"

"Sayang ni garang sangat! Macam singa! Hesy..."

"Baru nak tahu??"

"Memang baru nak tahu. i'm impressed because my wife become a lion!" usik Zafril. Qis mengetap bibir.

"Jadi betul-betul baru tahu!" Qis buat-buat muka serius.

"Ok, abang tarik balik. Tak sanggup nanti kena cakar..." nak usik lagi tu!

"Dia mula lagi! Meluatlah nak cakap dengan awak ni!" Qis berpaling membelakangi Zafril. Buat-buat merajuk.

"Alah...janganlah merajuk. Abang saja je usik sayang tadi sebab lama tak tengok sayang merajuk macam ni...ok? Abang mintak maaf..."

"Tak nak maafkan awak! Awak mesti buat lagi!" Qis berpaling hendak keluar dari bilik. Namun, dengan pantas tangannya disambar dari belakang.

"Sayang...janganlah merajuk! Abang saja je acah tadi. Nak tengok sayang merajuk ke tak. Lama kan kita tak usik macam ni sejak kita bergaduh?" Zafril cuba memujuk.

"Hahahah!" Qis ketawa. Sengaja dia mengacah suami dia. Saja buat-buat merajuk. Tengok pandai tak memujuk?

"Kenapa gelak?"

"Awak...saya main-main jelah...tak sangka awak ni pandai memujuk. Bagus!"

"Oh...kenakan abang erkk?? Jaga dia!" tubuh isterinya diraih dalam pelukan. Zafril menggeletek pinggang isterinya.

Qis ketawa. Nak nangis dibuatnya. "Awak!!! Stop it! Gelilah!!"

"Nak gelak sangatkan?"

"Not this time!!! Geli! Sorry...sorry..."

Zafril berhenti geletek Qis.

"Aduh! Semput!" Qis menarik nafasnya.

"Puas? Kalau dah puas, jom keluar makan. Mesti ibu dan abah dah lama tunggu kita..."

"Jom!" Qis menarik lengan Zafril dan menuju ke dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience