Bab 30

Romantic Comedy Completed 56847

Zarul memerhatikan alamat yang dikirim oleh Kamarul. Betullah kot ini rumah Anis Rania. Kalau ikutkan alamat ni, betullah.

Baru nak bagi salam, telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Kamarul. Dia menjawab panggilan tersebut.

"Ada apa Rul?"

"Ok, aku ke sana sekarang..."

Zarul segera menuju ke keretanya.

SAMPAI di Pavilion, Zarul segera keluar dari keretanya. Dia masuk ke dalam bangunan Pavilion. Aduh! Bapak punya besar Pavilion ni. Macam mana aku nak cari Anis Rania?

Namun, dia ternampak satu susuk tubuh yang amat dikenalinya. Anis Rania! Yes! Akhirnya. Dia menuju ke arah Anis Rania.

"Anis Rania?" tanya Zarul.

Anis Rania memandang pelik ke arah Zarul. Sapa pulak mamat ni? Dah tu tahu pulak nama aku? Aku kenal dia ke?

"Do I know you??"

Alah...minah ni celup lah pulak. Main speaking pulak! "Saya Zarul Aiman...ok, maybe awak tak kenal saya tapi, saya kenal awak. Saya ada sesuatu nak cakap dengan awak boleh?"

"Sure..." Zarul dan Anis Rania melangkah keluar dari bangunan Pavilion.

"Apa awak nak bincangkan tu?" tanya Anis Rania.

"Saya nak bincang dengan awak tentang Qisnurul Humaira dan Zafril Husni. Awak kenal mereka kan?" duga Zarul.

Anis Rania menelan air liurnya. Siapa mamat depan aku ni? Apa kena hubungan dia antara Qis dengan Zafril?

"Awak siapa?"

"Saya Zarul Aiman, abang kepada Qisnurul Humaira dan abang ipar kepada Zafril Husni."

Argh! Sudah! Abang dialah pulak! Apa yang abang dia nak? "Apa yang awak nak?"

"Saya nak awak explain dekat saya apa tujuan awak mengacau adik dan adik ipar saya? Especially adik saya, Qisnurul Humaira. Apa salah dia kepada awak hah sampai macam tu sekali awak kacau dia?"

"Kenapa awak nak tahu?" Anis Rania sengaja lari dari topik.

"Anis Rania! Saya nak awak jujur dengan saya. Kalau tak, awak ditahan oleh polis! Saya jugak tahu awak bersubahat dengan Diana Kalisha dan juga konco-konco awak! Awak jugak yang upah Dazerin kan? Budak restoran hari tu?!" kesabaran Zarul mula habis.

"Dazerin? Saya tak kenal dia pun..." ada getar pada kata-kata Anis Rania.

"Don't act like you're such a fool because you're acting not too good. So, act like one!"

Anis mendengus. "Hak sayalah apa yang saya nak buat kepada dua ekor jahanam tu!"

"Dan itu menjadi tanggungjawab saya untuk menjaga family dari orang gila macam awak ni! Apa salah Qis hah?! Sampai awak buat macam ni dekat dia?" suara Zarul mula meninggi.

"You know what? She had make my life destroyed akibat dari perbuatan dia yang terlampau sopan tu! First, dia tuduh saya ponteng kelas Sejarah! Kedua, dia melaporkan kepada guru besar yang saya bawak handphone ke sekolah! Ketiga, dia dah rampas Zafril Husni dari saya!" kata-kata yang langsung tak munasabah!

"Yang tu je?! Saya ingatkan awak ada 1001 alasan yang kukuh atas sebab-sebab awak buat Qis jadi macam ni! Rupanya 3/1001 alasan je?! What the hell is going?! Lagi satu, kalau adik saya dah rampas Zafril Husni dari awak, kenapa awak rancang mereka tangkap khalwat??!"

"Sebab saya ingatkan mereka akan hidup langsung tak bahagia! Tapi, saya silap! Sebab itulah saya mula kacau mereka! Saya nak Qis rasa apa yang saya rasa!" bentak Anis Rania.

Nasib baik aku fikir kau ni perempuan tau Anis Rania! Kalau tak, dah lama aku rimbuk kau! Untung kau sekarang berhadapan dengan Zarul Aiman! Seorang yang penyabarlah jugak! Ceh! Sabar ke?? Boleh tahanlah...blahlah dengan kesabaran kau Zarul!

Sedikit lagi tadi kau nak penampar dia! Nasib baik tangan kau ni 'konkrit'. Tak berbekaslah pipi perempuan tu dengan Hi-5 kau tadi. Nasib diri dia je tu!

"Awak ingat ya Anis Rania! I give you last warning! Jangan kacau adik dan adik ipar saya lagi! Kalau awak berkeras jugak, saya akan laporkan kepada polis atau saya buat undang-undang! Ingat!" Zarul segera beredar.

Makin lama dia duduk di situ, makin panas hatinya. Kang ada yang dapat habuan percuma tendangna kudanya.

Anis Rania mendengus. "Kau tunggu Zarul Aiman! Kau belum kenal aku ni siapa! I'm Anis Rania...capable doing anything what I want!" tekad Anis Rania.

"ASSALAMUALAIKUM! Abang!" Qis mengetuk pintu kondo abangnya berkali-kali namun tak bersahut jugak! Isy! Ke manalah abang aku ni pergi? Takkan kerja kot? Hari ni kan hari Sabtu. So, KL cutilah.

"Eh? Qis? Dah lama ke sampai?" soal Zarul yang baru sampai di hadapan kondonya.

"Boleh tahanlah...abang pergi mana?" tanya Qis. Nampak macam muka abangnya lagi bermasalah. Kenapa ya?

"Abang keluar jumpa Kamarul kejap. Sorry sebab lambat. Kenapa Qis tak call abang?"

"Saja nak buat surprise!" Qis tersenyum.

"Surpriselah sangat sampai kena terpacak berjam-jam depan pintu kondo abang ni!" Zarul membuka pintu. Mereka masuk ke dalam kondo. Qis menutup pintu kondo abangnya.

"Kenapa Qis datang ni?"

"Saja...rindukan abanglah. Kenapa? Tak boleh datang ke?"

"Boleh...mana Zafril?"

"Zafril dia kena pergi ofis. Ada hal sikit..."

"Macam mana anak saudara abang? Sihat ke dalam perut tu? Dah makan?" tanya Zarul lalu perut adiknya dipegang.

"Belum...laparlah abang. Qis teringin nak makan bubur nasi abang lagilah. Boleh tak?" pinta Qis. Mengidamlah ni?

"Mengidam ke? Boleh...tunggu 15 minit ok?"

"Baik chef!" Qis buat gaya tabik. Zarul menuju ke dapur.

Selepas bubur nasi siap dimasak, Zarul membawa sebubur mangkuk menuju ke arah Qis.

"Wah! Sedapnya! Abang tak makan ke?"

"Abang dah makan tadi dengan Kamarul..." bohong Zarul. Walhal tadi dia baru lepas bertemu dengan Anis Rania. Tengok adik dia makan pun dah kenyang.

Dia terfikirkan tentang keselamatan adiknya, anak yang dikandung adiknya dan adik iparnya. Ya Allah...kau lindungilah mereka dari bahaya.

Qis memandang abangnya. Kenapa dengan abang ni? Macam ada masalah je? Apa masalah abang ni?

"Abang...abang kenapa ni? Abang ada masalah ke?" tanya Qis prihatin.

Zarul hanya tersenyum. "Tak ada apa-apalah..."

"No! Abang bohong! Abang sebenarnya ada masalah kan? Abang ceritalah dekat Qis..."

"Yelah...abang nak tanya sikit boleh?"

"Tanyalah...banyak pun tak apa..."

"Qis pernah ada masalah dengan Anis Rania?" soalan dari Zarul membuatkan Qis terfikir. Apa maksud abang aku ni?

"Tak ada...kenapa abang? Jangan cakap yang abang jumpa dengan Anis Rania?!" kata-kata Qis disambut dengan anggukan Zarul.

"Hah?!"

"Dia cakap yang Qis penyebab dia jadi macam tu. Dia kata...'first, dia tuduh saya ponteng kelas Sejarah! Kedua, dia melaporkan kepada guru besar yang saya bawak handphone ke sekolah! Ketiga, dia dah rampas Zafril Husni dari saya!' Itulah yang dia kata..."

"What the??! Abang! Qis tak cakap apa-apa pun! Itu semua orang lainlah punya kerja! Itu semua kerja Diana Kalisha lah! Diana tikam Anis dari belakang!" kata Qis.

Mesti Diana Kalisha memutar belitkan cerita. Sedapnya dia cilok nama aku ni! Memang nak kena!

"Dahlah...apa-apa pun, abang nak Qis dan Zafril jaga diri baik-baik. Jangan lupa yang dalam tu jugak ok??" pesan Zafril. Qis hanya mengangguk.

Share this novel

Madzalifah Masjudi
2019-11-11 10:35:05 

best sangat2


NovelPlus Premium

The best ads free experience