Bab 18

Romantic Comedy Completed 56847

Zarul masuk ke dalam bilik adiknya dengan membawa dulang yang berisi makanan dan minuman. Kesian pulak nak kejutkan adiknya semata-mata untuk makan sarapan. Tapi, apapun dia kena kejutkan jugak. Kalau tak, makanan pun dia tak akan sentuh.

Teringat dia dulu masa kejadian adiknya ditangkap khalwat dengan Zafril. Hampir sepuluh hari adiknya tak sentuh makanan kecuali makan biskut mary dengan air teh je. Makanan berat langsung tak disentuh.

"Qis..." Zarul menggerakkan badan adiknya sedikit.

"Qis...bangun Qis. Makan sarapan dulu..."

Perlahan-lahan Qis membuka matanya. Dia bangun dari pembaringan perlahan-lahan. "Tak naklah abang....Qis tak lapar pun."

"Qis...janganah macam ni. Nanti Qis jatuh sakit. Makanlah sikit..."

"Tak nak..."

"Makanlah...kalau Qis tak kesiankan diri Qia, at least kesianlah dekat abang. Penat tau abang masak bubur ni untuk Qis. Makanlah..."

"Oklah..." Qis mencapai sudu lalu bubur itu disuap ke dalam mulutnya. Hanya lima sudu yang singgah di perutnya. Dia minum air kosong sehingga habis satu gelas.

"Abang nak pergi kerja ke?"

"Emm...Qis tidurlah. Abang pergi kerja dulu ok? Kalau nak apa-apa, call abang ok?"

"Ok..." Zarul melangkah keluar dari bilik Qis. Pintu bilik ditutup rapat. Dia mencapai kunci kereta lalu segera keluar.

Matanya tak dapat dilelapkan kembali. Dia bangun dari pembaringannya. Kejadian semalam terimbau kembali. "Arghhhh!!!!" Qis menjerit sekuat hatinya.

"Jahanam punya orang!!" Qis menumbuk bantal. Qis menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

Usai membersihkan diri, Qis menuju ke ruang tamu. Nak tengok tv. Mestilah kartun. Tak layanlah cerita melayu pagi-pagi ni. Dia melihat kartun Oggy&the Cockroach.

Tiba-tiba loceng rumah abangnya bunyi. Siapa pulak yang datang ni? Takkan abang lupa nak ambik briefcase kot? Dengan malas, Qis menuju ke arah pintu. Pintu dibuka.

Matanya terpaku apabila melihat gerangannya di hadapan. Zafril? Apa dia buat dekat sini? Macam mana dia tahu aku ada dekat sini? Bodohlah kau ni Qisnurul Humaira. Mestilah dia tahu! Kau nak lari mana lagi kalau bukan rumah abang kau?!

"Kenapa? Terkejut tengok aku yang datang?! Bukan mamat semalam??" Zafril tersenyum sinis.

"Apa masalah otak kau ni hah?! Kalau kau setakat datang sini, nak sindir aku...aku rasa kau baliklah! Kau berhambus!"

"Oh...halau aku?! Kalau aku tak nak balik macam mana?! Kau nak buat apa?!"

"Aku call security!" ugut dia berjaya? Memang taklah!

"Kau nak panggil security? So what? Do I look care? "

Mangkuk hayun ni memang cabar aku betullah! Geram pulak aku! "up to you. Kau nak stay dekat sini sampai maghrib, then stay. Aku nak masuk dulu. Bye!" Qis hendak menutup pintu tapi ditegah oleh Zafril.

Zafril melangkah masuk. Dia melihat Qis tajam. Direnungnya macam nak telan! Pintu rumah ditutup.

Glurp! Apa yang dia nak buat ni? Aku nak lari dah terlambat! Mampus aku! Abang! Tolong Qis abang! Ya Allah...selamatkanlah aku!

"Kau nak buat apa ni?! Stop right there!"

"Don't dream of it."

"Zafril! Apa kau nak buat dekat aku?! Please! Don't do something out of your mind!"

Zafril menolak tubuh Qis ke atas sofa besar tersebut. Dia berada di atas tubuh Qis sekarang. Qis tak boleh lari lagi.

"Don't do out of my mind?! Apa kau buat semalam dalam otak kaulah?!"

"Apa ni?! Kau jangan nak tuduh sembaranganlah! Kalau kau tak tahu apa-apa, you better shut up then go!"

"Kau tahu tak?! Aku bagaikan nak mati bila dengar kau kena tangkap semalam! Tak sangka kau ni perempuan kotor!" dalam sekelip mata, pipi Zafril terasa sengal.

"Kau nak cakap aku ni pelacurlah?! Fine! Say what you want to say but I'm not like that."

"Dah kotor masih tak nak mengaku!"

"Kalau tahu aku kotor, kenapa kau nak bertindih dengan aku lagi sekarang ni?!"

"Aku pun nak test! Macam mana..."

"Woi! Kau gila ke apa?!" dengan sekuat tenaganya, Qis menolak Zafril membuatkan Zafril jatuh. Cepat-cepat Qis lari masuk ke dalam bilik air. Pintu sempat dikunci.

"Qis!!!" Zafril mengetuk pintu bilik air.

"Berhambuslah!!!" Qis membuka air pancut hujan tersebut. Dia duduk di dalam tab mandi dengan memeluk kakinya.

"Qis!! Bukak pintu ni sekarang! Kalau tak, aku pecahkan!"

"No!!" Qis menjerit. Air memenuhi tab mandi. Bajunya habis lencun kena air.

"Qis!!! Aku cakap bukak!!"

"Tak nak!!! Kau tak faham ke??!" Qis menarik rambutnya. Perkara semalam bermain di mindanya dan juga perkara lima tahun lepas.

"Kau main kasar kan?! Jangan salahkan aku kalau aku pulak main kasar!"

Qis terasa kepalanya makin terasa berat. Dunianya seakan berpusing. Makin lama makin kabur dan akhirnya, gelap.

Pintu bilik air dapat dibuka. Zafril terpana melihat tubuh Qis yang berada di dalam tab mandi dalam keadaan tak sedar diri.

"Ya Allah! Qis!" Zafril menuju ke arah Qis. Ditepuk-tepuk pipi Qis tapi tiada respons.

Dicempung tubuh Qis ke dalam bilik. Dia mengambil tuala lalu membalut tubuh Qis. Ya Allah! Apa ini semua salah aku?!

"Qis...sorry!" timbul rasa kasihan kepada Qis.

QIS tersedar dari pengsannya. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Aku dekat mana ni? Dia memerhati sekeliling. Oh, dalam bilik. Eh, tapi bukan ke aku duduk dalam bilik air? Macam mana aku ada dalam bilik pulak?

Tiba-tiba tangannya tersentuh dengan tangan milik Zafril. Qis kaku. Jangan kata yang aku tidur dengan...dia memandang sebelah.

"Arghhh!!!" Qis menjerit. Zafril terjaga dari lenanya.

"Kenapa ni?!"

"Pergi kau jantan tak guna! Aku benci kau! Kau buat hidup aku kucar kacir! Aku benci kau! Siapa upah kau!" jerit Qis. Zafril disangka orang yang tidur dengan dia semalam di hotel.

Zafril memeluk kejap tubuh Qis. "Qis! Ini aku! Zafrillah! QiS! Ini aku! Zafril!"

Qis berhenti meronta. Dia memandang gerangan manusia di sebelahnya. "Zafril?"

"Aku ni..."

Tanpa sedar, Qis memeluk Zafril. Dia benar-benar takut kalau kejadian semalam berlaku lagi kepada dirinya. "Zafril...aku...aku betul tak tahu pasal semalam tu. Aku sumpah! Aku betul-betul tak tahu..." ujar Qis dengan suara bergetar.

"Sumpah aku tak tahu Zafril. Aku tak ingat. Aku tak tahu macam mana aku boleh ada dekat hotel tu."

Zafril memeluk tubuh itu. Cuba menghilangkan rasa ketakutan dalam gadis itu. Aku tak tahu nak percayakan kau ke tak Qis sebab aku rasa kosong sekarang ni.

"Kau percayakan aku kan?" Qis meleraikan pelukan. Dia memandang Zafril.

"Aku tak tahu sama ada nak percayakan kau ke tak. Perkara yang sama berlaku. Aku tak tahu nak percayakan kau ke tak..."

"Kau tak percayakan aku?"

"Aku rasa kau lebih baik tidur. Aku nak kena masuk ofis balik." Zafril bangun lalu keluar dari bilik.

Qis menangis. Kenapa dia tak percayakan aku? Apa dia pun turut tertipu dengan rancangan semua ini? Ya Allah...kenapa dugaan ini terlalu berat? Aku tak mampu nak tanggung.

Qis...Allah uji kita tanda Dia sayangkan kita. Dia uji kita tak melampaui kemampuan kita. Ingat

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience