Dia terasa puas. Segala rasa tidak puas hatinya pun sudah dilunaskan apabila Qis dengan Zafril sudah berkahwin. Memang itu yang dia nak. Dia nak Qis tak bahagia dengan Zafril sebab dia tahu perangai Zafril macam mana.
"Aku jamin Qis. Kau sekarang ni tak bahagia langsung! Aku pasti!" ujarnya dengan senyuman masih di bibir.
Dia memandang wajah Qis dengan Zafril di telefon bimbitnya. "Zafril...I'm so sorry sebab aku terpaksa guna kau dalam rancangan aku ni dan Qis, semua rasa tak puas hati aku dekat kau dah dilunaskan tapi semua ini takkan berakhir. Aku akan tetap ganggu hidup kau dengan Zafril."
Semua ini berlaku apabila dia dapat tahu yang Qis bagi tahu aduan tentang dia membawa telefon bimbit dan couple. Semua itu dia tahu dari Diana, kawan baiknya. Sejak itu, dia berdendam dan akhirnya semua itu sudah dilepaskan dan dia puas!
"Kau takkan dapat jejak aku sampai bila-bila Qis sebab aku tahu kau tak intelligent dalam bidang macam ni..." katanya bongkak.
QIS keluar jalan-jalan di Mid Valley. Rasa bosan pulak dia duduk di kondominium abangnya.
Keluar jalan-jalan dapatlah jugak dia beli beberapa pasang tudung. Maklumlah...diakan suka kumpul tudung. Dah boleh bukak bundle dah. Jenis koleksi tudung dia jenis Ariani, bawal dan shawl. Trend orang zaman la katanya lah kan??
Puas jelajah satu Mid Valley, Qis segera menuju ke keretanya. Rasa dahaga membuatkan dia singgah di Restoran Songket. Dia memesan air teh o ais. Itu pun dah cukup. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Dia melihat gerangan pemanggil tersebut. Tertera nama 'abang Zafril' di skrin. Dia menjawab panggilan tersebut.
"Hello abang. Ada apa?"
"Qis ada dekat mana sekarang?"
"Qis ada dekat Restoran Songket sekarang. Singgah minum. Dahaga. Kenapa abang?"
"Ok. Qis tunggu sana. Abang pergi sana. Makan lunch. Sekarangkan lunch time..."
Qis merenung jam di pergelangan tangannya. "Oh ye ke? Oklah...Qis tunggu abang."
"Good. Abang akan sampai dalam 20 minit macam tu ok?"
"Ok..." Qis memutuskan talian lalu telefonnya disimpan kembali ke dalam beg tangan.
Namun, matanya tiba-tiba tertancap pada seseorang yang amat dia benci. Benci sejak hari perkahwinan mereka. Lelaki yang menuduh dia merancang semua perkara tersebut. Perkara yang dia langsung tak pernah terfikir untuk dibuat.
Qis berpaling ke arah lain. Semakin meluat dia tengok lelaki tersebut. Kenapa pulak dia boleh ada di sini? Aduhai...tapi dua orang yang datang dengan dia tengok macam orang Jepun. Maybe client kot.
"Suwatte kudasai...*silakan duduk*" ujar Zafril.
"Arigat?...*thank you* " kata client tersebut, Tsuyoshi Abe.
"Nani ga tabetaidesu ka? *what do you want to eat* " tererlah tu boleh cakap bahasa Jepun? Walhal guna google translate je pun.
"Nanika...*anything* " ujar client tersebut.
"Anata wa mare ryori o tabete imasu ka? *do you eat Malay food?* "
"Hai. Watashi wa, mare ryori o tabemasu... *yes. I eat malay food* "
"yoidesu... *good* " Zafril segera memanggil pelayan lalu memesan makanan untuk dia dan client2 tersebut.
Selepas mengambil pesanan, pelayan tersebut segera pergi.
"Can we talk in English. I know you're not good enough in Japanese language right?" Zafril hanya tersenyum. Oklah kalau cakap dalam bahasa Inggeris dari dia penat menaip google translate.
"So, can we start discussion first while we wait for our food arrived?" tanya Zafril.
"Sure..." mereka memulakan perbincangan. Zafril masih tak nampak kelibat Qis di situ.
Perbincangan mereka terganggu apabila ada seorang pelayan menghantar pesanan mereka. Ketika pelayan sibuk menyediakan makanan, matanya tertancap pada susuk tubuh yang duduk tidak jauh dari mereka. Itukan Qis? Kenapa dia ada dekat sini? Oh my...kebetulan ke apa ni? Selepas menyediakan makanan tersebut, pelayan itu terus beredar.
Qis hanya menjeling dengan ekor mata. Apa usya-usya?? Cucuk mata dengan garfu ni baru tahu! Jadi Kasim Selamat yang dah tak selamat!
"Adik!" sapa seseorang. It's Zarul Aiman.
"Abang! Dah sampai pun. Abang nak makan apa? Abang belanja erkk? Kebetulan pulak perut ni lapar..."
"Huh! Kalau abang ada, ada saja perut Qis tu nak lapar macam-macam! Qis nak makan apa?"
"Apa-apa jelah. Qis ikut je but make sure no seafood except adik beradik cengekrang ok?"
"Ok..."
Pelayan tersebut pergi selepas mengambil menu.
"Qis, abang nak tanya sesuatu boleh?" pinta Zarul.
"Pasal Zafril?" teka Qis.
"Bukan...macam ni, apa kata hujung minggu ni kita balik kampung. Nak? Jumpa ibu dan abah?"
"Hah?! Jumpa ibu dan abah?!" terjerit Qis dibuatnya.
"Syhhh!! Perlahanlah sikit!" Qis menekup mulutnya.
"Ha arr..nak tak?"
Qis duduk tak senang. Balik jumpa ibu dan abah? Nak ke depa jumpa aku? Kalau ibu aku percaya, kalau abah...i don't think so.
"Abang, Qis tak bersedia lagilah. Macam mana kalau abah halau Qis balik?"
"Soal tu Qis jangan risau. Abang kan ada?"
"Abang ada pun...kalau abah dia nak angin, semua terbang!" ujar Qis.
"Alah...janganlah risau. Abang sure yang abah dah tak marahkan Qis lagi..."
"Abang tahu mana yang abah tak akan marahkan Qis lagi?"
"Sejauh mana pun perangai buruk Qis, Qis masih anak dia...dan itulah kata-kata yang abah pernah cakap dulu..."
Qis tergamam. Betul ke abah cakap macam tu? "Itu dululah abang. Manalah tahu kalau dia jumpa Qis balik, dia akan cakap macam ni... 'perangai dahlah tak senonoh. Abah tak mengaku hang ni anak aku!' Hah? Macam mana?"
"Isy! Tak baik cakap macam tu. Insya-Allah...abang yakin abah dah ampunkan Qis."
"Itupun kalau dia dah ampunkan Qis..." suasana kembali sunyi. Qis memikirkan tentang ayahnya. Rindu abah!
Share this novel