"Assalamualaikum!" Qis masuk ke dalam rumah abangnya. Dia menuju ke arah sofa. Letih. Matanya pun dah layu tunggu nak tutup je ni. Dia menyandarkan kepalanya di sofa. Akhirnya terlelap.
Zarul menuju ke ruang tamu. Dia melihat ke arah adiknya. Dia hanya menggeleng.
"Dah tahu mengantuk, tak nak masuk ke bilik terus. Tak jadi kerja aku nak kena angkat dia masuk bilik..." Zarul membebel.
Zarul mendukung adiknya lalu dibawa masuk ke dalam bilik. Dia menyelimutkan adiknya. Tudung adiknya dibuka lalu duduk di birai katil. Perlahan dia mengusap kepala adiknya.
Kesian Qis. Sepatutnya di zaman mudanya ini dia patut rasa gembira tapi, apa yang dilalui oleh adiknya sangat berat. Terpaksa kahwin dikala usia masih muda. Dibuang keluarga. Sekarang, terpaksa bekerja untuk mencari rezeki walaupun dia sendiri masih mampu untuk memberi nafkah kepada adiknya. Tapi, semua itu ditolak.
Adiknya sanggup menolak tawaran belajar di universiti semata-mata untuk bekerja. Ya Allah...kau permudahkanlah segala urusan adikku. Kurangkanlah bebannya Ya Allah...
Perlahan-lahan dia bangun lalu menuju ke bilik tidurnya. Pintu bilik ditutup rapat. Namun, tiba-tiba telinganya tertancap dengan bunyi gegaran telefon bimbit milik adiknya. Dia mencapai telefon bimbit adiknya. Peti mesej dibuka.
Zafril Husni...hahaha...kau mesti
tengah merana sekarang ni kan?
Dengan perkahwinan kau ni...aku
aku rasa kau tak bahagia dan aku
akan pastikan kau takkan rasa
bahagia sekali pun!
Zarul mengerutkan dahinya. Siapa ni? Apa kaitan dia di antara Zafril dan Qis? Apa makna mesej dia ni? Macam mana dia tahu yang Zafril dan Qis dah kahwin sekarang???
Lalu SMS tersebut dia forwardkan kepadanya. Selepas SMS tersebut sudah dihantar kepadanya, dia meletakkan kembali telefon bimbit adiknya ke tempat asal.
QIS mengeliat. Sedapnya! Fuh! Nasib baik aku mintak cuti hari ni. Kalau tak, mesti dia akan rasa letih lagi. Dia bangun dari pembaringannya. Dia meniti jam di dinding. Baru 7.50 pagi. Masih awal.
Rambut yang panjang hingga paras pinggang diikat satu lalu keluar dari bilik. Dilihatnya sudah ada sarapan di atas meja makan. Hmm...mesti abangnya dah beli awal-awal lagi di kedai depan tersebut. Nasi lemak! Wah, sedap.
Selepas makan nasi lemak tersebut, Qis membuka tv. Layan kartun dulu pagi-pagi ni.
Qis membuka peti mesej telefonnya. Dia mengerutkan dahi. SMS dari nombor gila? Tapi, kenapa dia tak naik pun di skrin? Macam mana SMS ni dah dibuka? Takkanlah...oh, serammm!
Dia membaca isi mesej tersebut. Apa maksud pengirim ni? Dahlah dia tahu aku dah kahwin dengan mangkuk tu, ini dia nak buat aku tak bahagia pulak. Apa maksud dia ni?? Yoii! Stres aku! Huh! Whatever!
ZARUL menyerahkan telefon bimbitnya kepada Kamarul. Kamarul membaca isi kandungan mesej tersebut.
"Itulah apa yang si pengirim tu cakap," kata Zarul.
"Selama ni adik kau ada bermusuhan dengan siapa-siapa tak? Berhutang ke apa ke?" tanya Kamarul.
"Tak...setahu aku tak dak. Adik aku bukan jenis cari pasal dengan orang tanpa sebab..." ujar Zarul.
"Ok...kalau macam tu, kau nak suruh aku buat apa? Cari siapa yang mengirim ni?"
"Yep! Aku nak kau cari siapa yang hantar kiriman ni. Lagipun aku tengok inbox dia, kebanyakkannya yang hantar adalah nombor ni. So, aku harap kau dapat tolong aku Rul..." pinta Zarul.
"Insya-Allah...kalau aku boleh jumpa siapa yang dalangnya, aku akan inform kau terus..."
"Thanks Rul..."
"Alah...kitakan kawan Zarul. So, apa yang aku boleh tolong, aku tolong. Don't mention it."
"Ok...thanks..."
ZAFRIL mengerutkan dahinya apabila membaca mesej tersebut. Isy! Ada saja yang menganggu hari aku! Ada pulak hantar mesej bodoh ni?
Zafril Husni...aku akan pastikan
hidup bini kau, Qisnurul Humaira
akan terus merana dan takkan bahagia!
Apa kejadah dia hantar mesej macam ni dekat aku? Gila ke apo? Dahlah aku tak tahu dia ni sapa, tup tup hantar mesej macam ni dekat aku. Entah-entah penghantar ni dari Tanjung Rambutan tak? Tak patut...
Tok! Tok! Tok!
"Masuk!"
"Encik Zafril, kita ada meeting dengan client dari Jepun setengah jam lagi. Tuan Besar suruh saya cakap dekat Encik Zafril untuk sediakan fail yang diserahkan kepada encik minggu lepas tu..." ujar Azura.
"Fail? Oh, ok. Anything else?"
"Tak ada lagi Encik Zafril. Saya minta diri dulu?"
"Ok..." Azura segera beredar.
Tok! Tok! Tok!
"Masuk!"
"Zafril..." panggil Tuan Nasri.
"Ya papa?"
"Zaf boleh handle semua ni? Ini projek besar tau! Kalau ada yang Zaf tak tahu, Zaf boleh rujuk dengan papa ok?"
"Ok papa. Papa jangan risau ok? Zaf tahu macam mana nak handle projek ni. Papa percayakan Zaf kan?"
"Ya...papa percayakan Zaf. Tapi make sure projek ni tak terlepas lagi ok? Kita perlukan projek ni..."
"Ok papa! Patik sedia mengikut arahan tuanku!" Zafril buat gaya tabik.
"Ada-ada jelah kamu ni Zaf..." Tuan Nasri segera beredar keluar.
Share this novel