Bab 40

Romantic Comedy Completed 56847

Dua bulan kemudian...

Qis membaca SMS yang baru diterimanya. Kenapa Anis nak jumpa aku tetiba ni? Nak bagitahu Zafril ke tak ni? Emm...tak payahlah! Biar aku je yang semuka dengan dia.

Aku nak jumpa kau di lorong kecil berdekatan dengan rumah kedai... tak jauh dari rumah abang kau!

Qis segera menuju ke sana. Dia tahu tempat tu. Dia mencapai kunci kereta dan segera keluar dari rumah.

"APA?! Qis jumpa dengan Anis?!" Zafril sudah cuak di talian.

"Ya, aku nampak dia dok tunggu dan aku dapat tahu ni pun sebab aku ternampak kereta Anis. Baik kau datang sekarang. Di lorong kecil dekat rumah kedai tak jauh dari kondo abang ipar kau..." kata Kamarul sambil matanya memerhatikan setiap gerak geri Qis dan Anis.

"Ok..aku off dulu Zaf..." Kamarul memutuskan talian.

"Ada apa kau nak jumpa aku Anis?" tanya Qis.

Anis hanya tersenyum. Di tangannya ada sebilah pisau yang disorokkan di belakang badan. "Saja nak jumpa kau. Tak boleh?"

Apahal Anis ni? Tiba-tiba je cakap baik. Pelik ni! "Apahal? Aku tahulah kau kalau nak jumpa aku mesti ada hal kan?"

"Huh! Aku memang ada hal dengan kau! Aku nak tamatkan riwayat kau macam mana aku tamatkan riwayat Diana!"

"Hah?! Kau tamatkan riwayat Diana?!"

"Memang! Aku dah bunuh dia sebulan yang lepas! Kau je yang tak tahu!" Anis tersenyum jahat. Pisau dibawa keluar dari sorokannya.

"Anis...kau jangan jadi gila Anis!"

"Memang aku dah gila sebab kau bahagia dengan orang yang aku cintai, Zafril Husni!"

"Apa makna kau ni?"

"Aku yang perangkap kau dengan Zafril dulu masa dekat taman! Puas hati kau?! Dan akulah jugak yang perangkap kau dengan Zafril masa dekat hotel dulu! Sangka aku kau akan bercerai berai tapi tak! Kau bahagia! Dan aku akan make sure jugak nyawa kau tamat hari ni!" Anis meluru ke arah Qis.

Qis menyelamatkan diri. Ya Allah! Selamatkanlah aku! Hentikanlah perbuatan Anis!

"Letakkan senjata! Kami polis!" dengan satu kata, Qis berhenti melangkah begitu juga Anis. Anis sudah terkaku.

"Sayang!" panggil Zafril. Dia menuju ke arah Qis. Dia membelek tubuh Qis.

"Sayang ok? Dia ada buat apa-apa tak dekat sayang?" soal Zafril risau.

"Saya ok...janganlah risau. Dia tak sempat buat apa-apa lagi..." ujar Qis.

"Apa yang dia nak buat?"

"Dia nak bunuh saya..."

"Ya Allah!"

"Tapi syukurlah polis sampai awal. Kalau tak, tak tahulah saya jadi apa. Mungkin dah jadi arwah!"

"Jangan risau, sebenarnya Kamarul ada. Dia yang perhatikan tindak-tanduk Anis. Kalau polis sampai lewat tadi, at least Kamarul ada. Dia boleh tolong sayang..."

"Syukur alhamdulillah..."

"Shazwan mana?"

"Shazwan ada dengan abang Zarul...hari nikan dia tak kerja. So, dia yang jaga kejap," balas Qis.

Mereka memerhatikan Anis yang diberkas. "Jaga kau Qis! Satu hari nanti kau akan rasa pembalasan!" jerit Anis. "Woii! Lepaslah!" Anis meronta-ronta untuk dibebaskan.

"Kalau awak nak tahu, Anis dah bunuh Diana sebulan yang lepas atas alasan Diana khianat dia..." cerita Qis.

"Astaghfirullahalazim! Innalillahi wainna ilaihi rajiun! Sampai macam tu sekali?" Qis mengangguk.

"Dulu Anis bukan macam ni. Peliklah bila dia dah besar, semuanya jadi macam ni."

"Itulah kan? Dendam yang lama kembali memutik. Itulah orang cakap kesan dendam ini yang paling bahaya sekali sebab dia mampu buat apa sahaja yang terlintas di fikirannya."

Selepas beberapa waktu...

"Assalamualaikum Qis!" ujar seseorang. Qis menuju ke pintu rumahnya. Dia melihat insan tersebut. Ya Allah!

"Wani!!!" Qis memeluk Wani. Wani sekarang tengah sarat mengandung.

"Qis. Aku rindu kau!"

"Aku pun sama! Ni, dah berapa bulan??"

"Dah 9 bulan. Tunggu time je ni..."

"Wah! Tak lama lagi tu! Eh, jom masuk! Aku dah prepare makanan. Kejap lagi kita makan ok? Lagi aku on the way balik makan lunch. Tunggu kejap tau!"

"Qis! Ni ke anak kau?" tanya Wani. "Dah berapa bulan?"

"Dah tujuh! Still merangkak. Tapi, dia dah try sikit-sikit nak berjalan."

"Oh ya? Cepat anak kau!"

"Harap-haraplah anak kau ni perempuan..."

"Kenapa pulak?"

"Yalah...bolehlah kita berbesan nanti!"

"Isy! Kau ni! Sampai ke situ pulak! Tapi, ok jugak kan?"

"Encik Kamal macam mana? Nak ke berbesan dengan saya bila dah tua?" soal Qis dituju kepada bekas bosnya.

"Tak naklah! Nanti tak larat saya nak dengar pot pet awak tu!" gurau Encik Kamal.

"Amboi bos! Perli saya ke apa? Bukan saya masak ayam hangit pun!"

Wani dan Encik Kamal tertawa teringatkan kenangan tersebut.

"Assalamualaikum!" Zafril memberi salam ketika masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumussalam! Awak, Wani dan ex bos saya datang. Awak boraklah dulu. Saya nak hidangkan makanan kejap..." Qis menuju ke dapur.

Zafril dan Encik Kamal bersalaman. "Dah berapa bulan Wani?"

"Dah 9 bulan. Tunggu time je ni.." balas Wani.

"Well, Encik Zafril. Bila nak tambah rakyat? Dan yang saya pelik macam mana Encik Zafril boleh jadi romantik dengan Qis sedangkan dulu Encik ni garang macam singa tua?!"

"Amboi! Macam perli saya je? Itu dulu...sekarang tak lagi. Pasal tambah rakyat, insya-Allah tunggu je. One more, tak payahlah nak berencik dengan saya. Panggil je Zafril." Wani hanya mengangguk.

"Makanan dah siap! Jom makan!" pelawa Qis.

"Jomlah..." ajak Zafril. Mereka menuju ke meja makan.

MAJLIS sebelah pihak pengantin lelaki berjalan dengan lancar. Pengantin sama padan dan sama-sama berseri pada hari bahagia mereka.

Ketika di meja makan, pengantin saling tersenyum manakala jurugambar mengambil gambar mesra mereka ketika saling menyuap makanan ke dalam mulut pasangan.

Suasana di dalam dewan cukup meriah dengan kehadiran tetamu dan sanak saudara dari kaum keluarga.

Qis tersenyum melihat kebahagiaan yang terlakar dari wajah abangnya yang sedang berdampingan dengan orang yang dicintainya, Sofia. Tak sangka dengan perkenalan singkat di hospital dahulu membuatkan mereka sampai di jinjang pelamin.

"Sayang..." panggil Zafril. Bahu isterinya dipeluk.

"Bahagianya abang saya. Alhamdulillah, akhirnya dia kahwin jugak. Doa saya dimakbulkan."

"Doa seorang adik yang baik dan tabah macam sayang ni akan dimakbulkan asalkan doa tu yang baik-baik. By the way, abang mintak maaf kalau dulu majlis kita tak semeriah macam ni..."

"Apa awak ni cakap macam tu? Saya redha. Apa yang penting, saya bahagia di sisi suami dan anak yang saya sayang untuk selamanya."

"Awak nak naik pelamin macam ni?"

"Hesy! Tak naklah! Buat apa? Membazir duit je. Kalau pengantin baru tak apa jugak tapi kita ni pengantin yang lama!" Zafril ketawa.

"Apa salahnya kan? Bukan orang tahu pun!"

"Tak naklah! Saya nak ke abang Zarul kejap..." Qis melangkah ke arah abangnya.

"Happy newly wed! Cepat-cepat bagi dapat anak tau!"

Zarul mencubit lengan Qis. "Ada pulak cakap macam tu? Merah dah muka isteri abang..."

"Opss...sorry Kak Sofia..."

"Apa pulak Kak Sofia? Panggil je Sofia. Kan kak Qis lagi tua dari saya..."

"Hesy! Mana boleh! Sofia kan dah jadi isteri kepada abang Zarul. So, secara automatik awak saya panggil akak."

"Apa-apa jelah kak Qis..." Sofia tersenyum.

"Lepas ni, acara bergambar ramai-ramai. Abang nak Qis ada sekali. Jangan cuba lari!" Zarul mencubit pipi adiknya.

"Yelah..." Qis mencebik. Apalah yang seronok tangkap gambar ni? Rimas aku!

Tiba-tiba Qis rasa nak termuntah. Cepat-cepat dia lari menuju ke tandas. Dimuntahnya segala isi perut.

"Kenapa dengan Qis tu awak?" soal Sofia pelik.

"Entahlah...Zafril! Mari sini kejap!"

"Ada apa abang?"

"Kamu pergi check isteri kamu tu. Entah kenapa dia tiba-tiba nak termuntah..."

"Hah?!" Zafril segera menuju ke tandas.

"Sayang? Kenapa ni? Kenapa muntah-muntah ni?"soal Zafril cemas.

"Entahlah...tiba-tiba je..." Qis mengelap mulutnya dengan tisu.

"Emm...berisi lagilah tu!" terjah Zakri.

Mata Qis membulat. Zafril tersengih nakal. Tangannya diletakkan di perut Qis. Qis memandang Zafril dengan rasa tak percaya. Biar serius?

"Kalau betullah Kak Qis mengandung lagi, untunglah Zakri. Ada anak saudara lagi..." Zakri tersengih busuk.

Qis hanya tersenyum. Alhamdulillah...kalaulah betul dia sekarang tengah mengandung, dialah orang yang paling bahagia.

Tiba-tiba dia teringatkan pregnancy test yang dibawanya. "Awak tunggu kejap ye? Saya nak masuk tandas kejap."

Qis membawa keluar pregnancy test tersebut dan diuji. Qis keluar dari bilik air dengan muka yang tersenyum. Zafril pula pelik melihat isterinya yang tersenyum.

"Kenapa sayang? Kena sampuk?"

"Isy! Mana ada! Tuahlah Zakri nak dapat anak saudara baru!" ujar Qis sambil menunjukkan alat ujian kehamilan.

"Nampak tu? Ada dua garis tertera. Maknanya saya mengandung!" ujar Qis lalu memeluk Zafril. Zafril membalas pelukan isterinya. Syukur alhamdulillah! Rezeki!

"Kan? Kan betul apa yang Zak cakap! Mulut Zak memang masin!" ujar Zakri sambil tersenyum melihat kebahagiaan yang terlakar di wajah abang dan kakak iparnya. Dulu bergaduh, sekarang beromantik!

"Jom keluar. Saya nak bagitahu abang..." Qis berpaling. Dia nak memuntahkan isi perutnya lagi. Wah! Teruknya! Zafril mengurut belakang isterinya.

"Ok dah??" Qis mengangguk. Dibasuh sedikit mulutnya dan dilap dengan tisu.

"Jom!"

"Hah?! Kenapa ni muntah-muntah? Qis tak makan lagi ke?" tanya Zarul.

"Tak ada apa-apalah. Cuma dah berisi sikit, tulah yang asyik muntah-muntah!" ujar Qis sambil tersenyum.

"Berisi? Apa yang berisi?" Zarul masih blur alam.

"Qis mengandunglah abang! Apalah abang ni! Yang tu pun tak faham!"

"Oh...memanglah abang tak tahu sebab abang tak berpengalaman lagi...tapi, hah?! Mengandung?! Biar betul?! Cepatnya! Terer Zafril!" Zarul menepuk bahu adiknya.

"Hesy! Abang ni suka merepek kan?!" Qis menumbuk bahu abangnya.

"Betullah apa yang abang cakap!"

"Apa yang betulnya?" tanya Tuan Jeffri. Puan Sharifah, Puan Marina dan Tuan Nasri turut serta.

"Ibu dan abah akan dapat cucu baru nanti..." ujar Zarul.

"Hah?! Kamu biar betul Zarul? Kamu baru nikah hari ni, takkan isteri kamu mengandung? Zarul..." sangka Tuan jeffri.

"Eh! Mana ada! Bukan Sofialah abah...tapi si Qis ni hah...dah berisi sekarang ni dalam perut tu..." ujar Zarul.

"Kamu biar betul Qis?" tanya Tuan Nasri pula.

"Betullah papa..." jawab Qis.

"Alhamdulillah!" ucap mereka semua.

Qis tersenyum gembira manakala Zafril tersenyum gembira dengan kehadiran bayi yang bakal lahir di dunia ini nanti.

Cerita pasal Anis Rania? Dia dijalani hukuman penjara selama 7 tahun atas kesalahan membunuh dan keseksaan. Anis Rania juga disahkan ada gangguan mental sejak zaman sekolah menengah lagi. Apa-apa pun doakan Anis Rania supaya cepat insaf dengan segala perbuatannya dan segera bertaubat.

~TAMAT~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience