"What's your plan. Tell me..." ujar Diana Kalisha sambil memandang Anis Rania.
"My plan is I want their life destroyed like a Tsunami. I want our plan become a serious war into their life."
"Then, tell me the point and we begin..."
"Ok, aku nak kau..." Anis membisikkan rancangannya. Diana hanya tersenyum.
"Ok, I think this plan more better!" Anis dan Diana tersenyum.
"Eh, Zafril tu! Weyh, sembunyi!" Anis dan Diana sembunyi di sebalik pokok yang besar.
"Makin hensem Zafril sekarang ni..." ujar Anis.
"Hoi! Kau ni mengigau ke apa?? Ingat! Our plan! Jangan fikir perasaan syok kau tu je!"
"Yelah...sorry. Aku just terpukau dengan ketampanan dia tu je. Zafril tu sebenarnya sesuai dengan aku. Bukannya sesuai sangat dengan perempuan tu!Tapi, tulah. Aku terpaksa guna dia dala plan kita ni."
"Apa-apa jelah kau ni. Dah, aku nak balik dulu. Anything, call aku ok? Bye!"
"Bye!"
QIS termenung di dapur. Kerja menggoreng ni memang memenatkan. Sehari suntuk dia menggoreng ayam. Maklumlah...sekarangkan KFC buat menu baru pulak. Butter garlic chicken. Ramailah yang datang makan. Fuh! Nasib...nasib...
"Qis..."
"Qis!!!"
Terkejut Qis dibuatnya. Dia memandang Adib yang berada di sebelahnya. "Apa?? Suka buat aku terkejut!"
"Kaulah...kenapa asyik termenung je ni? Kerja kau pun tak berjalan..."
"Tak ada apa-apalah...aku penatlah. Aku nak ke toilet kejap..." Qis segera keluar menuju ke tandas.
Dia membasuh mukanya. Dia memandang wajahnya di cermin. Anis dan Diana? Betul ke diorang ada kena mengena dalam ni?? Tapi, kenapa? Aku nak jumpa mereka, aku tak tahu mereka ada dekat mana sekarang ni. Huh! Stres aku kalau asyik terfikirkan mereka. Silap hari bulan, aku kena pecat sebab kerja aku tak jalan!
Qis keluar dari tandas lalu menjalankan rutinnya seperti biasa. Namun, fikirannya masih terfikirkan Anis dan Diana. Kejap, kalau abang boleh tangkap gambar mereka dengan mudah, maknanya mereka ada dekat KL sekarang ni. Ok...aku akan cari mereka.
"Qis!" panggil Adib.
"Apa?"
"Goreng elok-elok. Jangan sampai ayam tu hangit. Nanti, chef marah!"
"Ok!" Qis kembali fokus kepada ayam yang digoreng. Kalau nak ikutkan, kerja goreng ayam ni dilakukan oleh chef Akif tapi memandangkan chef Akif tak dapat datang, dengan senang hatinya dia gantikan tempat chef Akif.
Encik Kamal masuk ke dalam ruangan dapur. Memantau setiap prestasi pekerja. Dari segi kebersihan, penyediaan makanan dan minuman, kecekapan ketika bekerja dan juga layanan di kaunter.
Dia menuju ke arah cef Adib. Bahagian menyediakan makanan. Mereka hanya tersenyum ke arah Encik Kamal. Walaupun bos itu tegas masa bekerja, namun pada waktu lapang, bos merekalah yang paling sporting.
"Macam mana penyediaan makanan? Ok? Ada masalah?" soal Encik Kamal.
"Setakat ini tak ada masalah lagi. Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar..." balas Chef Adib.
"Ok, good. Keep on your work." Encik Kamal menuju ke arah Qis yang sedang menggoreng ayam.
"Qis..."
"Ya Encik Kamal? Ada apa?"
"Macam mana? Ada masalah?"
"Tak ada apa-apa masalah Encik Kamal. Kalau setakat goreng ayam Encik Kamal, small matterlah..." Qis memetik jarinya.
"Ok, tapi make sure jangan sampai ayam tu hangit macam hari tu sebab awak leka!"
"Not this time Encik Kamal..." Qis hanya tersenyum. Nak perli aku ke apa pasal ayam hangit tu??
Encik Kamal menuju ke arah kaunter. Dia hanya memerhati Wani, Lidia dan Sue bekerja. Selepas berpuas hati, dia segera beredar.
"Encik Kamal tanya kau apa tadi?" tanya Chef Adib.
"Tadi? Dia cakap pasal ayam goreng aku yang hangit hari tu. Eleh, bukan aku tak tahu yang dia nak perli aku! Saja cover!" Qis mencebik.
"Macam-macamlah kau ni. Dahlah, jangan leka. Kalau tak..."
"Aku tahulah Chef Adib! Kau pun nak perli aku kan sebenarnya?!"
"Mana ada! Pandai-pandai je kau ni!" Chef Adib segera beredar.
SELEPAS menghadiri mesyuarat dengan client, Zafril kembali ke pejabatnya. Dokumen yang harus dibawa ke Pulau Pinang esok harus disemak.
Tok! Tok! Tok!
"Masuk!" Azura melangkah masuk.
"Encik Zafril, ini laporan untuk projek esok. Saya dah siapkan. Lagi satu, tadi Encik Zakri tanya sama ada Encik Zafril nak dia ikut Encik Zafril ke Pulau Pinang tak esok?"
"Awak cakap dekat dia yang saya nak dia follow saya esok."
"Oklah Encik Zafril. Ada apa-apa lagi? Kalau tak ada, saya keluar dulu?"
"Azura...awak buatkan saya nescafe..."
"Baiklah..." Azura segera beredar ke pantri.
"QIS...Encik Kamal nak jumpa kau..." ujar Wani.
"Nak jumpa aku?? Bila?"
"Sekarang..."
"Sekarang?! Kau biar betul?! Aku ada kerja sekarang ni. Ayam pun tak habis lagi digoreng!"
"Serius aku tak tipu! Aku baru keluar dari bilik dia..."
"Kenapa dia jumpa kau??"
"Adalah...cepat! Pergi jumpa dia."
"Yelah..."
Qis menuju ke pejabat Encik Kamal. Orangnya hensem. Tapi, kalau tegas, kalah harimau!
Tok! Tok! Tok!
"Masuk!"
Qis masuk ke dalam pejabat Encik Kamal. "Ada apa encik nak jumpa saya?"
"Duduk!" Qis hanya menurut. Apa pulak salah dia kali ni??
"Awak tahu kenapa saya panggil awak ke sini??" Qis hanya menggeleng.
"Saya perhatikan prestasi kerja awak makin menurun. Apa dah jadi? Dulu, awak tak macam ni pun. Awak ada masalah ke?"
"Saya mintak maaf encik..."
"Awak tak jawab soalan saya. Awak ada masalah ke?"
"Sa...saya...memang ada masalah. Sa..saya mintak maaf..."
"Qis...kalau awak ada masalah, awak jangan pendam dan jangan libatkan sekali sampai ke kerja awak. Itu yang membuatkan awak tak fokus kepada pekerjaan awak. Apa masalah awak? Awak boleh share dengan saya."
Prihatin betul Encik Kamal. Tapi, takkan aku nak cerita?? Ini hal peribadi aku kot!
"Qis? Cerita jelah apa masalah awak. Saya sedia mendengar..."
"Alah...biasalah hal rumah tangga..." tanpa sengaja, Qis terbuka rahsia yang dipendamnya.
"Rumah tangga? Are you married?"
"Emm...emm..."
"Qis, awak jangan cover ok?"
"Yelah...saya dah berkahwin. Muda kan?? Buat macam mana? Dah dipaksa...dahlah Encik Kamal, boleh tak kita jangan cakap pasal ni. Saya tak nak fikir pun semua ni. Saya ada masalah lain lagi. It's privacy. Saya harap Encik Kamal faham."
"Saya faham. Tapi, ingat! Jangan sampai masalah awak tu menganggu konsentrasi awak dalam kerja ok?"
"Baiklah Encik Kamal. Saya keluar dulu?"
"Baiklah..." Qis segera beredar keluar.
"Aduh! Macam mana aku boleh terlepas pasal tu tadi? Ayo! Bengong betullah fius aku ni!" Qis mengetuk kepalanya.
Share this novel