Bab 34

Romantic Comedy Completed 56847

"Diana! Apasal kau sejak dua menjak ni asyik elak dari aku?!" soal Anis Rania sambil matanya mencerlung tajam Diana Kalisha.

"Tak ada apalah...aku banyak kerjalah..." alasan Diana Kalisha.

"Apa kerja yang kau buat?! Tukang mop?!"

"Apa kena dengan kau kalau aku buat kerja??" soal Diana Kalisha kembali.

"Ooo...dah berani menjawab sekarang!"

"Memang aku berani dengan orang gila bin sawan macam kau ni! Sanggup bunuh orang demi kepuasan hati sendiri! Kau ni dah gila ke apa nak bunuh Zarul tu?! Kau dah gila?!"

"Hei!! Kau dengar sini! Tujuan aku buat macam tu sebab memang aku tak puas hati sebab dia serang aku dekat Pavilion hari tu depan orang ramai! Malu aku tau! Dan Zarul tu memang patut mati!" balas Anis Rania separuh menjerit.

Diana Kalisha tersenyum sinis. "Kau tak patut mati? Orang gila macam kau ni layak masuk liang lahad awal sebab terlebih wayar yang rosak! Kalau tak mati pun, kau layak duduk di wad sakit mental!"

"How dare you! Hey! Kau dengar sini! Aku yang bayar kau! So, kau kena ikut apa yang aku arah! Faham?!"

"Kalau aku tak nak macam mana? Anis Rania Bt Sobri...kau dengar sini! I'm not your employee anymore yang kau boleh suruh aku itu ini. Mungkin dulu kau boleh arah aku tapi not anymore from now sebab aku dah malas nak terlibat dengan kau! Selama ni pun aku terpaksa ja ikut kau sebab kau yang paksa aku! Ada faham?!"

Anis Rania menahan rasanya. What the jerk of Diana Kalisha!

"One more...kau tahu siapa bagitahu cikgu yang selama ni kau bawak telefon ke sekolah? That person is me! Saya yang bernama Diana Kalisha. Not Qisnurul Humaira! Puas?!"

"Kau...! Kau yang buat selama ni?!"

"Ya...kenapa?! Apa salah aku kalau buat macam tu? Sebab itulah tugas aku sebagai pengawas! Kami dah berjanji untuk berbakti dan menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas dan amanah...itu ikrar seorang pengawas. Bukan hanya mendapat jawatan sebagai pengawas saja-saja. Tapi, kena jalankan tugas. Tapi, kau kan tahu aku pengawas tapi kenapa kau cakap dekat aku yang bawak barang terlarang? So, terkantoi kan?"

"Dan nama Qisnurul Humaira yang buat laporan tu sebenarnya tipu ja. Kau tahu kawan baik kau, Farisha dah tipu kau! Dia tahu aku yang buat tapi, dia letak nama Qis jugak! So, aku dikira beruntunglah kan?" Diana Kalisha tersenyum menang.

"Kau tikam aku dari belakang?! Berani kau kan?!"

"Berani...kenapa? Ingat aku takut dengan kau?! Eh, kau tak ingat ke siapa yang banyak kes di sekolah? Aku kan...kes couple..berangkat dengan abang, kakak...bawak henset..makeup..."

"Aku kan? Setakat dengan kau ni apalah yang nak diherankan sangat kan kalau aku lawan cakap kau?"

Bersama dengusan dan geram di hati, Anis Rania segera beredar. Geram di hatinya terhadap Diana Kalisha masih terasa hingga sekarang! Kau tunggu Diana! Kau pulak yang dapat habuan dari aku!

"Eleh...bukan aku tak tahu. Dia akan balas dendam dekat aku. Baik aku lari!"

"Hati pun senang sebab dapat rakam perbualan antara aku dan Anis tadi. Rahsia kau terbongkar tak lama lagi Anis!"

KINI kandungan Qis menginjak tujuh bulan. Tinggal dua bulan lagi untuk tempoh melahirkan. Dah masuk tujuh bulan, dia dah tak larat nak berjalan. Berat sangat baby dala kandungan dia.

Namun, dia terdengar ada yang memberi salam di depan pintu pagar rumah suaminya. Dah tu tekan loceng banyak kali pulak. Sapa pulak yang datang?

Dengan susah, dia perhati ke arah pagar. Diana? Buat apa dia dekat sini? Apa dia nak buat sesuatu yang tak elok dekat aku dan anak aku? Aduh! Suami aku pulak kerja hari ni!

Nak tak nak...dia perlu keluar jugak. Dia menuju ke arah pagar. Pintu pagar dibuka.

"Hai Qis...how are you?"

Biar betul ini Diana? Baik semacam ja... "Sihat..."

"Berapa bulan?" soalan Diana ditujukan kepada kandungan Qis.

"Dah masuk tujuh bulan..."

"Oh...dah tak lama lagi."

Diana ni niat baik kot? Maybe. "Eh, jomlah masuk." mereka berdua masuk ke dalam rumah Zafril.

"By the way, macam mana kau tahu aku dengan Zafril duduk dekat sini?" soal Qis. Ada jugaklah rasa hairan di situ.

"Ok, sebelum tu tunggu kejap. Aku buat air kejap. Kau nak air apa?"

"Air apa pun tak apa..." jawab Diana sambil tersenyum.

Ok...dia senyum tak jahat! guest dia ada niat baiklah dia datang rumah suami aku ni!

Segelas jus oren diletakkan dihadapan Diana. Diana meneguk air tersebut. Dia memandang Qis.

"Mesti kau pelikkan aku jadi baik semacam kan dengan kau?"

"Adalah sikit..."

"Ok...bagi hilang rasa pelik kau tu...aku akan cerita semuanya dekat kau..." Diana memulakan ceritanya dari A sampai Z.

Dengan cerita Diana itu, sedikit sebanyak nak buatkan Qis ternganga. Tak sangka Anis akan berubah sampai macam tu sekali.

"Assalamualaikum!" Qis dan Diana memandang ke arah pintu. Zafril??

"Waalaikumussalam..." jawab Qis dan Diana serentak.

"Diana?"

"Emm...ok. Aku datang sini bukan nak bunuh bini kau ke apa tapi tujuan aku ke sini sebab nak perbetulkan kesemuanya sekaligus nak jumpa kau..."

"Apahal?" Zafril duduk di sebelah Qis.

"Ok...aku baru jumpa dengan Anis tadi dan aku ada rakam perbualan aku dengan dia tadi. So, aku harap ini jadi bukti yang kukuh untuk kau selain bukti plat nombor kereta dan orang ramai yang jadi saksi kejadian tu."

Zafril dan Qis mendengar rakaman tersebut sehingga habis. "Ok...ini cukup bukti tentang Anis. Kita boleh buat laporan."

"Ok...tunggu masa je kita perangkap dia. Cuma, sekarang aku tak ada di Malaysia buat sementara waktu. Aku pergi Taiwan. Aku kena hilangkan diri sekejap dari Anis. Aku tahu dia akan buat something dekat aku."

"Kenapa?"

"Aku dah jelaskan semuanya dekat dia. Aku malas nak terikat dengan dia."

"Oh...ok."

"Nah..." Zafril mengembalikan telefon bimbit Diana.

"Aku dah bluetooth rakaman tu. Tapi, kau simpan tau rakaman tu. Manalah tahu aku punya hilang."

"Ok..."

"Eh? Awak balik ni nak makan tengahari ke?" soal Qis.

"Yalah...sayang tak ingat ke?"

"Alamak...lupalah. Baru balik dari jenguk abang tadi...sorry. Ok, saya masak sekarang. Diana, joinlah sekali kami lunch. Bukan selalu awak nak datang rumah kami ni kan?"

"Boleh ke?"

"Apa pulak yang tak boleh? Boleh je..." kata Qis.

"Manalah tahu Zafril ni tak alukan saya ke..."

"Isy! Merepek je! Kalau kau nak datang sini tiap-tiap hari pun boleh. Bolehlah teman isteri aku ni..."

"Diana! Kau pandai masak tak?"

"Bolehlah jugak. Kenapa?"

"Tolong aku!"

"Boleh..." Diana menuju ke dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience