Bab 8

Romantic Comedy Completed 56847

"Assalamualaikum!" Zafril memberi salam apabila tiba di hadapan pintu kondo abang Qis.

"Waalaikumussalam!" pintu kondo dibuka. Nampak sangat wajah Zarul terkejut bila nampak Zafril berdiri di hadapan kondonya malam-malam ni.

"Masuklah Zafril..." Zarul memberi laluan kepada Zafril untuk masuk.

"Ada apa Zafril datang rumah abang malam-malam ni?" tanya Zarul. Nampaknya Zarul tak tahu lagi pasal tu.

"Emm...sebenarnya Zaf nak mintak kebenaran abang untuk bawak Qis ke rumah mama dan papa malam ni. Maybe untuk seminggu atau lebih..." ujar Zafril.

"Eh, apa pulak nak mintak izin? Dia kan isteri Zaf. So, Zaf nak bawak dia pergi mana pun, bawaj jelah. Abang tak kisah..." ujar Zarul pula.

Qis yang selesai bersolek keluar dari bilik. Dia menuju ke ruang tamu. Dia hanya memandang kelibat Zafril dari ekor mata.

"Dah siap!" kata Qis kasar.

"Qis...salam Zaf dulu..." arah Zarul.

"Abang! Perlu ke??" bodoh punya soalan!

"Perlulah! Dia kan suami Qis! Wajib Qis hormat dia!"

"Perlu ke?? Sedangkan dia pun tak hormatkan diri Qis ni. Ini nak suruh Qis hormat dia??? Memang taklah!"

"Qis!"

"Yelah!" dalam keadaan terpaksa, Qis menurut jugak. Kalau tak turut, abang dia akan mula membebel.

Ketika dia angkat muka, nampak sangat Zafril tersenyum sinis. Oh! Kau sindir aku erkk?? Ok! We will see! Kita lancarkan perang dunia ke dua puluh!

Dengan sengaja kaki Qis memijak kaki Zafril. "Adoiii!"

"Kenapa Zafril?" soal Zarul.

"Tak ada apa-apalah abang. Qis terpijak KAKI dia. Hehehe...tak sengaja! Sorrrryyy my husband!" Qis tersenyum sinis. Padan muka! Kenakan aku sangatkan tadi?? Rasakan balik bom Qisnurul Humaira!

"Oklah abang. Kami gerak dulu. Takut lambat pulak sampai rumah mama dan papa..." Zafril menyalami Zarul begitu juga dengan Qis.

"Bye abang!" ujar Qis sebelum beredar keluar dari kondo.

Dalam kereta...

"Kau sengajakan kenakan aku tadi??!" Zafril bertanya.

"Memang aku sengaja pun! Sakit tak?" perli Qis. Padan muka!

"Kau nikan! Dari dulu asyik kenakan aku! Kau memang tak serik kan?! Tak apa, kau tengok bila dekat rumah papa dan mama nanti! Aku akan balas balik. Masa tu tak akan ada siapa pun nak tolong kau!" Zafril berkata dengan tegas.

"Kau nak buat apa???"

"Adalah...lagipun 'hutang' kau belum langsai lagikan dengan aku?" Zafril tersenyum nakal.

Qis menelan air liur yang terasa pahit tiba-tiba. Faham sangat maksud hutang si Zafril ni. Tak nak!

Tahupun kau takut! Kenakan aku lagi! Sekarang kau yang terkena balik! Hahahaha! Zafril ketawa besar dalam hati.

"Kau jangan nak merepek malam-malam ni boleh tak? Tak kira! Malam ni aku mintak dengan mama nak tidur bilik berasingan. Tak nak tidur dengan kau yang mental disorder ni!"

"Amboi! Wangi mulut kau kata aku ni disorder kan? Kau ni mulut kau tu memang nak kena cium. Kasi bersih sikit!"

"Amboiii! Kau ni dah meroyan tahap bipolar sangat dah! Sampai nak bercium segala! Daripada mulut kau, aku lagi rela dengan mulut kambing! Kambing lagi hensem dari kau tahu tak?! Kau ni dahlah muka macam beruk kat hutan!" terjah Qis laju. Mulut...pedas sangat!

"Kau samakan aku dengan beruk? Eh...kau tahu tak kau ni macam burung murai! Mulut tak pandai nak duduk senyap. Macam kiah propa! Mengata tu laju sangat!"

"Eh! Kau yang mula dulu ok! Aku pun ikut jelah..."

"Kalau kau tak pedas sangat, aku tak akan lancarkan senjata!"

"Samalah macam aku!"

"Kau tu selalu sangat lancarkan perang dengan aku! Tak cukup ke kau perangkap aku dalam rancangan kau sampai aku terpaksa kahwin dengan kau!" tiba-tiba isu tu terkeluar dari mulut Zafril.

"Kau ni apa masalah kau sebenarnya hah??!! Apa yang kau tak puas hati dengan aku sebenarnya cipan?!!"

"Sebab kaulah! Aku tak puas hati bila aku terpaksa kahwin dengan kau! Bodoh!"

"Kaulah yang bodoh! Berapa kali aku nak cakap! Lebih baik kita bercerai je daripada sama-sama terseksa!!!"

"No! Aku tak akan ceraikan kau!!!"

"Kenapa???!!! Kenapa kau tak nak ceraikan aku Zafril Husni!!!"

"Sebab aku tak boleh! Aku tak boleh!!"

"Apa yang tak bolehnya?! Cakap jelah...Qisnurul Humaira, aku ceriakan kau dengan talak tiga! Kan senang?!" Qis menjeling Zafril yang sedang memandu.

"Bodoh!" sambung QIs lagi.

Zafril menjeling Qis yang berada di sebelahnya. Apa masalah aku ni? Kenapa setiap kali dia cakap pasal cerai, hati aku ni automatik akan cakap tak nak?

Bodoh punya Zafril! Aku suruh dia cerai aku, dia tak nak! Lepas tu, tak habis-habis nak ungkit pasal masa lepas! Bengong!

Sampai di hadapan rumah mama dan papa Zafril, Zafril membuka tali pinggang. Qis masih tak berganjak. Gaya macam tak nak keluar dari kereta.

"Dah sampai!" Qis masih buat bodoh!

"Hoi! Dengar tak?!"

"Apa masalah kau ni? Kalau nak keluar, kau keluar jelah!" bentak Qis.

Zafril mendengus. Dia keluar dari kereta dan menuju ke tempat penumpang. Dia membuka pintu kereta.

"Jom!"

Qis menjeling. Apahal dia ni sebenarnya?

"Tak nak!"

"Cepatlah! Kalau kau tak nak turun, aku angkat kau sampai ke dalam rumah!" ugut Zafril. Qis hanya buat bodoh.

Minah ni memang cabar aku betullah! Tanpa menunggu lagi, dia segera mencempung tubuh Qis. Akibatnya Qis menjerit.

"Woi!!! Lepaslah!!!" Qis menyinga.

"Lepaslah!!!"

Buk! Tubuhnya terhempas atas tanah. Dia mengerutkan dahinya. Aduh! Sakit. Siot punya Zafril. Kurang asam betullah!

"Sakitlah bodoh!" Qis bangun sambil pegang pinggangnya. Aduh! Cramp terus pinggang aku!

"Padan muka!" selamba badak berendam Zafril mengutuk.

Geram dengan sikap Zafril, Qis berjalan menuju ke pintu rumah dengan terhinjut-hinjut. Sakitnya tak terkata.

"Dah...naik belakang aku!" arah Zafril. Dia membongkokkan badannya.

"Tak payahlah! Aku boleh jalan!" sangkal Qis.

"Apa kejadah yang kau boleh jalannya? Bongkok macam nenek tua! Dah, naik belakang aku! Cepat!"

Mahu tak mahu, terpaksa jugak dia naik belakang Zafril. Aduh! Malu weyh! Mahunya pinggang mamat ni cramp, macam mana? Aku ni dahlah berat! Qis memeluk leher Zafril. Kang terjatuh pulak, insyaAllah pinggang dia akan jadi arwah!

Zafril membawa Qis sampai ke dalam rumah. Sampai di dalam rumah, dia menurunkan QIs.

Qis hanya buat bodoh apabila Zafril memandangnya. Dia nak apa pulak? "Apa?"

"Kau ni kotlah nak cakap terima kasih ke apa. Penat tau aku dukung kau tadi!"

"Ceh! Bukan aku nak pun. Kau yang paksa aku. So, perlu ke aku ucap terima kasih?" perli Qis.
Mulut dia ni aku cabai kang! "Tak reti bersyukur betullah kingkong ni!"

Amboi! Sesedap rasa dia labelkan aku dengan kingkong? Kurang ajar betullah! "Yelah...terima kasih!"

"Hah? Apa? Tak dengar..."

"Saja kan?? Yelah...terima kasih sebab tolong aku tadi!"

"Hah! Macam tulah..."

"Eh! Dah sampai pun menantu mama!" Puan Marina meluru ke arah Qis. Namun, matanya tertumpu kepada tangan Qis yang sedang mengurut pinggangnya.

"Kenapa ni Qis?" prihatin Puan Marina.

"Dia jatuh masa Zafril gendong dia tadi. Duduk tak senyap sangat, sebab tulah boleh jatuh!" tipu Zafril. Reka cerita siap.

"Ya Allah! Tak apalah! Pergilah rehat dulu. Zaf, bawa Qis ke bilik. Biar dia berehat!"

"Ok mama..." Zafril membantu Qis berjalan hingga ke bilik.

Dalam bilik, Qis diletakkan di atas katil. Zafril menutup pintu. Dia memandang Qis yang sedang mengurut pinggangnya. Rasa kesianlah pulak.

"Sakit lagi?"

Qis memandang Zafril dengan pandangan tajam. "Bodoh punya soalan! Sakitlah!"

"Orang tanya elok-elok, dia jawab macam tu pulak!" Zafril menuju ke arah laci meja solek. Dia mengambil minyak angin. Dia menuju ke arah Qis.

"Baring!" arah Zafril.

"Buat apa?"

"Banyak tanya pulak! Baring dahlah!"

"Kau nak buat apa?!"

"Aku nak sapu minyak angin. Dah! Baring cepat!"

Dia nak sapu? Oii! Malu! "Tak payah! Aku boleh sapu!"

"Kau nak sapu sendiri dengan keadaan kau macam ni? I don't think so! Dah! Cepat!"

"Tak nak!"

"Cepatlah! Aku bukan nak buat benda tak senonoh pun! Aku just nak sapu minyak angin dekat pinggang kau ni je! Dah! Cepat!"

Qis terpaksa akur. Daripada dia terseksa...perlahan-lahan dia membaringkan badannya di atas katil. Dia menutup mukanya dengan bantal. Malu weyh!!!

Zafril mulakan sesi mengurut. Bukan nak menggatal erkk!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience