Bab 20

Romantic Comedy Completed 56847

Semua kerjanya tak dapat difokuskan oleh kerana terlalu fikirkan tentang Qis. Setiap kertas terbayang muka Qis. Di setiap itu juga hantinya berbisik 'Qis tak bersalah dalam ha ini'.

Arghhh!!! Kenapa aku nak kena teringat dia pulak?! Dah sah-sah dia ada dalam bilik tu! Ada lelaki lain pulak tu! Apa yang bukan buktinya?!

'Jangan diikutkan hati kau ketika hati kau masih marah Zafril Husni. Ini semua permainan syaitan untuk merobohkan rumah tangga kau!' ada suara berbisik.

Zafril mencengkam rambutnya. Apa makna semua ni??! Woi! Serabutnya! Aku serabut!

Tok! Tok! Tok!

"Masuk!" Azura masuk. "Ada apa Azura?"

"Tadikan Encik Zafril call saya supaya masuk ke bilik encik?" kata Azura dengan suara pelik.

"Oh ya...sorry saya lupa. Saya nak awak cancel semua meeting saya hari ni. Postpone ke minggu depan. Awak tetaplah tarikh bila. Dah confirm nanti, inform dekat saya ok?"

"Ok...ada apa-apa lagi Encik Zafril?"

"Tak...awak boleh keluar."

"Saya mintak diri dulu..." Azura segera beredar. Di sebalik pintu, Azura memikirkan tentang bosnya.

"Kenapa bos ni? Aku tengok serabut pelik je. Mesti ada masalah dengan wife or family ni. Bos...bos..."

"Zura! Kenapa dengan bos tu?" tanya Syifa.

"Isy! Kau ni! Terkejut je aku! Entahlah...dah! Jangan nak gosip apa pulak. Pergi buat kerja kau!"

"Amboi! Garang macam bos!"

"Tengoklah sapa PA dia..." Azura segera ke mejanya kembali. Nak bincang tentang meeting yang bosnya mintak postpone.

"Azura...saya tak masuk ofis nanti. Saya cuti setengah hari. Kalau ada apa-apa, just make a call ok?"

"Baiklah Encik Zafril..." Zafril segera keluar menuju ke keretanya.

"MAMA percayakan Qis tak?" soal Qis. Dalam hal ini, dia hanya ada abangnya seorang sahaja yang dia bergantung selama ini.

"Mama percayakan Qis. Mama tahu Qis tak akan buat benda macam tu," jawab Puan Marina bersama senyuman.

"Papa?"

"Papa pun percaya dengan Qis. Cuma, Zafrillah...susah sikit."

"Keras kepala!" kata Qis. Dia sekarang cukup marah dengan tindakan Zafril yang terburu-buru tanpa menyoal dirinya dahulu.

"Dah. Sekarang Qis tak payah fikir. Apa yang Qis harus fikir ialah tentang masa hadapan Qis. Masa hadapan Qis dengan Zafril..."

"Buat apa mama? Kalau dia sendiri pun tak percayakan Qis? Kalau dia nak ceraikan Qis, cerai jelah mama. Senang cerita..."

"Mama tak nak Qis keluar dari keluarga kami. Even Zakri pun tak percaya dan tak nak Qis keluar dari keluarga kami. Please Qis, jangan putus asa ok?"

Qis mengeluh. Apa yang harus dia buat? Takkan dia nak bertahan untuk orang yang dah tak percayakan dia? Semua tu dah tak guna. Buat apa dia bertahan kalau dirinya dihina saja?

"I will try..." ucap Qis perlahan.

"Inilah menantu mama yang selalu tabah." Puan Marina memeluk tubuh Qis.

ZAFRIL duduk termenung di Taman Tasik Titiwangsa. Termenung memikirkan nasibnya. Kalau aku tahu, dah lama aku ceraikan kau QIsnurul Humaira!

"Kalau dah susah sangat! Ceraikan aku!Apa yang susahnya. Cakap jelah Qisnurul Humaira, saya ceraikan awak degan talak tiga!" teringat Zafril pertengkarannya dengan Qis dahulu.

Ya Allah! Apa yang patut aku buat sekarang? Ceraikan dia atau tak? Mama tak nak Qis keluar dari keluarga kami tapi aku tak tahan dengan semua ini. Perkara yang sama berlaku lagi dan berpunca dari Qis lagi. Apa makna semua ini? Adakah ini semua petunjuk yang Qis memang kotor?

Tapi, hati aku selalu kata yang Qis tu bukan perempuan kotor atau bersalah dalam semua ni. Yang mana aku nak percaya? Berdasarkan apa yang aku tengok atau apa yang hati aku kata?

Ya Allah...confusenya aku! Yang mana satu aku harus percaya? Yang di depan mata atau hati? Depan mata atau hati?

Dari tengah hari hingga malam...Zafril keliling kawasan bandar KL. Fikirannya benar-benar buntu. Ketika dia berjalan di sekitar Jalan TAR...tiba-tiba mukanya ditekup oleh seseorang. Zafril meronta namun terhidu ubat yang berada di kain tersebut membuatkan Zafril pengsan.

ZAFRIL terjaga dari pengsannya apabila terdengar suara orang menangis. Dia cuba membuka matanya. Namun, kepalanya terasa berat. Apa yang terjadi dekat aku hah??

Zafril cuba bangun dari pembaringannya. Matanya terbuntang bila ternampak wanita yang tak dikenalinya sedang menangis dengan berbalutkan hanya selimut di tubuhnya. Zafril menilik dirinya.

Aku juga hanya berseluar pendek?. No! Tak mungkin. Tak mungkin aku buat perkara 'tu'. Perempuan ni siapa?

"Kau siapa?!" soal Zafril kasar.

Perempuan itu hanya diam. Malah, dia terus-terusan menangis. Zafril buntu. Apa lagi bala sekarang ni?

Tiba-tiba pintu bilik hotel yang diduduknya dengan perempuan itu diketuk dari luar. Kedengaran ada yang memberi salam. Zafril menelan air liurnya. Tak kan...

"Hey! Kau cakap dengan aku! Siapa upah kau buat semua ni?! Siapa?!"

"You yang bawak I ke sini...takkan you tak ingat?" perempuan itu meneruskan lakonannya.

"Hey perempuan! Aku tak kenal kaulah! Cakap! Siapa upah kau!"

Kedengaran ada suara yang bagi salam lagi. Zafril segera ke pintu. Dia membuka pintu.

"Kami dari Jabatan Agama Islam. Kami dapat laporan yang mengatakan ada pasangan kekasih sedang melakukan maksiat dalam bilik ini. Encik ni dah kahwin ke? Boleh saya tengok IC encik?"

Zafril menelan air liurnya yang terasa kesat. Ya Allah! Apakah ini balasanmu kepadaku kerana tak percayakan kata-kata Qis sewaktu di dalam kesusahan begini?

Tanpa berlengah lagi, Zafril segera mencapai dompetnya lalu menyerahkan ICnya kepada pak cik tersebut.

"Oh...encik ni dah berkahwin tapi masih lagi buat perangai!" kata pakcik tersebut.

Pengawai yang lain pula sedang menyiasat perempuan tersebut.

"Zafril Husni!!!" Zafril menoleh apabila ada suara yang memanggilnya. Suara yang dia kenal. Papa?

Satu tamparan singgah di pipinya. Pedih. Hanya itu mampu diungkapkan sekarang.

"Zaf buat perangai lagi?! Apa lagi sekarang ni?!" marah Tuan Nasri.

"Abang...sabar..." pujuk Puan Marina.

"Kita nak bersabar apa lagi?! Dia nikan...! Suka buat masalah!" marah Tuan Nasri.

Qis yang turut ada di situ hanya diam membisu. Kau lagi kotor dari aku Zafril! Kutuk aku konon! Kau lagi 'canggih' dari aku!

Zafril memandang Qis. Ya Allah...apalah yang Qis fikirkan tentang aku sekarang ini?

Zafril menuju ke arah Qis. Qis hanya memandang ke lantai. "Qis..." dia cuba memegang tangan Qis namun Qis lebih cepat melarikan tangannya.

"Apa?! Kau nak cakap apa lagi sekarang ni?! Semuanya dah jelas! Kau sama je dengan lelaki lain!" tutur Qis. Dalam hatinya, pedih melihat semua ini.

"Qis...kau salah faham ni. Aku tak buat semua ni. Betul..aku tak buat semua ni. Aku difitnah...ada yang aniaya aku! Sumpah Qis!"

Qis tersenyum sinis. "Kenapa aku nak kena percayakan kau?! "

"Sebab ini semua hanya fitnah!"

"Perkara yang berlaku dekat aku dulu kenapa kau tak tanya aku?! Kenapa kau tak bagi aku nak explain kesemuanya?! Why?! Kenapa Zafril Husni?! Malah, kau tuduh aku macam-macam! Kau kutuk aku! Why can't I do the same thing like you do it to me?"

"Masa tu...aku...aku..."

"Dah! Aku tak nak dengar apa-apa lagi! Sekarang, kau lepaskan aku! Kau ceraikan aku! Senang!" Qis segera beredar. Namun, dirinya dihalang.

"Qis...aku mintak maaf...aku tahu aku salah. Mungkin ini semua balasan Allah kepada aku..."

"Maaf? Kata-kata dah lama terkubur. You do all of this just because of your uncontrollable lust!" kata Qis. Sedih apabila dia tahu yang Zafril melakukan semua ini.

"Qis...aku tak buat semua ni. Percayalah..."

"Tak! Aku tak percayakan kau!" Qis segera beredar. Makin lama dia di situ, dia jadi makin sakit hati. Sampai hati kau Zafril!

Dari jauh, ada yang memerhati mereka. Hahaha! Plan aku berjaya dengan sepenuhnya.

Dari situ juga, ada yang memerhati Anis Rania. Oh...kaulah dalang semua ni!! Jaga kau! Dia snap gambar Anis Rania secara senyap-senyap. Tak lupa juga Diana Kalisha.

"Kata jahat tapi bodoh jugak sebenarnya..." ujar Kamarul. Dia tersenyum sinis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience