Bab 11

Romantic Comedy Completed 56847

"Woii! Bangunlah!" cara kasar Zafril kejutkan Qis bangun dari tidur. Tapi, kenapa dia masih tak bangun lagi?

"Qis! Bangunlah! Dah pukul 12.00 ni! Bangunlah..." Zafril mengerakkan bahu Qis.

Kenapa badan dia panas? Ka aku yang tersalah rasa? Zafril meletakkan tangannya di dahi Qis. Panasnya! Ya Allah...dia demam!

Zafril menuju ke almari. Tuala kecil dicapai lalu menuju ke bilik mandi. Dia membasahkan tuala tersebut lalu diletakkan di dahi Qis.

"Kenapa kau demam pulak sekarang ni? Aduhai..." Zafril menggosok kepalanya.

Zafril keluar dari bilik menuju ke dapur. Dia menuju ke pembantu rumah. "Suri, tolong buatkan bubur ya?"

"Untuk siapa?"

"Untuk puan Qis. Dia demam. Tolong ya?"

"Baik tuan..."

"Eh Zaf? Tak keje ke hari ni?" tanya Puan Marina.

"Kerja. Ini Zaf balik ambik hard disk. Tertinggal. Oklah mama, Zaf pergi dulu. Assalamualaikum. Oh...by the way, menantu mama tu demam pulak. Pergilah tengok dia...entah teruk ke tidak." Zafril keluar dari rumah lalu menuju ke kereta.

Puan Marina menuju ke bilik Zafril. Dia menghampiri Qis yang terbaring di atas katil. Ada tuala kecil di atas dahi Qis. Hmm...mesti Zaf yang letak ni. Zaf...Zaf... EGO lebih sangat! Walhal...dalam hati care jugak.

Pintu bilik dikuak dari luar. Suri masuk dengan semangkuk bubur ayam dengan air kosong bersama ubat.

"Bubur untuk Qis?" tanya Puan Marina.

"Ya puan."

"Oklah...letak atas meja tu dulu."

"Saya minta diri dulu puan?" Suri segera beredar.

"Qis...Qis...bangun Qis..."

Qis tersedar. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Kepalanya terasa sedikit pening. Matanya menangkap kelibat Puan Marina. Dengan payah, dia bangun dari pembaringannya.

"Mama...mama ada dekat sini? Buat apa ma?" soal Qis. Suaranya sedikit serak.

"Mama nak tengok Qislah...Zaf kata Qis demam. Ni, makan bubur dulu. Lepas tu makan ubat ok?" Puan Marina menyerahkan mangkuk berisi bubur kepada Qis.

"Makan ok? Mama keluar dulu...lepas makan bubur ni, makan ubat pulak ok?" Qis hanya mengangguk. Puan Marina segera beredar keluar.

Baru dua sudu bubur singgah ke perutnya, telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Wani di skrin telefon bimbitnya.

"Hello Wani..."

"Hello friend! Kau tak masuk kerja ke?"

"Tak...maybe aku akan teruskan cuti dalam dua atau tiga hari lagi. Coverkan aku ok? Aku demam..."

"Hah?! Kau demam? Macam mana sekarang? Ok?"

"Aku baru demam hari ni kot! Macam mana nak ok?! Isy! Tanyalah soalan ilmiah sikit!"

"Hehehe...dah makan ubat?"

"Aku baru nak makan ni...baru bangun dari tidur."

"Oh...oklah. Makanlah dulu. Jangan lupa makan ubat. Cepat-cepat sembuh. Rindu kau!"

"Aku pun rindu kau!"

"Oklah...aku letak dulu. Bye!"

"Bye!"

Selepas makan bubur tersebut, dia segera makan ubat. Air segelas habis diminumnya.

Telefon bimbitnya berbunyi tanda ada mesej masuk. Dia memerhatikan mesej tersebut. Zafril?

Dah makan ubat?

Kau tahu mana aku demam?

Aku tahulah...dah makan ubat ke belum??

Baru je makan...tak payah risau!

Sapa yang risaukan kau? Tak ada masa aku nak risaukan kau!

Eleh! Tak nak mengaku pulak!

Dahlah! Aku nak tidur! Jangan kacau! Bye!

Qis meletakkan kembali telefon bimbitnya. Badan yang terasa lemah membuatkan Qis kembali baringkan badannya.

"MASUK!" ujar Zafril apabila ada gerangan yang mengetuk pintu pejabatnya. Zakri masuk ke dalam pejabat abangnya.

"Abang, nah fail yang abang nak tu. Adik dah siapkan. Abang cuma perlu approve je..." ujar Zakri.

Zafril menyemak helaian demi helaian fail itu. Dia cukup puas dengan hasil kerja adiknya. "Ok...good job." Zafril menandatangani dalam fail tersebut. Fail tersebut diserahkan kembali kepada Zakri.

"Thank you abang. Adik keluar dulu?" Zafril hanya mengangguk. Zakri segera keluar dari pejabat abangnya.

Zafril melihat telefon bimbitnya. Ada satu mesej. Dia membuka mesej tersebut.

Qisnurul Humaira...how is she now?

Zafril mengerutkan dahinya. Dah kenapa orang ni? Selama seminggu mendiamkan diri dan sekarang ada balik? Hailah...mengacau!

"Lantak kaulah!" Zafril meletakkan kembali telefonnya.

ZARUL memandang gambar yang diberi oleh Kamarul. Gambar orang yang telah mengacau adiknya. Macam kenal tapi siapa hah?!

"Berdasarkan SMS dan aku dah dapat jejak nombor telefon tersebut, inilah orangnya. Orang cakap nama dia ni Anis Rania dan Diana Kalisha," ujar Kamarul.

"Anis Rania dan Diana Kalisha? Aku macam pernah dengar nama mereka ni tapi aku tak ingat dekat mana!" Zarul cuba ingat kembali memorinya.

"Tak apa. Aku akan terus siasat lagi. Kau jangan risau ok? Tahulah aku nak buat macam mana."

"Thanks Rul...berapa aku nak kena bayar?" Zarul sengaja mengusik.

"Hesy...semua ni free of charge! Jangan risau! Well, kau kan kawan baik aku. Aku tak berkiralah..." ujar Kamarul sambil menepuk bahu kawannya.

"Once again thanks."

"No thanks. Aku chau dulu. Office time! Aku gerak dulu. Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam..." Zarul kembali memerhatikan gambar tersebut. Siapa mereka ni hah?! Macam pernah nampak!

Baik aku call Qis...manalah tahu dia kenalkan?? Zarul segera menelefon adiknya namun panggilannya tak berjawab. Kenapa pulak ni? Dia mencuba sekali lagi namun tetap sama.

"Kenapa dia tak angkat ni?" Zarul mencuba lagi. Namun, jawapannya masih sama.

Qis...nanti call abang balik! urgent!

Dia menghantar mesej tersebut kepada Qis. Mintak-mintaklah Qis baca SMS dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience