"Qis...dah malam kot. Kau nak pergi mana??" soal Zafril. Risau dengan keselamatan Qis.
"Aku keluar dengan Wani kejap. Dia ajak aku jumpa dengan dia. Kenapa? Ada nak pesa apa-apa ke?"
"Emm...tak ada apa-apa. Take care..." pesan Zafril.
"Thanks for your advise. Aku pergi dulu..." Qis keluar dari bilik dan segera menuju ke kereta.
"Qis? Nak pergi mana malam-malam ni??" tanya Puan Marina.
"Qis nak jumpa Wani kejap mama. Qis pergi dulu ok? Assalamualaikum..." usai mencium tangan Puan Marina, Qis segera masuk ke dalam kereta.
Di restoran...
"Wani...kenapa kau ajak aku datang restoran malam-malam ni?" tanya Qis.
"Emm...sebenarnya aku...aku..."
"Dah kenapa kau ni tergagap-gagap pulak??" Qis memandang pelik.
"Sebenarnya aku...aku...aku...emm...macam mana nak cakap hah?? Aku..."
Qis mendengus. "Apa sebenarnya yang kau nak cakap ni Wani? Tergagap-gagap pulak!"
"Aku sebenarnya...sebenarnya..."
"Sebenarnya apa??!!" Qis mengetuk meja.
"Aku nak kahwin!" Wani melafazkan kata-kata yang susah hendak disebut tadi.
"Hah?! Kau serius?! Dengan sapa??"
"Dengan..." kata-kata Wani terbantut apabila pelayan datang menghidangkan minuman mereka.
"Dengan sapa?" tanya Qis tak sabar-sabar.
"Dengan Encik Kamal. Mesti kau tak percaya kan??" Wani tersipu malu.
"Tapi ok jugak. Kau sesuai dengan dia. Baik, penyayang, ambik berat. Sesuailah dengan kau!" ujar Qis lalu airnya disedut lagi.
"Qis, aku ke tandas kejap. Sakit perut..."
"Ok..." Qis menyedut lagi airnya.
Dari jauh, ada yang memandang Qis dengan senyuman sinis. "Kau dah masuk perangkap aku Qisnurul Humaira!"
Tiba-tiba Qis terasa pening. Aduh! Kenapa pulak aku rasa pening ni? Aku makan apa semalam? Aduh! Pening gila!
Qis memicit kepalanya. Namun, dia terasa badannya seperti dicempung. Qis memandang gerangan tersebut. Zafril?? Qis hanya tersenyum.
"Kau bawa dia ke sana dulu. Aku ada lagi kerja nak kena buat." Orang suruhannya hanya mengikut. Tubuh Qis diletakkan di dalam kereta.
QIS tersedar dari lenanya apabila terdengar suara riuh rendah. Dia cuba bangun namun kepalanya terasa berat. Kenapa dengan aku ni? Dia gagahkan diri untuk bangun. Dia memandang sekeliling.
Kenapa ada pak cik-pak cik dalam bilik ni? Mana Zafril? Dia menilik dirinya. Baju masih lengkap cuma tudung je yang entah ke mana.
"Dah kahwin rupanya tapi masih buat hal! Apalah nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang ni!" ujar pak cik yang berlebai tersebut.
Apa maksud pak cik ni? Mana Zafril??! Dia memandang orang di sebelah. Itu bukan Zafril! Maknanya....takkanlah aku ditangkap khalwat untuk kali kedua?
"Kau ni siapa hah?!" dia menolak tubuh lelaki tersebut.
"Hai...takkanlah lupa lelaki yang awak tidur ni?" perli pak cik tersebut.
"Pak cik jangan main serbu je! Pak cik ingat saya ni tak ada maruah ke?! Pak cik ingat saya ni pelacur?! Saya ni dah bersuamilah! Pak cik cakap biar berlapik! Harap pakai lebai tapi mulut lancar buat ulasan tentang orang!" marah Qis. Kesabarannya dah sampai tahap kemuncak.
Dia mencapai tudungnya lalu dipakai. Pak Cik ni suka suki hati dia je nak buat ulasan tentang aku! Fikir aku ni apa?! Kalau ikutkan hati aku, dah lama aku bubuh pak cik ni. Fikir dia ni orang tua ja aku tak bubuh!
"Qis! Qis!" Qis memandang ke arah pintu. Suara yang cukup dia kenal. Zafril!
"Zafril!" Qis menuju ke arah Zafril.
"What are you doing right now?? Not enough of me, you take him too??!" tuduh Zafril.
"Apa kau merepek ni?! Kau nak tuduh aku ni berkhalwat dengan dialah?!"
"Habis tu? Kau fikir aku ni fikir apa?!"
"Up to you whether you want to trust to me or that stupid guys!" Qis segera beredar pergi. Tak guna punya Zafril! Aku ingatkan kau boleh bantu aku, tapi tak! Kau pun sama ja!
Dia mengambil teksi. Selepas memberitahu alamat yang dituju, teksi tersebut segera bergerak. Dalam teksi, dia menangis semahu-mahunya. Kenapa semua ni harus berlaku lagi Ya Allah??
Sampai di hadapan kondo abangnya, Qis menekan loceng.
"Abang!!!!" jerit Qis.
"Kejap!" Zarul membuka pintu. "Qis? Kenapa Qis?"
Qis memeluk abangnya. Dia menangis semahu-mahunya. Zarul tergamam. Kenapa dengan Qis?
"Qis...kenapa ni?"
"Abang...Qis..."
"Ok, Qis masuk dulu." Qis menuju ke arah sofa. Zarul menutup pintu. Dia menuju ke arah Qis.
"Sekarang cerita dekat abang. Kenapa Qis menangis? Apa yang Zafril buat dekat Qis sampai pukul 4.00 pagi terjah rumah abang ni??" soal Zafril. Risau melihat adiknya menangis.
"Qis...Qis..."
"Kenapa? Cuba cerita. Kalau Qis tak cerita, asyik menangis...masalah tak akan selesai..." pujuk Zarul.
"Qis...Qis kena tangkap khalwat..."
"Hah??! Dengan sapa Qis? Macam mana boleh jadi macam ni?" Zarul memandang adiknya. "Explain..."
"Malam tadi Qis keluar dengan Wani. Kami cuma minum-minum ja. Lepas minum air yang dipesan, Qis rasa pening. Waktu tu Wani pergi tandas. Tiba-tiba Qis rasa ada orang dukung Qis. Qis tengok orang tu. Qis nampak wajah Zafril. Jadi, Qis biar jelah...Qis tak sangka orang tu bukan Zafril..." Qis menangis.
"Zafril dah tahu?"
"He scold me then. You know...he accused me do things that I won't do in my life even thought it's out of my mind..."
"Abang tahu...Qis adik abang yang baik...abang tahu Qis takkan buat benda macam tu..." Zarul memeluk adiknya.
Ya Allah...besarnya ujianMu terhadap adikku. Kau tabahkanlah hati adikku Ya Allah...berikanlah dia ketenangan dan kekuatan agar dia cekal dan tabah menghadapi semua ini.
"Dah...sekarang ni, Qis pergi tidur. Esok Qis kerja kan?"
Qis menggeleng. "Qis tak nak pergi kerja esok!"
"Ok...tapi sekarang Qis kena berehat dulu...tidur. Lupakan masalah ok?"
"Ok..." Qis bangun menuju ke biliknya.
Abang janji Qis...abang akan cari orang yang buat Qis macam ni. Abang janji Qis!
Zarul mengambil telefon bimbit di dalam poket seluarnya. Dia menelefon Kamarul.
"Assalamualaikum Rul...boleh tak kita jumpa esok? Ada hal aku nak suruh kau siasat..."
"Thanks Kamarul...ok, waalaikumussalam..." talian dimatikan.
"QISNURUL HUMAIRA!!!!" Zafril menjerit di dalam kereta. Dia menumbuk stereng kereta.
"Kenapa kau buat aku macam ni?! Kenapa Qis?!" Zafril menahan amarahnya. Dia cuba untuk menafikan apa yang dilihatnya namun, kenyataan di depan matanya tak mampu untuk dia menafikan semua itu.
"Tak cukup lagikah aku sampai kau rembat lelaki lain hah?!" Zafril mengenggam stereng keretanya dengan perasaan amarah.
"Aku benci kau! Aku benci kau Qisnurul Humaira! Kalau aku tahu perangai kau sebenarnya, dah lama aku ceraikan kau!" ujar Zafril dalam keadaan masih marah.
"Segalanya dah terbongkar pasal kekotoran kau! Kau dah tak boleh selindung apa lagi dari aku! Dasar perempuan kotor! Perempuan murahan!" Zafril mengutuk Qis tanpa sengaja. Akalnya masih tidak waras. Diserang dengan rasa marah.
Share this novel