Chapter | 14

Romance Series 14589

"Oh, c'mon!" teriak Muuna tak puas hati.

Dia mengherotkan bibirnya ke tepi. Pipinya dikembungkan. Mata bundarnya disepetkan. Muuna menjegil tajam ke arah Ellyana yang hanya menonton TV tanpa riak.

"Kau punya life macam ni ke El setiap hari? Boring gila!" ujar Muuna lalu menyandarkan badan pada sofa.

Sudah tiga hari dia dan Mukhriz tinggal di dalam rumah ini. Tiga hari itu jugalah dia tak ke mana-mana. Terperap di dalam rumah besar ini.

"Hrmm..." jawab Ellyana acuh tak acuh. Lebih kepada malas sebernanya. Matanya memandang pada skrin TV tetapi fikirannya sudah terbang melayang-layang.

"Ish, Tío Nan buat macam kau ni Princess Aurora dalam Sleeping Beauty pulak! Terperangkap dalam istana, tidur panjang, menanti Prince Charming datang menyelamatkan diri dengan kucupan romantis! Masalahnya, Prince Charming kau pun terperangkap jugak sekali dengan kau dalam istana ni!" luah Muuna menyindir siap bermadah sekali.

Ellyana menjeling sepupunya. Hipotesis Fairy Tale, dia bawa masuk ke dalam dunia yang terang-terang lagi nyata dan realiti tanpa fantasi yang karut.

"Tak perlu nak berkias sangatlah. Dad cuma nak protect aku je." balas Ellyana menyampah. Dia menghalakan pandangan kepada TV.

"Tak, aku tak kisah pasal kau. Ini dengan aku-aku sekali Tío Nan larang untuk keluar. How is this fair?! Bukan aku yang penjahat nak!"

Ellyana ketap bibir. Tajam dia menjeling Muuna di sisinya. Hampeh punya cousin! Ingatkan risau dekat aku, rupanya risau dekat diri sendiri!

"Ep, kau lupa ke papa kau tu, Tengku Syed Zulkaddir, huh? Tío Dir pun bagi dekat kau harta, kiranya kau pun kena kejar dengan orang jahatlah!" bidas Ellyana, tidak mahu mengalah.

"Elly sayang, kau lupa ke Abuelo selalu favorkau? Dia sayangkan kau sangat-sangatlah gila sampai dia nak bagi kau asset dia dekat Spain. Tak termasuk harta Tío Nan lagi. Memang padan pun penjahat kejar heiress macam kau. Aku baru 22 tahun je. Tak boleh mewarisi harta lagi." terang Muuna panjang lebar.

Ellyana terdiam. Da mengerling Muuna. Hrmmm.... Menanglah kau!

"Tapi serius boring gila! Jomlah jalan-jalan, Ellyyyy....." Meleret suara Muuna sambil memegang lengan Ellyana.

"Tak boleh."

Tegas Haflin yang sudah muncul di ruang tamu. Dia berpeluk tubuh dengan wajah ketatnya.

Muuna memuncung. Apa ni?! Nak terperap dalam rumah ni sampai bila-bila ke?

"Alaaa.... Bolehlah kak, bolehlah." pinta Muuna manja sambil memintal-mintal rambutnya.

Ellyana tepuk dahi. Kau ingat trick macam tu boleh buatkan Tengku Ammara Haflin terpedaya dengan mudah ke? Lagipun bukannya Haflin yang punya authority dalam bidang ni!

"No." balas Haflin. Tegas dan keras.

Muuna mencebik. Ish! No jugak!

"Well, aku pun nak keluar." Mukhriz muncul di ruang tamu pula.

"Yeay! Tengok, kak Lin? Abang Riz pun setuju!"

"Kalau berani, pergilah call dad." cabar Haflin sambil bersandar pada dinding.

"No biggie!"

Laju Mukhriz menghantar mesej kepada Zulkarnain. Tak sampai seminit, Zulkarnain menjawab.

"Yes! Tío bagi!!"

Ellyana dan Muuna melonjak keterujaan. Mereka melompat-lompat kegembiraan.

Haflin tercengang. Dad bagi kebenaran?

"Dengan syarat, Zafrel kena ikut kita."

_____

"Tajul... Finally dapat pun kita keluar!"

Ashraff memeluk Tajul dengan overnya. Dia bajet terharu siap buat-buat menangis.

Tetapi serius memang dia terharu! Tengku Syed Zulkarnain memang tidak benarkan dua orang bodyguard ini turut keluar. Kena memantau Ellyana di rumah juga..

Tergelak mereka semua saat Tajul turut berlakon sekali dengan mengusap kepala Ashraff yang licin tanpa sehelai rambut.

"Drop your act lah!" ujar Muuna sambil ketawa.

"What's with that childish outfit, El?" soal Mukhriz menyindir selamba.

Dia memandang Ellyana atas bawah. Dengan rambut yang diikat dua. Serta baju biru yang kebudak-budakkan. Memang childish!

"Duhh, shut up Riz!" balas Ellyana geram.

Ellyana dan Mukhriz sebaya. Jadi, kerana itu percakapan agak kasar. Sudah terbiasa.

"Kenapa Cik pakai baju hitam je?" tegur Ashraff sambil pandang Haflin.

At least, baju Ellyana lebih colorful daripada baju Haflin. Baju hitam, seluar jeans hitam, kasut hitam, topi pun hitam!

Sekali pandang, sumpah macam grim reaper!

"Sedap mata memandang." jawab Haflin pendek. Malas mahu melayan sebernanya.

Terburai tawa Ashraff, Tajul dan Mukhriz. Ini sumpah memang lawak! Sedap mata memandang? Kepala otak udanglah!

"Nak pergi shopping ke tak ni?" soal Haflin malas sambil putar bola matanya.

"Let's go, babeh!"

Muuna mengetuai rombongan. Diikuti oleh Ellyana di sisinya. Tajul dan Ashraff berjalan di belakang Ellyana. Haflin dan Mukhriz pula berjalan di sebelah Ashraff. Haziq berjalan di belakang mereka semua.

"Riz, kenapa Muuna ada dekat sini? Bukan ke dia patut berada dekat Argentina sekarang?" soal Haflin sedikit hairan. Dia mencuri pandang, melihat Muuna yang berhenti di sebuah kedai kasut.

Sepatutnya, Muuna berada di Argentina untuk belajar. Tetapi Muuna berada di Malaysia pula.

"Dia tengah cuti panjang. Habis je cuti nanti dia baliklah Argentina." jawab Mukhriz.

Haflin hanya mengangguk-nganggukkan kepalanya tanda mengerti.

"Lin, kau dahlah tak datang time birthday aku. Kau tak nak ganti balik ke?" tanya Mukhriz pura-pura sedih.

Haflin mencebik. "Bukannya aku sorang je yang tak hadir. El pun sekali! Pergi claim dekat El!"

Ish, macamlah aku sorang je yang sesat tak datang ke Spain! Satu keluarga Tengku Syed Zulkarnain tidak dapat hadir. Pergilah claim dekat diorang!

Mukhriz tarik senyuman senget.

"Kau lupa ke apa yang kau tulis dalam card tu?"

Haflin tersengih. Ha'ah lah!

"So kau nak claim sekarang lah?"

"Of course! Bila lagi Ammara Haflin ni nak ringankan tangan belanja?!"

"Apa?! Cik Haflin nak belanja?"

Laju Ashraff kalih memandang Haflin. Tajul juga turut kalih. Serentak itu Muuna dan Ellyana toleh. Semua mata terancap pada satu tubuh milik Ammara Haflin.

Haflin tepuk dahi. Dia merenung tajam wajah selamba Mukhriz. Berbakul-bakul sumpah seranah dihadiahkan buat lelaki itu.

"Betul ke, kak Lin?" soal Muuna teruja.

Haflin tersenyum keterpaksaan. Dia mengangguk.

Haihhh.... Habis duit poket aku..

_______

"Sembang macam nak makan dekat restaurant five star, tapi ni je?" sinis Muuna sambil menjeling Mukhriz.

Mukhriz berbalas jelingan. "Suka hati abanglah. Birthday abang."

"Eh, pleaselah abang Riz! Birthday abang bulan lepas kut!"

"Muuna, abang tahu Muuna tak boleh nak makan dekat tempat humble ni sebab taste Muuna tinggi sangat."

"Hei! Siapa cakap Muuna tak boleh makan dekat KFC?!"

Mereka semua hanya tersenyum memandang dua adik beradik ini.

"Suara kau tak boleh nak lagi kuatlah kut?" Sinis Haflin menyoal sarkastik sambil menggigit ayam goreng.

Muuna terdiam dengan sengihan kekok.

"Jemput makan semua! My treat!" sorak Muuna riang.

"Bukan Cik Haflin ke yang belanja?" tanya Ashraff polos.

"Suka hati akulah!"

Ashraff garu kepalanya yang tak gatal. Hrmm... Marah pula..

Semua mula menikmati makanan. Kecuali seorang.

"Kenapa Cik Ellyana tak makan?" soal Tajul pelik.

Semua mata terancap pada Ellyana yang hanya menunduk memandang makanan.

"Selamat ke shopping dekat sini?" tanya Ellyana gusar. Dia baru teringat tentang keselamatan dirinya.

Louisville ialah antara shopping mall paling terkemuka di sini. Hanya golongan yang kaya-raya sahaja boleh membeli-belah di sini.

Memandangkan mereka memang golongan atasan, selamatkah dia membeli-belah di mall yang sememangnya elit?

"Selamat je! Lagipun kau ada 5 orang bodyguards + 1 PA yang comel untuk jaga kau!" Ceria Muuna menjawab.

"Ha'ah, El. Kitorang ada nak pastikan El selamat. So save your worries inside your pocket back." kata Haflin senada sambil meneruskan makan.

Tersenyum terharu Ellyana. Dia sungguh terharu...

"Ammara Haflin?"

Haflin angkat kepala memandang empu suara yang menyeru nama penuhnya.

Serta-merta mata bundarnya membulat. Dia memandang wajah si empu suara dengan riak tidak percaya.

"K—Kau...."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience