Chapter | 19

Romance Series 14649

Haflin memandang perempuan yang digelar Athanasia dengan pandangan yang penuh dengan tanda soal.

Kenapa dibawanya aku ke café ni? Dan kenapa dia suruh Ijjat main dekat taman ditemani dengan kawan Athanasia sendiri?

"Umur kau berapa?" soal Haflin sambil menilik lama wajah Athanasia.

"10 years younger than you."

Hrmm... 18? Oh, patutlah muka macam budak-budak.

Eh? Macam mana budak ni tahu umur aku?

"Pfttt...."

Dan, sekali lagi, Athanasia menahan tawanya daripada pecah.

"I don't think I am laughable," ucap Haflin senada. "Well, have I entertained you enough?"

Athanasia tersenyum.

"Bukan, aku cuma terkejut."

Haflin menayang wajah dingin. Macamlah aku kisah.

Senyuman Athanasia kian lebar.

"Jarang aku jumpa orang yang fikiran dan reaksi dengan ayat sama." ujar Athanasia kagum. Tetapi kenapa nadanya sedikit melancholic bunyinya?

"Wow, tak sangka pula aku, kau ni mind reader." Sarkastik Haflin membalas.

Dan, Athanasia hanya tersenyum yang membawa seribu makna.

"Tengku Ammara Haflin, the daughter of Tengku Syed Zulkarnain. Well, you aren't a  'Tengku' actually, right?"

"Yes, and what's that have to do with you?" soal Haflin. Dia tak terkilan pun. Ramai je orang luar yang tahu dia bukan anak kandung Tengku Syed Zulkarnain.

Athanasia menyungging senyuman sinis.

"Kau dulu pernah hidup sebagai pengemis jalanan kan?"

Haflin terkejut. Sungguh, dia benar-benar terkejut.

Tak ada siapa-siapa pun yang tahu dia pernah menjalani hidup sebagai seorang gelandangan kecuali Saleha. Not even Zulkarnain and Ellyana.

"Siapa kau?"

Tak, soalan yang sebetulnya ialah—

"Siapa hantar kau?"

Tajam renungan Haflin menikam wajah Athanasia yang masih tersenyum. Andai renungan tajam boleh membunuh, pasti Athanasia sudah lama mati direnung oleh Haflin.

"Tak ada siapa pun yang hantar aku. Kau ingat aku spy Zulkaddir, pak cik kau ke?" Athanasia membalas.

Sah, perempuan depan aku ni ialah spy yang dihantar oleh Tengku Syed Zulkaddir.

"Eh, sejak bila Zulkaddir tu tahu background hidup kau?" Polos sungguh nada Athanasia. Tetapi yang Haflin tahu nadanya itu bermaksud sarkastik.

Haflin terdiam. Ya, mustahil Zulkaddir tahu tentang kisah silam dirinya.

Athanasia tersenyum sinis.

"Aku juga tahu, kisah antara korang. Antara kau dengan Haziq."

Pernyataan itu cukup membuatkan masa berhenti. Haflin terpana. Kisah antara kami? Macam mana dia boleh tahu?!

"Alahai, sweet betul cinta zaman monyet. Tak sangka pula, kau rupanya setia, Ammara. Biar pun 12 tahun dah berlalu, kau tetap cintakan dia. Cuma, dia dah nak bertunang dengan adik tiri yang sangat kau sayangi. What a pity,"

"Enough,"

Haflin menyuruh Athanasia berhenti. Dia mengenggam penumbuknya.

"Mukhriz, sepupu kau pun cintakan kau. Kenapa tak terima je dia? Kagum aku, dia sampai sekarang tetap kejar cinta kau. Dan, pengemis lelaki yang kau jumpa hari tu, kau tak nak tahu ke apa identiti dia?"

Athanasia menggoncang-goncangkan straw di dalam gelas air milonya. Senyuman sinis mekar di bibirnya.

"Dan, lelaki yang kau cintai, Haziq Zafrel. Kau tak nak tahu ke sebab dia tinggalkan kau?"

Haflin masih membatu. Dia semakin tertanya-tanya akan identiti gadis ini. Macam mana dia boleh ceritakan satu-persatu konflik yang dia alami?

"Unless your name is Google, stop acting like you know everything, Athanasia." Tegas Haflin keras setelah lama mendiamkan diri.

Athanasia tergelak halus. Dia membalas renungan tajam Haflin.

"Unfortunately, I'm not a Google,"

Senyuman sinis terlorek.

"Can Google read your mind?" Angkuh sungguh nadanya.

"Kau cakap banyak macam kau tahu semuanya, jadi kau mesti boleh bagi jawapan yang aku nak kan?" tanya Haflin.

"The world doesn't work like that, honey. In order to achieve your objectives, every single thing have a price that you need to pay. If it does work out like that, it just a mere, pure luck. Triumph isn't always at you side. That's how the world works." balas Athanasia serius.

"How much do you want? 100? 500? 1000?"

Haflin berpeluk tubuh.

"Orang kaya memang macam ni ke? Sebut pasal price, ingat pasal duit je ke?" Sarkastik Athanasia bertanya dengan intonasi yang cukup menyindir.

"So, apa yang kau—"

"Aku tak akan tolong kau." Tegas Athanasia sambil menghirup air kopi.

"Hah, kau cakap besar je kan? Konon tahu semuanya."

Haflin mencebik. Dia tersenyum mengejek.

Athanasia melepaskan keluhan berat.

"Aku tak nak jadi orang yang mengubah kehidupan seseorang. Dah terlalu ramai manusia yang aku ubah takdirnya. Aku tak nak bazirkan masa aku lagi, apa kata kau yang berusaha cari jawapan yang kau inginkan? No pains, no gains." ujar Athanasia panjang lebar.

"Kau ingat kau ni tuhan ke nak ubah takdir orang?"

Apa masalah budak ni?

"Aku bukan tuhan dan aku tak percayakan kewujudan-Nya."

Tajam Athanasia merenung mata Haflin. Haflin terkedu.

Ah, patutlah. Aku fikir dia cuma bukan Melayu tetapi Muslim atau Non Muslim. Rupanya dia seorang Atheist.

"By the way, aku akan bawa Ijjat ke rumah anak yatim yang lain." ujar Athanasia.

"Hah?! Kenapa?!!"

"Ammara, kau pasti ke mak kau bagi Ijjat tinggal dekat rumah tu?" soal Athanasia.

Haflin terdiam. Ya, mom nya tentu tidak bagi. Saleha memang anti dengan golongan yang memerlukan.

Sekejap, macam mana dia tahu?!

Athanasia bangun dari kerusi, membuka dompet lusuhnya. Not 5 diletakkan di atas meja.

"Tak, aku belanja." Haflin cepat-cepat berkata.

"Aku tak suka berhutang." Ringkas jawapan Athanasia.

"Just a piece of kind advice and reminder to you, Ammara as an acquaintance. The thing that you see, isn't always appear to what you think it ought to be. All you see, is just a falsehood. All of them, are just a bunch of lies to confuse your mindset. Stay focus, have faith in yourself and never ever let your guard down."

"Goodbye,"

Athanasia terus berlalu keluar dari cafe itu meninggalkan Haflin yang terkebil-kebil cuba menghadam bait-bait kata yang dituturkan oleh Athanasia.

______

"Hotel Zel D' Adonis?" soal Muuna dengan riak terkejut.

"Ya, owner hotel tu jemput kita." terang Haflin sambil memandang lama sampul di pegangan Mukhriz.

"Dah kenapa hotel high class tu jemput kita?" tanya Ellyana pelik. Tak silap dia, keluarga Tengku Syed tak pernah berurusan dengan pemilik hotel Zel D' Adonis.

"Mungkin sebab dad berkawan baik dengan owner hotel tu?" duga Haflin.

"Hah?! Sejak bila dad kawan dengan owner hotel terkemuka ni?!" Nyaring suara Ellyana tanda terkejut.

Haflin hanya menjungkit bahu. Dia cuma cakap berdasarkan mere assumptions je. Manalah tahu itu betul? Kalau tidak, apa sebab owner itu sendiri mahu jemput keluarga Tengku Syed?

Ashraff mengambil surat itu dari tangan Mukhriz. Mengecil mata Ashraff cuba membaca.

"Kau reti baca ke, Ash?" Sinis Tajul bertanya.

Ashraff menjeling bebal. Kurang ajar! Ingat aku illiterate macam kau ke?

"I, the president of the Hotel Zel D' Adonis want to invite the Tengku Syed's family members to come to this hotel. We will provide you a voucher with discounts for you to sleep in this hotel for 4 days and 3 night. I would be glad if you can come. From, the president." baca Ashraff dengan lancar. Kemudian dia menjeling Tajul. Hrmm, ternganga kau ye?

Tajul mencebik. Cek, aku pun boleh. Tetapi Tajul tetap mengagumi sampul itu. Macam ala sampul Harry Potter yang pernah ditonton beberapa hari yang lepas di rumah ini!

Muuna yang dikatakan seperti 'the girl of freedom' mestilah pasang bermacam-macam movie sementelah berada di dalam rumah agam ini. Salah satunya ialah Harry Potter.

Tajul dan Ashraff pun mestilah kena join sekali!

"Maybe ada party atau event kut dekat situ?" Giliran Mukhriz pula membuat spekulasi.

"Tapi kami tak pernah pun dapat invitation sebelum ni. Plus, dia sebut Tengku Syed, so it's general. Meaning kau dan Muuna pun boleh ikut." ujar Haflin.

"I'm sorry,"

"But what about me?"

Haziq mengangkat tangan dengan senyuman sinis.

Semua orang terkedu. Jarang Haziq ingin keluarkan suaranya saat berbincang apatah lagi menguntum senyuman. Rare sungguh!

"Rasanya kena bayar" jawab Ellyana turut menyokong spekulasi Haflin.

"Kitorang pun?" Ashraff membuat memek sedih. Hotel Zel D' Adonis terlalu mahal. Masakan dia dan Tajul mampu untuk bayar?

"Don't worry, Ash, Taj. Kami akan bayar untuk korang." Ellyana tersenyum manis.

Muuna yang sedang bermain dengan phone tiba-tiba mencelah.

"Tío Nan cakap memang dekat hotel Zel D' Adonis ada special event. Dia suruh kita bermalam dekat hotel tu, and nanti Tío Nan akan datang malam nanti." ujar Muuna sambil membaca whatsapp dia dengan Zulkarnain sebentar tadi.

Serta-merta Ellyana mengukir senyuman keriangan.

"Kiranya aku boleh keluar dari rumah nilah?" Ceria sungguh nada dan reaksi wajahnya.

Lama Muuna memandang skrin telefon pintarnya.

"In another word, yes."

"Yeay!!!" teriak Ellyana melonjak kegembiraan. Finally, dapat pun keluar dari rumah ni!

"Yeay, aku pun dapat keluar!!" Muuna turut melompat keterujaan.

"So, bila nak pergi?" tanya Mukhriz malas melihat perangai Muuna ni.

"Hari ni!" 

Laju Ellyana dan Muuna menjawab serentak.

Haflin menggeleng.

"No, no. Aku tak larat."

Jawapan Haflin mengundang reaksi monyok semua orang. Berjaya membuatkan terbitnya 'ala' yang sangat panjang harakatnya dari mulut mereka semua.

"Esoklah, aku malas nak kemas barang." Haflin bersuara malas.

"Hrmmm, yelah."

Ellyana dan Muuna bersuara kecewa. Haflin tersenyum tipis melihat telatah mereka berdua.

Haflin terasa seperti dirinya direnung tajam. Dia automatik kalih.

Zzap!

Matanya dan mata Haziq bertaut. Dalam renungan Haziq kepada dirinya. Satu senyuman tersungging pada wajah Haziq.

Berkerut dahi Haflin.

Kenapa dengan Haziq?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience