Chapter | 10

Romance Series 14649

'This is so infuriating. It's too awkward!'

Saleha, Zulkarnain dan Ellyana hanya diam sambil makan masakan hari ini. Spaghetti carbonara.

Haflin hanya makan spaghetti tanpa banyak soal. Walhal hatinya sudah membara-bara kemarahan.

I stopped my training, just for this dinner?

"Ara, are you okay?" Lembut Zulkarnain bertanya. Renungannya terhadap Haflin juga sangat lembut. Kasih seorang bapa kepada anak...

"I'm okay." balas Haflin lalu menghirup air jus. Langsung dia tidak memandang Zulkarnain.

"Kenapa Ara kurungkan diri dalam bilik? Risau mom dengan dad!" Saleha pula bersuara.

Sudah berhari-hari mengurungkan diri di dalam bilik, baru hari ini keluar? Itu pun pergi ke training base setelah keluar dari bilik.

Sungguh, Saleha tidak memahami apa yang bermain di fikiran anaknya.

"I'm sorry because I make you guys worried. But this is a private matter. I can handle it and I'm fine now. Don't worry about me." jawab Haflin sambil mengangkat muka memandang Zulkarnain dan Saleha.

Zulkarnain menghela nafas lega. "Well, if you said so..."

Keadaan menjadi sepi kembali. Bahkan, Saleha yang mulut murai apabila dengan Zulkarnain juga hanya mendiamkan diri. Aura kelam Haflin terlampau kuat sehingga suasana menjadi kekok.

'What an awkward ambience.... ' desis hatinya.

Haflin masih lagi menyinga di dalam dirinya. Dia terpaksa berhenti training untuk makan malam?

It just a dinner! Why do I need to bother myself to attend this troublesome dinner?

Haflin tekad. Usai sahaja makan malam, dia akan berlatih kuatkan stamina di gymnasium pula. Sesiapa pun tidak mempunyai hak untuk menghalangnya kerana gymnasium berada di depan rumah besar ini. Tiada asbab untuk menghalangnya.

"El, why you gathered us?" Akhirnya, Zulkarnain membuka mulut bersuara.

Haflin sedikit terkedu. El yang rancang makan malam ini?

Haflin memandang Ellyana yang wajahnya seakan tekad. Cuba meneka apa di sebalik wajah itu.

Mata Haflin membuntang. Jangan-jangan...

"Dad, Mom, I don't want Tengku Haziq Zafrel Predo to be my husband." kata Ellyana seakan tekad.

Terkedu semua orang mendengar bicara Ellyana. Tajam panahan mata Haflin merenung Ellyana. El dah gila ke?!

"Have you gone nuts, El?" Zulkarnain terlebih dahulu membaca fikiran Haflin. Dia menyoal Ellyana tegas.

"No, I'm not. My mind is perfectly fine. I'm still sane." balas Ellyana selamba tetapi keras.

"So? Kenapa El tak nak anak uncle Harris jadi suami El? Is he not perfect enough?" tanya Zulkarnain bertalu-talu.

Tiada angin tiada ribut terus tekad tak mahu Tengku Haziq menjadi suami?

Apa kurangnya Haziq pun Zulkarnain tidak tahu. Lelaki itu terlalu sempurna. Tiada cacat cela. Jadi, dia mahukan lelaki sempurna itu menjadi suami yang sah kepada anak emasnya.

"Dad, dia tu—"

"Dad, no worries. They just quarreled a bit. You know how a loving couple fight. El tengah merajuk tu, itu yang over tu." ujar Haflin memintas kata-kata Ellyana.

Ellyana tercengang. Mencerlung matanya memandang Haflin dengan riak tidak percaya. Kenapa akak—

Zulkarnain dan Saleha menghela nafas lega. Mujur hanya suatu pertengkaran pasangan. Mereka ingatkan Ellyana serius tadi.

"Laa... Quarrel je pun. Sudah, El. Tak payah nak merajuk lama-lama. Kesian dekat Zaf tu. Setiap hari mesej dad tanya pasal El. Rupanya, gaduh kecil."

Ellyana terdiam. Zaf mesej dad pasal aku?

Sementara itu, hati Haflin bagaikan ditikam dengan tombak.

Ara, kuatkan hatimu.... Hatinya berdesis memberi semangat walaupun secebis.

Ya, Ara. Kau perlu kuat. Kau kena buat macam kau tak kenal Haziq.

Dia sendiri dah pijak dan lanyak hati aku kan? Dia sendiri yang hina aku kan? Dia sendiri yang pretend macam tak kenal aku kan?

So why not I just play along with this bullshit game?

"El, mom dah aturkan date kedua korang. This time, Ara takkan ikut El." kata Saleha pula.

Ada sebab kenapa dia rancangkan semua ini. Ada tujuan mengapa dia aturkan semua ini.

"Tapi El—"

"Setuju." balas Haflin bersahaja sambil menyambung makan spaghetti.

"Akak!" jerit Ellyana geram. Kenapa akak ikut aje plan mom?

"Oh ya! Hari Rabu ni Zaf akan datang rumah ni. Maybe he'll stay in this villa." beritahu Zulkarnain.

"Noted." jawab Haflin masih dengan nada selambanya.

Ellyana menjeling Haflin. Akak tak rasa marah ke dengan Zaf?

Ellyana mahu menyuarakan hasrat hati pun tidak boleh. Kerana dia tidak mempunyai authority. Hanya Tengku Syed Zulkarnain yang mempunyai 100% authority di dalam keluarga kecil ini.

"Mom, dad, Ara dah habis makan. Ara akan training dekat gym pula."

Haflin bangun lalu beredar pergi.

Ellyana yang melihat kakaknya pergi terus cepat-cepat meneguk air.

"Ah! Me too!"

_____

"Akak!"

Ellyana yang sedang menyeru namanya, dia buat tidak endah. Sebaliknya, dia hanya berlari di atas treadmill.

"Kenapa akak setuju dengan semua ni?" soal Ellyana masih dengan rasa bengangnya.

Apa kakaknya lupa akan kata-kata hinaan dan sindiran Haziq terhadap kakaknya? Lelaki seperti itu tidak layak bergelar suaminya!

"Akak! Say something!!"

Haflin menekan button off. Lariannya automatik terhenti. Dia kalih memandang adiknya dengan pandangan tanpa perasaan. 

Dia melangkah mendekati adiknya.

"El..."

Ellyana telan air liut. Pahit. Tak semena-mena jantungnya berdetak laju hanya dengan mendengar suara dingin Haflin.

"Just what the hell do you think you're doing just now?! Are you looking for death?! Do you really want me to regard you as a fool?!" tengking Haflin bengang dengan pertanyaan yang bertubi-tubi. Membara matanya yang sebentar tadi expressionless dengan api amarah.

Mata Ellyana berkaca-kaca. Inilah kali kedua Haflin meninggikan suara kepada dirinya dalam keadaan seperti ini. Kali pertama, ketika dia masih di bangku sekolah.

"El... El cu—cuma nak tolong a—akak....."

Sayup-sayup kedengaran suara Ellyana sebagai jawapan. Dia menjadi gagap apabila air matanya menitik.

Haflin melepaskan keluhan berat. Dia meraup kasar rambutnya.

"El, sebelum akak tengking El lagi, baik El blah."

Ellyana menggigit bibir bawah menahan tangisnya. Terus dia kalih berlari laju keluar dari gymnasium ini.

Haflin terus menendang punching bag di sisinya bertalu-talu tanpa henti. Melempiaskan perasaan marahnya.

Ah!!!! Ini semua salah kau, Ziq!!

_______

Haziq memandang lama dirinya di pantulan cermin dengan rasa terkejut yang tidak surut lagi.

Sehelai nota putih berdakwat hitam di cermin itu ditenung lama. Kemudian tangannya menggapai nota itu.

'Aku dah buat apa yang aku patut buat. Aku tahu kau cuba buat apa, Ziq. Dan aku tahu apa yang kau impikan. Tapi, kau jangan lupa aku juga ada hak dalam hal ini. Your woman.... Is plain and ordinary..'

Nota kertas itu digenggam erat oleh Haziq. Timbul sudah urat-urat tegang pada lehernya. Terus sedas tumbukan melayang pada cermin kaya itu.

CRANGGG!!

Cermin itu terpecah hingga menjadi serpihan kecil. Darah pekat mengalir keluar dari celahan jarinya. Langsung tidak diendahkan rasa sakit itu.

"Kurang ajar kau!!! Tak guna!!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience