Chapter | 13

Romance Series 14589

"El, mana Zafrel?" tanya Saleha, pelik memandang kerusi kosong di sebelah Ellyana.

Bukankah Haziq sudah berpindah tinggal di sini? Jadi, kenapa dia tidak turun makan malam bersama dengan mereka sekali?

"Zaf cakap dia tiba-tiba ada urgent business. Mom dan dad tak kisah kan?"

"Eh, memang tak kisah pun." Saleha tersenyum manis penuh kepuraan.

Hanya Haflin yang banyak mendiamkan diri. Fokusnya hanya kepada hidangan makan malam. Zulkarnain banyak menerangkan siapa Zafrel kepada Ellyana diiringi dengan perencah Saleha.

Lepas habis sahaja makan malam, dia akan duduk di beranda!

"Hah?! Mukhriz dan Muuna akan datang sini?!" teriak Ellyana dengan nada terkejutnya yang tidak boleh dikawal.

Haflin tersentak. Terhenti suapannya. Mukhriz dan Muuna akan datang ke sini?

"Yeah, Mukhriz cakap dia nak jadi bodyguard El. So dad accept jelah." balas Zulkarnain memberitahu kehendak Mukhriz.

"Isn't he on training to take over the company?" soal Ellyana hairan. Tak silap Ellyana, sepupunya itu tengah menjalani latihan untuk mengambil alih syarikat ayahnya.

Takkanlah Tengku Syed Zulkaddir membenarkan anak lelakinya menghentikan latihan seterusnya menjaga diri Ellyana?

Tambahan pula, Ellyana sudah ada 4 orang bodyguard tak bertauliah di sisinya! Kenapa kena tambah seorang lagi?

"Currently yes. But your life is more important and your uncle agreed."

Haflin tepuk dahi. Mula-mula Haziq, kemudian Mukhriz. Kenapa tak hired satu army military terus nak protect El?

"Dad, El dah ada Ara, Tajul, Ashraff dan Haziq untuk jaga dia. Don't you think it's a little bit inconvenient?" soal Haflin terselit dengan logik. Akhirnya, dia buka mulut juga untuk bersuara.

"Sebernanya ini atas permintaan uncle korang jugak."

Haflin terdiam. Rasanya, dia sudah dapat mengagak apa yang direncanakan oleh Tengku Syed Zulkaddir.

Tidak mungkin lelaki tua itu sanggup menyuruh anak lelakinya sendiri berhenti menjalani latihan dalam pengurusan syarikat. Melainkan lelaki tua itu punya muslihat.

Dan Haflin sudah dapat meneka muslihat Zulkaddir.

Dia tidak percayakan Haflin. Jadi, dia menyuruh Mukhriz menjadi bodyguard Ellyana untuk menjaga Ellyana daripada dirinya sekali gus menjadi spy untuk mengintip segala rencana Saleha dan aku.

Haflin mengeluh. Zulkaddir memang tidak pernah menyukai dirinya dan Saleha sejak awal lagi. Malah, sewaktu Saleha dan Zulkarnain mahu berkahwin, Zulkaddir lah yang menentang hebat perkahwinan itu.

Setelah Saleha selamat masuk ke keluarga Tengku Syed dan secara rasminya menjadi kakak iparnya, Zulkaddir berterusan membenci. Dia selalu melayan Saleha dan Haflin dingin.

Berlainan pula dengan layanannya terhadap Ellyana. Persis ayah saudara kepada anak saudara. Malah, Ellyana sudah dianggap sebagai anak kandungnya sendiri. Ditatang Ellyana ibarat menatang minyak yang penuh sehingga Muuna pun cemburu.

"Tío suruh?" soal Ellyana pelik.

"Yelah, El sayang. Dia kan sayangkan El. Kalau boleh, dia nak upah satu angkatan tentera jadi bodyguard El tapi mana boleh ramai-ramai kan?" balas Saleha lembut.

Ellyana turut tersenyum. Haflin hanya membatu.

Oh tuhan...

Bilakah kisah pahit penuh penipuan ini akan berakhir?

Masih samakah layanan Tengku Syed Zulkarnain dan Tengku Ellyana kepada dirinya andai topeng Saleha sudah tertanggal?

Andai layanan mereka akan menjadi berbeza, Haflin sanggup membutakan matanya sendiri!

_____

"Muuna! Mukhriz!"

Mukhriz dan Muuna berlari laju mendekati Haflin, Ellyana dan Haziq. Ellyana dan Muuna saling berpelukan. Melempiaskan rasa rindu kerana telah lama tidak bertemu. 

Mukhriz menjeling jelik melihat gelagat mereka yang sekejap peluk, kemudian cium dan berlaga pipi.

"Ewww... Overnya.." ujar Mukhriz sambil putar bola mata.

Muuna mencebik. Ellyana tersengih. Eii... Sibuk je!

"Kak Lin!"

Muuna memeluk Haflin pula. Erat sangat sehingga Haflin pun naik rimas. Muuna cuba berlaga pipi, tetapi Haflin pantas leraikan pelukan.

"Alaa... Nak kiss!" rengek Muuna manja.

"Hrmm tak payah ngada-ngada."

Muuna tarik muncung sedepa. Haflin memang tidak berubah. Dingin dan keras seperti biasa.

"Haflin..."

Haflin kalih memandang Mukhriz. Dia melakar senyuman lebar saat melihat wajah lelaki yang sudah lama dia tidak bersua muka.

"Holla, birthday boy! Kau suka tak birthday present yang aku bagi dekat kau?" sapa Haflin tanpa mukadimah dan salam jejak kasih.

Birthday Mukhriz ialah pada bulan lepas. Dianjurkan di Sepanyol. Tetapi keluarga Tengku Syed Zulkarnain tidak dapat menghadiri majlis itu kerana Ellyana hampir diculik.

Oleh itu, Haflin hanya mengirimkan hadiah melalui pos.

"Bolehlah. Sebab pedang style tu aku dah ada lama dah."

"Ha?! Serius?! Penat-penat aku pilih pedang yang sesuai dengan kau, tapi kau dah ada rupanya?" keluh Haflin lemah.

Mukhriz mengerling Haflin lalu kulum senyuman simpul.

"Jangan risau, Lin. Aku akan guna pedang yang kau bagi. Sebab pedang tu special."

"Huh, apa yang specialnya?"

"Sebab pedang tu kau yang bagi."

Haflin terkedu dengan senyuman dan intonasi lembut Mukhriz. Senyumannya juga kelihatan hangat sekali.

Mereka tak sedar. Ada mata yang memandang mereka tajam.

Sepasang mata milik Haziq.

"Tío dan Tía ada tak?" soal Muuna.

"Diorang takde kat rumah." jawab Ellyana. Zulkarnain dan Saleha tiada di rumah.

Terus Muuna menarik lengan Ellyana.

"Elly sayang, kau tak nak introduce dekat aku ke siapa hotty ni?" Muuna menjuih mulut kepada Haziq yang sememangnya berada di situ.

Muuna melirik nakal dengan kenyitan manja. Hensem betul mamat ni!

"My fiancée." ujar Ellyana malu-malu.

Muuna dan Mukhriz terkedu. Jadi, inilah bakal suami Ellyana yang diceritakan oleh ayah saudara mereka?

"Hi in law! My name is Iqlima Muuna. Do call me Muuna. I'm El's and kak Lin's sweetheart cousin!" Muuna memperkenalkan dirinya dengan senyuman mekar di bibir.

Tetapi malangnya, dibalas dengan renungan dingin Haziq.

Mukhriz melangkah ke hadapan Haziq. Dia menyua tangan kanannya.

"Aku Iqbal Mukhriz. Sepupu Lin dan El."

Haziq merenung tajam Mukhriz dengan pandangan membunuh.

"Haziq Zafrel."

Dia menyambut huluran tangan Mukhriz sebagai salam perkenalan. Lama.

Entah mengapa tiga gadis ini seakan dapat merasakan renungan mereka berdua seperti mempunyai makna tersirat.

Huluran tangan dilepaskan. Tetapi mata saling berbalas renungan tajam bersama mesej dingin.

Ada kisah antara mereka ke?

"Elly! Show my room to me!" Muuna menarik tangan Ellyana masuk ke dalam rumah agam meninggalkan mereka.

Haziq juga turut berlalu.

"Jom masuk, Riz. Aku tunjuk bilik kau dekat kau."

Haflin juga melangkah mahu masuk ke dalam bagi menunjukkan bilik tidur Mukhriz.

"Lin, aku datang sini untuk kau."

Langkahnya mati. Dia kalih ke belakang memandang Mukhriz.

"Hah?"

"Aku volunteer jaga El sebab aku nak jaga kau, Lin." ujar Mukhriz lalu mendekati Haflin.

Haflin terkesima. Nak jaga aku?

"Aku boleh jaga diri aku, Riz." balas Haflin tegas.

Mukhriz menatap lama raut wajah jelita Haflin.

Ammara Haflin... Dirinya ibarat bunga mawar merah bersama durinya. Mawar dilindungi durinya sendiri bagi mengelakkan diancam musuh.

Tetapi mawar tidak tahu. Dirinya terlalu sempurna. Auranya terlalu memikat hati semua orang sehingga tega memperjudikan segala-galanya demi menyentuh mawar walaupun tercedera dek kerana duri.

"Tolonglah, Lin. Bukan senang aku nak persuade ayah aku supaya benarkan aku stop training untuk jaga El. Tapi sebernanya aku nak jaga kau. Tolong benarkan aku lindungi kau." ujar Mukhriz seakan merayu. 

Kata-katanya begitu lembut dan selesa didengari sehingga hati beku Haflin juga cair.

Haflin tahu Mukhriz cuba ungkapnya cinta tanpa perlu membilangnya. Haflin tahu Mukhriz cuba luahkan isi hatinya dengan perbuatannya.

Jujur hati kecil Haflin tersentuh.

Tetapi,

Cinta?

Kosa kata itu telah hilang dari kamus hidupnya. Sehingga dia sudah lupakan apa erti dan contoh cinta.

'Maafkan aku, Riz.'

"Memandangkan kau dah ada dekat sini, tolong fokus untuk jaga El, bukan aku." balas Haflin keras sebelum masuk ke dalam. 

Mukhriz memandang sayu kelibat Haflin yang mulai menghilang.

Aku sayang kau, Lin.

******************

A slight note.

Nonno - grandpa in Italian

Tío - uncle in Spanish

Tía - aunty in Spanish

Sbb Scarlett x update malam semalam, pagi ni double ye. Enjoy! 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience