Chapter | 33

Romance Series 14589

"Can't believe we're here!"

Mereka sekarang berada di Plaza Mayor yang terletak di bandar Madrid. Plaza Mayor ini ialah tempat bersejarah yang dibina pada abad ke-15 dahulu lagi. Tak percaya, kan?

"Macam dalam movie!" komen Ashraff teruja. Dialah yang paling excited sekali.

Pemandangan luar Plaza Mayor sangat indah, seperti dipetik dari cerita dongeng klasik. Ramai pelancong yang datang ke sini untuk mengambil gambar.

"Tak silap Puerta del Sol pun dekat area sini juga kan?" tanya Muuna meminta kepastian. Maklumlah, sudah lama tidak menjejakkan kaki ke bumi Sepanyol ini sementelah berada di Argentina dengan sangat lama.

Puerta del Sol. Salah satu historical landmark Sepanyol yang juga terkenal dengan sejarah dan binaan lamanya.

"Beberapa blocks je dari sini," jawab Ellyana.

Ketika mereka semua sedang bersuka-ria, hanya Haflin yang mendiamkan diri.

Dalam diam, dia memerhati gelagat Haziq tajam.

Kenapa....?

Haflin terkilan. Baru semalam Haziq mendakapnya, merenung dia dengan renungan penuh kerinduan, baru semalam semua itu berlaku!

Tetapi, kenapa?

Renungan penuh kerinduan itu mati. Raut wajah yang kelihatan sedang menanggung satu keperitan juga terhapus. Dalam sekelip mata.

Semuanya hilang bagaikan buih-buih indah yang pecah.

Digantikan dengan raut wajah tidak beremosi, renungan tajam.

Kenapa dia berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku semalam?

Haflin tundukkan wajahnya. Tangannya dikepal menahan kemarahan yang semakin menggunung. Bagaikan ada petir yang menyentap hulu hatinya. Rasanya, sakit...

Ingat aku pun tak boleh berlakon juga ke?

"Akak!"

Haflin tersentak dengan panggilan itu. Awan lamunannya terus lenyap.

"Akak okay tak?" tanya Ellyana risau. Berkerut muka cantiknya bagai cermai masam.

Memanglah kakaknya orang yang pendiam. Tetapi dah kalau Ashraff buat lawak hambar pun Haflin tak react, mesti ada sesuatu ni!

Haflin menghela nafas berat. Kau memang ada masalah personal, tetapi jangan libatkan orang lain. Jangan buatkan orang lain risau dekat kau.

Cukuplah sekali.

Bibirnya menyulam secebis senyuman nipis. Semuanya untuk menenangkan hati gelisah Ellyana.

"Akak okay. Tengah fikir something je tu."

Ellyana tersenyum lega. Terlintas satu persoalan di kotak fikirannya.

'Sebab Abuelo ke?'

Grooo....

"Kau ni lapar sangat ke, Ash?" tegur Muuna sinis, cuba menahan tawanya daripada meletus.

Perut Ashraff pula berlagu rock, memang jadi bahan ejekan lah!

Tajul sudah ketawa terkekeh. Kuat pulak tu bunyi perut Ashraff sampai foreigner yang jalan sebelahnya pun kalih.

"Better daripada saya kentut kan?" balas Ashraff selamba lagi bersahaja. Confidence kan penting dalam membina sebuah rangkaian proaktif yang sistematik dan pragmatik. Perghhhh, memang Bahasa Melayu A++ ni!

"It doesn't sound convincing," kata Muuna dengan wajah dibuat-buat jijik.

"Cik Muuna ni tak pernah kentut ke? Mesti ada masalah penghadaman kan?" serang Ashraff bertalu-talu melancarkan tembakan. Yes, tepat pada sasaran!

Merona merah kedua-dua belah pipi Muuna.

"K—Kau...!"

"Hahahahaha!"

Haflin hanya melihat mereka semua bergembira.

Ya, aku tak keseorangan.

Aku ada diorang.

Terus bibirnya menguntum senyuman panjang.

"Jomlah pergi makan. Ashraff kan dah lapar," celah Haflin menyampuk.

"Alolo, lapar ke?" ejek Muuna.

Urkk! Aku pulak kena bahan!

Dan sekali lagi gelak ketawa mereka menghiasi suasana.

Ah, girang sungguh suasana.

_______

La Dulce Vida de Gabriella.

Restaurant halal yang menghidangkan pasteri kepada pengunjung, terutamanya pengunjung Muslim. Restaurant ini mendapat sambutan ramai kerana hidangannya yang lazat dan juga bertempat di Puerta del Sol.

"¿Puedo tomar su orden porfavor?" sapa pekerja wanita yang memakai name tag 'Brisa'.

(Boleh saya ambil pesanan?)

"¿Puedes esperar un rato? Todavía estamos decidiendo," balas Mukhriz, tersenyum. Dia sedang membelek-belek menu.

(Boleh tunggu sekejap? Kami masih tengah pilih)

"Seguro, por favor llámame cuando termines."

(Baiklah, sila panggil saya bila sudah selesai)

"Espera, ¿está ocupado tu jefe?" sampuk Ellyana.

(Sekejap, boss awak busy ke?)

Brisa sedikit terkebil apabila mereka bertanya tentang perihal boss nya.

"Madame Gabriella está adentro. ¿Quires que la llame?" soal Brisa.

(Puan Gabriella ada dekat dalam. Awak nak saya panggil dia ke?)

Ellyana tersenyum lebar. "Si está ocupada, por favor no la llames."

(Kalau dia sibuk, tolong jangan panggil dia)

"Bueno,"

(Bueno)

Brisa terus berlalu.

"Wow, Elly, you read my mind. Aku baru nak suruh dia panggil Gabriella." kata Muuna riang.

"Kan? Lama betul tak jumpa dia!"

Mereka terus membuka cerita lama. Rancak sungguh mereka berborak, bercerita tentang pemilik restoran ini, Gabriella.

Bercantum kening Ashraff. Dahinya berlapis seribu.

"Sekejap, Gabriella ni siapa?" tanyanya ingin tahu.

Muuna dan Ellyana tersenyum lebar. Tajul turut mengukir senyuman, kerana dia tahu pemilik nama yang indah itu.

"Nanti kau tahu," balas Muuna dengan senyuman panjangnya yang tidak lekang.

Ashraff mencebik. Nanti? Nanti tu bila? Macam mana kalau perempuan itu tak muncul?

"Ni korang dah decide ke nak makan apa?" soal Mukhriz, mencelah. Seronok betul berbual-bual tak ingat dunia. Ini dah tahu ke nak makan apa?

"Dah!"

Mukhriz terus mengangkat tangannya. Pekerja wanita yang memakai name tag 'Penelope' menghampiri mereka.

"¿Si?"

(Ya?)

"Quiero churros con chocolate," ujar Ellyana. Apabila terbayangkan roti tradisional Spanish yang berbentuk bulat, terus bibirnya menguntum senyuman lebar.

(Saya nak churros con chocolate)

"Hrmm... Pan de barra." Haflin membuat keputusan. Roti baguette itu menjadi menu tengah harinya.

"I want Talo with cheese," kata Haziq setelah lama membelek-belek menu.

Ellyana tersentak. Seingat dia Tengku Haziq Zafrel Predo sangat mahir dalam bahasa Spanish sementelah dia merupakan calon pewaris syarikat datuknya di Italy. Agaknya Haziq cuma tidak mahu bertutur dalam Spanish, mungkin.

"Talo with chocolate, please." ujar Tajul. Walaupun dia pernah berkali-kali datang ke Sepanyol dan sudah lama tinggal bersama dengan keluarga Tengku Syed, dia tidak belajar bahasa spanish.

"Ermmm.. P—Pan d—de Bar—ra." tutur Ashraff tergagap-gagap membaca nama roti tersebut. Roti yang sama seperti Haflin. Tetapi kenapa lancar sahaja lidah Haflin menyebut nama itu sedangkan lidahnya sudah terbelit-belit?

"Pan de pages catala, por favor." kata Mukhriz.

"Roscón de Reyes, con caramalos y azucares extra," ujar Muuna pula.

(Roscón de Reyes, dengan extra gula-gula dan gula)

"Infantil," sindir Mukhriz, menjeling Muuna.

(Budak-budak,)

Muuna putar bola matanya ke tepi.

"Cállate, viejo geezer," bidas Muuna sinis. Kalau aku childish, kau tu orang tua!

"Erm, ¿que tal bebidas?" celah Penelope apabila melihat mereka berdua seakan bertekak.

(Erm, minuman pula?)

"Cortado,"

"Fría Horchata!"

"Caliente Solo. Vaso."

"Caliente Con Leche."

"Fría Cuba Libre."

"Cold Agua Fresca."

"S—Same!"

Setelah mereka selesai membuat pesanan, Penelope berlalu.

"Tajul, Ashraff. Kalau nak yang panas cakap 'caliente', kalau sejuk 'fría'." terang Haflin.

Mereka berdua hanya mengangguk-nganggukkan kepalanya, tanda faham.

"And the same goes to you, Haziq. It's 'Fría Cortado' or 'Caliente Cortado'."

Tajam mata helang Haflin merenung tepat menikam wajah Haziq. Haziq terkedu. Dia berdehem, cuba menyembunyikan riak wajahnya.

"I get it."

"Guys, nak lawat mana pula lepas ni?" celah Ellyana cuba menukarkan suasana. Tegang sangat, sampai bulu romanya pun meremang!

"Gran Vía?" cadang Muuna teruja.

"Tu bukan tempat nak shopping ke?" tanya Haflin menyampah. Tak cukup lagi ke shopping dekat Plaza Mayor dan Puerta del Sol?

Muuna hanya tayang sengih. Hehe..

"Nanti jom pergi Museo Nacional del Prado. Tak pun The Golden Triangle." Giliran Mukhriz pula bercadang. Terpamer reaksi gembira saat nama tempat itu disebut.

Mukhriz memang ada minat yang mengguna terhadap seni. Apatah lagi kalau dapat melihat seni European yang bertaraf dunia!

"Art buat apa? Makan angin dekat El Retiro Park lah," ujar Ellyana tidak berpuas hati.

Buen Retiro Park ialah salah satu taman yang terbesar di Spain. Seni bina taman itu yang wujud pada abad ke-19 masih tersegam gagah hingga sekarang.

"Palacio de Cibeles, please....!" celah Ashraff, seakan merayu.

Dia teringin nak lawat bangunan mewah yang pernah menjadi headquarters Madrid. Lagi pula, dia lihat dalam Internet pemandangannya sangat menakjubkan.

"Ha, baguslah tu. Kenapa tak lawat Royal Palace terus je? Boleh jumpa King Felipe VI dengan Queen Letizia kan? Tak pasal-pasal boleh berjabat tangan dengan Duchess of Lugo, Infanta Elena," kata Haflin sarkastik sambil letak dagu pada tangan.

Barangkali menyampah melihat mereka semua terlalu teruja untuk pergi semua tempat. Baik pusing satu Spain terus!

Mereka semua diam. Memandang Haflin yang berkata sebegitu.

"Good idea!"

"View dekat Royal Palace pun cun!"

"Nice idea, kak!"

Haflin tercengang. Itu hanya kata-kata sarkastik yang dikeluarkan sebab menyampah dengan mereka yang macam nak lawat satu dunia!

Dia mengeluh perlahan sambil menunduk. Aduh, Ara...

"Haflin?"

Suara yang terasa familiar membuatkan dia kalih. Matanya membesar.

"Gabriella!"

Seorang gadis jelita berambut perang dan memiliki sepasang mata berwarna kelabu menghampiri mereka.

Mulut Ashraff melopong luas. Matanya terbeliak. B—Bidadari!

"Long time no see. Have you been well?" sapa Gabriella mesra. Senyuman manis menghiasi wajahnya.

"Indeed, it has been a long time." balas Haflin turut tersenyum.

"Yes, we are fine. How about you?" balas Muuna dan Ellyana serentak. Teruja bertemu Gabriella, terus mereka berdiri.

"Still alive, I guess." Gabriella ketawa.

Ashraff pula seakan terpukau dengan Gabriella. Dia gelak pun cantik. Memang bidadari!

Tajul menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah Ashraff. Pantang nampak perempuan cantik macam nilah.

"H—Hello, b—beauti—tiful... My name is Ashraff. Ni—Nice to m—meet you." Ashraff bangun perkenal diri. Fuhh, ingat senang ke nak cakap dalam bahasa Inggeris?

Gabriella tergelak. Dia memandang Ashraff dengan senyuman menawan.

"Cakap je dalam Melayu. I boleh faham."

Ternganga luas mulut Ashraff. Dia benar-benar tergamam.

Mereka semua tergelak geli hati dengan reaksi Ashraff. Aduh, lawak betullah!

Gabriella mengambil tempat duduk di sisi Haflin yang kebetulan kosong.

"Lama tak nampak korang dekat Madrid ni. Kenapa balik?" tanya Gabriella ingin tahu.

"Ermm... Ada hal family sikit." jawab Mukhriz acuh tak acuh.

Gabriella menangguk mengerti.

"Hai Gabriella! Nak nombor boleh?" pinta Ashraff enggan berputus asa. Memang chantek sangat tu kalau Gabriella boleh cakap Melayu!

"She's married, dude."

Kata-kata Muuna mematikan senyuman Ashraff. Dia kaku di situ. Bungkam. Sukar menerima kenyataan.

"Sorry lah, Gab. Dia memang tak senonoh sikit. Gila," pinta Muuna sambil menjeling Tajul yang menenangkan Ashraff.

"Tak apa."

Gabriella hanya tersenyum.

Tidak beberapa lama kemudian, Brisa hadir dengan hidangan makanan dan minuman.

"Nak sambut kedatangan korang, this is my treat!" teriak Gabriella girang.

"Yeayy!!"

"Thank you, Gab!!"

Mereka semua terus menjamu makanan. Gabriella tersenyum melihat mereka tampak berselera menikmati hidangan restorannya.

"Kau nak tanya aku something ke, Gab?" soal Haflin berbisik sambil menjeling Gabriella di sisinya. Dia tenang menghirup coffee Solo miliknya.

Gabriella tersentak. Terkedu dengan ketajaman Haflin.

How could I forget how sharp this girl is?

"Truth being told, I felt something," ujar Gabriella berbisik cuba meluahkan rasa yang dialaminya.

Memandangkan mereka yang lain sedang rancak berborak-borak, Gabriella menggunakan peluang ini untuk memberitahu Haflin.

"What kind of thing?"

Benda apa yang mampu membuatkan bekas agent ini rasa tidak sedap hati?

Semestinya bukanlah sesuatu yang biasa.

"Murderous intent."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience