Chapter | 37

Romance Series 14649

Note: This chap is sooo complicated and might be confusing to you guys. Bnyk benda kena hadam, but I hope you can. Pls sesangat be alert sbb Scarlett dh msukkan hint. Andd sesiapa yg ada ig, blh follow Scarlett @scarlett.jazwel sbb Scarlett ada post something which is a sneak peek abt something yg relevan dngn bab ni. nk thu, follow la hahaha! Lastly, prepare your heart and mind hehe. Enjoy! ^^

"Bunuh dia."

Seorang lelaki yang memakai hoodie hitam tergelak besar mendengar arahan tersebut. Kemudian tawanya mati bersama dengan senyumannya yang juga sudah lesap.

"Kau gila? Ingat senang ke nak bunuh dia dengan ramai orang memerhati?!" tengking lelaki berhoddie meninggi.

"It should be easy. Since you're one of those people who watch." Lelaki yang memberi arahan itu tersenyum sinis.

Lelaki berhoddie pula menggelengkan kepalanya laju.

"Ini rancangan gila. Dia pandai berlawan, kau ingat senang?" Dia masih berterusan menolak.

"Even a tiger will collapsed as soon as their claws meet the bullet." kata lelaki itu tenang. "Kau faham kan?"

"Give me the proper, advanced gun other than that useless gun." Tegas lelaki berhoddie itu bersuara.

Pecah tawa lelaki yang merupakan boss itu sekali lagi. Permintaan yang kelakar!

"Baik, baik."

Lelaki berhoddie itu tampak berpuas hati.

"Hei, kau bukan kena ada dengan Ellyana ke sekarang ni, jaga dia?" Lelaki lagak boss itu menyoal.

Dia mendiamkan diri, sangat lama. Kemudian, dia tiba-tiba menyungging senyuman sinis.

________

"Ash!"

Ashraff yang sedang asyik memilih pesanan untuk menu yang ingin dimakan tersentak apabila namanya dipanggil.

Dia terus berpaling ke belakang. Matanya membulat.

"Cik Muuna!"

Muuna menghela nafas lega. Mujur Ashraff tidak sesat. Dia terus menghampiri Ashraff. Kemudian, dia bercekak pinggang sambil mengecilkan matanya merenung Ashraff tajam.

"Kenapa lama sangat?" soal Muuna garang.

Ashraff meraup mukanya banyak kali. Ya Allah, comelnya Muuna! Sabar jelah!

"Kenapa? Rindu saya ke, cik Muuna?" tanya Ashraff sambil melirik nakal.

Wajah Muuna automatik memerah. Telinganya juga sudah bertukar merah.

"K-Kau ni kan!"

Ashraff tersenyum panjang. Comel! Orang pipi merah, ini telinga pun merah!

"Jangan banyak cakap, jom order cepat!"

Muuna yang masih malu terus berjalan ke hadapan untuk membuat pesanan.

Tersenyum sumbing Ashraff seperti kambing. Alahai, nampaknya dia perlu gunakan effort lebih untuk pikat Cik Iqlima Muuna ni!

________

Cafelito.

"Dissociative Identity Disorder?"

Haziq hanya mengangguk. Bukan, dia ialah Ratna.

Haflin mengukir senyuman sinis. Like hell I'm gonna believe that.

Dia terus berdiri lalu sudah berura untuk berjalan tetapi langkahnya mati saat Ratna berbicara.

"Kau tak nak tahu sebab kenapa Haziq tinggalkan kau?" soal Ratna sambil memandang Haflin tanpa secalit senyuman.

Haflin ketap bibirnya dengan mata yang terpejam. Ish.

Terus dia melabuhkan punggung di atas kerusi semula, kasar. Ratna pula tersenyum kemenangan.

"Apa-apa pertanyaan kau, aku akan jawab. Mengikut kemampuan aku sendiri." kata Ratna lalu menghirup air kosong.

Haflin sedikit tersentak dengan cara Ratna minum. Seperti perempuan. Rasanya betullah tu, Haziq menghidapi D.I.D.

Haflin menghela nafas panjang. Dia memang ada banyak soalan tetapi sekarang ini 'lelaki' di hadapannya membuatkan dia sedikit teragak-agak.

Ah, tanya jelah.

"Bila Haziq start ada penyakit ni?"

"Waktu dia umur 8 tahun."

Terkesima Haflin mendengarnya. La-Lapan tahun? Maknanya sewaktu mereka bertemu untuk kali pertama 12 tahun yang lepas, Haziq sudah mempunyai penyakit itu? Malah sudah amat lama?

"...D.I.D, huh? Ada berapa 'orang' dalam badan Haziq ni?" tanya Haflin dengan wajah tegang.

Memang kini sudah jelaslah kenapa Haziq kadang-kadang bersifat aneh. Sekejap dingin, sekejap sinis, sekejap baran tak tentu pasal, sekejap pelik. Rupanya Haziq menghidapi penyakit ganjil ini.

Haflin mengepal penumbuknya dengan raut wajah yang sedikit sayu. Kenapa Haziq tidak beritahu aku sahaja perkara ini dari mula? Kalau tidak, Haziq tak akan merana seorang diri sahaja!

"Orang? Kami cuma personaliti yang wujud dalam badan Haziq dengan tujuan untuk melindungi Haziq. Dan, berbalik kepada soalan kau, tak termasuk Haziq, ada enam personaliti kesemuanya." jawab Ratna, menerangkan tentang mereka.

Mata Haflin meluas. Enam?! Ramainya?!

"Boleh kau terangkan lagi pasal kau dengan lima orang lagi personaliti..?"

"Baiklah, aku perkenalkan diri aku dulu. Aku Ratna. Aku 'The Keeper of Overwhelm'. When there's a strong emotional feeling, I will appear." kata Ratna memperkenalkan dirinya.

Berkerut dahi Haflin. The Keeper of Overwhelm? Strong emotional feeling?

"Kau baru 'muncul' tadi kan? So apa yang buatkan kau 'muncul'?" tanya Haflin hairan. Seingat dia, tak ada rasanya strong emotion yang dicakapkan oleh Ratna.

"Sebab kau."

Semakin peliklah Haflin. Sebab aku?

"Waktu kau tarik tangan personaliti sebelum ni sebab nak elak daripada kena langgar kereta, kau dah cipta 'overwhelm' tu sampaikan aku switch tempat dengan personaliti sebelum ni." terang Ratna mengenai perihal kemunculannya tadi.

Haflin hanya diam. Simple act macam tu put dianggap strong feeling? Aku tarik tangan je kut!

Ratna yang seperti dapat membaca fikiran Haflin terus menyambung lagi.

"Kau kena faham, setiap affection yang 'holder' terima dah memadai untuk aku keluar. Walaupun benda remeh," jelas Ratna dengan lebih terperinci.

"Affection? Kalau macam tu, 12 tahun yang lepas, kau pun pernah 'muncul'?" soal Haflin membuat dugaan.

"Wow, as expected of his woman. Cepat betul dapat tangkap."

Haflin julingkan mata ke atas.

"Ya, aku pernah 'muncul'. Tetapi yang peliknya, aku hanya 'muncul' untuk sekejap sahaja. Then, tiba-tiba Haziq pula take over. So aku assume his feeling for you is just too strong for me to even take place."

Memang Ratna pernah mengambil alih badan Haziq 12 tahun yang lepas ketika bertemu dengan Haflin. Tetapi untuk beberapa saat sahaja. Selepas itu, Haziq terus mengambil alih semula.

Haflin hanya memandang air di atas meja. Fikirannya melayang-layang mengenangkan Haziq. Jujur, perasaannya sekarang sedang bercampur-baur.

"Aku bukan nak berlagak, tetapi aku sedikit special daripada personaliti yang lain. Aku mampu berinteraksi dengan personaliti yang lain walaupun bukan aku yang menjadi 'holder' dengan had limit tertentu.

Aku yang sepatutnya 'tidur' waktu bukan giliran aku, boleh 'bangun'. Dalam erti kata lain, waktu personaliti yang lain menjadi 'holder', aku boleh melihat situasi sama seperti yang mereka lihat walaupun tidak selalu." terang Ratna panjang lebar mengenai kebolehan dirinya.

Haflin tercengang. Dia mengurut sendinya. Ah, terlalu banyak info yang aku harus hadam.

"Eh, sekejap. Siapa personaliti yang kurang ajar sebelum ni?" tanya Haflin sebaik sahaja menyedari perkara itu. Rasa bengangnya masih tidak surut lagi. Berani tolak aku masuk dalam tasik!

Ratna tertawa halus.

"Maksud kau... Qai?"

Oh, nama personaliti tak guna tu Qai rupanya.

"He's 'The Keeper of Rage'. When there's an uncontrollably amount of anger and resent, he will take over the body. Qai ni personaliti yang baran. Dia selalu bajet gangster, selalu buat masalah dan langgar peraturan ikut suka hati dia je."

Hrmm.. patutlah Keeper of Rage, diri sendiri pun selalu buat orang annoyed.

"Next is, Shah. He's the very first personality you've met. He's 'The Keeper of Menace'. When Haziq is in a dangerous situation, he will appear. Dialah personaliti yang kau kena hati-hati sikit. He's a psychopath, even when he killed someone, he can still laughed about it." terang Ratna bercerita tentang Shah. Terselit amaran pada penerangannya.

Bergerak-gerak rahang Haflin menelan air liur. Terasa pahit seperti pasir. Psychopath? Killed? Betul ke aku pernah jumpa personaliti ni sebelum ni?

"Aku nak mintak maaf atas pihak dia. Yang hina kau dekat Café Armour hari tu ialah Shah dan bukannya Haziq." beritahu Ratna yang diberikan kebolehan untuk melihat kejadian tersebut walaupun sekejap. Seboleh-bolehnya Ratna tidak mahu Haflin salah anggap.

Haflin terdiam. Jadi yang menghina dia bukan Haziq? Ah... Apa yang aku dah buat?

"Dialah yang bermati-matian tak mahu aku bagitahu kau pasal rahsia Haziq. Katanya, kau tak ada benefit. Lagi satu, nak detect Shah ni senang je. Dia selalu senyum sinis dan bagi ayat sinis."

Terangguk-angguk kepala Haflin mendengarnya. Memandangkan Shah selalu melindungi Haziq di saat Haziq ditimpa bahaya, sudah tentu Shah akan berwaspada kepada dirinya sendiri.

"Setakat ni, kau cuma pernah jumpa aku, Shah dan Qai je. Next personaliti yang kau tak jumpa lagi ialah Dhiya. She's 'The Keeper of Misery'. When the holder is extremely sad, Dhiya will take place. Dhiya ni cheerful personality. Umur dia 15 tahun, rebellious age, so kau kena think twice sebelum offend dia. Tapi kau kena ingat, seceria-ceria mana pun dia, dia tetap 'The Keeper of Misery'. Di sebalik senyuman dia, dia yang banyak merahsiakan kesedihan."

Haflin sedikit terkedu. Perempuan umur 15 tahun pun ada dalam badan Haziq? Entah-entah warga tua pun merupakan salah satu personaliti Haziq.

"Next, Eijaz. He's 'The Keeper of Pain'. When there's pain, he will appear. Dia umur 7 tahun, pendiam. Kau kena pastikan dia tak sedih, murung sebab dia dah lalui macam-macam kesakitan." kata Ratna, bercerita tentang Eijaz.

Terkesima Haflin mendengarnya. T-Tujuh tahun pun ada?!

"The sixth personality is Orked. She's 'The Keeper of Fear'. When there's a huge amount of fear, Orked will control the body. Dia yang paling timid, senang takut. Dia ni gagap, harap kau bersabar dengan dia."

Personaliti yang penakut jadi Keeper of Fear?

"Each of us are The Keeper. Our main objective is to protect, Haziq, the 'core' personality, the owner of this body whom we need to protect." Ratna menyudahkan bicaranya.

"...Haziq..."

Tak semena-mena nama itu meniti pada bibirnya. Dia meraup wajahnya, kusut.

Tidak dia pernah dapat mengagak, kisah hidup Haziq begitu rumit, dibelenggu dengan begitu banyak konflik.

Dan dia?

Dia hanya tahu untuk menilai dan menghukum Haziq tanpa mengetahui kisah sebenar. Memarahi, mengamuk dan menangis itu sahaja yang dia tahu sepanjang 12 tahun ini.

'Ah, teruknya kau ni, Ara...' desisnya kesal penuh serba-salah.

"...Jadi perasaan dia dekat aku adalah real? Ikhlas?" Bergetar nada Haflin saat bertanya.

"Sudah tentu."

"Kenapa dia tak bagitahu aku semua ni?" soal Haflin, lirih. Sememangnya dia sangat terkejut dengan penyakit yang dihidapi Haziq, tetapi dia lebih terkejut dengan Haziq yang langsung tidak pernah memberitahu dirinya perkara sebenar.

"He didn't want to put you in danger. Ammara, Haziq ada ramai musuh. Dia tak nak kau terlibat sekali dalam masalah dia."

Don't want to put me in danger? My life is already in danger when I chose to protect Ellyana! Does he think I am weak?!

Terlepas keluhan berat daripada bibir mungil Haflin. Tak boleh nak buat apa. Bukannya dia boleh Ratna bertukar dengan Haziq pula sekarang ni.

"Kenapa dia tinggalkan aku?" Haflin bertanya sambil mengurut dahinya yang seakan berdenyut-denyut dengan matanya yang dipejam rapat.

"Sebab aku yang suruh."

Terus tercelik kembali mata Haflin. Dia terkesima. Dipandang Ratna di hadapannya dengan reaksi tidak percaya.

"Why..?"

"An emotional feeling can become very meddlesome while in the middle of election of the successor. I interacted with Haziq and he, reluctantly agree to it." jawab Ratna tenang tanpa ada rasa serba-salah.

Terangkat kening Haflin. Election of the successor? Pemilihan pewaris, di mana Tengku Adam Zahirulhaq, datuk Haziq memilih pewaris yang akan mewarisi syarikat dan hartanya ke?

"Boleh aku tahu siapa musuh utama Haziq?" soal Haflin dengan wajah tegang.

"Sepupu dia sendiri. Pesaing untuk menjadi pewaris, Ghazi dan Najmi."

Haflin mengetap bibir sambil menongkat dagu. Dia memandang lantai lama ibarat di lantai terdapat semua jawapan yang dia mahukan.

Aku macam pernah dengar nama tu. Tapi dekat mana?

"Sepanjang 12 tahun ni, kami banyak bertukar tempat sebab emosi Haziq tak stabil. Memang sepanjang 12 tahun ni, keadaan haru-biru betul, kecoh dengan kami yang nak lindungi Haziq. Dan akhirnya, Haziq yang ceria sudah lesap, digantikan dengan Haziq yang dingin."

Jadi, Haziq yang sebenar ialah yang dingin dan pendiam? Jadi, gerangan yang memeluknya pada malam itu di taman La Flor ialah Haziq?

Dia mengetap bibirnya. Sumpah, begitu banyak perkara yang perlu dihadam. Bagaimana Haziq dapat hidup seperti biasa?

Haflin hanya mendiamkan diri sahaja. Jari-jarinya mengetuk-ngetuk meja perlahan tanpa bunyi.

"By any chance, you told me all these secrets not just because you don't want me to misunderstood, am I right?" soal Haflin, menebak niat sebenar Ratna. Dia tidak naif dan bodoh itu. Dia yakin Ratna punya motif lain.

Ratna tersenyum. Dia menganggukkan kepalanya.

"That is correct. Aku bagitau kau semua ni supaya aku nak kau decide pihak mana yang kau akan pilih. Are you willing to join us even after hearing all these things? Are you on our side or not? That is the question." balas Ratna dengan senyumannya yang telah mati dalam sekelip mata.

Nak pilih pihak yang mana?

"If I choose to not be on your side?" tanya Haflin sekadar menduga. Dia mahu tahu reaksi Ratna.

Ratna mengukir senyuman. Senyuman sinis yang sangat lebar sehingga membuatkan matanya menjadi sepet. Senyuman yang sangat berbeza daripada senyuman sinis milik Shah.

Dan Haflin dapat rasakan Ratna lebih menggerunkan daripada Shah.

"Then, prepare to die."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience