Chapter | 23

Romance Series 14589

"Shopping? Again?"

Haflin memandang Muuna dan Ellyana dengan reaksi tidak percaya. Berapa kali nak pergi shopping ni? Tak bosan ke?

"Korang pergilah, aku nak stay dekat hotel." kata Haflin awal-awal menarik diri. Tak inginlah mahu penatkan kaki pergi beli apa yang tidak patut beli.

Ellyana tarik muncung sedepa itik. Dia merapatkan dirinya dengan kakaknya.

"Akak, jom lah." ajak Ellyana masih tidak berputus asa. Dia membesarkan mata bundarnya biar kelihatan comel persis Puss In Boots.

Haflin membuat rolling eyes.

"Your tricks doesn't work on me, El."

Ellyana mencebik. Cis, tak berkesan rupanya!

"Kak Lin tak nak beli dress untuk malam esok ke?" soal Muuna turut memancing Haflin.

"Nope, I'll wear tuxedo." jawab Haflin sambil membelek-belek majalah.

"Hah?!!"

Tercengang mereka semua. Lagi-lagi Mukhriz, Tajul dan Ashraff. Pakai tuxedo? Tuxedo untuk lelaki jelah!

"Mana boleh, cik. Tuxedo untuk kaum Adam jelah." ujar Ashraff pantas.

"Sejak bila kau jadi sexist pula, Ash?"

Erk! Tu pun dikira sexist ke? 

"Ini saya sokong. Bukan selalu tengok cik pakai dress." setuju Tajul.

Haflin mendengus.

"This is my body. Suka hati akulah nak pakai tuxedo ke dress!" tegas Haflin geram.

Semua terdiam. Tidak berani untuk membidas.

"Akak serius ke tak nak pakai dress?" tanya Ellyana sekali lagi untuk memastikan.

"Yes, I'm deadly serious."

Ellyana membisik sesuatu di telinga Muuna. Seketika kemudian Muuna tersenyum panjang lalu mengangguk.

"Okaylah, kak. Kak Lin tak nak pergi, biar kami yang pergi." ujar Muuna dengan senyuman yang cuba ditahan.

"Jom, Taj, Ash."

Ellyana dan Muuna terus berlalu dengan diikuti oleh Tajul dan Ashraff.

"Kau tak ikut diorang ke, Riz?" soal Haflin sambil memandang Mukhriz yang masih setia berdiri statik di sebelah sofa.

Mukhriz hanya diam membisu, tidak menjawab pertanyaan Haflin.

Haflin menjeling. Dah kenapa bisu pula ni?

"Lin,"

Nama itu meniti pada bibir Mukhriz. Tetapi kenapa ya mulutnya seakan menggigil?

"Erm?"

"... Kau betul ke tak nak pakai dress?"

Cek! Ingatkan apalah. Rupanya soalan cepumas ini yang ditanya?

"Kau nak aku ulang macam radio karat berapa kali, Riz?" Sinis Haflin membalas.

Haflin terus meletakkan majalah di atas meja lalu berdiri. Dia sudah berura untuk pergi ke lif. Tetapi dia terasa seperti bajunya ditarik dari arah belakang.

"Aku..."

"Aku teringin nak tengok kau pakai dress..." tutur Mukhriz, jujur dengan nada yang sayu dan cukup melancholic.

Haflin terkesima. Tidak pernah dia saksikan Mukhriz yang sekarang. Sejak bila sisi Mukhriz yang sekarang mula wujud?

Haflin berpaling lalu membelai lembut rambut Mukhriz. Wajah Mukhriz sudah merah dek rasa malu yang menggunung.

"Silly," panggil Haflin dengan senyuman tipis.

Ah, Mukhriz berumur 25 tahun, tetap menjadi seorang kanak-kanak di hati Haflin.

_____

Haflin berjalan di satu lorong.

Mukhriz?

Setelah dia memberitahu hasratnya, Mukhriz terus berlari ke Muuna yang ingin pergi ke shopping complex.

Barangkali malu, mungkin?

Kemudian langkah Haflin terhenti.

"Kau ikut aku sampai ke sini dari hotel." ujarnya sambil kalih. "Tak nak cakap ke motif kau ikut aku?"

Diam. Haflin melepaskan keluhan berat.

"Sebelum aku paksa kau muncul, baik kau munculkan diri sekarang." Keras Haflin memberi amaran.

Seorang lelaki berpakaian plastik hitam untuk menutupi wajahnya mula keluar dari tempat persembunyiannya.

"Kau? Rupanya kau bukanlah pengemis kalau kau boleh keluar dari hotel mahal tu." kata Haflin sinis sambil berpeluk tubuh.

Lelaki yang Haflin pernah bertemu di taman itu sedang berada di hadapannya sekarang. Lelaki yang dia anggap pengemis sedang berada di depan matanya. Walaupun dia tidak menunjukkan wajahnya, Haflin tahu dia ialah pengemis di taman tempoh hari.

I am dying to know his identity and motive.

Haflin terus bergerak pantas ke hadapan sambil menghalakan pedang yang disembunyikannya dari tadi ke arah lelaki itu. Tepat mengenai leher lelaki tersebut.

"Speak,"

Dia terus menghalakan pedangnya pada leher lelaki itu sehingga berdarah. Tetapi lelaki itu sedikit pun tidak berganjak atau mengadu kesakitan.

Hrmm... Interesting.

"What is your intention of following me?"

Memang Ellyana tidak membenarkan Haflin membawa pedang ke percutian ini tapi Haflin kisah apa?

Berbalik kepada lelaki ini. Mustahil lelaki ini tidak mengekorinya. Haflin sudah perasan lelaki ini sedang mengekorinya sebaik sahaja dia jejakkan kaki ke luar hotel. Dia fikir, itu cuma kebetulan. Tetapi semuanya bukan apabila lelaki ini masih mengekori Haflin sehingga ke lorong yang sunyi ini.

"Just who the hell are you?" tanya Haflin dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak.

Baru sahaja lelaki itu mahu bersuara, telefon Haflin tiba-tiba berdering.

Haflin berdecit. What a perfect timing!

Tangan kanan sedang menghala pedang, tangan kiri pula sedang menjawab panggilan.

"Hello?" Keras Haflin bersuara.

Kemudian matanya membutang. Pedang yang dihalakan jatuh ke bawah.

"Hah?!!"

Raut wajah Haflin bertukar pucat. Peluh-peluh membasahi wajahnya.

"Ya, aku datang sekarang jugak!"

Panggilan cepat-cepat dimatikan. Kemudian tajam mata helangnya memandang lelaki itu.

"I deal with you later."

Haflin terus berlari laju meninggalkan lelaki itu.

_______

"What happened?!"

Haflin terus menerjah masuk ke dalam bilik hotel Muuna dan Ellyana. Di dalam bilik tersebut, kelihatan Tajul, Ashraff, Haziq, Mukhriz, Muuna dan Ellyana sudah berada di dalam bilik ini.

Tajul menunding pada satu cermin. Haflin tergamam.

'TOMORROW NIGHT, SHE WILL DIE'

Tulisan pada cermin itu...

She? Who?!

Haflin mendekati cermin itu. Itu darah!

Pandangan matanya jatuh pada Ellyana yang sedang menggigil-gigil. Muuna sedang cuba menenangkan Ellyana.

"El, are you alright?" soal Haflin lembut sambil tangannya cuba memegang bahu Ellyana.

Laju Ellyana menggeleng dengan air mata yang mengalir deras. Dia menepis kasar tangan Haflin.

"I'm not! They want me kak! They want to kill me, how could I possibly be alright?!" teriak Ellyana yang seakan histeria. Dia betul-betul sudah hilang kawalan

"The best solution is to get out from this hotel. This hotel is unsafe." ujar Muuna memberi idea dengan riak wajah tegang.

"No, kalau kita balik, kita takkan tahu siapa punya angkara ni." bidas Mukhriz tegas.

Sampai ke sudah lah mereka tidak akan tahu angkara siapa ini semua. Lagipun, kalau mereka keluar dari hotel ini, tak bermakna Ellyana tetap akan selamat di luar.

"Habis tu abang nak perjudikan nyawa El? Nak jadikan dia umpan?" Sinis Muuna berkata.

Dia tidak setuju Ellyana dijadikan sebagai umpan hanya semata-mata untuk mencari dalangnya. Tega sungguh abangnya cuba untuk mempertaruhkan nyawa Ellyana.

"Bukan itu yang abang maksudkan..."

"Habis tu apa?!"

"Aku ada idea." celah Haflin sekali gus menghentikan pertengkaran Muuna dan Mukhriz.

Mata semua orang tertumpu pada Haflin. Mereka semua mahu tahu idea yang bakal diusulkan.

"Tapi korang kena dengar cakap aku."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience