Chapter | 36

Romance Series 14589

"Huh? Ada kita berempat je dekat rumah ni?!" tanya Muuna meninggi dek terkejut yang amat.

Ashraff hanya mengangguk.

Ellyana dan Saleha pergi ke tea party yang dianjurkan oleh Countess Prudencia. Kartina dan Kyra pula pergi ke boutique milik Kartina sendiri. Mukhriz pula menemani Zulkaddir dan Zulkarnain atas urusan syarikat. Zakaria juga pergi ke syarikatnya.

Jadi, yang tinggal hanyalah Haflin, Haziq, Muuna dan Ashraff sahaja di rumah besar ini.

"Ha, Tajul? Tajul mana?"

"Tajul ikut cik Ellyana."

Tajul juga mengikuti Ellyana kerana tugasnya sebagai bodyguard.

Kenapa Ashraff tidak pergi?

Sebab bodyguard yang dibayar untuk awasi Ellyana sudah ramai. Memandangkan dia yang tidak pandai berbahasa Spanish, dia dengan senang hati tidak menjaga Ellyana hari ini.

Muuna mengherotkan bibirnya ke tepi, seakan berfikir. Ashraff tergelak dengan tingkah Muuna yang mencuit hati.

"K—Kenapa kau gelak?!" marah Muuna yang pipinya sudah memerah.

Ashraff hanya jungkit bahu dengan sengihan persis kambing.

Muuna merengus sebelum melangkah ke Haflin yang sedang menghayunkan pedang kayu miliknya.

"Kak Lin, jom keluar!" ajak Muuna girang.

"Tak nak."

Erkk!

Muuna muncungkan mulutnya sebelum memeluk Haflin bagaikan sotong kurita yang melekat pada batu.

"Eh, apa ni? Muuna, lepaslah!"

"Tak nak! Buekk!" Muuna menjelir lidah. "Cakap setuju dulu baru Muuna lepaskan!"

Haflin mengeluh. Ya, dia memang ada kekuatan untuk menolak tubuh keding Muuna tapi dia tidak mahu mencederakan Muuna sendiri.

Apa salahnya keluar, kan?

Haflin mengangguk. Membesar mata Muuna dengan sinaran. Semakin erat tangannya mendakap Haflin bagaikan glu.

"Yeayy, it's a date!! Thank you, kak!! Sayangmuuu!!"

Nak tarik balik boleh tak?

Tiba-tiba badan Haflin terasa ringan pula. Eh?

"Ash, kenapa kau angkat aku?!" jerit Muuna geram. Bukan tarik tau, angkat! A.N.G.K.A.T!

Dia angkat aku macam angkat patung! Kuat betul Ashraff!

"Saya ingat cik ringan tapi ermm.."

"Ashraff!!"

Pecah gelak tawa Ashraff saat melihat wajah Muuna yang bertukar merah. Setelah reda, air muka Ashraff menjadi serius.

"Jangan peluk cik Haflin. Saya nanti jealous," kata Ashraff serius tanpa secalit senyuman. Sah, dia tak bergurau!

Muuna terkedu. Kemudian pipinya sekali lagi terasa hangat.

"Eh??!!"

Haflin hanya melihat babak drama tak dipinta dengan tekak yang loya. Tiba-tiba rasa macam nak muntah.

Berani diorang anggap aku ni bystander? Ingat aku ni background untuk pasangan Romeo dengan Juliet ni ke?

Haihh, kalaulah ada Ellyana dan Mukhriz. Dengan Tajul sekali. Mesti Muuna dan Ashraff tidak dapat beromantika di sini.

Sebut pasal mereka, Haflin tiba-tiba teringatkan Ellyana yang pergi menghadiri tea party yang dianjurkan oleh Countess Prudencia.

Rasa serba salah yang telah bersarang di hatinya semakin menebal. Disebabkan dia enggan pergi ke tea party tersebut, Ellyana terpaksa menjadi galang ganti. Dan Saleha hanya mampu akur untuk pergi ke tea party itu bersama Ellyana walaupun terpaksa.

"Korang nak pergi mana lepas ni?"

"Hikkk!!"

Haflin terkejut apabila terasa hembusan nafas seseorang pada lehernya. Dia cepat-cepat kalih belakang.

Haziq!!

"Kau kalau nak cakap memang nak dekat-dekat ke?" Sinis Haflin menyoal.

"Kenapa? Nak dekat lagi ke?" balas Haziq dengan riak wajah yang serius.

Pantas Haflin menggeleng-gelengkan kepalanya. Tidak mengapa, no thanks!

Haziq kemudian memandang Muuna dan Ashraff. Nampaknya Ashraff masih tidak berputus asa mencuri hati Muuna dengan kata-kata manis.

"Kalau aku belasah bodyguard tu boleh tak?" soal Haziq dengan wajah bengang. Dia sudah berura melipat lengan bajunya.

"Silakan. Belasah dia bagi tak boleh cakap benda-benda meloyakan tu lagi," balas Haflin dengan reaksi poker. Rupanya dia dengan Haziq berfikiran sama.

Tolonglah, sesiapa pun boleh muntah dengar Ashraff cakap ayat-ayat tu! Geli!

Tiba-tiba Haflin terkesima. Baru beberapa hari yang dia dan Haziq berbicara pasal kisah 12 tahun lepas. Sudah dekat empat hari hubungan dia dengan Haziq dingin, dan sekarang ini? Dia, sedang bercakap dengan Haziq?!

Hebat sungguh Haziq. Dia buat-buat kejadian tempoh hari tidak berlaku dan buat aku ikut rentak dia.

"Guys, stop it. Nak muntah la" Seperti yang disangka, Haziq menyampuk perbualan Muuna dan Ashraff.

Okay, muka Muuna dah merah macam tomato. Apalah yang Ashraff cakap?

"Z—Zafrel, nak keluar tak?" Muuna tidak endahkan Ashraff sebaliknya berjalan ke arah Haziq.

Oh, kesian Ashraff. Kena reject.

"Mana?"

_______

"How... did the things end up like this?"

Reaksi cukup tidak senang dipamerkan oleh Haflin. Meskipun dia masih bersikap selamba, jujur, dia sangat tidak selesa. Dia mahu bernafas pun tak senang dengan situasi yang macam ni.

"Ni semua salah bodyguard tak guna tu... Naik je darat, siap dia aku kerjakan...!" dengus Haziq penuh dengan rasa benci.

Haflin hanya tersenyum. Ya, ya, make sure kau kerjakan dia cukup-cukup.

Dia melontarkan pandangan ke arah Ashraff yang duduk bersama Muuna. Ewah, kau bergembira di sana, dan aku mati kejanggalan di sini!

Memang ada juga yang jadi mangsa pedang aku nanti.

Mereka sekarang berada di El Retiro Park. Salah satu taman terbesar di Bandar Madrid ini. Dan di saat ini, mereka sedang duduk di dalam boat, di tasik.

Ya, dia dan Haziq sedang duduk berdua-duaan di dalam boat ini!!

And that asshole is the one to be blamed!

Pernah tak orang mati disebabkan kejanggalan? Rasanya Haflin lah orang pertama yang akan memecah rekod dunia!

Dia boleh mati disebabkan kejanggalan yang melampau ini!

"Kau kayuh."

Huh?

Mencerlung mata Haflin memerhati Haziq yang hanya duduk selamba, goyang kaki di hadapannya. Siap silang kaki macam big boss.

Dia suruh aku kayuh sendiri?

How gentleman.

"Kalau kau tak nak kayuh, pergilah terjun dalam tasik ni. Kau ingat kau ringan?" kata Haflin geram. Dahlah berat, lepas tu suruh aku kayuh sorang-sorang pulak.

"Memang,"

Apa benda dengan lelaki ni? Shameless gila.

"At least ringan daripada kau." balas Haziq bersahaja. Terpampang reaksi bangga seperti baru sahaja mengalahkan raksasa yang dahsyat.

Haflin menarik nafasnya panjang-panjang kemudian dihembuskan kembali. Dia mengulang langkah yang sama untuk menenangkan diri.

Aku boleh jadi gila duduk dengan dia ni lama-lama.

Kalau tak boleh pakai cara lama, kenapa tak pakai cara yang lebih advance?

"Ke kau sebenarnya ni tak reti kayuh? Sebab tu kau suruh aku kayuh sendiri sebab kau tak nak tunjukkan sisi lemah kau?" Haflin bermain kata. Psychological approach. Takkan ada seorang pun yang berjaya mengelak daripada terkena tempias psychological movement kecuali ahli psikologi

"Apa kau cakap...?"

Bullseye.

Haflin tersenyum lebar. Sinis. The prey have taken the bait.

"Aku tak reti kayuh?! Aku?! Aku?!!" teriak Haziq bengang lalu mula memegang pengayuh. Dia terus mendayung boat mereka dengan begitu layu.

Haflin cukup terkedu dengan tindakan Haziq. Errr... Did I overdo it?

Senyuman lebar mula menghiasi wajah Haflin. Guess not.

Dengan kekuatan Haziq, boat mereka sangat laju bergerak. Sehingga Haflin pun tidak payah susah-susah mengayuh sekali.

Tiba-tiba, boat mereka berlanggar dengan sebuah boat. Bergegar boat mereka sehingga tubuh mereka terkena tempias yang sama.

"¡Lo siento! ¡¡Lo siento mucho!!" Seorang perempuan yang melanggar mereka meminta maaf.

(Maaf! Saya minta minta maaf sangat-sangat!)

"EstĂ¡ bien. Estamos bien de todos modos." balas Haflin tenang. Bukannya mereka sengaja pun ingin melanggar dia.

(Tidak mengapa. Kami tidak apa-apa pun)

"¿¿Ustedes estĂ¡n realmente bien??" tanya si lelaki pula.

(Awak semua memang okay??)

"¡Si!"

(Ya!)

"Entonces, nos vamos ahora. AdiĂ³s!"

(Kalau macam tu, kami gerak dulu ye. Selamat tinggal!)

Boat mereka mula bergerak pergi ke arah lain.

Haflin memandang lama kelibat mereka. Wow, that's unexpected.

"Bab*, anak hara* betullah sia*!" maki Haziq kepada pasangan yang melanggar mereka.

Hrmm, diorang dah pergi baru nak maki...

Haziq terus menukar arah boat mereka lalu mengayuh dengan amat laju.

Mata Haflin membesar. Jangan cakap dia betul-betul nak kejar pasangan tu?!

Haflin terus mengambil pengayuh lalu mendayung ke arah lain. Haziq mendayung ke hadapan, Haflin pula mendayung ke belakang.

Apabila boat seakan tidak bergerak, Haziq mendengus kasar. Dia merenung Haflin di hadapannya tajam.

"Apa masalah kau?"

"Kau tu nak pergi mana? Kejar diorang, kan?"

"Yalah! Berani langgar aku!"

"Diorang dah minta maaf dah kan, relax lah! Jangan jadi Drama Queen boleh tak?!" marah Haflin bengang. Dah kenapa nak kejar diorang macam kejar ke hujung dunia?

"... Drama Queen.. Kau panggil aku..?"

Bergerak-gerak rahang Haflin. Air liur ditelannya. Pahit.

Terus kepala Haflin dipegang oleh Haziq. Bukan dipegang, tetapi ditekan. Tangan sasa itu sedang menekan kepala Haflin, kasar dan kuat.

This is a violent act!

"Kau ulang balik apa kau cakap..."

"Drama Queen! So, what?!"

Haflin turut membalas renungan tajam Haziq. Seakan mencabar Haziq.

Tersungging senyuman sinis pada bibir Haziq.

"Aaaaaaahhhhh!!"

SPLASHHHH!!

Haflin sudah terkapai-kapai di dalam tasik. Terbatuk-batuk dia dek air tasik yang termasuk ke dalam mulutnya semasa dia jatuh tadi.

Jatuh? Bukan! Dia ditolak!

Tajam renungan Haflin kepada Haziq yang sedang terbahak-bahak ketawa. Mamat ni memang tak guna!! Tunggu kau aku kerjakan!!

"Buahahahahahaha!!"

Ha, gelaklah sampai mati.

Ya Allah, malunya ramai orang tengah tengok!

Haflin cuba untuk naik ke atas boat semula tetapi tidak boleh.

"Need some help?" soal Haziq dengan senyuman sinisnya. Dia menghulurkan tangan dengan kening yang diangkat.

He's a jerk.

Haflin dengan tidak rela hati menyambut huluran tersebut lalu...

SPLASHHHHHHH!!

Giliran Haflin pula untuk ketawa besar. Saat melihat Haziq yang turut berada di dalam air tasik ni, dia senang hati.

Revenge accomplished~

"Kau—"

Menunding jari Haziq tepat di hadapan wajah Haflin. Jelas nampak dia sedang marah.

Haflin tahan tawanya. Dan,

"Hahahahahahaha!"

Tawanya pecah sekali lagi. Haziq hanya merengus geram dengan wajah cemberutnya.

Padan muka!

________

"Ada ke boleh jatuh dalam tasik?" soal Muuna tidak percaya. Dia melihat insiden itu tadi. Fuhhh, unbelievable!

"Diamlah," marah Haflin yang sudah mengeringkan dirinya di hotel terdekat. Bajunya juga sudah digantikan dengan pakaian yang dibeli Muuna di shopping mall terdekat.

Apa-apa pun, tu bukan salah aku. Ni semua salah mamat dekat sebelah dia nilah!

Terus Haziq di sisi dijeling tajam. Buat malulah!

"Ni Ashraff mana?" tanya Haziq selamba, tidak mengendahkan jelingan Haflin sekali gus mengubah topik.

"Eh, kenapa lama sangat dia pergi beli makanan?" tanya Muuna pelik. Jangan cakap dia sesat pulak!

"Guys, Muuna pergi cari Ashraff tau!" beritahu Muuna sebelum berjalan meninggalkan mereka.

Haflin mengeluh berat. We're alone again...

Whatever, aku tak nak duduk dengan dia ni lagi.

"Kau pergi mana tu woi?" Haziq bertanya kepada Haflin yang sudah mengorak langkah melintasi jalan.

Jauh daripada kau, of course.

"Tunggulah aku! Aku mana tahu jalan dekat sini!" laung Haziq lalu berlari mengikuti Haflin.

Haflin berpaling. Ish, dia ni menyusahkan betullah!

Tiba-tiba mata Haflin membesar. Automatik dia menarik tangan Haziq.

VROOOMMMMMMM

Rupanya ada kereta yang nyaris melanggar Haziq. Mujur Haflin sempat menarik Haziq.

"Kau ni hati-hati lah sikit." marah Haflin senada.

Haziq tersentak. Dia seakan kaku di situ tanpa sepatah kata.

"Kau kenapa ni? Nak ikut aku kan?" tanya Haflin pelik. Dah kenapa ni?

"Kau..."

Haziq memandang wajah Haflin lama, seperti mengamati wajahnya.

Huh? Aku apa?

"Kau... Ammara Haflin?"

Bertaut kening Haflin. Pelik, kenapa dengan Haziq ni?!

"Dapat pun jumpa kau..."

Apa benda dia tengah cakap ni?!

Tiba-tiba tersungging senyuman sinis pada wajah Haziq. Dalam sekelip mata senyuman itu melebar.

"Aku, Ratna."

Share this novel

Aurel Welstin
2020-07-20 08:20:53 

kesian haflin


NovelPlus Premium

The best ads free experience