Chapter | 20

Romance Series 14589

"Hotel Zel D' Adonis, here I come!" teriak Muuna apabila kakinya menjejakkan ke tanah, keluar dari kereta.

Mukhriz dan Haflin tepek dahi mereka menahan malu. Aduh, tak malu sungguh budak ni.

"Muuna, please at least act like a decent lady." ujar Mukhriz berbisik.

"This is me! How could I pretend to be like someone else? Nobody forced you to like me. I don't like you either." Muuna menghadiahkan jelingan tajam buat abang kesayangannya.

Terpinga-pinga Mukhriz seketika. Apahal dengan Muuna? Adiknya kena rasuk dengan hantu apa pulak kali ni?

"Cik Haflin, biar saya yang angkat beg." Tajul cuba mengambil beg dari tangan Haflin.

"No, no need. Lagipun bukannya korang yang kena angkat. Pekerja hotel ni yang akan angkat." balas Haflin sambil menggeleng. Begnya bukannya berat pun.

"Tajul! Daripada angkat beg kak Lin, baik angkat beg saya!" arah Muuna.

Terbutang mata Tajul. Wuishh, 3 beg? Kenapa banyak sangat padahal tidur untuk 4 hari, 3 malam je!

"Muuna letak apa dalam beg ni? Batu?" tanya Mukhriz sinis.

"Ish, bisinglah abang Riz ni! Orang perempuan, biasalah. Kan, El?"

Muuna mengerling Ellyana siap menyiku lengan Ellyana.

"Hah? Err, ya, ya!" jawab Ellyana gagap. Tiba-tiba dikaitkan dengan nama aku dah kenapa?

"Cik Muuna nak cakap Cik Haflin ni lelaki ke?" celah Ashraff semakin galak mengusik.

Dia memandang beg yang diangkat Haflin. Ada satu beg je kut.

Muuna mati kata. Saat melihat panahan mata Haflin yang setajam mata pedang, lagilah membuatkan lidahnya seakan dipotong.

Terburai tawa Mukhriz. Ellyana tergelak halus. Tajul hanya tersengih. Haziq pula tidak habis-habis menguntum senyuman sinis.

"Korang nak berdiri sampai next year ke? Tak nak masuk dalam?" Sinis mulut Haflin berbicara kerana dia sudah melangkah meninggalkan mereka.

"Eh, tunggu!"

Mereka berhenti di entrance. Lalu mereka menunjukkan sampul yang dihantar oleh hotel itu sendiri.

"Oh? VIP? Ikut sini."

Seorang guard menunjukkan ke arah meja receptionist.

"Welcome to Hotel Zel D' Adonis. What can I help you?"

Seorang wanita memandang mereka dengan senyuman.

"Rita, diorang ni VIP." beritahu guard tersebut.

Wanita yang bernama Rita menekan-nekan papan kekunci.

"May I have the letter?" pinta Rita sopan.

Haziq menyerahkan sampul itu kepada Rita. Rita membelek-belek sampul itu.

"What is Tengku Syed Zulkarnain's IC number?"

Ellyana tersentak. Alamak! Dia nak IC dad pulak!

"75××××××××××" jawab Haflin laju.

"Pardon, but can you repeat it again?"

"75××××××××××" Jawapan sama diberikan cuba berbeza kelajuan.

Ellyana terkesima. Akak Ara hafal nombor kad pengenalan dad?

"Your order is 4 rooms right?"

"Yes," jawab Haflin pendek.

"Eh? 4 bilik?" soal Tajul blur. Mereka ada berapa orang sekarang ni?

"Please sign here, miss."

Seperti yang disuruh, Haflin menandatangan di tempat yang diarahkan. Dia mendapat 4 kad bilik. Dia kalih memandang semua orang.

"Tajul, Ashraff, korang sebilik."

Dia melemparkan kunci kad kepada Ashraff.

"Riz, Haziq, korang sebilik."

Satu lagi kunci dibaling kepada Mukhriz.

"El, Muuna, korang sebilik."

Ellyana menangkap kunci yang dibaling ke arahnya.

"Akak?"

"Akak tidur sorang." jawab Haflin.

"Wah, bestnya. Dapat conquer katil king sorang-sorang." Ashraff melopong.

"Kalau kau nak, pergilah order yang lain." ujar Haflin.

Tersenyum panjang Ashraff.

"Serius lah?!"

"Dengan duit kau."

Mati senyuman Ashraff. Dia membuat muka kecewa yang terlalu over sambil mengetuk-ngetuk dadanya dengan badannya yang disandarkan pada badan Tajul.

Semua orang ketawa besar dengan aksi Ashraff yang melebih-lebih.

______

Haflin berjalan-jalan di tepi pantai. Menikmati bayu laut. Dengan hanya berkaki ayam, dia berjalan-jalan di atas pasir.

Matanya terancap pada cengkerang-cengkerang di atas pasir.

Tiba-tiba dia teringatkan kenangan lalu. Ellyana pernah menghadiahkan dirinya cengkerang-cengkerang yang diwarnakan dengan krayon.

Alahai, comel betul Ellyana ketika itu.

Tak semena-mena bibirnya melakar satu senyuman lebar yang manis. Ikhlas.

"What are you smiling at?"

Haflin tersentak. Langkahnya juga terhenti saat dirinya ditegur oleh seseorang.

H—Haziq?

"Kau tak rehat ke?" tanya Haziq dengan senyuman manis. Seakan dia dan Haflin mempunyai hubungan yang akrab. Ramah dan mesra sungguh nadanya.

Sepi. Bukan kerana Haflin tidak ada idea untuk menjawab, tetapi dia cuma malas.

"Hrmm, am I talking to a brick wall right now?"

Diam. Haflin hanya melabuhkan punggung duduk di atas pasir. Sambil membiarkan kakinya terkena air laut. Sejuk.

Haziq juga turut duduk di sebelah Haflin.

"Ara,"

Sepatah perkataan itu cukup membuatkan Haflin kalih kembali memandang Haziq. Dia terkedu.

Haziq tarik senyuman sinis. Sangat sinis. Seakan ingin menghina dirinya dan kisah antara mereka.

"Kau ingat tak kisah antara kita?"

Haflin membisu. Nada itu cukup sinis bunyinya pada pendengaran Haflin.

Dia cuba kuatkan diri melihat wajah selamba Haziq.

"Kisah apa?" balas Haflin bersahaja. Soalan selamba minta penampar haruslah dibalas dengan jawapan bersahaja yang mengundang sakit hati!

Semakin melebar senyuman sinis Haziq.

"Ala, takkan kau tak ingat? Time kau form 4, aku form 5, kita kan ponteng sekali. Ponteng dekat taman, di bawah pokok, kita main kejar-kejar, kita main dekat arcade dan kau lukis potret aku. Ada lagi tak potret tu? Aku nak tengoklah." ujar Haziq sengaja 'mengimbau' kenangan lama.

"Selalunya barang yang tak penting aku akan buang." jawab Haflin tanpa emosi.

"Termasuk memori kisah antara kita?"

Haflin pejamkan matanya. Hatinya sakit.

"Kisah antara kita dah tamat. Kau dah bertunang dengan adik aku."

"Oh, you mean your stepsister?"

Ah, kenapa bicara lelaki ini setajam mata pedang?

"Kau kena ingat, Ara. Kisah antara kita belum lagi tamat. Kalau tidak, buat apa kita ditemukan sekarang? Sudah semestinya untuk menyambung kisah kita." Serius Haziq bersuara sambil merenung redup ke dalam anak mata Haflin.

Haflin terkesima. Bagaikan Haziq di hadapannya bukan lagi Haziq yang sinis.

"Berapa kali aku kena cakap, Haziq? Our story ended 12 years ago! When you leave me without even a simple, proper goodbye! So what do you expect from me? To welcome you with a big hug, warm smile, joyous tone? Stop making me laugh!" marah Haflin berang.

Senang betul kan? Mudah pergi, mudah juga kembali. Sudahlah pergi tanpa sebarang alasan, muncul pula tanpa amaran. Apa yang kau harapkan daripada aku?!

Haziq seakan tersentak. Kemudian, dia mengukir senyuman sinis.

"Aku tahu. Sebab itulah aku bertunang dengan adik kau."

Ah, hati Haflin sakit. Seakan ditikam dengan tombak.

Haziq berdiri.

"Betul cakap kau. Kisah antara kita dah tamat. Aku tahu kau masih cintakan aku, jadi aku harap kau boleh buang cinta yang tak bernilai kau tu. Sebab aku akan berkahwin dengan adik kau."

Haziq terus meninggalkan Haflin bersendirian.

Haflin memandang bayang Haziq yang semakin menghilang, sayu.

Bukankah ini yang aku mahukan? Lantas, mengapa hati ini masih menanggung rasa sakit?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience