Chapter | 35

Romance Series 14589

"Lama kita tak makan sekali macam ni kan?" sapa Kartina, isteri Zulkaddir ramah.

Sekarang ini, satu keluarga besar yang lengkap sudah berkumpul di meja makan untuk menjamu makan. Termasuklah Zakaria, Zulkarnain dan Zulkaddir. Mereka bertiga yang selalunya sibuk kini sedang duduk di meja makan.

"Betul tu," jawab Saleha sambil tersenyum manis. Senyuman yang palsu.

Haflin hanya diam menjamu makan. Mum memang deserve Oscar.

Berbeza dengan Saleha, Kartina sangat baik dan penyayang. Dia lebih lembut dan sopan dalam menjaga tatasusila serta dia ikhlas. 180 darjah berbeza pula dengan ibunya sendiri.

"Semua orang busy, sebab tulah." sampuk Muuna pula.

"El, how's your plan on managing the company?"

Haflin terkesima mendengar pertanyaan Zulkaddir pada Ellyana. Relax, Ara. Calm down, don't show your facial expression.

"Erm, banyak benda yang El kena belajar. Susah sikit. Tapi takpe, El boleh buat!" jawab Ellyana jujur sambil tersenyum lebar.

Hati Haflin dipagut rasa sayu. Kasihan Ellyana, terpaksa menjadi umpan dalam perancangan yang tidak diketahui ini. Mahu sahaja Haflin mahu menjelaskan segala-galanya, tetapi dia tahu akibat seandainya dia menerangkan semuanya.

Keadaan akan menjadi sangat rumit. Ellyana pasti akan terkejut mendengar perkara yang sebenar. Atau pun lebih teruk, Haflin bimbang Ellyana akan membuat sesuatu yang tidak diingini.

"Kalau El tak faham apa-apa ke, tanya je sesiapa yang manage company," jawab Zulkaddir lembut sambil tersenyum.

Ya, memang normal kalau mereka bertanya. Zakaria bilang, Ellyana ialah umpan dalam menarik perhatian musuh-musuhnya yang lain. Memandangkan mereka semua tidak tahu bahawa Ellyana bukan pewaris syarikat, jadi itu normal.

Tetapi,

Apa yang tidak normal ialah,

"Why not tanya Ara? Dia kan majored in business management, confirm dia boleh bantu El."

What is this bastard up to?

And who gave him permission to called me 'Ara'?

Ellyana tersentak. Dia menggaru kepalanya dengan sengihan serba-salah.

El, your reaction will lead to some wrong interpretation.

"Kenapa? Ara dah lupa ke semua yang Ara belajar sebab asyik berlawan sangat?"

Mulut dia, Aunty Kyra boleh kalah.

"Papa!" Mukhriz memandang tepat ayahnya dengan renungan tajam. Enough lah!

"Of course lah Ara akan tolong! Kalau Ara lupa pun, Sal yakin Ara akan ingat balik dengan sekali pandang je. Kan, Ara?" sampuk Saleha dengan intonasi girangnya. Walhal dalam hati sudah memaki Zulkaddir kerana cuba menyerang anaknya.

Air muka Zulkaddir bertukar tegang saat Saleha mencelah bicaranya.

Diorang ni depan abuelo pun nak cari pasal.

"No need. Ammara tak perlu serabutkan minda dengan tolong Ellyana." Zakaria pula bersuara.

"Pfftt..."

Suara itu milik Kyra yang berada di hujung sekali. Dia tertawa, barangkali kerana Zakaria tahu Haflin tidak boleh pakai.

How dare she.

"Kyra!"

Menjegil mata Kartina kepada adiknya, Kyra. Kurang ajar betul!

Haflin sedang meneguk air perlahan-lahan.

Aku tahu apa yang cuba dilakukan oleh Abuelo. Kalau boleh, dia tak nak aku terlibat dalam business ni secara terbuka. Jika tidak, pasti orang akan melihat aku sebagai 'potential rival'. Sebelum tiba masanya, aku perlu low-key supaya plan yang dirangka Abuelo tidak terjejas.

Buat masa sekarang, aku perlu go along dengan plan Abuelo. Walhal aku langsung tidak mempunyai plan untuk menjadi pewaris syarikatnya. Nanti bila masa mengizinkan, aku akan bertegas dengan Abuelo.

"Sebab Ammara kena tolong aku, kan?"

Gulp!

Kenapa dengan abuelo ni? Kenapa dia kata macam tu?!

Definitely gonna lead to a huge misunderstanding!

Saat Haflin mengangkat kepalanya, terus mata mereka semua terancap pada dirinya.

Haflin merengus.

Another bothersome trouble...

_________

"Bagus, Ara bagus!"

Riang sekali nada suara Saleha. Dia yang sedang berdiri di hadapan Haflin tersenyum puas. Haflin hanya membatu sambil melihat ibunya yang sedang bersenandung dengan melodi indah.

"Walaupun mom tak tahu apa yang Ara kena tolong dia, good job!"

Pujian sekali lagi dilontarkan kepada Haflin. Bibirnya tidak lekang daripada menguntum senyuman lebar.

"Pastikan Ara gunakan peluang keemasan ni. Tolong dia betul-betul, pastikan dia ubah fikiran dia. Buat dia fikir keputusan jadikan Ellyana sebagai pewaris ialah salah," ujar Saleha panjang lebar.

Inilah sebab mengapa Haflin tidak memberitahu ibunya.

Ibunya sendiri mahu dia menjadi pewaris untuk syarikat Una Ninfofilua. Bayangkan seandainya dia memberitahu ibunya, pasti wanita itu akan melonjak-lonjak keterujaan.

"Mom, Ara kena tolong abuelo bukan pasal business," kata Haflin tegas. Dalam kata-katanya terselit satu penipuan.

Mengendur air muka Saleha. Kemudian, dia menggeleng-gelengkan kepalanya sambil merenung Haflin.

"Tak kisah! Janji, Ara ikut cakap mom."

"Mom!!!"

Meninggi suara Haflin kali ini. Saleha turut terkesima apabila Haflin menjerit.

"Cukuplah, mom.. Kenapa mom tak habis-habis nak jadikan Ara pewaris Una Ninfofilua? Kenapa mom asyik-asyik buat plan yang memudaratkan mom? Tolonglah mom.. Kenapa?!" Bertalu-talu soalan dilemparkan kepada Saleha.

Sungguh, dia terpaku dengan tindakan ibunya. Memang ibunya sudah menjaga dan memeliharanya hingga dia besar panjang. Tetapi itu tidak boleh menjadi satu justifikasi ke atas perbuatan yang Saleha telah lakukan.

"Mom buat semua ni bersebab.."

"Bersebab? Untuk kepentingan mom je kan?!"

"Mom cuma nak kembalikan semuanya ke tempat yang sebetulnya!" kata Saleha tegas.

Haflin terkedu. Berkerut-kerut dahinya cuba memahami bicara ibunya. Kembalikan ke tempat yang sebetulnya?

"Apa maksud mom?"

Saleha melepaskan keluhan berat. Dia mengurut-ngurut dahinya yang seakan berdenyut.

"Bila masa itu sudah tiba, Ara akan tahu."

Saleha terus mengorak langkah beredar. Dia berjalan laju meninggalkan Haflin yang terkebil-kebil cuba mencerna kata-kata ibunya.

Lama Haflin berdiri di situ sambil otaknya ligat berfikir.

Apa maksud mom?

______

"Abang,"

Mukhriz yang sedang bermain laptop kalih memandang adiknya.

"Ya?"

"Rasanya abuelo mintak kak Lin buat apa eh?" soal Muuna ingin tahu.

Dia tahu curiosity kills the cat, tapi dia benar-benar nak tahu! Arghhh, dia boleh jadi gila macam ni!!

"Tak payah menyibuklah." balas Mukhriz sambil menyambung kepada kerjanya. Memanglah dia sedang bercuti di Sepanyol tetapi kerja tetap kerja. Wajib dilaksanakan biarpun lari hingga ke hujung dunia sekali pun.

Muuna mencebik. Bajet cool sungguh!

"El, kau tak curious ke?" Muuna tanya Ellyana di sisinya pula.

Ellyana tidak menjawab. Mungkin kerana tidak mendengar pertanyaan Muuna dek kelihatan seperti serius berfikirkan sesuatu.

"Elly?"

Ellyana tersentak. Dia pantas berpaling menghadap Muuna. Senyuman manisnya diukir.

"Kau cakap apa tadi Muuna?"

"Aku tanya kau, kau ni tak curious ke abuelo minta tolong kak Lin buat apa?" Muuna mengulang kembali pertanyaannya.

"Hrmmm... Curious lah jugak, tapi bukannya abuelo dan akak bagitau kita pun kalau kita tanya." jawab Ellyana memberitahu pendapatnya.

Muuna mengangguk-nganggukkan kepalanya. Betul tu. Tetapi aku masih nak tahu!!

"Duduk diam, Muuna."

Muuna mencebik. Dia berpeluk tubuh sambil memuncungkan mulutnya sedepa. Ish! Tak habis-habis nak suruh dia duduk diam!

Tak semena-mena, Haflin muncul di pintu ruang tamu.

Terkedu mereka semua. Panjang umur!

Haflin berjalan mendekati mereka bertiga lalu dia menghenyakkan punggungnya di atas sofa. Matanya terpejam rapat, seakan cuba menenangkan dirinya.

"Kak Lin, abuelo suruh akak tolong apa?" Soal Muuna berani.

Ellyana sudah tepuk dahi manakala Mukhriz sudah menggeleng-gelengkan kepalanya.

"None of your business."

Urk! Kan dah kena!

"Lin.."

Kali ini, bukan Muuna yang panggil tetapi Mukhriz. Dia menutup laptopnya lalu menghampiri Haflin.

Haflin mendengus kasar. Tak boleh ke diorang bagi aku rehat untuk seketika?!

Kedua-dua belah matanya tercelik perlahan. Lama dia merenung siling putih sebelum toleh ke arah Mukhriz yang sudah duduk di hadapannya.

"Aku mintak maaf," pinta Mukhriz memohon maaf.

Terjungkit kening Haflin. Dah kenapa pulak ni?

"Untuk?"

"Pasal papa aku. Dia cakap bukan-bukan dekat kau," kata Mukhriz perlahan.

Mengendur riak wajah Haflin. Oh, tentang itu...

"Ya, kak Lin! Muuna pun nak mintak maaf jugak!"

Haflin memicit-micit dahinya. Bukan mereka berdua yang buat salah tetapi mereka yang minta maaf?

"Ya jangan risau. Aku tak simpan dendam," balas Haflin senada.

Mukhriz dan Muuna menghela nafas lega. Mujur Haflin tidak menyimpan dendam.

"Akak, kenapa akak macan serabut je? Akak tak apa-apa ke?" celah Ellyana bertanya, risau. Masakan dia tidak risau apabila melihat kakaknya seakan penat dan serabut?

"Takdelah, akak okay je."

Alahai, Ellyana, dia begitu caring. Dia perasan akan kondisi Haflin walaupun tiada sesiapa perasan.

"Riz, apa perkembangan tentang penjahat dekat restoran Gab tu?" soal Haflin sekali gus mengubah topik.

Penjahat-penjahat yang mengganas di restoran milik Gabriella sudah pun ditangkap lalu mereka serahkan kepada pihak polis Madrid. Sudah berhari-hari semenjak peristiwa itu berlaku, takkanlah tak ada perkembangan?

Air muka Mukhriz berubah tegang. Dia meraup wajahnya kasar sebelum mendengus.

"Diorang terlepas."

_______

Haflin sedang memandang bunga-bunga di La Flor Garden, lama. Mungkin matanya sedang memerhati bunga-bunga indah tersebut tetapi fikirannya sudah jauh melayang.

Banyak sungguh perkara yang perlu dia fikirkan. Soal Zakaria yang tidak habis-habis mahu jadikan dia sebagai pewaris, tentang Saleha yang seperti menyimpan sebuah rahsia serta tentang penjahat-penjahat yang telah terlepas dari cengkaman pihak polis Madrid.

Sungguh Haflin bagaikan tidak percaya. Salvador dan yang lain terlepas? Bagaimana mereka boleh berjaya larikan diri sedangkan sistem kawalan telah diketatkan? Bagaimana mereka bisa terlepas di bawah pengawasan pihak polis Madrid?

Dia menongkat dagu sambil berfikir lama.

Tentu boss mereka yang membebaskan mereka. Sesiapa pun gerangan itu, Haflin perlu akui yang mereka sangat licik dan berkuasa. Mereka awal-awal sudah memastikan supaya Salvador dan yang lain tidak membuka mulut tentang perihal siapa yang mengarahkan mereka. Di bawah pengawasan polis Madrid sendiri, mereka berjaya membuat muslihat licik iaitu dengan membebaskan penjahat tersebut.

Tetapi, siapa?

Sesekali keluhan berat dilepaskan dari mulutnya. Dahinya kemudian berkerut seribu.

"Dahi kau tu dah boleh berkedut dah."

Teguran seseorang dari arah kanan membuatkan dia tersentak dari lamunan. Dia berpaling.

Rupanya Haziq sedang berdiri di sisinya. Berlapis dahi Haflin. Buat apa lelaki ini di sini? Tegur macam aku dengan dia ni kawan baik pulak.

Haflin kalih menghadap bunga-bunga semula. Haziq terus duduk di sebelah Haflin.

"Kalau kau tengok bunga, tapi fikiran melencong, baik tak payah." kata Haziq bersahaja.

Haflin mengetap giginya geram. Haziq di sisinya dijeling setajam helang. Kenapa busybody sangat?

"Bukan urusan kau pun."

Haziq mempamer muka toya. "Dasar perempuan bajet."

Haflin terkilan. Bukan kerana marah, tetapi cara percakapan dan perbuatan Haziq mengingatkan dia pada kisah 12 tahun yang lepas.

Tetapi kenapa Haziq yang dingin dan sinis menunjukkan sisi remaja pula hari ini?

Dia memegang dahinya dengan senyuman pahit.

Ah... Aku boleh jadi gila macam ni.

Tiba-tiba dia teringatkan perbualannya dengan abuelo tempoh hari.

"Haziq, kau ni pewaris syarikat atuk kau ke?"

"Orang tua tu bagitau kau ke?"

Wah, kurang ajar betul Haziq menggelar abuelo 'orang tua'.

"Kau tak jawab pun aku tahu," ujar Haziq dengan wajah ketat.

Erkkk....

"Aku tak boleh jadi pewaris syarikat orang tua tu. Ellyana pun tak boleh sebab dia lemah," kata Haziq sambil menongkat dagunya sendiri.

Confirmed. Kurang ajar dia makin menjadi-jadi.

"Jadi, kaulah the heiress!" teriak Haziq seraya berpaling pada Haflin.

Terjungkit bahu Haflin, terkejut. Terus tangannya diletak pada mulut Haziq. Jari telunjuknya diletakkan pada bibirnya sendiri tanda senyap.

"Shhh... Suara kau tu tak boleh nak kuat lagi ke?"

Sarkastik Haflin memarahi Haziq. Matanya tajam melihat sesiapa yang berada berdekatan taman ini. Mana tahu mereka terdengar mulut becok Haziq ni bersuara.

Haziq masih terkesima dengan tangan Haflin yang berada di mulutnya. Terus wajahnya memerah.

Haflin berpaling semula pada Haziq yang menunduk-nunduk. Tangannya kini sudah dibawa jauh daripada Haziq.

"Kau kenapa? Mental?" soal Haflin sinis.

Haziq menggeleng-gelengkan kepalanya sambil wajahnya ditekup dengan tangan.

"Haziq, kau tak boleh beritahu sesiapa pasal benda tu. Hanya aku dan Abuelo je yang tahu. Dan memandangkan kau dah tahu, aku nak kau tutup mulut kau kalau tak lidah kau yang aku akan kerat." Keras Haflin memberi amaran siap dengan renungan yang mampu membunuh sesiapa sahaja yang bertentang mata dengannya.

Terburai tawa Haziq. Nak kerat lidah aku? Kau ni biar betik?!

Haflin putar bola matanya ke tepi. Sah, gila. Dasar cetek akal.

Dia tiba-tiba dilanda nostalgik yang menggunung. Ya, perbualan sekarang benar-benar sama dengan perbualan 12 tahun yang lepas. Ah, sungguh dia rindu.

"Ziq..."

Haziq hanya angkat kedua-dua belah keningnya.

"Kenapa kau tinggalkan aku dulu?"

Haziq kelihatan terkedu dengan soalan yang tidak dijangka.

Tetapi, Haflin benar-benar mahu tahu. Buat apa berjanji sekiranya ingin dimungkiri di hujungnya? Memang, memang Haziq sudah kembali walaupun 12 tahun telah berlalu, ya Haziq berpegang pada janji yang ditulis di dalam surat. Tetapi kepulangan Haziq rupanya disambut oleh berita pertunangannya dengan Ellyana.

Sabar, Ara! Jangan ikut emosi. Sabar!

"... Aku ada sebab." jawab Haziq mendatar.

"Tetapi maaf aku tak boleh bagitau sebabnya."

Semua orang ada sebab dalam melakukan sesuatu. Tetapi yang ingin ditentukan ialah punca 'sebab' tersebut.

Cukup, Ara! Jangan terbawa-bawa dalam emosi.

Haflin terus berdiri. Dia perlu cepat-cepat beredar dari sini sebelum emosinya berkecamuk.

"Itu pilihan kau. Untuk akhiri kisah lama dan tinggalkan semuanya pula ialah pilihan aku. You've made your choice, so I've made mine." kata Haflin sambil merenung Haziq tajam.

Terus Haflin mengorak langkah berlalu dari situ meninggalkan Haziq. Haziq mengeluh berat dengan rambut yang diraup kasar.

*********************************************
disbbkn ramai yg komen, Scarlett dh update new chap ^^ Teruskan lg ye komen untuk naikkan smangat Scarlett >< klau Scarlett xsmangat mcm mna nk update new chap, ye x? ;)

Scarlett dh publish my story baru tu. Harap korang blh support ya! ^^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience