Chapter | 38

Romance Series 14649

"Macam mana dengan tea party tu, El? Seronok?" tanya Mukhriz.

"Ya, diorang semua sangat baik. Siap puji household kita lagi," jawab Ellyana bersemangat sambil tersenyum lebar.

Tajul yang setia mendengarnya tersenyum kekok. Puji? Itu bukan puji, itu bodek namanya. Alahai, kenapalah cik Ellyana ni polos sangat? Semua aristocrat ladies yang datang dari noble, elite house, semuanya memuji-muji Ellyana hanya dengan matlamat tersendiri.

"Baguslah, kau dapat buat kawan baru," kata Mukhriz ikhlas.

Senyuman manis Ellyana kian melebar. Laju dia mengangguk. Dia dapat berkawan dengan ramai orang!

"Syarikat macam mana? Okay tak?" Giliran Ellyana pula untuk menyoal.

Mukhriz terus mengurut dahinya dengan senyuman pasrah. Jelas kelihatan wajahnya yang pucat lesu tampak tidak bermaya. Eyebag di bawahnya kelihatan sangat teruk.

"Kau rasa okay tak...?"

Ellyana menggelengkan kepalanya laju. Tak okay langsung!

"Terlalu banyak kerja yang nak kena settle-kan. Permintaan client semua tinggi-tinggi, bukan main kepalang. Papa bagi banyak gila kerja dekat aku," luah Mukhriz dengan nadanya yang kedengaran amat penat.

Dia menyandarkan kepalanya ke sofa. Matanya terpejam rapat dengan giginya yang diketap. Banyaknya kerja tak siap lagi!!

Ellyana memandang Mukhriz dengan pandangan sayu. Kesian Mukhriz, pergi ke Spain bukan untuk bercuti, sebaliknya harus bekerja.

"Stay strong, Riz!" ucap Ellyana memberi semangat.

"Although kata-kata kau tak membantu aku walau sedikit pun, thanks." balas Mukhriz angkuh.

"Ish, kau ni!"

Ellyana merengus geram. Dia menyilang tangan sambil mengembungkan pipinya. Dah cukup baik aku simpati dekat kau!

Mukhriz ketawa besar. Seronok pula usik-usik Ellyana ni.

"Ermm, Encik Mukhriz.." tegur Tajul sedikit teragak-agak.

Mukhriz mengangkat mukanya.

"Kenapa?"

Tajul berdehem sebelum menunjukkan ke satu arah.

"Niguel tengah tengok encik."

Terus terhinjut bahu Mukhriz saat mendengar nama itu. Dia cepat-cepat kalih ke belakang. Hikk! Betullah! Niguel sedang merenungnya tajam macam nak bunuh orang!

"¡Bueno! ¡Bueno! ¡Me voy ahora!" teriak Mukhriz sebelum cepat-cepat mengemaskan barangannya lalu mengangkat kaki melarikan diri.

(Baik! Baik! Saya gerak sekarang!)

Niguel yang sebentar tadi merenung Mukhriz tajam terus mengekori Mukhriz dari belakang.

"Gosh, Niguel ni scary la.." kata Ellyana sambil garu pipinya. PA Mukhriz ni menyeramkan betul!

Nasiblah PA dia tak menyeramkan macam Niguel.

"Hrmm, Taj, Ash mana?" tanya Ellyana memulakan perbualan dengan Tajul memandangkan hanya mereka berdua di sini.

"Ash jalan-jalan dekat taman," jawab Tajul.

Sejurus itu, Ellyana memuncungkan mulutnya ke hadapan. Ashraff dekat taman, Muuna dalam bilik tengok drama, Haziq dengan Haflin pun tiada di rumah, Mukhriz pula pergi uruskan tugasnya. Boring!

"Tajul, semalam awak pergi mana? Saya tak nampak pun awak. Sansón, Tomaz, Venturo dengan Fuentes je yang saya nampak semalam." soal Ellyana hairan.

Sewaktu dia sedang membina jalinan persahabatan dengan noble women yang lain, dia sedar Tajul yang sepatutnya mengawasi dirinya tiada.

Tajul tersentak dengan soalan yang tidak diduga itu.

"Saya pergi beli equipment training. Saya rasa diorang berempat cukup untuk jaga cik. Lagi pun, saya pergi sekejap je." terang Tajul sambil tersenyum.

Ellyana mengangguk-nganggukkan kepalanya persis burung belatuk.

Tiba-tiba perut Ellyana berbunyi.

"Arghh! Laparnya!"

Terus Ellyana berdiri lalu berjalan ke arah dapur.

Senyuman Tajul lesap dalam sekelip mata. Dia memandang Ellyana tajam, dengan riak wajah yang amat menggerunkan.

________

"To join our side, one must be stronger than ever."

Sebaik sahaja Ratna mengucapkan kata-kata tersebut, semakin kuat tumbukan Haflin pada punching bag tersebut.

"Ghazi dan Najmi. Ghazi ibarat harimau. Strong, but brainless. Always showing off his sharp teeth and claws and is all high mighty. Kau boleh cakap dia sama macam Qai, baran dan pemarah. Aku dan Shah dah calculate, dia lebih senang untuk ditumpaskan memandangkan kelemahan dan taktiknya sangat jelas.

Tapi Najmi, lain cerita. Kalau Ghazi harimau, dia serigala. Wolf in sheep's clothing. He's cunning and sly. Kami pun tak tahu apa kelemahan dia disebabkan dia sangat berhati-hati.

But regardless, both of them aim for the same thing. Both have the same motives... "

PAPPPP!!

Tumbukan padu milik Haflin dilancarkan pada punching bag itu. Tajam renungan miliknya seakan bisa membunuh sesiapa sahaja yang memandangnya.

"And that is to kill Haziq and become the heir." sambung Haflin dengan riak wajah yang tegang.

Ratna menganggukkan kepalanya. Kemudian dia mengambil pedang lalu dilemparkan kepada Haflin.

"Let's have a duel. I'm gonna test your swordsmanship skills."

Haflin yang menangkapnya masih mempamerkan renungan yang tajam.

"... With pleasure."

Ratna mengambil pedangnya. "Jangan risau, aku akan go easy on you."

Haflin tersengih sinis dengan mata yang dipejam.

"You underestimate me too much."

Mereka semua sudah bersedia dengan pedang yang dipegang.

"Pernah belajar martial arts, Ratna?" soal Haflin ramah.

"Nope, but I do know a bit of fencing." balas Ratna.

Haflin tersenyum sinis. Fencing, huh? Fencing is different from swordsmanship!

Ratna terus meluru ke arah Haflin sambil mengacu pedang kayunya. Haflin menahan pedang Ratna dengan pedang miliknya.

Melebar sengihan sinis Haflin. Haziq memang kuat!

Tapi badan kuat je tak cukup.

Pedang mereka berlaga seraya menghasilkan bunyi.

"Looks like you really learned swordsmanship," ujar Ratna dengan senyuman sinisnya.

"Of course, those brutal trainings aren't for nothing."

Harus Haflin akui. Ratna amat mahir dalam fencing. Dia sukar ditumpaskan kerana Ratna menggunakan kekuatan badannya yang sasa untuk bermain pedang.

But Ratna has two flaws.

Although her wielding is strong and powerful, her attacks is not that accurate. She is too focusing on a powerful attack instead of aiming her sword accurately.

The second flaw is,

She underestimate me too much.

Haflin yang mengelak dari serangan Ratna terus menghayunkan pedangnya ke pedang Ratna. Ratna tercengang melihat pedang miliknya sudah terpelanting jauh.

Unbelievable.

Dia memandang Haflin dengan reaksi tidak percaya.

A monster really do suit a monster as well.

"You... You truly exceed my expectations..." kata Ratna kagum.

"Aku malas nak panjang-panjangkan match." balas Haflin senada sambil membelek-belek pedang kayu miliknya.

"...Ammara,"

Haflin mendongak, mengangkat mukanya apabila Ratna memanggil namanya.

"Lindungi Haziq. Tolong," ujar Ratna serius dengan wajah tegangnya.

Mereka selama ini sudah melindungi Haziq selama 21 tahun. Personaliti banyak bertukar tempat hanya untuk memastikan keselamatan Haziq terjaga.

Haflin tarik senyuman sinis.

"Mestilah."

Ratna mengangguk-nganggukkan kepalanya sebelum mendekati Haflin.

"Aku lupa nak pesan dekat kau. Nanti bila personaliti lain seperti Eijaz, Orked dan Dhiya 'muncul', aku nak kau tolong cover diorang. Tingkah diorang sangat berbeza daripada 'normal'." pesan Ratna serius.

Kalau personaliti yang 'muncul' seperti Shah dan Qai tidak mengapa kerana mereka berdua mengetahui tugas mereka. Walaupun Shah ialah seorang psychopath, dia mampu mengawal perlakuan dirinya macam orang normal. Begitu juga dengan Qai. Walaupun Qai sangat baran, dia masih mampu berfikir rasional selagi tiada perkara menyakitkan berlaku kepada dirinya.

Tetapi kalau Eijaz, Orked dan Dhiya, memang seseorang perlu tolong cover. Eijaz, dia seorang yang pendiam dan selalu melukis. Pendiamnya sehingga orang tanya soalan pun dia tidak menjawab. Orked pula seorang yang terlampau penakut. Langsung tidak masuk dek akal jika pewaris harta penakut. Dhiya pula terlampau ceria orangnya. Riangnya sangat tidak sesuai bagi seorang pewaris yang bakal menjadi president.

"Aku faham."

"Aku tak tahu berapa lama aku boleh ada dekat sini, tapi aku harap usaha aku untuk bagitahu kau pasal kami tak sia-sia." ujar Ratna sambil merenung Haflin tepat.

"Rest assured, I will not disappoint you." balas Haflin tenang.

Ratna berjalan ke arah kerusi. Dia terus melabuhkan punggung sambil melihat Haflin yang sedang berlatih bermain pedang.

"Kalau kau tak nak jumpa dengan Shah, kau cuma kena make sure Haziq selamat. Bila Haziq selamat, Eijaz dan Orked tak payah susah-susah 'muncul'kan diri. Dan kalau kau perlukan bantuan, Qai lah yang paling senang untuk keluar, kau cuma kena bagi holder marah je." beritahu Ratna panjang lebar.

Haflin mendengus kasar. Qai? Tak mahu dia! Lebih baik dia perlukan bantuan daripada Ratna!

"Haziq sekarang ni dekat mana?" soal Haflin dengan reaksi tegang. Dia sudah berhenti bermain pedang.

"Dia tengah 'tidur'. Kami melindungi Haziq dengan bagi dia 'tidur' selama ini. Kau tak boleh sesenang suruh Haziq 'bangun' kembali, kami pun tak tahu caranya." jawab Ratna. Terselit amaran dalam bicaranya.

"Aku tahu. Tapi Haziq tahu tak tentang korang?" tanya Haflin.

Orang yang menghidapi penyakit ini selalu merasakan ada 'seseorang' telah mencuri masanya. Jadi, dia mahu tahu adakah Ratna dengan personaliti yang lain bertindak sebagai bayang-bayang yang melindungi Haziq dalam kegelapan atau Haziq sudah lama mengetahui mengenai kewujudan mereka.

"He is aware. Dia pun nampak macam seronok dengan kehadiran kami. Sebab dialah, kami boleh berkomunikasi dalam satu masa sekali gus, tapi itu tersangatlah bahaya."

Pernah sekali, kesemua personaliti 'muncul' dalam satu masa termasuklah Haziq. Mereka berinteraksi dengan berbicara. Misalnya, sekejap Shah bersuara, kemudian Ratna, dan seterusnya.

Tetapi itu sangat bahaya.

Haflin terus menghayunkan pedang pada dummy. Kuat.

Semakin kuat hayunan pedangnya. Sehingga dummy tersebut sudah jatuh. Dia terus beralih pada dummy yang lain.

Dalam masa dia sedang memukul dummy, terlintas sesuatu di benak fikirannya.

Tak silap dia, Multiple Personality Disorder atau lebih dikenali sebagai Dissociative Identity Disorder ialah suatu penyakit yang disebabkan oleh trauma yang melampau.

Apakah yang dilalui oleh Haziq sampaikan penyakit ini datang?

Haflin berterusan memukul dummy tersebut. Pukulannya semakin kuat saat dirinya sedang tekun berfikir.

Yang pasti, Haziq sudah lalui bermacam-macam keperitan yang pahit!

_______

"Arghhh... Tak sangkanya minggu depan dah kena balik Malaysia dah!" rungut Muuna sambil mengeliat besar. Dia mengeluh kecewa.

"Kan, tak puas lagi ronda-ronda dekat sini. Madrid pun tak habis lagi jalan-jalan." luah Ellyana dengan nada hampa.

Mukhriz pula tersenyum senang. Yes, balik Malaysia! Kerja di Sepanyol tersangatlah banyak dan rumit berbanding dengan kerja di Malaysia. Home is truly sweet home!

Haflin juga sama seperti Mukhriz. Lebih menyukai Malaysia kerana Zakaria di sini tidak habis-habis mendesaknya supaya bekerja sekali.

"El, balik Malaysia ni kau kena berwaspada lebih sikitlah. Light dan Shadow cuma boleh protect kau dekat Spain, so kau kena careful sikit." pesan Muuna.

Ellyana mengangguk dengan sedikit berat hati. Sejujurnya, Malaysia kurang selamat berbanding Sepanyol memandangkan tiada Light dan Shadow yang mengawasi dirinya. Bukannya dia tidak percayakan Ashraff, Tajul, Haflin, Mukhriz dan Haziq, tetapi Sepanyol lebih selamat memandangkan pengaruh Zakaria sangat meluas.

"Ni korang berdua ni bila nak kahwin?" usik Muuna nakal sambil melirik Ellyana dengan Haziq, atau personaliti sebenarnya ialah Ratna.

Terhinjut bahu Ellyana, tersentak mendengar usikan Muuna. Terus wajahnya menjadi merah padam. Dia menutup mukanya yang sudah merah dengan kedua-dua belah tangannya.

"Muuna!!!"

Muuna tersengih nakal. Dia memandang Ratna yang beriak bersahaja.

"Bila, Zaf?"

"Itu, kena tanya Uncle Zulkarnain dengan Uncle Zakaria lah." balas Ratna sambil tersenyum.

Muuna mengherotkan bibirnya ke tepi, tidak mendapat jawapan yang diinginkan.

Ashraff yang melihat Muuna sebegitu menahan tawanya. Muuna yang perasan akan Ashraff terus menjeling Ashraff setajam mata helang.

'Kau jangan!'

Itu maksud jelingan Muuna.

Haflin hanya memandang Ashraff dan Muuna yang dalam senyap-senyap beromantika, kosong.

Hrmmm... Mula dah dua ekor ni..

Alahai, kenapalah Ellyana dengan Mukhriz tak perasan diorang? Kalau tak, pasti Ellyana akan mengejek Muuna pula, manakala Mukhriz yang protective akan memusnahkan 'kapal' tersebut!

That ship is gradually sailing! Must be destroyed!

Bukan apa, geli tengok Ashraff yang tiba-tiba bersweet-sweet. Tolonglah, sweetnya tu, sampai orang terkena diabetes pun boleh jadi normal. Dahsyat kan?

Haflin terus bangun.

"Akak nak pergi mana?" tegur Ellyana.

"Bilik." balas Haflin sepatah. Unfriendly as always.

Dia terus berlalu pergi menaiki tangga. Ketika dia sedang melintasi bilik galeri, dia berhenti.

Apa salahnya tengok gambar-gambar dulu kan?

Dia berjalan masuk ke dalam bilik tersebut. Dia terpana melihat gambar-gambar mereka semua dari kecil sehingga besar digantung satu-persatu di bilik ini.

Sejak bila bilik ini ada?

Haflin tersenyum tipis.

This really brings back memories.

Dia melihat satu-persatu gambar mereka semua. Dia tergelak halus melihat gambar Mukhriz sewaktu kecil. Dalam gambar itu, Mukhriz yang dalam lingkungan 5 tahun sedang memegang pisau mainan. Minatnya pada martial arts boleh rupanya sejak kecil lagi ditumbuh.

Awww.... Comelnya Muuna! Mata birunya sangat besar dan rambut perangnya yang diikat dua agak kerinting. Muuna yang sedang memegang barbie doll di dalam gambar itu kelihatan seperti anak patung!

Wah, El dari kecil pun lawa. Ellyana kelihatan sangat cantik dengan sisa-sisa kek coklat pada bahagian pipinya.

Pffttt... Ni Mukhriz?!

Mukhriz yang masih kecil sedang memakai baju gaun. Gosh, lawaknya!

Okay, confirmed. Aku akan ejek Mukhriz dengan gambar ini!

Haflin yang sedang ketawa jahat terkejut melihat gambarnya. Eiiii.... Hodohnya!!!

Dia yang waktu ketika itu berusia dalam lingkungan belasan sedang memandang kamera dengan senyuman.

Ah, zaman gelap aku...

Haflin yang berjalan dengan perlahan melihat semua gambar itu tersenyum.

Kenangan lama yang indah mula menerjah ke dalam kotak ingatannya.

What a sweet memories,

Langkah Haflin mati apabila dia perasan sekeping gambar kelihatan tersorok di ruang belakang rak.

Haflin mendekati rak tersebut lalu memasukkan tangan ke dalam rak itu.

Dia terbatuk-batuk. Banyaknya debu!

Apabila tangannya berjaya menggapai gambar tersebut, dia terus mengelap gambar itu yang berhabuk.

Kenapa gambar ini disorokkan seperti mereka tidak mahu sesiapa pun menjumpai gambar ini?

Berkerut dahi Haflin memandang gambar tersebut. Seorang lelaki dan seorang wanita yang tampak bahagia dalam gambar ini.

Lelaki tersebut ialah Zulkarnain sewaktu muda. Tetapi wanita ini...?

Ibu El ke? Bukan juga, Haflin tahu rupa wanita yang merupakan ibu kandung Ellyana.

Jadi, siapa perempuan itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience