Chapter | 7

Romance Series 14589

"Arghhhh!!!"

Haflin menumbuk kuat punching bag itu. Segala rasa yang terpendam dikeluarkan. Diluahkan isi hatinya.

'Tengku Haziq Zafrel?'

Pertama kali Haflin mendengar nama itu daripada mulut orang lain. Ironinya, 'Tengku' dan 'Zafrel' ditambah pada nama itu sendiri.

Adakah itu sebernanya Haziq? Haziq yang begitu dia nantikan kepulangannya itu sudah kembali?

Haflin menggeleng. Tidak. Haziq ialah anak cleaner, tukang sapu sampah. Masakan Haziq ialah keluarga Tengku?

Haflin tersenyum. Ya, itu bukan Haziq. Haziq berjanji akan cari aku semula biarpun bertahun-tahun telah berlalu. Haziq... Aku kenal orangnya. Dia jenis yang setia dan akan berpegang pada janjinya!

Tapi...

Kenapa aku rasa familiar dengan nama itu?

Stop it, Ara! Jangan musnahkan kepercayaan kau kepada Haziq hanya kerana perkara remeh tanpa asbab dan alibi yang kukuh.

Cinta aku kepadanya masih lagi utuh. Aku sangka, cintaku ibarat istana pasir ditepi pantai yang menunggu dilanda ombak. Aku tetap cintakan dia. Biarpun terpaksa digantikan dengan tempoh yang panjang iaitu 12 tahun, aku rasa ia berbaloi.

Pap!!

Satu tumbukan dihadiahkan lagi buat punching bag berwarna merah itu.

Kerana aku pasti. Aku sangat yakin. Naluri aku mengatakan yang dalam tahun ini, aku akan bertemu dengan dia. Sanubariku berbisik rinduku bakal terubat tatkala bertemu dengannya pada tahun ini.

Pap!!

Senyuman terukir.

Aku sangat yakin!

"Akak!!!"

Baru sahaja tumbukan itu mahu melayang pada punching bag, Haflin berhenti.

Dia kalih sambil membetulkan posisi berdiri yang sebetulnya. Kain pada leher dipegang lalu dilap pada bahagian-bahagian muka yang berpeluh.

"El nak apa datang gym ni?" soal Haflin tanpa riak. Kain itu dibawa pada lehernya yang basah dengan manik-manik peluh jernih.

Ellyana ini selalu masuk kedalam tempatnya. Tak lain tak bukan mesti nak sesuatu ini. Kalau tak, mana pernah dia nak jejak gymnasium ni. Sama juga macam kes dekat bilik pedang tempoh hari.

"Ish akak ni. Jangan lah fikir bukan-bukan! El cuma nak bagi akak air coklat ni je." Ellyana memuncung sedepa. Tangannya sedang memegang secawan coklat ais.

"You know that I hate sweet, right?"

"El tahu lah kak!!!" Menjegil mata Ellyana tajam memanah mata Haflin. Akak ni buat macam baru semalam mereka jadi keluarga!

"El suruh Zirika letak extra bitterness without any milk or sugar." Ellyana menjawab tegas. Ish, macam lah dia tak tahu apa yang Haflin suka!

Ammara Haflin memang pelik. Manusia yang paling pelik di dunia! Wujud juga ye manusia yang tak makan benda manis langsung?

Ellyana berjalan mendekati Haflin dengan senyuman panjang di bibir. Dia menghulurkan cawan itu kepada Haflin.

Haflin membawa cawan ke mulutnya. Hrmm.... Not bad.

Haflin mengerling Ellyana yang sedang mengetap bibir seakan teruja. Ai... Apa benda ni?

"Tell me, any good news?" Dia meletakkan cawan itu diatas meja berdekatan. Dia memandang Ellyana kosong.

"Hehe! Macam mana akak tahu?" soal Ellyana terkejut.

"Too obvious." jawabnya selamba.

Ellyana tersengih. "Guess what, akak? I got my phone back!" teriak Ellyana teruja sambil mengeluarkan telefon pintar miliknya.

"Oh."

Hanya itu sahaja balasan daripada Haflin. Patut lah excited semacam. Rupanya Dad dah bagi balik phone yang disita.

Ellyana tarik muka. "Oh je?"

"Good for you, El." ujar Haflin sedikit dingin. Senyuman tipis yang tidak berapa manis terukir.

Ellyana mencebik. Akak memang robot betul!

"Tapi tak akan lah tak ada syarat?" Tanya Haflin sedikit pelik. Dad, orangnya bukan mudah untuk berdiplomasi. Kalau dia mudah, masakan syarikat gah milik Tengku Syed Zulkarnian boleh berjaya dengan jayanya?

"Of course lah ada! Sabtu ni El kena jumpa dengan Haziq."

Zapp!!

Jantung Haflin bagaikan tersentap tatkala mendengar nama 'Haziq'. Dia cuba kekal bersahaja.

"I go with you." ujarnya.

"Okay!!" Ellyana tersenyum.

_________

"Ish! Lambatnya dia!" bebel Haflin sambil mengerling jam pada tangannya.

Oh, tolonglah! Ini bakal menantu keluarga Tengku Syed Zulkarnain? Langsung tidak layak! Kalau masa pun tak boleh jaga, inikan pula Ellyana sendiri?

"Sabar lah kak. Maybe dia traffic jam ke." Ellyana cuba menenangkan kemarahan kakaknya. Dia tersenyum.

Haflin menjeling tak puas hati. Tunggu lah aku nak buat apa dekat mamat tu!

"El nervous ke?" soal Haflin tanpa riak.

Ellyana tersentak. Dia kalih ke sisi. Dia tersenyum kekok.

"Obvious sangat ke, kak?"

Haflin mengangguk. "Yup, too obvious."

"Mestilah nervous! Nak jumpa bakal suami kot!" balas Ellyana.

Haflin sekadar menjeling. Dia menyandarkan badan pada kerusi. Dia memejamkan matanya. Baik dia tidur.

"Maaf."

Haflin terkedu. Maaf?

"Untuk?" soal Haflin yang langsung tidak mencelikkan matanya semula. Dia penat.

"Sebab El kena kahwin dulu sebelum akak..." Semakin mengendur suara Ellyana. Dia menundukkan wajahnya.

Haflin tergelak kecil. Akhirnya, dia membuka matanya semula

"El ingat akak kecil hati pasal ni je ke?"

Ellyana mengangguk. Awww.... Riak wajahnya terlalu innocent. Tak sampai hati Haflin!

"Sorry sikit eh. Akak tak nak kahwin lagi! I'm still young, okay?" Haflin menjawab dalam nada bongkak padahal cuma satu gurauan.

"28 tu dikira muda ke, kak?" soal Ellyana polos. Dia mengerdip-ngerdip matanya banyak kali.

"Of course! Selagi tak cecah 30, bukan dikira anak dara tua terlajak ya? Betulkan mindset El tu dulu."

Ellyana tergelak. Jarang Haflin buat lawak. Semuanya untuk menghiburkan hatinya.

"Lagipun..."

Huh?

"Kalau El, tak kahwin... Akak pun tak kahwin." sambung Haflin sambil tersenyum manis. Dia mengusap rambut Ellyana lembut.

Ellyana tersentak. Kemudian, dia melakar semyuman. Akak.... Akak memang baik!

Ellyana terus bangun daripada tempat duduknya.

"Akak! Okay ke baju ni? Cantik tak El?" soal Ellyana bertalu-talu dalam nada girang. Dia berpusing-pusing didepan Haflin supaya skirt yang paras betis itu boleh mengembang.

"Ermm..." balas Haflin pendek.

Terhenti pusingan Ellyana. Dia mencebik. Cepat betul berubah karakter! Memang robot!

"Kenapa akak pakai jeans je? Maksud El... Kenapa pakai semua hitam?"

Sekali pandang, tak ubah macam hantu! Baju hitam, seluar hitam, kasut sport hitam, beg pun hitam!

"Woman In Black." jawab Haflin singkat. Padahal lebih kepada sarcasm.

Ellyana mencebik. Dia memegang beg sandangnya lalu mengeluarkan alat make up.

"Make up lagi?" Tanya Haflin seakan muak. Tadi dekat rumah, make up. Dalam kereta pun make up. Dah sampai taman pun masih nak make up lagi?

"Nak tambah foundation dengan lipstick je lah." jawab Ellyana sambil membuka cermin.

Haflin menggeleng-gelengkan kepalanya. Habis lah... Dah jadi macam hantu langsuir sudah muka adik aku ni.

Dah ada muka cantik, pergi pakai make up pula. Apa punya idea lah El ni!

Haflin membuka beg kecilnya. Dia mengeluarkan lotion sunblock dan lip balm.

"Akak pun make up!!" Menjegil mata Ellyana. Kata orang, dia pun sama!

"Sunblock bukan make up. Ni lip balm, bukan lipstick." balas Haflin tenang sambil memicit botol lotion sunblock pada tangannya.

"Sunblock tak nak bagi ada sunburn kan? Make up juga tu! Lip balm pun sama!" Ellyana tidak mahu mengalah.

"Yup, tu salah satu fungsi sunblock. Tapi sunblock juga nak hindar daripada kanser kulit. Lip balm ni tak nak bagi mulut kering dan lip balm ni tak akan berubah warna. Tak macam lipstick." terang Haflin panjang lebar. Hamik kau! Satu karangan aku kasi!

Terus terdiam Ellyana. Haflin ketawa mengekek dalam hati. Ada hati nak lawan aku, si kaki menjawab high class? Tapi aku menjawab menggunakan idealogi dan fakta. 

"Fine! Akak menang!"

"Eh, tadi tu pertandingan ke?" soal Haflin sarkastik.

"Akak!!!"

Tawa Haflin pecah. Seronok juga ye kenakan adik sendiri!

Ellyana tersenyum. Yeay! Akak gelak!

Ting!

Ellyana mengeluarkan phone nya.

"Eh! Mesej daripada dia lah!"

Haflin buat endah tidak endah. Dia memasukkan barang-barangnya kedalam beg kecil.

"Dia tanya kita dekat mana. Hrmmm.... North area. Depan Café Armour. Tepi tasik." ujarnya sambil menaip-naip papan kekunci. 

Haflin bangun lalu berjalan ke tepi tasik. Ah... Tenang sungguh.

"Akak!!!"

Haflin kalih. Terkejut dia melihat seorang lelaki sedang menarik Ellyana.

Not again!

Laju Haflin melangkah kerusi lalu menendang lelaki keding itu sehingga terjelopok. Tetapi lelaki kurus jangan dipandang rendah. Begitu cepat dia bangun lalu melarikan diri.

"Akak! Dia ambil handbag El!!" jerit Ellyana takut.

Haflin ketap bibir. Maknanya, dia cuma peragut biasa!

"El! Stay sini! Nanti Tengku Haziq datang!" Arah Haflin.

"Tak nak!!" Ellyana mencabut high heels belah kanannya lalu melempar ke arah peragut itu.

"Adoi!!"

Tepat mengenai kepala si peragut.

Ellyana tersenyum lebar, sinis. "Hah! Padan muka!"

Lelaki itu kalih, merenung Ellyana tajam. Mana tak berang, perempuan lempar kasut dekat dia?! Handbag yang dicuri diletakkan di leher.

"Tak guna!!!" Dia berlari ke arah Ellyana, bersedia untuk membelasah. Haflin sudah melompat, mahu menendang peragut itu.

Baru sahaja penumbuk mahu melayang pada Ellyana, ada tangan yang memegang tangan peragut itu. Yang pasti bukan Haflin. 

"Arghhh!!!" Si peragut menyeringai kesakitan tatkala tangannya diletakkan di belakang lalu dipulas seperti mahu tercabut.

Masing-masing Haflin dan Ellyana terpana melihat lelaki misteri sedang membelasah si peragut tanpa belas kasihan.

Seraya itu, lelaki misteri tersebut menendang belakang badan peragut itu setelah berjaya merampas semula handbag Ellyana.

Terkocoh-kocoh peragut itu melarikan diri, ketakutan.

Lelaki misteri itu mendekati Ellyana. Dia menghulurkan handbag kepada Ellyana semula.

"T—Thanks!!" ucap Ellyana sedikit kekok apabila 'stranger' yang menolong.

"I bet..." Lelaki itu duduk seperti mahu melamar dihadapan Ellyana.

"... This is yours?" Kasut tumit tinggi berwarna hitam berada ditangan lelaki itu. Eh! Ini kasut yang aku baling tadi!

"Ya! This is mine!!" Entah macam mana boleh speaking English pun Ellyana tak tahu. Dah muka lelaki tu macam foreigner, cakap English je lah! Slang lelaki tu sebiji macam British!

Haflin letak tangan di pinggang. Dia rolling eye. Oh, tolong lah! Bagi je lah high heels tu balik dekat El! Yang pergi duduk macam nak propose tu dah kenapa? Aku tak ada masa lah nak tengok adegan annoying ni!

Si bakal suami Ellyana pun tak datang lagi! Ini buat aku geram!

Ellyana menghulurkan tangannya, kekok meminta semula kasut tumit tingginya. Ingat seronok ke kaki ayam sebelah?

Ellyana terpana apabila lelaki itu memegang kakinya.

"Dear Cinderella....." Kata lelaki itu. Lelaki itu menyarung persis babak kisah dongeng Cinderella.

Membulat mata Ellyana. Haflin pula terkejut. C—Cinderella?!

Lelaki itu bangun. Dia mengukir senyuman menawan.

Haflin terkedu melihat raut wajah itu. Masakan dia bisa lupa lelaki yang buat pertama kalinya mencuri hatinya 12 tahun yang lepas? 

Lelaki itu... Kini berada di hadapannya!

H—Haziq....

"I'm your Prince Charming, Tengku Haziq Zafrel. It is so nice to meet you, my lovely Cinderella." ucap Haziq dengan senyuman manis di bibir.

Jantung Haflin bagaikan tercabut. Nafasnya seakan tersekat. Halilintar ibarat datang membelah dadanya saat mendengar bicara lelaki itu.

Haziq.... Lelaki yang begitu dia rindukan akan menjadi adik iparnya?

Tiada langsung perkataan yang mampu menggambarkan perasaan Haflin sekarang. Yang pasti, dadanya bagaikan dirobek-robek dengan pedang yang tajam matanya. Juga, hatinya seperti jatuh diatas lantai lalu pecah menjadi serpihan-serpihan yang tidak bisa dicantumkan kembali.

Itu apa yang Haflin rasa saat ini.

"And also...."

Senyuman manis tiba-tiba bertukar menjadi sinis. Lebih kepada mengejek. Renungan mata  Haziq beralih kepada Haflin. Tajam.

Renungan itu... Langsung Haflin tidak dapat mengenal pasti. Mata itu seakan tersirat dengan dendam. Menyembunyikan 1001 kepahitan.

Dan, sesungguhnya renungan itu buatkan Haflin tidak kenal siapa lagi 'Ziq' 12 tahun yang lepas.

"... Nice to meet you, my future sister in law, Cinderella's step sister."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience