Chapter | 9

Romance Series 14649

Sudah berhari-hari Haflin mengurungkan diri didalam biliknya setelah pulang dari Café Armour tempoh hari. Hanya Bik Tom sahaja dibenarkan masuk kedalam. Itu pun untuk menghantar makanan.

"Haihhh.. Awak tengoklah anak awak tu.." keluh Zulkarnain seraya menjuih mulut ke tingkat atas yang menempatkan bilik Haflin.

"Habis tu abang nak cakap yang Ara bukan anak abang lah?" Saleha sudah tarik muka masam mencuka. Suaranya mengendur seperti merajuk. Kononnya.

"I didn't say that!" Zulkarnain buat muka tak bersalah. Secawan air kopi dihirup sambil mata kembali fokus kepada skrin laptop.

Saleha mencebik. Ish orang tua ni! Bukannya nak risau dekat Ara tapi kerjanya yang dirisaukan!

"Bik Tom!!!" laung Saleha kuat.

Terkocoh-kocoh Bik Tom berlari anak ke ruang tamu sebaik namanya dijerit.

"Ya, Puan ?"

"Tolong hantarkan breakfast dekat Ara. Make sure dia makan ye." Saleha mengukir senyuman manis yang dibuat-buat. Kalau Zulkarnain tiada di sini, dah lama dia mengarah Bik Tom dengan angkuh tanpa hormat.

"Baik!"

Bik Tom akur. Dia berjalan sepantas mungkin ke dapur mengambil hidangan sarapan.

Saleha mendongak memandang pintu bilik di tingkat atas.

Ara, what is wrong with you?

_________

TOK! TOK! TOK!

Pintu bilik diketuk sebanyak 3 kali.

"Tengku Haflin, ni Bik Tom." Bik Tom memperkenalkan gerangan yang berada di luar bilik Haflin.

Begitulah prosuder untuk masuk ke bilik Ammara Haflin. Tidak boleh sesuka hati merempuh tanpa salam atau isyarat. Pasti sebuah jelingan akan didapat sebagai balasan.

Sepi. Tanpa sebarang jawapan.

Bik Tom menghela nafas. Dia tidak boleh masuk kedalam kerana pintu bilik telah dikunci oleh Haflin.

Terang-terangnya tiada kunci pendua kerana di rumah agam ini hanya menggunakan 'password' atau 'pin'. Papan kekunci jelas kelihatan di pintu.

Hanya Haflin sahaja yang tahu password nya.

Ding ding!

Mata Bik Tom tercelik. Dah buka? Dia menolak pintu itu.

Bilik tidur yang suram dengan aura yang menakutkan. Keadaan bilik itu amat gelap dan kelam tanpa sebarang cahaya. Kelihatan Haflin sedang duduk di atas lantai menyandar pada katil. Dia sedang memandang ke arah sesuatu. Tetapi fikirannya melayang.

Bik Tom masuk kedalam bilik itu.

"Bik Tom letakkan makanan dekat sini ya. Tengku jangan lupa pula makan." kata Bik Tom  lalu meletakkan roti jem serta susu di atas meja sebelah katil.

Saat kaki Bik Tom mahu melangkah keluar dari bilik, Haflin mula bersuara.

"Bik...."

Bik Tom terkedu. Dia perlahan-lahan kalih. Senyuman manis diukir.

"Ya?"

"Apa Bik akan buat kalau jumpa dengan orang yang pernah Bik sayang sepenuh hati?" tanya Haflin tanpa berpaling.

"Mestilah Bik Tom akan happy!" jawab Bik Tom pantas.

"Tapi, dia tinggalkan Bik sewaktu Bik mula sayangkan dia. Padahal dia pun sayangkan Bik. Apa perasaan Bik?" soal Haflin lagi.

Bik Tom tersentak. Dia berfikir lama. Kemudian, dia tersenyum.

"Bik Tom yakin dia ada sebab buat macam tu. Mungkin dia ada masalah keluarga atau peribadi."

"Jadi Bik Tom akan tunggu dia?"

"Ya!" jawab Bik Tom yakin.

"Macam mana kalau berbelas-belas tahun kemudian, begitu setia Bik Tom menunggu dia. Last-last Bik bertemu dengan dia. Tetapi dia sudah tunangan orang. Apa yang Bik rasa dan akan buat?"

Terpegun Bik Tom. Soalan semakin susah!

Tetap Bik Tom rasakan soalan yang ditanya ialah mengenai Haflin sendiri dan lelaki yang disayangi. Bik Tom bukannya bodoh sehingga tidak dapat menangkap situasi sebenar, dia cuma tua sahaja.

'Jadi itu sebab Tengku kurungkan diri. Kerana cinta....' desis hati Bik Tom.

Tidak pernah Bik Tom menyangka, hati dingin Haflin ada cairnya. Hati kerasnya ada lembutnya. Tetapi bukan mudah untuk menundukkan jiwa keras Haflin. Jadi, siapa yang berjaya melembutkan hati Haflin, dialah orang yang dipercayai Haflin.

Haflin bukan senang mahu percayakan orang. Lagi-lagi terjatuh cinta. Lagi-lagi egonya sendiri diturunkan! Dengan apa yang dinamakan cinta....

'Nampaknya, aku kena jawab baik-baik!'

"Mungkin Bik Tom akan rasa kecewa. Rasa macam sia-sia je penantian Bik selama ini..."

Haflin hanya senyap. Ya, itulah yang aku rasakan..

"Tetapi Bik yakin, dia ada sebabnya. Jadi Bik akan berlakon macam tak kenal dia dan pura-pura berlakon bahagia. Berlakon tiada kisah antara kita yang berlaku. Bik tak akan desak dia nak terangkan, sebaliknya Bik akan diam dan tunggu sahaja. Tapi kalau betul hatinya sudah menjadi milik orang lain, lebih baik Bik berundur." balas Bik Tom panjang lebar.

Haflin terdiam. Cuba mencerna kata-kata Bik Tom.

"I see...."

Semakin dingin sahaja suaranya yang senada.

"Bik jangan cakap dekat orang lain apa yang saya tanya Bik." Keras Haflin melarang.

Bik Tom hanya memandang Haflin.

Tengku masih budak kecil lagi... Bik alpa. Sematang-matang atau sekuat-kuat mana pun Tengku, Tengku masih anak kecil...

Dia tersenyum. Kemudian dia mengangguk.

"Bik janji, Tengku."

Bik Tom mendekati pintu.

"Bik Tom keluar dulu ye, Tengku."

Baru sahaja mahu melangkah, Haflin berkata.

"Next time, kalau ada hanya kita berdua sahaja tak payah nak panggil saya Tengku. Panggil saya Ara." ujar Haflin tanpa riak. Kini dia sedang berpusing memandang Bik Tom.

Bik Tom terkedu. Memanggil gelaran yang telah diharamkan Haflin bertahun-tahun lamanya menunjukkan Haflin sudah meletakkan kepercayaan kepada orang itu.

Dia tersenyum.

"Ya, baiklah! Ara!"

Setelah Bik Tom beredar, Haflin hanya mengelamun.

Pretend that nothing happened? Act like I'm alright in fact I'm happy?

Haflin mengeluh. Dia meraup wajahnya.

I shouldn't let my guard down.... Face it, Ara!

_______

PAP!!! PAP!!! PAP!!! PAP!!!

Ketukan berbunyi bertalu-talu apabila pedang kayu Haflin tidak berhenti memukul patung yang dibuat daripada jerami, kain dan kayu.

"Ash, another weapon!!"

Kalut Ashraff mengambil sebatang bamboo lalu membaling ke arah Haflin. Kemudian, dia menangkap pedang kayu milik Haflin yang dibaling kepadanya.

PAP!!! PAP!!! PAP!!! PAP!!! PAP!!! PAP!!!

'Same sound, as expected...' gumam hati Haflin lalu memukul patung itu dari arah berlainan sekuat hati.

BBUSH!!

Patung jerami itu tumbang dengan isinya yang terkeluar dek koyakan.

"Taj, change the dummy!!"

Tajul juga kalut menukar dummy, patung jerami. Kemudian, dia berlari kembali ke arah Ashraff semula.

"Apa kena dengan cik Tengku kita ni, Taj?" tanya Ashraff pelik. Lain benar style training hari ni.

Tajul hanya jongket bahu sambil menggeleng. Eh, Ashraff tanya dia ni macam lah dia ni PA abadi Haflin!

"Again Taj!"

Terbeliak mata Tajul. A—Again?!

"I count to 3! One—"

Tajul terus berlari mengambil dummy lalu diletakkan di hadapan Haflin sepantas kilat.

Ashraff ketawa terkekeh-kekeh melihat raut letih Tajul. Dummy tu bukannya berisi dengan jerami dan kain sahaja. Tetapi diisi dengan kayu dan batu! Mana tak berat?

Tajul menjeling. Hek eleh! Gelak apa kau?

"Ash! Change!!"

Gulp!

Aku pulak?

Bergegas dia mengambil pedang yang lain. Setelah dia meletakkan pedang bamboo di tempatnya, dia berjalan ke arah Tajul.

"This is sucks." rungut Ashraff tak puas hati. Leceh betul ambik pedang kemudian baling dekat Haflin, lepas tu tangkap pedang. Kemudian ulang kembali.

Aku lebih rela training dengan berguni-guni beras lah!

"Shuhhh... Ikut je apa Tengku suruh." bisik Tajul memarahi Ashraff.

Sejujurnya, dia pun tidak tahu apa yang ada dalam fikiran Haflin. Training bagai nak rak! Sekejap guna pedang kayu, kemudian guna pedang bamboo, selepas tu guna pedang yang lain pula. Brutal punya training!

Dummy pun sudah banyak rosak. Terkoyaklah, apalah, itulah, inilah.

Sebernanya training ni untuk Haflin atau untuk dua orang bodyguard ini diseksa?

Tiba-tiba telefon Tajul berdering. Dia mengangkat telefonnya.

"Hello? Hah? Bawa pulang Tengku sekarang? Ah, okay, baik.."

Talian dimatikan.

Serta-merta raut wajah Ashraff berubah ceria. Dia mendekatkan wajahnya kepada Tajul.

"Kita dah boleh balik?" Matanya membulat dengan sinar harapan.

Melihat anggukan Tajul, Ashraff melonjak keterujaan.

"Yezza!! Yahoo! Finally!!!"

"Ash, change!!"

Urkk! Ashraff mendekati Haflin dengan senyuman lebar.

"Tengku, Tengku Saleha suruh pulang ke rumah." beritahunya, cuba dikawal nada terujanya.

Haflin mengesat peluh pada dahinya.

"Hah? Pulang?! Now?!" Suara Haflin naik seoktaf.

"Ya." Semakin panjang senyuman Ashraff.

"Damn it! Aku baru start..." keluh Haflin tak puas hati.

Ashraff dan Tajul mengukir senyuman keterpaksaan. Baru start? Dah 3 jam kita dekat sini!!

"Hmph! Jomlah balik!"

Cepat-cepat Tajul dan Ashraff mengekori langkah Haflin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience