Chapter | 34

Romance Series 14589

"Murderous intent."

Haflin tersentak mendengarnya. Tetapi dia cepat-cepat menenangkan dirinya, cuba berfikir positif.

"It's normal. Atuk aku upah bodyguards untuk jaga keselamatan Ellyana. Diorang sekarang ada dalam restoran ni," jawab Haflin sambil menggigit makanannya.

Bodyguards yang dibayar Zakaria untuk menjaga mereka secara terbuka dinamakan 'Light'.

"Tak, Haf. A mere bodyguard couldn't possibly make such a dangerous gaze towards his master. Besides, he is holding some weapon." terang Gabriella sedikit keras tetapi berjaya dikawal supaya mereka yang lain tidak dapat mendengarnya.

Rasanya Gabriella perlu tukar penggunaan kata ganti nama. Bukan 'dia', tetapi 'mereka'

Haflin terdiam. Dia cuba menayang wajah poker. Pan de Barra miliknya digigit lagi.

"Mana?"

"6 tables to the east and 7 tables to the north."

Haflin melihat arah yang dikatakan secara senyap-senyap. Tajam mata helangnya meneliti seorang lelaki Spanish yang tidak habis-habis merenung mereka tajam.

Tu bukan bodyguard upahan Zakaria.

They are enemies.

"Gab, kau rasa berapa orang?" bisik Haflin sambil menghirup minumannya.

Mereka berinteraksi secara senyap-senyap dalam nada berbisik tanpa kalih menghadap satu sama lain. Semuanya bertujuan supaya mereka tidak mengetahui apa yang direncanakan.

"Enam," jawab Gabriella kosong. Kerja seperti ini, dia sudah biasa.

"Sure?"

"Positive."

"Kau rasa weapon apa?" tanya Haflin lagi.

"Not sure, either knife or gun. I can just see some metal."

"Kalau aku musnahkan barangan kau boleh tak? Nanti aku compensate balik. Jangan risau."

Gabriella tersenyum sinis. Apa Haflin ingat dia tak cukup duit ke? Lagipun, dia tak kisah. Apatah lagi suaminya.

"Sejak kahwin dengan Vin, aku jarang dapat tengok 'action movie'. This gonna be fun, I bet."

"How about your customers?"

Haflin bimbang dengan pelanggan-pelanggan Gabriella. Takut mereka akan dicederakan atau pun enggan makan di La Dulce Vida milik Gabriella ini.

"Don't worry, I'll compensate them later. I'm gonna join, of course their safety are guaranteed. And I'll make sure nothing from today slip from their mouths." ucap Gabriella sambil tersenyum lebar. Dia mengenyit mata nakal.

Dia kan isteri kepada Vincent, businessman yang kaya-raya, setakat pastikan mereka tidak sebarkan info mengenai kejadian hari ini sangat mudah sahaja. Easy.

"K—Kau nak ikut?"

Aduh, mampus dia kalau Vincent tahu Gabriella buat kerja-kerja macam ni lagi.

"Of course! Dah lama aku tak have fun!"

Haflin tersenyum pasrah. Gab.. Gab..

Setelah mereka selesai berbincang, mereka terus turut serta berborak-borak dengan Muuna dan yang lain.

"Korang tak rindu aku ke?" celah Gabriella

Mereka berdua pura-pura tidak tahu akan kewujudan para lelaki yang bersenjata. Walaupun lelaki tersebut sedang merenung tajam ke arah mereka, tidak bermakna mereka ialah sasaran lelaki-lelaki tersebut.

Belum disahkan lagi. Jadi, mereka sekarang sedang menunggu lelaki-lelaki yang bersenjata mulakan langkah dahulu.

"Of course lah rindu!!" jawab Muuna seakan merengek.

"Entah, gila tak rindu kau?"

Gabriella hanya tayang sengih, geli hati.

Dan mereka pun berborak-borak. Begitu rancak mereka bersembang, mengimbau kembali kenangan lama. Dalam gelak tawa, Haflin dan Gabriella masih alert.

Dari ekoran mata Gabriella,  dia dapat melihat lelaki-lelaki tersebut telah berdiri. Menuju ke arah mereka.

"That'a a gun," bisik Gabriella dan Haflin hanya mengangguk.

Tak semena-mena, mereka terus menembak-nembak siling restoran milik Gabriella. Jeritan ketakutan para pelanggan mula kedengaran. Panik mereka melihat pengganas tersebut.

Membulat mata Gabriella. Ini dah lebih!

"Haziq, Mukhriz, bawak Ellyana dan Munna keluar dari restoran ni!!" teriak Haflin memberi arahan.

Belum sempat mereka mahu bergerak, seorang lelaki mengacu pistol kepada Ellyana. Ellyana tergamam.

Haflin mengetap giginya, berang. Dia terus menendang pistol yang ingin diacu oleh lelaki Spanish tersebut sebelum mengambil senjata besi tersebut. 

Gabriella tangkas mencengkam rambut kedua-dua penjahat yang lain lalu dihentak kepala mereka ke atas meja yang dipenuhi dengan pinggan-pinggan yang berisi makanan.

Meja itu patah, pinggan-pinggan dan gelas-gelas sudah berterabur di atas lantai.

Tajul dan Ashraff turut serta melawan penjahat-penjahat tersebut. Manakala Haziq dan Mukhriz melindungi Ellyana dan Muuna.

Haflin yang sedang menendang penjahat tersentak apabila ada orang yang melawan penjahat itu bagi pihaknya.

"Caesar, what took you so long to get your ass here?" tanya Haflin menyampah.

Caesar hanya tersengih. Ya, dia ialah salah seorang daripada bodyguard yang diupah untuk mengekori dan mengawasi mereka secara terbuka. Dialah Light. Dan dia tidak keseorangan. Dia ditemani dengan empat pemuda yang turut serta membelasah keenam-enam penjahat tersebut.

Gabriella merengus tak puas hati. Bodyguards pula ikut lawan diorang ni. Aduh, tak best lah!

"Gab—"

Muuna cuba memberi amaran kepada Gabriella.

Gabriella menunduk, mengelak tumbukan dari belakang lalu merentap tangan yang cuba menumbuknya. Dia menumbuk perut penjahat itu sekuat hati lalu membaling lelaki itu ke penjahat yang cuba menyerang Haflin dari belakang.

Apabila dua jejaka itu tumbang, Gabriella terus memijak mereka berdua sehingga mereka mengerang kesakitan.

"Attacking from behind is a shameless, disgrace act. How dare you, a mere brat tried to commit such a foolish move?"

Tajam renungan Gabriella terhadap dua pemuda tersebut. Andai renungan boleh membunuh, memang mereka berdua sudah lama mati.

"Gab!! Belakang kau!!"

Gabriella mengelak daripada peluru yang dilancarkan dari belakang. Dia mengundur ke belakang sambil gigi diketap, berang.

"Memang kerja nak main belakang orang ke? Apa benda dengan diorang ni?"

Geram pula Gabriella dengan penjahat-penjahat yang tidak bertauliah itu. Tidak habis-habis mahu serang dari belakang! Macam takde strategi lain je!

Dan tak semena-mena, bunyi tembakan semakin bergema di restoran ini. Penjahat yang lain mula menembak-nembak Light yang menyerang mereka. Pelanggan-pelanggan sudah melarikan diri keluar dari restoran milik Gabriella. Haziq dan Mukhriz tidak dapat membawa Muuna dan Ellyana pergi dari situ kerana penjahat tersebut sedang berada di ruang pintu, tidak membenarkan mereka keluar dengan melancarkan tembakan yang bertalu-talu.

Haflin yang sedang berlindung di sebalik meja merengus geram. Diorang ni dasar lemah, tak habis-habis nak tembak. Habis restoran Gabriella musnah dek tembakan mereka.

Dan dia sendiri tidak dapat melawan kerana penjahat-penjahat tersebut semakin menggila dalam menembak. Hanya Light dan Gabriella yang sedang berbalas tembakan dengan penjahat-penjahat itu memandangkan mereka mempunyai senjata yang serupa dengan penjahat itu.

"Kenneth, dame el arma!" Laung Haflin kepada Kenneth, salah seorang Light yang sedang sibuk menembak. Kebetulan Kenneth berada berdekatan dengan dirinya, takkanlah dia nak lepaskan peluang?

(Kenneth, bagi pistol dekat aku!)

Kenneth terus mencampak glock kepada Haflin. Haflin berjaya menangkapnya lalu terus melancarkan tembakan. Sasaran dia ialah penjahat yang sedang mengganas di ruang pintu. Tangannya pantas menarik picu.

BANG! BANG!

Setelah penjahat itu tumbang, dia terus menukar sasaran. Tembakan berbalas tembakan. Dan dalam sekelip mata, semua penjahat telah berjaya ditewaskan.

"Lorenzo, sostenerlo firmemente," arah Haflin kepada Lorenzo, salah seorang Light yang sedang memegang salah seorang penjahat.

(Lorenzo, pegang dia kuat-kuat)

Usai itu, Haflin terus tunduk. Glock diacu tepat mengenai dahi Salvador, ketua kepada kumpulan kecil ini.

"Speak,"

"Who the hell ordered you to do this?"

Tajam mata Haflin menikam wajah Salvador. Air muka Haflin sangat menggerunkan tanpa secalit senyuman. Sangka mereka, lelaki itu akan berasa takut lalu memberitahu dalang yang sebenar.

Tetapi sangkaan mereka meleset.

Pecah tawa Salvador. Gelak tawanya menghiasi segenap restoran ini. Riak wajahnya juga amat menjengkelkan. Ibarat dia sudah menang dalam peperangan kecil ini.

"¿Que es tan gracioso?" Soal Antonio, salah seorang Light. Meluap-luap kemarahannya melihat Salvador ketawa.

(Apa yang kelakar sangat?)

"Ustedes son tan tontos," kata Salvador sinis.

(Sebab korang semua bodoh)

"¿Què significa eso?" tanya Mukhriz bengang.

(Apa maksud itu?)

Senyuman sinis kian melebar pada wajahnya.

"Estás engañado."

(Korang semua tertipu)

Huh?

BANG! BANG! BANG!

Mereka tergamam dengan bunyi tembakan yang datang dari arah belakang. Terus mereka kalih dengan riak wajah terkejut.

Siapa?! Mana penembak itu?!

Kenneth mencengkam kolar baju Salvador.

"¿Que es todo esto?"

(Apa benda semua ni)

Salvador tersengih sinis. Dia menjungkit bahunya selamba.

"Nosotros somos solo un simple cebo,"

(Kami hanyalah umpan)

Gigi diketap. Haflin terus berdiri di hadapan Ellyana, melindungi gadis itu sambil mata helangnya meliar mencari penembak penghedap tersebut.

"Back off. We just want the lady," kata penjahat yang berada di sebelah Salvador.

"You want Ellyana? Never!" Balas Mukhriz tegas.

"Light, where's Shadow?" Soal Haflin serius.

Selain Light, Datuk Tengku Syed Zakaria juga mempunyai Shadow. Kalau Light kumpulan yang bertanggungjawab menjaga mereka secara terbuka, Shadow lebih penting. Shadow mengawasi dan menganalisis setiap pergerakan dalam diam. Mereka lebih licik dan cekap, merangka strategi yang sistematik. Berbanding Light yang mengawasi secara terbuka, Shadow mengawasi secara diam-diam dan dari jauh.

And, they're unfriendly.

"They are here. They'll settle that shooter. Rest assured, my lady."

"Hope so..."

Walaupun Shadow sangat cekap dalam membuat kerja, dia tidak percayakan mereka. Memandangkan mereka sangat tidak peramah dan dia tidak rapat dengan mereka, dia tidak boleh meletakkan sepenuh kepercayaan kepada mereka walaupun Shadow merupakan kumpulan di bawah naungan Zakaria.

"Tu amiga morira pronto," sinis Mukhriz berkata. Mereka tidak perlu risau kerana mereka ada Shadow.

(Kawan kau akan mati)

Tetapi senyuman sinis tidak lekang pada wajah Salvador. Malah, senyumannya semakin melebar.

"Adios, mi señorita."

Huh?

Mereka mengerutkan dahi. Selamat tinggal?

Tak semena-mena, mata helang Haflin terancap pada satu bangunan yang berada di hadapan restoran milik Gabriella. Di atas bumbung bangunan tersebut, kelihatan sekumpulan lelaki berpakaian baju hitam yang sedang bergelut menewaskan beberapa lelaki yang mencurigakan.

Haflin tahu itu Shadow. Dan mereka cuba menumpaskan penjahat-penjahat tersebut. Dia terkedu apabila melihat rifle sedang diacu kepada mereka. Atau lebih tepat, Ellyana. Pantas dia menolak tubuh Ellyana.

BANG!!

Mujur peluru itu tidak mengenai mereka. Haflin mengetap gigi, sikit lagi peluru itu mahu mengenai dirinya. 

"Lin, El, korang okay tak?" soal Mukhriz sambil menghulurkan tangan kepada Ellyana dan Haflin. Ellyana menyambut huluran tersebut manakala Haflin menolong Ellyana untuk berdiri. 

Haflin menjeling ke arah kumpulan penjahat yang sedang berlawan dengan Shadow.

"I'm getting more and more curious. Who on earth hired a bunch of hasty hooligans just to deal with us?" Dia bertanya sinis dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak. "Ellyana, to be more precise." sambungnya sendiri.

Siapa yang sanggup menghantar begitu ramai penjahat di tengah-tengah Puerta del Sol ini? Begitu ramai penjahat sehingga Light dan Shadow terpaksa masuk campur. 

Datuk Tengku Syed Zakaria memiliki empat guardián di Sepanyol ini. Light, Shadow, Oscuro dan Gris. 

Light terdiri daripada pelbagai bahagian seperti Blanco, Dom, Luna dan lain-lain lagi. Light yang ditugaskan untuk menjaga mereka sekarang ialah Dom. Shadow terdiri daripada pelbagai kumpulan seperti Funesto dan sebagainya. Hanya Light dan Shadow yang diberi kepercayaan untuk melindungi mereka. 

Apa yang membezakan dua guardián ini?

Light mengawasi mereka secara terbuka dan dalam jarak yang dekat. Manakala Shadow pula mengawasi mereka secara diam-diam dan dalam jarak yang agak jauh. Shadow hanya menjadi pemerhati yang cuma akan bergerak seandainya keadaan menjadi tidak terkawal.

Selain itu, mengikut pangkat yang berlandaskan kemahiran, pengetahuan dan sebagainya, Light merupakan guardián yang keempat, manakala Shadow pula guardián yang pertama. Oscuro di tempat kedua dan Gris di tangga ketiga. Dalam erti kata lain, Shadow merupakan guardián utama Datuk Tengku Syed Zakaria.

Zakaria sanggup mengarah guardián yang terpenting dan terkuat untuk melindungi mereka semata. Lebih tepat lagi, untuk menjaga Ellyana sahaja.

Itu sudah cukup untuk membuktikan betapa besar kasihnya kepada Ellyana.

Hah, Haflin rasa mahu tergelak. Kasih sayang konon... Itu cuma satu penipuan yang direka-reka untuk membohongi orang ramai. Sengaja dia melantik Shadow untuk menjaga Ellyana semata-mata mahu satu dunia menyangka dia amat menyayangi Ellyana.

Dan tidak beberapa lama kemudian, Shadow turun dari bangunan dengan mengheret penjahat-penjahat yang sudah berjaya ditewaskan ke restoran milik Gabriella.

Haflin kalih sebelum melangkah ke arah Salvador yang mulai panik. Senyuman sinis terlakar pada wajahnya sambil dia tunduk memandang Salvador.

"Entonces, ¿puedes abrir la boca ahora?"  tanyanya.

(Jadi, boleh kau buka mulut sekarang?)

Melebar senyuman sinis Haflin. Dia mengacu pistol tepat mengenai dahi Salvador.

"¿Quien es tu maestro?" 

(Siapa tuan kau?) 

_______

"I heard about what happened yesterday."

Mereka semua kini sedang berhadapan dengan Zakaria.

Dan, juga..

"El, El tak apa-apa ke?" soal Zulkaddir seraya mendekati Ellyana.

Ellyana tersenyum manis. 

"El okay je, Tío Dir. Kak Ara yang selamatkan El daripada kena peluru," balas Ellyana girang sambil memandang kakaknya. Senyumannya bertukar pahit. Dia tundukkan wajahnya.

Semuanya kerana Haflin.

"Tapi papa, mujur takde siapa tercedera. Kak Ara, Abang Riz, Abang Zaf, Tajul, Ashraff, Light and Shadow did a very good job in protecting us," kata Muuna cuba melegakan hati gundah ayahnya. 

Zulkaddir terdiam. Sempat dia menjeling Haflin tajam dengan penuh benci sebelum dia kalih ke arah Zakaria.

"Ayah, Ellyana patut duduk rumah." Tegas Zulkaddir menyuarakan pendapatnya.

Tercengang Ellyana mendengarnya, Matanya membulat luas dengan mulutnya yang melopong. Duduk rumah? Memang taklah! Sudahlah dia dikurung ketika di Malaysia, dekat Madrid ni pun nak kena stay at home jugak ke? 

"Apa maksud Tío?!"

"Kalau dekat Madrid pun El menjadi buruan, lebih baik El duduk rumah tak pergi mana-mana." terang Zulkaddir. Kalau nyawa Ellyana tetap menjaid buruan di Sepanyol, memang sewajarnya Ellyana tidak pergi mana-mana buat masa sekarang.

"Tapi El-"

Kata-kata Ellyana dipintas oleh Zulkaddir pantas. Baru sahaja dia mahu bersuara lantang, Zulkaddir memotong bicaranya.

"Dengar cakap Tío, El. Ini semua untuk keselamatan El," ujar Zulkaddir serius. Ini membabitkan nyawa Ellyana, keselematan Ellyana perlu diutamakan.

Tak semena-mena kedengaran bunyi gelak tawa seseorang. Mereka semua serta-merta toleh ke arah empu suara yang berani ketawa kecil di saat genting ini.

Zulkaddir menyinga. Mencerlung matanya ke arah gerangan itu.

"What's so funny?"

"Haflin,"

Haflin tergelak kecil. Membulat mata Mukhriz, Ellyana dan Muuna melihat Haflin. Dah kenapa Haflin tiba-tiba gelak?!

"Everything. It sounds bullshit to me," balas Haflin dengan senyuman sinisnya.

Merah padam wajah Zulkaddir menahan amarah. 

"Mind your words!!"

"That's weird. I already am," 

"Kurang ajar!! Aku ni bapak saudara kau!" tempik Zulkaddir berang.

"For someone who always insult my bloodline, you looks like you lick what you spit." Sinis Haflin membidas. Dia menyatakan perkara sebenar. Zulkaddir tidak pernah mengaku dirinya sebagai ahli keluarga Tengku Syed, entah dari mana tiba-tiba mengatakan yang Zulkaddir ialah bapa saudaranya. Bukankah itu sama seperti menjilat balik ludahnya sendiri?

"Kau-"

"Cukup, Kaddir."

Zakaria mula bersuara sementelah agak lama mendiamkan diri. Dia yang sedang duduk di atas kerusi mula mengangkat wajahnya. Dia memandang Haflin.

"For you to say something so bold, you must have a very good commentary with a logical conviction," kata Zakaria sambil menongkat dagu.

Haflin tersenyum sinis. Sempat dia menjeling sinis Zulkaddir yang mempamerkan wajah ketat sekilas sebelum melangkah setapak ke hadapan.

"Certainly,"

Zakaria is calm and insightful as always.

"I declined the idea of his," ujar Haflin tenang. 

Terjungkit kening Zakaria. 

"And why is that?"

Haflin menarik nafas panjang sebelum bersuara.

"I think it's alright for El to go out since Light and Shadow, the guardián that was assigned to us will be there protecting El from any danger. Because of them, those ruffians were captured and sent to the polices. And if you noticed, not a single person got injured, thanks to guardián's competence and efficiency. So, I humbly think it's impolitic and unfair to El if she is not allowed to go out," terang Haflin menyatakan hujahnya panjang lebar. 

"Then why were you laughing just now?"

Oh, gelak ketika Zulkaddir bercakap tu ke?

"It's hilarious yet so amusing and ridiculous. Guardián are there to protect El so I don't have any idea what nonsense was he spouting about just now. Sounds like a complete gibberish to me," jawab Haflin sinis. Benar, dia tidak tahu kenapa Zulkaddir terlalu cepat melatah. Mereka bukan di Malaysia lagi. Di sini, guardián ada untuk menjaga dan melindungi Ellyana. Jadi, dia tidak tahu kenapa Zulkaddir berkata sedemikian.

Ellyana seperti burung di dalam sangkar. Tidak dapat keluar menebarkan sayap indahnya, sebaliknya dia dikurung di dalam sangkar mewah. Dia hanya mampu untuk memandang dunia penuh kebebasan di hadapannya. Dalam senyap-senyap, dia memasang impian untuk mencapai kebebasan dengan tangannya sendiri.

Lantas, mereka mahu memusnahkan impian Ellyana?

"You're talking balderdash, Haflin. We need to take everything into accounts. Including El's safety," bidas Zulkaddir tidak berpuas hati.

"Indeed, but you missed out one thing which is El's feelings. El's feelings is the most crucial and we need to take that into consideration as she herself is not a doll or mannequin without any feelings. She's a human being with feelings." Tegas Haflin membalas cuba mempertahankan hujahnya.

Ellyana mengetap bibir, menahan sebak. Sungguh dia terharu dengan kakaknya yang sanggup mempertahankan dirinya.

"Apa-"

"Cukup, Kaddir."

"Tapi ayah-"

"Kau tak faham bahasa ke Kaddir?"

Zulkaddir terdiam. Dia mengetap giginya, berang menahan amarah yang membuak-buak.

"Aku yang akan membuat keputusan. Takde sorang pun yang berhak membantah." 

Mereka semua hanya membisu. Ya, di rumah ini, hanya Zakaria yang mempunyai sepenuh kuasa. 

"Semua orang, keluar." arah Zakaria. "Tinggalkan aku dengan Ammara."

Haflin terkedu. Apa pulak ni?

Mereka yang lain terus beredar keluar dari bilik, meninggalkan Zakaria dan Haflin. Apabila mereka semua telah pergi, Haflin hanya memandang Zakaria tanpa riak.

"Tentang Una Ninfofilua."

Haflin mendengus. Tak habis-habis tentang ni!

"If you wished to talk about the inheritance, I refuse. I don't want to be your successor. Haziq can become the substitute." Cukup keras Haflin bersuara dengan riak wajahnya yang menjadi tegang.

Kenapa tidak Haziq sahaja? Dia lelaki, lebih mahir dalam menguruskan syarikat.

"He can't. He'll manage his father's company, Lapis Schillante once he inherit the assets."

"But—"

"Keputusan aku muktamad. Kau akan jadi pewaris aku. Jangan bagi sesiapa pun tahu yang kau ialah pewaris sebenar." putus Zakaria tegas.

Haflin mengetap giginya, bengang. Terus dia beredar keluar dari bilik itu.

Tanpa disedari, ada mata yang tajam memerhati Haflin dari jauh dengan pandangan yang penuh dengan kebencian.

***************************************
first of all, Scarlett nk mintak maaf sesangattt sbb lma xupdate. sorry! Scarlett mkin busy dngn studies, xdpt nk curi msa update dngn buat draft.

in sya Allah Scarlett akan try untuk update BC. let me know klau ada sesiapa yg msih setia menunggu BC di ruangan komen! klau ramai yg tunggu, Scarlett mmg kena update la kiranya. so komen cepat! hehe

to those yg nk thu perkembangan novel, blh visit ig Scarlett : @scarlett.jazwel Dekat situ, siap ada spoiler lg taww psl BC hehehe

and Scarlett akan keluarkan satu cite bru. xdekla bru mna pun tpi stay tuned ya! hopefully korang akan suka dkt new novel ni ^^ jngn lupa support my new novel kay! ;)

anddddd klau ada ramai yg support Scarlett, Scarlett akan try update daily ^^

bye!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience