Chapter | 22

Romance Series 14589

"Abang, janganlah!"

Muuna terjerit-jerit apabila Mukhriz membaling air laut pada dirinya.

"Ash, awak pun memang nak kena!" teriak Ellyana pula. Ini lagi sekor, nak mandi dalam laut dengan tenang dan aman pun tak boleh!

"El, tunggu apa lagi? Seranglah!" ujar Muuna teruja.

"Hahahaha!!"

Mereka saling membaling air antara satu sama lain. Tawa bahagia mereka memenuhi pantai itu.

Tajul hanya tersenyum-senyum melihat mereka berempat dari jauh.

"Tajul, kau tak join ke?!" laung Muuna.

Tajul menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.

Dia tengok mereka bergembira pun dia sudah bahagia. Itu sudah memadai.

Sebab kenapa dia tidak ikut mandi di laut kerana dia tidak mahu lalai. Amanah Tengku Syed Zulkarnain harus dijaga.

Dia mesti jaga Ellyana daripada segala ancaman!

______

"What the heck are you doing here, right now?" tanya Haflin bercekak pinggang sambil memandang Haziq tajam.

Kenapa Haziq berada di gym? Bukankah Haziq sepatutnya berada di pantai bersama-sama dengan yang lain? Dah kenapa boleh sesat dekat sini pula?

"Takkan lah aku datang sini sebab nak makan pula? Bodoh," balas Haziq dengan senyuman sinis.

Terbeliak biji mata Haflin. B—Bodoh?! Dia panggil aku bodoh?

"Suit yourself."

Haflin menekan button on pada treadmill lalu mula berlari di atasnya.

Haziq berjalan ke arah treadmill di sebelah Haflin.

"Semalam kan aku makan banyak, kenalah digest makanan tu." terang Haziq yang sudah naik di atas treadmill.

"Cakap banyak pulak kau hari ni." kata Haflin sinis.

Haziq hanya tersenyum sinis.

Sunyi sepi suasana di gymnasium itu apabila mereka tidak bersuara. Hanya mereka berdua sahaja di gymnasium ini.

Haflin diragut rasa curiga. Mustahil tiada sesiapa datang ke gym hotel five star ni. Hotel bertaraf dunia, tiada pengunjung ke gymnasium? Tak ke pelik?

"Oops, looks like I am not alone?"

S—Suara tu!

Serentak Haflin dan Haziq kalih ke belakang.

Itu Zayn Mikael Arryan!

Huh? Apa vice president Hotel Zel D' Adonis buat dekat gym ni?

"Oh, you ni Tengku Ammara Haflin kan?" tegur Zayn dengan senyuman manis.

Dia menghampiri Haflin yang masih berlari di atas treadmill.

"I'm surprised you can still remember my name. You must have a good memories, Mr. Zayn." Sarkastik Haflin menjawab dengan raut wajah selamba.

"Of course. How could I possibly forget that beautiful name? The name is as beautiful as the owner." ujar Zayn masih rancak menyusun kata. Siap mengeyit mata dengan mengukir senyuman menawan.

Terjungkit kening Haflin. Hrmmm, patutlah. Buaya darat rupanya! Eh, bukan buaya tetapi alligator! Lain macam tahap playboy nya.

"Should I say I am honored?"

Zayn ketawa halus. Terhibur dengan bicara Haflin yang berbaur sarkastik mungkin.

A stupid pickup line, really deserve a sarcastic and savage answer with a tight slap.

But he is damn lucky, I am not in a mood to slap someone's ass.

"Mr. Zayn, perhaps you already forget me?" sampuk Haziq pura-pura bersedih.

Serta-merta raut wajah Zayn bertukar mendadak. 360°. Kemudian, dia tetap mengukir senyuman.

"How could I? You are Tengku Harris Zikri's son, am I right?"

"Glad you didn't forget me. Otherwise I would be really upset." Haziq tersenyum.

"Why would a vice president of this hotel exercise here? Don't you have any paperworks to do? You are so carefree, lucky you" sambung Haziq sambil membuat reaksi pasrah.

"Even though I'm a vice president, putting that aside, I'm still a normal human being, right? To be healthy, of course I need to exercise regularly!" bidas Zayn yang sudah berjalan ke bahagian dumbell.

"Oh, really? I thought a vice president should be extremely busy?" soal Haziq berpura-pura tidak tahu.

"It is what you thought. Since you aren't a vice president or COO, you don't know our works." Zayn membalas sambil mengangkat dumbell yang agak berat.

Haflin hanya mendiamkan diri sambil berlari di atas treadmill yang diperlajukan kelajuannya.

Dua ekor malaun ni tengah buat public speaking ke apa? Tahulah masing-masing fluent dalam English dan masing-masing ada slang British dan America, tetapi just once, keep your mouth shut!

Berubah air muka Haziq saat Zayn membalas. Haziq terpegun buat seketika di atas treadmill sehingga dia terpaksa menekan button off.

"You should study my family background more, Arryan." kata Haziq dingin. Sedingin aisberg.

Haflin terkedu. Fuhh, personaliti Haziq berubah sepantas buka muka surat baru je! As fast as flipping another page.

Mata Zayn membesar. Kemudian dia merenung Haziq dengan pandangan tajam.

"No one ever dare to call me 'Arryan'. You're the first one, Haziq." ujar Zayn serius.

Haziq hanya mendiamkan diri sambil merenung Zayn tepat.

"You start to gettin' on my nerves." sambung Zayn dengan senyuman sinis.

"... Like a mosquitoes.." bisik Haflin sambil merengus geram.

Haziq dan Zayn tidak habis-habis saling berbahas kata. Semuanya kedengaran persis nyamuk yang sedang hinggap di bahagian telinga. Annoying, bukan?

"Kalau nak gaduh, gaduh dekat luar. Bising tahu tak?" marah Haflin yang tahap kesabarannya sudah mulai sampai ke maksima.

"Kenapa I pulak, Tengku Ammara? This is my hotel, the one that should lift his ass is him." balas Zayn cukup selamba.

Haziq hanya diam sambil matanya merenung Zayn tajam.

Haflin melepaskan keluhan berat. Dia turun dari treadmill.

"Mood aku rosak. Kalau korang tak nak blah, biar aku yang blah."

Sebaik sahaja menuturkan sebaris ayat itu, dia terus beredar keluar dari gymnasium itu. Meninggalkan Haziq dan Zayn yang kini bersendirian.

"Kau ada bear grudge dekat aku ke, Haziq?" soal Zayn berpura-pura naif sambil kakinya melangkah mendekati Haziq.

Haziq hanya membisu dengan raut wajahnya yang tegang. Bengis sekali riak wajahnya.

"Tengku Haziq Zafrel Predo,"

Nama penuh Haziq meniti pada bibir Zayn. Lantas bibir itu perlahan-lahan menyungging senyuman sinis.

"Or should I call you, Shah?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience