Chapter | 39

Romance Series 14589

"Apa yang Ara tengah buat?"

Haflin yang sedang memegang gambar tersebut tersentak apabila dirinya ditegur.

Suara tu!

D—Dad!

Zulkarnain berdiri di pintu sambil memandangnya tepat. Riak wajahnya sangat tegang seperti marahkan Haflin yang menyentuh gambar itu.

Sekejap, dad tak pergi kerja?

"Ara tengok gambar-gambar," jawab Haflin tenang.

Zulkarnain terus meluru masuk ke dalam bilik. Gambar yang dipegang Haflin dirampas kasar.

"You can see everything but not this!" marah Zulkarnain dengan wajah bengis.

Bergerak-gerak rahang Haflin menelan air liur yang terasa kesat. Inilah kali pertama dia melihat Zulkarnain marah seperti sekarang. Zulkarnain terkenal dengan keperibadiannya yang tenang dan tidak cepat melatah, tetapi Zulkarnain di hadapannya sekarang ini jauh berbeza. Sangat.

"Then why gambar tu ada dekat sini kalau maknanya bukan untuk ditengok?" Niat bukan untuk berkurang ajar, tetapi dia sangat curious.

"Mesti Pablo buat salah ni..." gumam Zulkarnain kasar.

Bercantum kening Haflin. Laaa, Mayordomo Pablo pula yang dipersalahkan?

"Your friend?" tanya Haflin sambil memandang gambar yang disorokkan di belakang Zulkarnain.

Zulkarnain mengetap giginya. Seakan teragak-agak untuk menjawab atau memikirkan jawapan apa yang tepat untuk diutarakan.

"....Less than an acquaintance." jawab Zulkarnain mendatar.

Haflin hanya diam membisu mendengar jawapan itu. Acquaintance, you said? But the picture showed otherwise. The reaction towards the picture... Isn't it a bit extreme for a mere acquaintance?

"Ara, never said a word about this. You get me?" arah Zulkarnain memberi amaran.

Anggukan diberikan sebagai jawapan. Setelah itu, Zulkarnain beredar dari bilik bersama gambar yang dibawa bersama dirinya.

Haflin hanya memandang lama kelibat Zulkarnain yang telah menghilang.

Ah, what a pity...

My curiosity won't let me keep quiet doing nothing. I'm dying to know.

_______

Muuna menghirup udara segar. Dia mendepakan kedua-dua belah tangannya sambil tersenyum riang dengan hati yang lapang.

Ah, suasana di Parque Del Oeste di pagi hari ini begitu segar dan mendamaikan. Tenang sungguh rasanya melihat flora dan fauna yang indah.

"Macam tak sangka kan? Nanti kena balik Malaysia dah." kata Ellyana sedikit nostalgik nadanya.

Muuna dan yang lain mengangguk. Ah, dua minggu rasanya seperti dua hari. Sekejap sangat semua ini berlalu.

"Dahlah kita tak pergi banyak tempat pun!" bebel Ellyana sebal dengan bibirnya yang dimuncungkan persis itik.

Tak sempat nak ronda-ronda dekat negara Sepanyol ini. Nak lawat seluruh Madrid pun tak sempat, inikan pula nak pergi ke bandar lain.

"Muzium aku pun tak pergi lagi!" ujar Mukhriz bebal.

Erkk...

"Fine, nanti kita pergi Cerralbo ye? Ataupun National Archaeological dengan Thyssen-Bornemisza Museum eh?" pujuk Muuna buat abangnya.

"Yelah..."

"Guys, kita tak pergi pun Parque de Atracciones de Madrid lagi!" teriak Muuna tak semena-mena.

"Yang roller-coaster tu kan? Gosh!"

Ah, banyaknya tempat menarik yang diorang tak pergi lagi!

"Nak pergi Plaza de Santa Ana tak?" cadang Ellyana.

Mukhriz dan Mukhriz menganggukkan kepala mereka, bersetuju. Muuna lah yang excited lebih, sebab boleh shopping dekat Plaza de Santa Ana.

Mereka bertiga yang berjalan di bahagian hadapan sekali berterusan berborak-borak mengenai perancangan tempat yang ingin dilawati. Di barisan kedua pula ialah Tajul dan Ashraff yang ditugaskan untuk menjamin keselamatan Ellyana. Dan tinggal Haflin dan Ratna di belakang sekali.

Haflin sedang mengerutkan dahinya. Dia memandang ke hadapan, lama ibarat di situ tersingkaplah semua jawapan bagi soalan yang sedang berlegar-legar di fikirannya.

Ah, siapa sebenarnya perempuan dalam gambar tu?

Hati Haflin meronta bagai nak gila ingin tahu siapa wanita tersebut.

Kalau tanya orang lain, sudah tentu keadaan menjadi lebih rumit.

Zulkarnain sendiri pun enggan menjawab.

Sekejap!

Mayordomo Pablo!

Aduh, bodoh gila kau ni, Ara. Baru sekarang terfikir tentang Mayordomo Pablo, lelaki yang telah lama berkhidmat dengan keluarga Tengku Syed.

Apa-apa pun, balik nanti aku akan tanya dekat Mayordomo Pablo, lelaki yang telah lama berkhidmat untuk keluarga Tengku Syed. Memang terang lagi bersuluh lah dia tahu mengenai identiti wanita tersebut.

"Walking, while in the deep thoughts is dangerous. One should practice to be more cautious instead of careless." tegur Ratna sinis.

Haflin merengus. Nasihat itu bagus, tapi kalau nasihat yang dia rasakan tak perlu, rasanya boleh berambus lah kut.

"Noted," jawab Haflin sepatah.

Ratna dan Haflin. Mereka berdua seakan kembar. Mempunyai personaliti yang hampir sama. Sering menggunakan mulut untuk melancarkan ayat sinis dan sarkastik. Dua-dua tidak ramah dan dingin.

Haflin tersentak. Dia baru teringat untuk tanya Ratna.

"Ratna,"

"Hrmmm..."

"Apa kisah silam Haziq? Yang buatkan dia hidapi penyakit ni?" tanya Haflin yang sudah memusingkan wajahnya menghadap Ratna.

Ratna sedikit terkesima, tidak menyangka Haflin akan bertanya soalan ini.

"Some secrets are better left in the past, unspoken. For the sake of survival and move on, of course."

Haflin terus mengalih memandang ke hadapan. Hampa. Ya, dia memang hampa tetapi dia sudah dapat agak, tiada sebarang jawapan yang akan diberikan oleh Ratna.

Rasa ingin tahu Haflin semakin menggunung sehinggakan dia mahu menggoncang-goncang tubuh Haziq supaya Haziq sendiri dapat 'terjaga' kembali.

This is so frustrating!

"Nanti bila kau balik Malaysia, aku nak kau jumpa dengan seseorang ni." ujar Ratna serius.

Terjungkit kening Haflin. Seseorang? Siapa?

"Che Sazali."

Siapa?

Ratna memejamkan matanya sambil menundukkan wajahnya apabila sinaran cahaya matahari menerjah kornea matanya.

"Nanti kau tahu juga."

Ya, ya. Macamlah Ratna nak bagitahu.

"Aku ada dapat info terkini."

"Apa dia?"

Tercelik kembali kedua-dua belah mata Ratna. Pandangan matanya bertukar tajam, lebih tajam daripada mata pedang.

"Ghazi ada dekat Madrid."

______

"Wah!!"

Melopong mulut mereka semua saat menjejakkan kaki ke Cerralbo, muzium di Madrid yang mempersembahkan seni dan kolekse objek antik yang bersejarah kepunyaan Enrique de Aguilera y Gamboa, Marquis of Cerralbo yang ketujuh belas.

Kagum sungguh mereka dengan setiap hasil seni dan koleksi objek antik yang ada di dalam muzium itu. Pantas tangan mengeluarkan telefon pintar.

"Tajul, tolong ambil gambar!" Ellyana menghulurkan telefon pintar kepada Tajul.

"Ash, ambil gambar aku!" ujar Muuna seraya menyerahkan telefon miliknya kepada Ashraff yang tidak masih terpegun dengan muzium ini.

Masing-masing mula sibuk mengambil gambar. Bermacam-macam gaya dan posisi dilakukan, termasuk juga dengan angle untuk menangkap memori yang tidak akan berulang semula. Mukhriz pula tidak begitu. Dia kelihatan begitu meneliti setiap hasil seni dan barangan antik dengan mata tajam. 

Maklumlah, dia kan pencinta hasil seni, lagi-lagi sejarah! Dia tidak menyuruh orang lain mengambil gambar untuk dirinya, sebaliknya, dia hanya mengambil gambar setiap hasil seni dan barangan antik. Dia lebih fokus kepada penghayatan semua karya agung seni dan barangan bersejarah yang mempunyai nilai signifikan.

Haflin pula mengambil kesempatan untuk menghenyakkan punggung di atas sofa yang disediakan. Kakinya lenguh berjalan di sekitar Plaza de Santa Ana tadi. Plaza de Santa Ana sebernanya terletak berhampiran dengan Puerta del Sol, tempat yang mereka pernah lawati tempoh hari dan Calle de Huertas, di Bario de las Lestras. 

Rasa penat dan lenguh masih tidak hilang, kini mereka melawati muzium pula. Mujur sahaja muzium ini menyediakan tempat duduk, kalau tidak, Haflin boleh naik sewel!

Senyuman sinis terukir pada wajahnya sementelah dia teringatkan Light. Dia yakin Light turut berasa letih kerana sepanjang hari sudah berjalan. Mustahil manusia normal tidak akan berasa begitu. Melainkan, Shadow. Shadow, lain cerita. 

Dalam sedang merehatkan tubuh badan, Haflin mendongak memandang Ratna yang berdiri sambil melihat setiap karya seni dan barangan antik. 

"Akak! Jom!"

Keluhan berat dilepaskan dari mulut. Lambat-lambat dia berdiri lalu meregang-regangkan badannya yang terasa sengal-sengal. 

Dia bersama Ratna mengekori Ellyana dan yang lain yang berada di hadapan. Laju sungguh mereka berjalan. Tak penat ke? 

Mereka menaiki tangga sambil mata meliar ke serata tempat. Memandang setiap hasil seni yang ada. Langkah mereka amat perlahan kerana mahu melihat karya seni yang dipersembahkan di muzium ini. 

Saat mereka sudah berada di tingkat seterusnya, Ashraff sekali lagi melongo. Terkedu dia melihat koridor tersebut. Banyaknya chandelier! Sumpah seperti dalam movie barat!

Mereka meneruskan langkah sambil tidak lupa juga untuk menangkap gambar sebagai kenangan. Kini, Mukhriz pula di belakang kerana dia kelihatan begitu kusyuk menghayati setiap hasil seni dan barangan antik yang ada di sepanjang koridor. 

Tak mahu mereka menunggu Mukhriz, lambatnya mengalahkan perempuan!

Sekarang mereka berada di ruang meja makan, meninggalkan Mukhriz di belakang. 

"Well, meja makan sama macam dekat rumah. Tapi kenapa aura macam berbeza?" soal Muuna pelik. Sungguh dia hairan! Meja makan sebiji macam di rumah agam kepunyaan Datuk Tengku Syed Zakaria, tetapi entah mengapa auranya kelihatan berbeza sekali!

"Setuju," balas Ellyana menyokong sambil tergelak kecil. Barangkali kerana ini ialah muzium, itu sebab mereka merasakan ruang makan di muzium lebih 'wow' daripada di rumah.

"Zaf, awak nak bergambar dengan saya tak?" soal Ellyana mempelawa. Dia yang sedang duduk tidak jauh dari Muuna tersenyum manis ke arah Haziq, atau personaliti yang sebenar ialah Ratna.

Ratna tersenyum kecil.

"Ya,"

Ratna terus melangkah ke arah Ellyana. Tajul menjadi tukang ambil gambar. 

"Ash, ambil gambar aku dekat sini!"

Muuna sudah lama melabuhkan punggung di atas kerusi sambil badannya ditegakkan. Tangannya diletakkan di atas meja sambil bibirnya menguntum senyuman manis. Cuba berlagak seperti 'decent lady', bak kata Mukhriz.

Ashraff mula mengeluh.

"Cik Muuna ingat saya ni jurugambar cik ke?" rungut Ashraff. Penatlah dari tadi ambil gambar. Dekat Plaza de Santa Ana pun sama! Dia dan Tajul ini bodyguard, bukannya jurugambar!

Geli hati Haflin melihat mereka. Haflin rasa lucu pula. Benar kata Ashraff, Ashraff dan Tajul ini bodyguard yang ditugaskan untuk menjaga Ellyana. Tetapi sekarang rasa macam mereka dah tukar pekerjaan. Jadi jurugambar tak bertauliah!

"Kau tak layak pun," balas Muuna angkuh, seakan jual mahal. Dia berpeluk tubuh sambil mengangkat dagunya.

Ashraff menggaru kepalanya yang botak. Erm, rasa macam susah je nak pikat hati Cik Iqlima Muuna ini!

Tersenyum simpul Haflin melihat mereka semua kelihatan seronok. Mereka bergembira dan bersuka-ria, walaupun mereka mengambil gambar. Kemudian, dia toleh melihat Mukhriz yang sedang mengambil gambar satu arca. Mukhriz sendiri juga kelihatan ceria.

'Ah, alangkah bagusnya kalau semua ini kekal..' sanubarinya berbisik.

Tak semena-mena senyumannya mati. Semuanya apabila dia teringatkan sebaris nama.

Ghazi.

Ratna bilang, lelaki itu berada di Madrid ini.

Serta-merta Haflin tarik senyuman sinis.

Heh, lelaki itu sungguh persistent. Sampai ke Madrid dia mengejar Haziq. Langsung tidak menunjukkan tanda putus asa.

Atas motif apa lelaki itu jejakkan kaki ke negara Sepanyol pun Ratna sendiri tidak tahu.

Tetapi satu je yang mereka berdua yakin.

Kedatangan lelaki itu ke Madrid bukanlah dengan niat yang baik.

______

"Korang dah puas jalan-jalan kan?"

Hari sudah pun gelap. Lama sungguh mereka berada di luar, seharian mereka berjalan-jalan mengambil angin. Masa bagaikan begitu pantas berlalu, sehingga mereka tidak sedar matahari telah lama melabuhkan tirai.

"Guys, aku nak pergi toilet dululah." Ujar Mukhriz. Tiba-tiba terasa mahu terkucil.

"Ha'ah, samalah." Muuna bersuara, malu. Terasa ganjil pula apabila Mukhriz dan dia turut mahu pergi ke tandas.

Ellyana bercekak pinggang sambil memandang dua beradik itu. Tergeleng-geleng kepalanya.

"Itulah... Siapa suruh minum air banyak sangat?" katanya menyindir.

Mukhriz dan Muuna sama-sama menayang sengihan, menampakkan sebaris gigi mereka yang putih. Mukhriz menggaru lehernya yang tidak gatal, Muuna pula hanya tersengih persis kerang busuk.

"Hm, takpelah, El. Kita rehatlah dulu sebelum balik rumah. Siapa nak pergi tandas, pergi. Siapa nak jalan dekat mana-mana, pergi. Siapa nak beli apa-apa atau rasa tak kenyang lagi ke, pergi." kata Haflin panjang lebar, bercadang.

Sejujurnya, dia sendiri juga mahu berehat untuk seketika. Letih itu satu perkara. Yang kedua, perutnya sudah kembung kerana terlalu banyak makan tadi. Salah dia juga, siapa suruh melahap persis orang kebuluran setahun?

"Kalau macam tu, kita berpecahlah. Sebelum pukul 10.45, kita berkumpul sini ya." ujar Ellyana membuat keputusan.

Jangan terkejut melihat waktu sekarang. Matahari terbenam di Madrid, Sepanyol baru pada jam 9.47 malam. Sungguh berlainan dengan di Malaysia.

Laju mereka semua mengangguk, setuju. Kemudian, Mukhriz dan Muuna terus berlalu mencari tandas.

"El nak pergi mana?" soal Haflin kepada Ellyana yang seakan mahu berjalan.

"Jalan-jalan, ambil gambar. Akak jangan risaulah. Dua bodyguard macho ni ada dengan El!" balas Ellyana seraya menepuk-nepuk bahu Ashraff dan Tajul.

Haflin tersenyum tipis. Ya, dia tidak berapa risaukan Ellyana kerana Light dan Shadow ada untuk menjaga Ellyana dalam diam.

Ellyana terus melangkah pergi apabila mendapat anggukan daripada Haflin. Haflin hanya berdiri menyandarkan badannya pada dinding yang berbatu-bata. Ratna yang berada di sisinya dikerling sekilas. Membulat matanya melihat kondisi Ratna.

"Kau okay tak ni?"

Ratna yang kelihatan sukar untuk berdiri, memegang dinding dengan kedua-dua belah mata yang terpejam. Peluh mula membasahi dahinya yang dikerutkan. Dia seakan mengerang kesakitan.

"Dia nak 'keluar'..." tutur Ratna yang sedang tidak cukup nafas.

Bercantum kening Haflin.

"Siapa yang nak 'keluar'?!"

Ratna meraup kasar wajahnya sebelum mengetap giginya. Termengah-mengah dia mengambil oksigen sambil bersandar pada dinding.

"Aku cuba 'tidur'kan dia, tapi dia tetap 'bangun'." kata Ratna penuh benci.

Haflin masih terkebil-kebil.

"Siapa?! Shah ke?!!"

Ratna menggeleng laju sambil cuba mengatur pernafasan. Dia tampak bergelut untuk 'tewaskan' 'dia'. Ratna kelihatan sedang sedaya-upaya mencuba untuk 'tidurkan' 'dia'

"Siapa?! Siapa, Ratna?!!"

Ratna terus terdiam. Dia tidak lagi bersuara, sebaliknya dia hanya berdiri statik tanpa menunjukkan sebarang perasaan pada riak wajahnya.

"Ratna?! Ratna?! Kau okay tak?!!"

Ratna mengangkat wajahnya. Dia dengan riak terkejutnya memandang Haflin lama.

"Kau tahu?"

Di saat itu, barulah Haflin sedar. Personaliti yang di hadapannya bukanlah Ratna.

"Kau... siapa? Shah? Qai?!"

Hanya dua personaliti itu sahaja selain Ratna yang Haflin yakin akan menggelar dirinya dengan panggilan 'aku-kau'.

Personaliti misteri di hadapannya tarik sengihan sinis. Dia meraup rambutnya yang serabai sambil menyungging senyuman sinis. Dia memandang Haflin lama.

"Perempuan tu tak bagitahu kau pasal aku?"

Berlapis dahi Haflin mendengarnya. Perempuan? Ratna ke?

Personaliti itu menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Kejamnya dia. Tak bagitahu aku dekat kau."

Haflin merenung tajam wajah lelaki itu dengan dahinya yang dikerutkan. Personaliti mana pula ni? Takkan Shah atau Qai pula. Ratna beritahu dia tentang dua personaliti itu.

Personaliti itu toleh memandang Haflin. Dia berserta senyuman sinis yang tidak lekang mula bersuara.

"Aku Malik."

**************************************
Klau nk clear pic tentang Cerralbo, blh search google ^^ Dn klau nk thu sneak peek tntg personaliti 'Malik' ni, blh tngok dkt ig Scarlett, Scarlett ada post ^^ And to those readers, harap brsabar ya. Chap 41 msih xsiap lg. Diminta bersabar ya :) Sementara tu, blh check out my new novel- Kerana Aku Cinta ^^

Ok bye!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience