Chapter | 25

Romance Series 14649

note : siapa yg dh pernah bca BC sebelum ni di novelplus pls read this chap carefully. the plot has changed. i add some hints and pls be alert. disbbkan chap ni ialah chap yg Scarlett dh ubah plot, Scarlett takkan update five times a day dah. and remember, things will not be the same anymore.

Bunyi muzik waltz yang santai menghiasi segenap Grand Royal Hall. Nampaknya sudah ramai yang hadir ke event ini.

Para tetamu yang lengkap berpakaian tuxedo dan dress labuh sedang berbual-bual dengan rakan mereka yang lain. Hidangan ringan dan minuman turut disediakan sebagai alas perut.

Di satu sudut, berdirinya Zayn, Haziq dan Haflin.

"Mr. Zayn, why are you here? Shouldn't you be with the president?" soal Haflin pelik.

Bukankah selalunya vice president akan bersama dengan president? President Hotel Zel D' Adonis sedang bersembang dengan para tetamu, manakala vice president pula duduk di sini.

"I chose to not to," jawabnya pendek. Dilengkapi dengan senyuman yang tak pernah lekang.

Haflin menghirup air anggur.

Kenapa Ellyana dan Muuna lambat sangat berdandan? Mengalahkan badak! Mukhriz? Lelaki itu pun Haflin tidak tahu ke mana dia menghilap. Lesap tanpa amaran.

Zulkarnain dan Saleha juga sedang rancak bersembang dengan para tetamu yang lain. Mereka berada tidak jauh daripada Haflin.

Seketika, Haflin dapat menangkap gelak tawa ibunya.

Dia mendesis.

'How fake...'

Haflin mengerling Haziq di dalam diam. Wajahnya masih cemberut, tidak berpuas hati akan sesuatu. Seolah menahan kentut pun ada.

"Miss Haflin, where is your uncle, Tengku Syed Zulkaddir?" tanya Zayn pula.

"He isn't in this state." balas Haflin sesingkat dan semalas yang mungkin.

Zulkaddir memang bukan berada di negeri ini. Dia berada di Johor kerana syarikatnya di situ.

Mata Haflin terpandang pada Saleha yang sedang memanggil dirinya.

"Pardon, but I need to go."

Dia terus berlalu meninggalkan Haziq dan Zayn bersendirian.

Zayn memandang Haziq yang masih menayang wajah bengang. Tersenyum sinis Zayn.

"Qai?"

Haziq kelihatan tersentak. Terus air mukanya berubah mendadak.

"Siapa kau? Berapa banyak yang kau dah tahu? Jawablah, setan!" Bertubi-tubi soalan terpacul pada bibir Haziq. Wajahnya sudah merah padam kerana marahnya sudah mencecah maksima.

Walaupun ton Haziq meninggi, orang ramai tidak kalih memandangkan suasana di Grand Royal Hall terlalu hingar-bingar dengan bunyi muzik dan suara orang bercakap.

Zayn tersenyum sinis. Dia menggoncangkan gelas kacanya yang berisi air anggur.

"It just a wild assumption, but now, I'm pretty sure my guess is correct." Yakin Zayn bersuara dengan nada sinikal yang tidak pernah lenggang dengan dirinya.

"Kau prefer mati kena belasah ke mati kena tembak?" Keras Haziq mengugut. Bengang.

Zayn tergelak halus mendengar bicara Haziq. Tetapi kedengaran cukup sinis di telinga Haziq.

"Memang kena betullah dengan personaliti kau." ujar Zayn dengan sisa tawanya yang masih tidak jeda.

"Kau—"

"Good evening everyone!!"

Suara pengacara majlis memenuhi setiap ruang dewan tersebut. Serta merta tetamu yang hadir turut diam dan memberi fokus kepada pengacara majlis.

Haziq menjeling Zayn. Tajam. Kemudian dia terus berjalan pergi.

Zayn tersenyum sinis.

"As a beginning of our event, I would like to invite a talented magician. Please give it a round of applause to 'The White Witch'!"

Tepukan gemuruh mula menghiasi dewan. Para tetamu hanya diam memerhati pentas yang masih kosong.

Tiba-tiba sahaja lampu dipadamkan. Keadaan menjadi amat gelap sehingga mereka semua kecoh.

Tak semena-mena spotlight terpasang di atas pentas. Di bawah spotlight itu, kelihatan seorang gadis berambut perang keemasan yang memakai topeng ala masquerade bersama gaun putihnya sedang berdiri di atas pentas.

Haflin yang duduk di barisan hadapan bersama Saleha terkedu saat matanya dan mata 'The White Witch' itu berpaut.

Biru...

Athanasia?

The White Witch menyungging senyuman lebar.

"So, shall we start the game?"

Sorakan hangat daripada tetamu membuatkan ahli magician itu melebarkan senyumannya.

Dia mengeluarkan kad pokernya.

"I need a volunteer." ucap ahli magician itu pendek.

"Me!"

"Let me!!"

"I want!!"

Semua orang berebut-rebut ingin naik pentas menjadi sukarelawan.

"The lady in blue dress over there,"

Dia menunding ke arah seorang gadis berpakaian gaun biru. Serta merta semua orang kalih melihat gerangannya termasuk Haflin.

Spotlight juga dihalakan kepada gadis bergaun biru.

Haflin terkedu.

E—Ellyana?

"Please come to the stage."

Dari jauh, Muuna yang kelihatan teruja sedang menolak-nolak Ellyana yang tampak berat hati.

Dengan berat hati, Ellyana naik ke atas pentas. Magician itu memasangkan mikrofon pada Ellyana.

"Can you please shuffle the cards?"

Ellyana mengambil kad-kad yang diserahkan kepadanya.

"I will look away, so you can't call me a cheater right?" Magician itu tergelak.

Para tetamu juga turut terhibur. Macam tahu-tahu je.

Magician itu kalih ke sebelah kanan sekali gus membuatkan dia membelakangi Ellyana. Dia juga memejamkan matanya.

Ellyana shuffle kad itu dengan agak laju tetapi sedikit cemerkap.

"Are you done?"

"Em, done!"

Dia toleh menghadap Ellyana semula. Dia meminta kad-kad itu semula.

"Okay, so now. Miss, I want you to pick six cards, randomly."

Mengikut arahan, Ellyana mengambil enam kad secara teliti. Magician itu turut kalih ke sisi, tidak mahu dituduh intip.

"Okay done."

"I'm gonna turn behind, and you shall throw these cards randomly to the audience. The audience who get these cards must hide it from me." Magician itu memberitahu rencananya.

Ellyana mengangguk mengerti. Kemudian magician itu terus pusing ke belakang.

"Tell me when you're finished!"

Ellyana melempar satu-persatu kad kepada para tetamu. Salah satu kad yang dilempar kebetulan selamat berada di tangan Haflin.

Haflin mengerling kad yang dipegangnya.

Ace, huh?

"White witch, I'm done." ujar Ellyana gembira dengan senyuman manisnya.

Magician itu pusing ke arah Ellyana pula.

"My lady, can you please pick two cards?"

Magician itu menyua kad kepada Ellyana. Ellyana tanpa berfikir panjang dia mengambil kad di bahagian kiri sekali.

"Can you show the cards? To us?"

Ellyana menunjukkan kad kepada para tetamu dan magician tersebut.

"You picked six of hearts and queen of clubs. Well then, can you sign on the six of hearts card?" Dia menghulurkan pen kepada Ellyana.

Seperti yang disuruh, Ellyana menandatangan kad six of hearts itu. 

"Can you guys see? This is the card that have her autograph." Dia menunjukkan kad six of hearts yang memiliki tandatangan Ellyana kepada para tetamu. "I'll tear this card."

Magician itu mengoyak-ngoyak kad six of hearts yang mempunyai tandatangan Ellyana.

"Then, I'll put queen of clubs on this lady's hand. Please put your left hand to close it." 

Kad queen of clubs kini berada di tangan Ellyana. Dia menutup kad itu dengan tangan kirinya.

Senyuman lebar yang cukup sinis tersungging pada wajahnya.

"Now, I will guess the cards."

"The first card, is in that man's hands." Magician itu menunjukkan ke arah seorang lelaki bertuxedo yang berada di bahagian paling depan. "What's in your pocket? Three of spades?"

"Woa!!" teriak lelaki itu kuat, terkejut sambil melihat kad yang disembunyikan di dalam poket bajunya.

Three of spades. Kemudian dia tunjukkan kad itu kepada yang lain. Mereka semua tergamam.

"The second card should be at that lady in masquerade and pink dress!" Magician itu menuding ke arah wanita bergaun pink yang memakai topeng masquerade.

Wanita itu terkedu. M—Macam mana dia tahu?

"Is your card ten of diamonds?" Soalnya dengan senyuman.

"Hikk! Y—Yeah!"

Sekali lagi semua orang terkejut. Tepat sekali tekaan yang kedua!

"Hrmm... The third card? You, the girl with spectacles over there." Dia menuding ke arah gadis yang memakai cermin mata.

"Your card is five of hearts, right?"

"Eh, betullah!!"

Another perfect guess! Hebat betullah!

"This gentleman," Dia menunjukkan ke arah lelaki separuh abad. "Seven of clubs."

Lelaki itu mengeluarkan kadnya. Matanya terbuka luas.

Yalah!

"What a nice black dress, milady." Magician itu tersenyum sambil menuding ke arah gadis Inggeris yang memakai gaun hitam. "Your card is two of diamonds, right?"

"C—Correct!"

5 tekaan yang tepat! She's truly a magician!

"The beautiful lady in purple gown," Dia memandang Haflin dengan senyuman. Jarinya ditunding. "You got ace of spades, right?"

Haflin yang sedikit terkedu hanya mengangguk.

"Now, my lady," Magician itu kalih kepada Ellyana. "Can you show the audience the card that is in your hand?"

Seperti yang diarahkan, Ellyana menunjukkan kad yang dari tadi di pegangannya kepada para tetamu.

Mereka semua terkejut melihat kad tersebut. 

"Hah? H--How?!"

Ellyana yang pelik melihat reaksi mereka bertindak melihat kad tersebut.

Joker!!

Bagaimana kad joker ini boleh berada di tangannya sedangkan tadi di tangannya ialah queen of clubs?!  Berserta tandatangannya lagi! Padahal kad six of hearts yang ditandatangan tadi.

Temukan gemuruh menghiasi dewan itu.

"Wow, she's amazing!"

"How she did that?!"

"Is she a mind reader? Fortune-teller?"

Para tetamu saling berbisik, mengagumi persembahan The White Witch.

Magician itu hanya tersenyum.

"As for my last performance..."

Dia mengeluarkan sehelai kain putih kecil. Dia memusingkan depan dan belakang.

"It's empty right?"

Dalam sekelip mata, kain itu hilang digantikan dengan sekuntum bunga mawar berwarna putih.

"Wow.....!!"

Dia memetik jari dan dengan tangkas bunga mawar berwarna putih menjadi merah. Tetapi bukan sekuntum, bertukar menjadi kelopak-kelopak merah.

Para tetamu sekali lagi exclaim, tanda terkejut.

Dia terus membaling kelopak-kelopak itu ke pada para tetamu.

Yang ajaibnya, kelopak untuk sekuntum bunga menjadi banyak. Terlalu banyak sehingga ianya masih lagi tidak jatuh ke lantai. Malah, kelopak merah itu menjadi hitam.

Bergegar dewan itu dengan sorakan dan tepukan hangat yang gemuruh. Semuanya hanya untuk The White Witch.

"Thank you, everyone! Thank you!"

Haflin yang tidak terkesan dengan kelopak-kelopak hitam itu memandang The White Witch tajam.

Siapa kau, Athanasia?

_____

"White witch, wait!"

Magician itu berhenti saat Haflin menyuruhnya berhenti.

Haflin termengah-mengah berlari dengan gaun purple yang labuh. Dia memandang magician itu dengan renungan yang penuh tekad.

"Kau, Athanasia kan?"

Soalan itu membuatkan magician itu tersenyum.

"With just one, merely a simple glimpse, you knew I am Athanasia? Fascinating."

Athanasia menarik topengnya. Terserlah lah wajah jelita berserta sepasang mata berwarna biru.

"Siapa kau sebernanya? Apa motif kau?" Serius Haflin bertanya.

Awalnya, dia fikir Athanasia hanyalah seorang gadis biasa. Sekarang, dia perlu fikir dua kali dengan gelaran 'biasa' itu.

Athanasia melakar satu senyuman sinis.

"Apa kata kau try teka siapa aku?"

Haflin ketap bibir. Main tarik tali pulak!

"Ammara Haflin,"

Athanasia melangkah ke hadapan. Dia mendongak langit, memandang bulan. Kemudian matanya beralih kepada Haflin.

"Performance aku tadi, semuanya berkaitan dengan kau. Itu semua hint berdasarkan apa yang kau tak tahu yang berlaku dalam hidup kau. Be grateful, okay?"

Haflin terkelu. Berkaitan dengan aku? Hint? Apa yang aku tak tahu?

"And be careful tonight."

Haflin berfikir sejenak. Be careful tonight? Kenapa?

"Apa maksud—"

Athanasia sudah pun lesap. Hilang dengan sekelip mata.

Haflin masih gelisah.

Apa maksud dia?

Athanasia yang sudah berada di luar hotel memandang hotel lama.

"Aku harap dia faham hint aku."

Kemudian dia mengeluarkan beberapa keping kad tarot. Senyuman sinis terlakar pada wajah jelitanya.

The devil.

Death.

"Can she catch the devil, thus escape from death?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience