Chapter | 32

Romance Series 14589

Matanya yang dipejam rapat terus tercelik kembali. Dia hanya memandang siling putih yang dihiasi dengan chandelier, lama.

Ah...

Haflin memejamkan matanya semula dengan kening yang bertaut.

Aku tak boleh tidur.

Ini semua kerana kisah sebenar yang dirancang oleh Datuk Tengku Syed Zakaria dalam diam, malah tanpa pengetahuan anak-anak kandungnya pula itu.

Tiba-tiba Haflin terimbau perbualan tengah hari tadi.

"What if you are the real heiress?"

Haflin terkebil-kebil. Aku? The real heiress? Jenaka apakah ini?

"Haziq, tolong keluar."

Haziq yang sedikit teragak-agak terus beredar dari bilik.

"Apa yang—"

"I said 'what if'." pintas Zakaria dengan menekankan 'what if' sedikit kuat. Dia menghisap rokok paip miliknya.

Haflin berfikir sejenak. Bermakna, pewaris empayar Datuk Tengku Syed Zakaria iaitu Una Ninfofilua tidak ditentukan lagi. Mungkin Ellyana akan mendapat sebahagian daripada harta pusaka milik Syed Zakaria, tetapi belum tentu Una Ninfofilua akan diwariskan kepada Ellyana.

Dan, sekarang ini, abuelo sedang uji aku.

He is testing me. He wants to know what kind of person I am or am I qualified to inherit his position.

And I should make this loud and clear.

"I do not wish to hold such a heavy responsibilities on my shoulder. I'm afraid the company you work so hard on it will collapse if I were to manage it," ujar Haflin tegas.

Ya, aku tak berminat dengan harta, apatah lagi dengan Una Ninfofilua.

Aku tak tamak, aku sedar diri aku. Jadi, aku cuba tunjukkan dekat abuelo yang aku ni ada zero interest dekat harta dan syarikat.

"But you majored in business management right?"

Shoot!

Haflin terlupa perkara itu. Memang betul dia membatalkan penerbangannya ke UK. Memang Saleha mengamuk besar, tetapi dia tetap kena belajar jugak dekat Malaysia!

Haflin memandang tepat ke wajah tua Zakaria yang berkedut.

"Abuelo, are you forcing me to become your successor?"

"What do you think?"

Kepulan-kepulan asap dari rokok paip mula memasuki ke dalam rongga hidup Haflin. Dia menahan nafasnya, cuba menenangkan diri.

"Or perhaps you want me to become one of your chess pieces?" soal Haflin seakan dapat menebak apa yang bermain di fikiran Zakaria.

Zakaria senyum senget. Sebab ini dia sukakan Haflin, walaupun mereka tidak rapat. Haflin sangat pintar dan tepat dalam membuat spekulasi.

"Successor and chess piece... I don't think they're any different." kata Zakaria sambil tersenyum sinis.

Haflin mengetap bibir, menahan amarah. Dia cuba bersabar. No different? How heartless.

"But what kind of role do you want me to play? I don't think you want me to keep playing a 'bodyguard' role, right?"

Haflin mahu tahu. Apa tugasnya supaya dia boleh persiapkan diri.

"Be my successor."

Riak wajah Zakaria serius. Intonasinya cukup tegas, mengatakan dia tidak main-main.

Mata Haflin membuntang. Successor?! Real heiress?! Jadi itu bukan satu jenaka?!

"Then, what about El?" Bergetar nada Haflin apabila bertanya.

"A chess piece. My favorite pawn."

Dada Haflin berombak kencang apabila mendengar kata-kata itu. Chess piece? Pawn?!

"Abuelo, don't tell me you were using her this whole time, announcing her as a heiress, letting the whole world know purposely, just to lure the fishes to bite the pawn you prepared?" soal Haflin dengan reaksi tidak percaya.

Zakaria terkesima. Dia diam mendengar pertanyaan tidak diduga itu.

"Ammara, you are indeed witty and clever. As expected, my eyes are never wrong." Zakaria mengangguk-nganggukkan kepalanya.

Haflin tergamam. Raut wajahnya bertukar sayu.

"But she loves you, you love her too, right?" tanya Haflin seakan mendesak. Tolonglah jawab ya! Tolonglah!

"Ammara, if love can overpowered me, I wouldn't sit on this throne, this position. Just in order to achieve my goal, I have sacrificed many things. To get more power, I reluctantly, unwillingly have to sacrificed even my cherished ones." Nada Zakaria bertukar sayu di hujung ayat. Dia menunduk.

Haflin senyap. Ya, bukan mudah mahu membangunkan sebuah syarikat sehingga maju seperti sekarang. Una Ninfofilua tidak akan berdiri megah seperti sekarang seandainya Zakaria tidak membangunkan dengan cara yang remeh.

"Abuelo menyesal ke?"

Zakaria mengangkat kepala.

"Abuelo menyesal ke buat pilihan tu?" Haflin mengulang soalannya.

"Menyesal pun tak guna... Bukannya masa dapat diputar balik kan?" Zakaria tersenyum pahit. "Kalaulah dia masih hidup, pasti dah lama syarikat ni abuelo dah bagi dekat dia, dan kesemua harta ni, abuelo bagi dekat anak dia."

Terangkat kening Haflin. Siapa....?

"Ammara,"

Zakaria memandang Haflin. Bukan dengan pandangan dingin dan kering, tetapi kini lebih lembut. Pandangan itu seakan sarat dengan kasih sayang. Senyuman tipisnya juga sangat ikhlas dan manis.

Tetapi Haflin tahu.

Bukan dirinya yang dipandang oleh Zakaria dengan penuh kasih. Lelaki itu seperti sedang melihat 'orang lain' dalam dirinya.

"You resemble him so much...." bisik Zakaria perlahan.

Kan betul?

Haflin yang mendengarnya hanya buat-buat tidak dengar. Walhal  hatinya meronta-ronta ingin tahu . Him? Who?

"I will reconsider regarding this matter. But please be prepared and never let this conversation slip from you mouth. Understood?" arah Zakaria keras.

"Yes..."

Haflin melepaskan keluhan berat. Dia meletakkan tangannya ke dahinya dengan matanya yang terpejam.

Become the successor, huh?

Matanya terbuka kembali.

Never.

Aku takkan biarkan Ellyana berterusan jadi umpan. Aku takkan jadi pewaris.

Haflin bertekad. Dia kena buat sesuatu!

Haflin memandang jam antik pada dinding. Sinaran bulan daripada tingkap jendela membolehkan dia melihat jam itu walaupun samar-samar.

Dah pukul 3 pagi, tapi aku masih tak boleh tidur lagi.

Maybe taking a stroll around the garden can help me.

________

Haflin berjalan-jalan di La Flor Garden, taman di mana mereka melihat bunga-bunga indah dengan harapan dia akan mengantuk.

Dia memandang bunga-bunga yang jarang didapati di Malaysia satu persatu dengan sekali pandang.

Tetapi fikirannya tetap melayang-layang. Dia teringat kata-kata Zakaria.

'Kalaulah dia masih hidup, pasti dah lama syarikat ni abuelo bagi dekat dia, dan kesemua harta ni, abuelo bagi dekat anak dia.'

Siapa yang abuelo maksudkan?

Haflin mengerutkan dahinya sambil menunduk.

Ara, rather than worrying about pointless matter, why not worry about you becoming the inheritor?

Memang aku sebenarnya tidak punya hak untuk mewarisi harta.

Tetapi syarikat, lain.

Siapa-siapa sahaja boleh menjadi president Una Ninfofilua. Asalkan pewaris itu merupakan ahli keluarga Tengku Syed, dan juga dipilih oleh Zakaria sendiri.

Dalam erti kata lain, orang yang tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengan keluarga Tengku Syed juga mampu mewarisi pangkat tersebut. Asalkan pewaris tersebut merupakan anggota keluarga Tengku Syed serta dipilih oleh president sekarang, iaiu Zakaria sendiri.

Tetapi aku tak nak.

Aku tak nak jadi pewaris. Aku tak nak jadi president.

Inikan pula mahu menggadaikan nyawa Ellyana sebagai umpan. Hanya untuk menarik perhatian musuh-musuh Zakaria yang sudah lama bersembunyi untuk keluar.

Haflin memang tidak dapat percaya Zakaria sanggup memperjudikan nyawa cucu kesayangannya sendiri demi kepentingan sendiri.

Dia sudah agak.

Sesiapa yang menyandang pangkat president empayar tersebut, akan menjadi heartless.

They will become lonely, fight with the enemies alone. They will have a hard time fight in the endless battle, all alone.

Just in order to maintain that position, achieve unnecessary objectives, gain recognition from countless people, they suffer.

The way they see the world, will change definitely.

By the time they have everything, all those powers and assets will be pointless. Everything will appear to be so meaningless.

To the point, they started to regret their decision. And eventually, they will become lifeless.

Alive, still breathing.

But yet so lifeless.

I don't want that kind of life.

"Who's out there?!"

Haflin bersuara kuat setelah mendengar derap-derap kaki dari arah belakang. Siapa pula yang masih berjaga di waktu ini?

Dia kemudian kalih, mahu melihat siapakah gerangannya itu.

"H—Haziq!"

Haziq berjalan mendekatinya dengan wajah cemberut. Lebih kepada tidak puas hati sebernanya.

"Kau pun tak tidur lagi?" tanya Haziq memulakan perbualan.

"Kau nampak aku tengah sleepwalking ke sekarang ni?" bidas Haflin senada.

"Ai, kau ni ada juga aku tumbuk."

Haziq sudah berura untuk menumbuk. Haflin hanya tayang wajah poker.

Entah bagaimana mereka sudah berjalan seiringan. Bersebelahan di bawah cahaya bulan yang terang-benderang.

"Abuelo cakap apa tadi?" soal Haziq ingin tahu.

"Nothing peculiar about it,"

"Woi aku tanya kau elok-elok kan?!" Menyinga Haziq dengan jawapan separa ikhlas yang diberikan oleh Haflin.

Haziq menahan rasa bengangnya dengan mengepal penumbuk. Lagilah membuatkan dia mengamuk apabila melihat riak selamba Haflin.

Sabar! Easy! Calm down!

Never fight against women, right?

Itu prinsipnya.

Tetapi kalau wanita yang berperangai mintak penumbuk, tak menjadi masalah bukan? Lagi-lagi wanita itu sendiri juga punya pengetahuan dan kemahiran dalam seni bela diri.

Tiba-tiba derap langkah Haziq terhenti. Haflin hanya meneruskan langkahnya, enggan masuk campur. Dia hanya berjalan meninggalkan Haziq di belakang.

"Ara..."

Haflin tergamam. Matanya membesar. Langkahnya terhenti.

Suara itu... Intonasi itu...

Tak semena-mena Haziq menarik Haflin ke dalam dakapannya. Haflin terkesima dengan tindakan Haziq yang mengejutkan.

"A—Apa yang kau buat ni, Haziq?"

Bergetar nada suara Haflin menahan rasa gemuruh. Jantungnya berdegup kencang, bukan kerana malu, tetapi kerana rasa terkejut.

"Tolong... Sekejap je pun dah cukup..." rayu Haziq sayu. Intonasinya kedengaran lirih sekali di gegendang telinga Haflin.

Haflin mengacip giginya, bengang. Terus dia menolak tubuh Haziq kuat sehingga pelukan mereka terlerai.

Dia kalih melihat wajah Haziq yang terkesima itu. Raut wajahnya begitu sayu, seakan-akan terselit beribu kisah pahit yang tidak dapat diberitahu.

Tidak pernah lagi Haflin melihat wajah Haziq sebegitu.

"Tolong,"

Haflin berpaling semula.

"Tolong..."

Tidak endahkan Haziq, dia mengorak langkah keluar dari La Flor Garden. Terus larian Haflin diatur laju. Dia pergi meninggalkan Haziq keseorangan.

"Jangan pergi..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience