Chapter | 3

Romance Series 14589

"Tak jumpa El lagi ke?"

Tajul menggeleng. Begitu juga dengan Ashraff. Manik-manik peluh sudah membasahi dahi mereka. Walaupun didalam kedai ini, terdapat air-conditioner, tetap tidak mampu menandingi kepanasan saat berlari-lari mencari Ellyana.

Sudah satu kedai, mereka terokai! Batang hidungnya langsung tidak kelihatan! Dan orang ramai juga tidak nampak Ellyana!

Haflin mendengus sambil meraup kasar rambutnya. Tidak! Dia gagal melindungi Ellyana! Tiang dihadapannya ditumbuk kuat. Tidak diendahkan kepedihan.

Dimanakah janji dia kepada Ellyana? Janji dia kepada dad yang dia akan sentiasa jaga Ellyana?

Mana?!

BBUK!

Biar rasa sakit pada tangan dek kerana tiang digunakan untuk menjadi punching bag, rasa sakit pada hati lebih terasa peritnya kerana dia gagal melindungi dan mengawasi Ellyana!

Ashraff dan Tajul terpana melihat tumbukan yang diayunkan kepada tiang. Mereka menunduk. Menikus saat melihat api membara Haflin yang menyinga.

"Err.... Cari perempuan pakai baju biru ke?"

Mereka bertiga toleh memandang empu suara. Seorang perempuan bertubuh genit yang berhijab.

"Muka macam mat salleh? Muka dia tu macam muda sikit-sikit? Mata dia warna biru? Rambut diikat dua macam bunny?" Haflin menyoal bertubi-tubi. Kedengaran seakan rap sahaja. Laju betul pertanyaan itu meluncur pada mulut Haflin.

Si perempuan berhijab hanya mengangguk. Laju Haflin menerpa lalu mengenggam kedua-dua belah bahu si perempuan berhijab. Ketinggian perempuan berhijab itu lebih pendek daripada Haflin, sangat memudahkan Haflin untuk memaksa si perempuan berhijab bertentang mata dengan dia.

Perempuan berhijab itu meneguk-neguk air liur. Kaku. Terselit rasa takut dan cuak saat mata tajam milik Haflin merenung tepat ke arah matanya.

"Where's she?"

Bergetar suara Haflin menyoal. Tajul dan Ashraff hanya mampu melihat wajah ketakutan si perempuan berhijab. Keadaan Haflin masih belum stabil. Sehinggakan Tajul dan Ashraff pun tak berani nak campur tangan.

Nanti silap-silap mereka pula yang diherdik dan dijerkah oleh Haflin!

"Dia—Dia de—de—dekat.."

"Dekat mana?!!"

Terhinjut bahu si perempuan dek dijerkah oleh Haflin. Merah membara bola mata Haflin.

"De—dekat luar!"

Cengkaman pada bahu perempuan itu terus dileraikan. Bagai Usain Bolt, Haflin bergegas berlari menuju ke luar kedai. Diikuti dengan Tajul dan Ashraff yang turut terkocoh-kocoh berlari.

"El!!!!" Haflin menjerit sekuat hati. Tolong lah, El! Jangan buat akak risau!

"Akak!"

Satu laungan berjaya membuatkan mereka bertiga kalih kebelakang. Itu El!

"El!!"

Dengan tangkas bagaikan angin, Haflin menghampiri Ellyana. Lantas, tubuh itu didakap. Satu helahan nafas panjang dilepaskan.

"El pergi mana?! Risau akak!!" keluh Haflin memarahi tingkah si adik. Sengaja tahu buat saspens! Tahu kah El betapa cemasnya dia saat mendapati adiknya hilang?

"El pergi keluar jap. Tengok-tengok korang dah tak ada..." ujar Ellyana perlahan. Dia menunduk. Salah dia ke?

Haflin mengeluh. "Lain kali jangan buat lagi ye?"

Ellyana angguk. Aduh, kenapalah dad sita telefonnya?

"Cik El, Cik El tahu tak betapa cemasnya Cik Haflin tadi?" cerita Ashraff memulakan mukadimah. Ini lah pakej pak cik bawang yang ramai perempuan ingin jauhi. Tak ingin didekati!

Ellyana tarik sengih yang kian lebar. Bila pandang Haflin, Haflin pandang arah lain dengan memek muka serius. El tahu... Akak memang sayangkan El! Sayang akak!

"Sudah lah. El nak shopping apa lagi?"

Haflin melangkah satu tapak ke hadapan lalu toleh. Malas mahu melayan mukadimah Ashraff.

"El nak makan lah kak.. Lapar..." rengek Ellyana sambil mengusap-ngusap perutnya.

"Nak makan dekat mana?" soal Haflin.

"Food court!" jawab Ashraff dan Ellyana serentak. Tajul pula tersengih-sengih bersetuju. Yelah, dah food court ada pelbagai aneka pilihan makanan.

"Okay, Taj kau belanja!" Haflin mengarah menggunakan kuasa veto. Laju dia mara kehadapan meninggalkan Ellyana, Tajul dan Ashraff dibelakang.

Butang mata Tajul. Terkebil-kebil dia menunding ke dirinya sendiri.

"A—Aku?"

Ashraff tepuk kuat kepala Tajul. Dia ketawa berdekah-dekah. "Kau lah, siapa lagi?"

"Ash!! You too!" teriak Haflin yang sudah jauh didepan.

Giliran Ashraff pula untuk membeliakkan biji mata. Eikk... Aku pula yang kena?

Tajul menepuk-nepuk bahu Ashraff sambil terkekeh-kekeh ketawa. "Kita bayar half-half ye, abang botak!"

Ashraff buat muka tak puas hati. Dia pamer riak bengang. Dia mendengus. Ish, aku juga yang kena!

Saat mereka sedang bergelak ketawa, tiba-tiba datang pula dua orang lelaki menerpa kearah Ellyana. Mereka merentap kasar tangan Ellyana.

"Arghhh!!"

Spontan Ellyana menjerit terkejut. Dua orang lelaki itu cuba mengheret dia pergi.

"Cik El!!!"

Dua jejaka bodyguard membuka langkah cuba menarik Ellyana semula. Tiada lagi senda gurauan, yang tinggal hanya suasana saspens yang menanti.

Haflin kalih saat mendengar jeritan. Laju dia berlari ke arah Ellyana. Dengan sekelip mata, dia sudah sampai di belakang dua orang lelaki misteri itu.

Lantas, tubuh pemuda itu ditendang kuat oleh Haflin dengan technique 'flying kick'. Pemuda itu jatuh sekali gus melepaskan pegangan tangan Ellyana.

Ashraff pula bertindak merentap tangan pemuda yang masih tegak berdiri, cuba membawa Ellyana pergi. Ellyana berlari laju menyorok di belakang kakaknya.

"El, just stay behind me. Don't go anywhere!" Keras Haflin melontarkan arahan. Tiada langsung tanda-tanda bercanda.

Ellyana meneguk-neguk air liur. Rahangnya bergerak-gerak saat suara keras itu menerpa di cuping telinga. Dia pandang wajah Haflin. Membara mata Haflin sambil ligat memerhati Tajul dan Ashraff yang sedang membelasah mereka.

Tiba-tiba datang pula beberapa orang lelaki yang berpakaian sama seperti lelaki yang cuba menyerang Ellyana.

"Bilangan mereka bertambah!" teriak Tajul yang bersusah-payah melawan dua musuh dalam satu masa. Begitu juga dengan Ashraff.

Haflin dengan sepantas kilat menerpa ke arah mereka. Persis halilintar, Haflin menendang seorang pemuda yang mahu menumbuk Ashraff dari belakang.

Ellyana hanya menggigil ketakutan di situ. Dia tidak tahu apa yang dia harus lakukan. Dia tidak mempunyai pengetahuan tentang seni bela diri apatah lagi basic.

Bagai orang bodoh, dia berdiri terpaku. Memandang Haflin, Tajul dan Ashraff yang ligat berlawan. Otaknya tidak dapat berfikir buat seketika.

Menendang, menumbuk dan mengelak. Hanya 3 step yang dilakukan oleh Haflin. Semakin tercalar ego dan maruah dia andai dia tidak berjaya menumpaskan mereka. Dia black belt kut!

Orang jahat cuba menghampiri Ellyana, tetapi dihalang oleh Haflin. Haflin mencebik. Aku tak akan biarkan kau sentuh El!

Tak disangka, seorang lelaki yang tadi berlawan dengan Ashraff terus beralih ke Haflin. Dia menumbuk muka Haflin.

"Akak!!" teriak Ellyana terkejut. Dia cuba berlari ke kakaknya. Hidung Haflin berdarah!

"Back off, El!!"

Tengkingan Haflin membuatkan Ellyana mengundur kerana terkejut.

Haflin menggigit bibir menahan bengang. Dia menyeka darah dengan ibu jarinya, kasar sambil mencerlung tajam kearah lelaki yang baru sahaja menumbuknya.

Dengan tidak puas hati kerana dihalang, Ellyana menjerit.

"Akak! You're injured!"

"El, just go! Run! Faster!"

"Tapi akak—"

"Just run!!!"

Ellyana tersentak. Matanya berkaca-kaca. Dia menggeleng. Tidak! Dia tak mahu berlari meninggalkan kakaknya! Cukuplah sekali!

"Ash, bawa El lari. Aku dan Tajul akan handle diorang semua." arah Haflin keras.

Terus terhenti tumbukan Ashraff. Bergegas dia mendekati Ellyana.

"Kau boleh tahan, Taj?" soal Haflin.

Tajul tersenyum senget. Apa Haflin ingat dia tak lembik sangat ke?

"Now!!! Lari!!!!!"

Ashraff menarik tangan Ellyana lalu berlari laju meninggalkan yang lain walau kuat Ellyana meronta.

"Apa tunggu lagi? Kejar lah!!" Orang jahat melaung kuat.

Tajul memandang Haflin.

Panahan mata Haflin sungguh tajam persis burung helang di labuhan langit yang mahu memburu mangsa. Matanya sangat membara seakan api diletakkan dihadapan matanya. Sinaran mata itu penuh kebencian tersirat yang sangat mendalam.

Tajul terkedu.

You mess with the wrong person, bad guys!

Saat mata itu terpancar satu kemarahan yang membuak-buak...

You're dead.

Haflin mencampak tong sampah yang berdekatan kepada mereka semua.

"Now, Taj!!" jerit Haflin.

Semasa orang jahat dialihkan perhatian dengan sampah-sampah yang bertaburan, dengan cekap Haflin dan Tajul bertindak.

Orang jahat semua jatuh terjelopok tidak sampai sesaat.

Tajul tersenyum sinis. Baru betul! Haflin yang kuat telah muncul!

Haflin mengibas rambut panjangnya. Dia berjalan mendekati seorang lelaki yang terbaring. Dia duduk mencangkung. Dagu lelaki itu dicengkam.

"Siapa tuan kau?"

Diam.

"Cakap!!!"

Terhinjut bahu mereka dijerkah sebegitu. Lagi-lagi seorang perempuan. Dan perempuan itu yang berjaya menumbangkan mereka semua serentak.

Melihat kebisuan mereka, Haflin mengetap gigi. Kemudian, dia meludah tepat mengenai sebelah muka lelaki itu iaitu jalan tar. Dia berdiri.

"Fine. Kalau tak nak cakap, tak apa. Kita bincang dekat balai." Haflin sudah mengeluarkan phone berura untuk menelefon polis.

Tiba-tiba...

Satu van berwarna putih muncul. Dengan tergopoh-gapah orang jahat itu bangun berlari kearah van itu.

"Woi!!!!" jerit Haflin lalu berlari laju kearah mereka.

Mereka sudah masuk kedalam van. Pintu van cepat-cepat ditutup lalu van itu bergerak sepantas mungkin.

"Shit!!!"

Haflin meludah keatas lantai.

Dia meraup kasar rambutnya. Tong sampah besar warna hijau disebelah ditendang kuat sambil menjerit melepaskan geram.

"Cik...." panggil Tajul perlahan.

"Apa?!"

Bengang, Haflin merenung tajam wajah Tajul. Dia terlepas mereka! Apa lagi yang lagi teruk dari itu?!

"Nombor plat van tu..."

"Kau ingat?" Raut wajah Haflin bertukar.

Mengendur wajah Haflin saat Tajul menggeleng.

"Tapi nombor plat tu bukan dari Malaysia." ujar Tajul serius.

"Hah?!" Haflin terkedu.

"Itu nombor plat Thailand." sambung Tajul lagi.

Haflin melepaskan keluhan berat. Orang jahat kali ini ialah dari Thailand pula?

Tiba-tiba telefon Tajul berdering. Dia mengangkat. Air mukanya berubah. Sejurus meletakkan panggilan, dia bersuara.

"Cik Haflin..."

Haflin menoleh memandang Tajul, lemah. Apa pula kali ni?

"Puan Tengku Saleha dah sampai Malaysia."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience