Chapter | 6

Romance Series 14589

"Ara...."

Haflin tercari-cari suara itu. Di dalam tempat yang gelap dan kelam ini, begitu susah untuk dia mencari empu suara yang sedang memanggilnya.

"Siapa tu?"

'Siapa tu..'

'Siapa tu..'

Tiada sahutan melainkan suaranya yang bergema hebat.

"Ara..."

Sekali lagi, suara itu bergema didalam rongga telinganya. Suara yang sama... Nada yang sama... Rasa yang sama...

"Keluarlah!! Janganlah main-main!!" jerit Haflin sekuat hati. Dia paling pantang apabila dirinya dipermainkan, diperbodohkan. Lagi-lagi dia sangat takut dengan keadaan yang terlalu gelap ini! Mengingatkan dia dengan peristiwa yang mengerikan!

"Aku rindu kau, Ara..."

Suara itu kelihatan semakin mendekati Haflin. Jantung Haflin bagaikan tersentap. Mahu tercabut jantung Haflin tatkala mendengar bait-bait ayat tersebut. Malah, suara itu kedengaran seperti seseorang... Seseorang yang dia selalu menantikan.

"Ha—Haziq...?"

Suara Haflin kedengaran seperti tidak dengar sahaja. Sungguh perlahan. Sayup-sayup dia menyebut nama itu. Dengan penuh rasa dan kasih yang sudah lama dia semat didalam kotak hati yang dikunci.

Ya, hanya Haziq yang memiliki kuncinya.

Bayang seorang lelaki yang berwarna putih berkilauan sedang berdiri di hadapan Haflin. Haflin tergamam.

Wajah itu tidak dapat Haflin nampak. Wajah itu seakan kabur-kabur dengan warna putih dan silauan. Tetapi apa yang Haflin dapat lihat ialah si lelaki itu sedang tersenyum.

Dan senyuman itu... Seperti Haflin pernah lihat sebelum ini. Senyuman manis yang begitu menawan. Senyuman yang seperti dia rindukan.

"Haziq...."

Untuk sekali lagi, nama itu meniti pada bibirnya. Nama yang terlalu dia rindukan. Nama yang terlalu dia cintai.

Semakin lebar senyuman pada wajah lelaki itu.

"Aku rindu kau, Ara..."

Mengalir air mata Haflin tatkala mendengar suara itu. Luluh hati Haflin mendengar suara yang selama ini dia begitu impikan untuk mendengar.

"Aku pun... rindukan kau, gila.... Rindu sangat..." Teresak-esak Haflin menangis. Dia menutup wajahnya dengan kedua-dua belah tangan. Air mata mengalir di celahan jari.

"Bagus lah...."

Lelaki itu menguntum senyuman panjang. Senyuman yang mampu membuatkan Haflin tersungkur lemah.

"Mana kau pergi, bodoh?! Kenapa kau tinggalkan aku?! Mana janji kau?!" Jerit Haflin. Bergema hebat tempat itu dengan jeritan Haflin. Matanya sudah merah menyala dek terlalu banyak menitiskan air mata. Rasa yang sudah lama dia simpan akhirnya dapat dia luahkan.

"Aku minta maaf, Ara... Aku ada sebab..."

Senyuman lelaki itu mulai mengendur. Tetapi tetap dia mengukirkan satu senyuman tipis.

"Apa sebab kau?! Sebab untuk kau tinggalkan aku?! Sebab untuk kau mungkir janji kita?!" Tengking Haflin. Suaranya semakin meninggi. Berombak kencang dadanya menahan amarah.

Yang ironinya, kenapa dia tidak bencikan Haziq?

Lelaki itu masih tersenyum.

"Aku akan bagitahu kau nanti..."

"Yang paling penting, aku dah jumpa kau Ara."

Tiba-tiba bayangan lelaki itu semakin hilang. Kilauan-kilauan seakan terbang keatas.

"Ha—Haziq!!!" Haflin menjerit memanggil Haziq.

"Ara, apa yang aku nak kau tahu... Aku tetap cintakan kau... Ingat Ara. Walau apa pun yang berlaku, aku tetap cintakan kau."

"Ingat Ara."

"Walau apa pun yang berlaku,"

"Aku tetap cintakan kau."

"Tolong ingat, Ara."

"Haziq!!!!"

*

"Haziq!!"

Haflin terjaga daripada tidurnya. Tercungap-cungap dia mengambil nafas. Dia mengesat peluh yang merecik-recik di dahi.

Dia memerhati sekeliling. Bilik tidur yang gelap... Dia mengerling jam digital di atas laci sebelahnya.

2.14 a.m

So, it just a dream, huh?

Haflin mengeluh. Dia meraup-raup wajahnya. What a worst nightmare...

Tetapi kenapa?

Setelah 12 tahun dia menyepi, kenapa dia hadir di dalam mimpi aku sekarang? Setelah 12 tahun lamanya?

Tuhan...

Haflin melontarkan pandangan ke arah jendela. Kelihatan bintang-bintang sedang berkelipan menghiasi labuhan birai langit yang gelap.

Apa yang Kau cuba aturkan?

________

"Morning, Mak Leha." Ellyana seperti biasa menyapa Mak Leha yang sedang mengelap kabinet dapur.

"Morning Naly, Haifa." sapa Ellyana kepada dua orang pembantu dapur yang turut mengemas dapur.

"Selamat pagi, Tengku Ellyana." balas mereka sopan sambil menunduk.

Ellyana berbalas senyuman.

"Oh, morning kak!" Baru perasan, Haflin sedang duduk di atas kerusi sambil membaca buku.

"Hrmm... Morning..."

"Wow... Kenapa banyak sangat makanan ni?" soal Ellyana, terkejut. Dia terpana melihat makanan-makanan yang banyak lagi lazat sedang terhidang di atas meja.

Ellyana sudah pun duduk. Tangannya sudah mencapai sudu dan garpu, bersedia untuk menyerang.

"El, jangan makan lagi." tahan Haflin sambil menjeling Ellyana.

Ellyana membuat muka memek sedih. "Kenapa tak boleh makan lagi?"

"Erkkk... Tengku Ellyana tak tahu ke?" celah Haifa, si pembantu dapur yang sedari tadi sedang memasang telinga mendengar perbualan adik-beradik ini.

"Hah? Tahu apa?"

Ellyana bingung seketika. Any surprise element that I should know?

"Tuan Tengku Syed Zulkarnain pulang hari ni."

________

"Selamat pulang, Tuan."

Semua bodyguards menunduk, tanda hormat kepada Zulkarnain yang sedang keluar dari kereta Saga.

Mereka kan sedang bersembunyi daripada orang jahat yang mengancam nyawa Tengku Ellyana, sudah tentu kereta Saga ialah salah satu penyamaran yang bagus.

"Terima kasih semua." balas Zulkarnain sambil tersenyum manis. Dia menunduk kecil.

Sungguh berbeza dengan isterinya, Saleha. Tidak pernah mahu membalas ataupun senyum kepada pekerja. Hanya di depan Zulkarnain sahaja, dia pandai memakai topeng.

Zulkarnain berjalan masuk kedalam rumah agam itu.

"Dad!!!"

"Abang!!"

Ellyana dan Saleha berteriak pada waktu yang sama. Mereka berdua berlari memeluk Zulkarnain. Hanya Haflin berdiri kaku disitu tanpa sebarang perasaan. Tidak langsung menyambut kepulangan Zulkarnain.

"Welcome back, Dad!!" Ellyana tersenyum lebar menampakkan sebaris giginya yang putih berseri.

Zulkarnain mengusap lembut rambut anaknya sambil tersenyum.

"Abang ni makin gemuk lah sejak balik dari New Zealand!" usik Saleha pura-pura manja. Yang sebetulnya, dia mahu mengalihkan perhatian Zulkarnain.

Zulkarnain tersengih. Dia juga tidak sangka selama dia berada di New Zealand untuk sebulan, dia sudah makin berisi. Makanan di restoran halal tu dah sangat sedap, nak buat macam mana?

"El.. Dad dengar El kena attack dengan penjahat. Are you alright, sweetheart?"

Zulkarnain memegang tangan Ellyana. Saleha mencebik menyampah. Tak habis-habis El!

"El okay je lah, Dad. Akak tu yang—"

"Sebernanya kan Abang, Ara luka teruk sebab nak lindungi El. Siap kena bawa pergi hospital." pintas Saleha laju. Dia cepat-cepat memotong bicara Ellyana.

Haflin tersentak. Mom ni kan....

Zulkarnain beralih kepada Haflin. Dia mendekati Haflin.

"Ara, are you okay? Sakit lagi tak?" tanya Zulkarnain sambil nadanya berbaur prihatin.

Haflin terkedu. Dad.... Dia menunduk. Dia mengenggam erat tangannya. Dad betul-betul kisah tentangnya....

"Dad, Ara okay je. Lagipun, dah tugas Ara untuk pastikan yang El selamat." ujar Haflin ikhlas. Selagi dia masih bernyawa, dia akan menjaga Ellyana setiap masa.

"Memang itu tugas Ara. Tapi jangan sampai abaikan nyawa Ara sendiri. Ingat tu..." pesan Zulkarnain. Riak wajahnya tegang tanpa secalit senyuman. Menandakan dia betul-betul serius sekarang ini.

Haflin tersenyum perit. Dia mengangguk. Kasih Dad... Aku tak tahu macam mana aku nak balas apa yang Dad dan El buat dekat aku dan Mom! Tak akan aku mahu balas dengan pengkhianatan? Seperti yang Mom lakukan?

Tak, aku takkan buat macam tu. Aku bersumpah, selagi nyawa Ellyana menjadi buruan, aku akan menjaga Ellyana walaupun terpaksa memperjudikan nyawa aku sendiri!

Hanya dengan cara itu, aku dapat membayar semua perkara jahat yang Mom lakukan!

______

"Dad... Ada benda nak bagitahu. Penting sangat."

Zulkarnain tiba-tiba bersuara mematikan tingkah mereka yang baru sahaja mahu mula makan malam.

"Bad news or a good news, darling?" soal Saleha sambil meletakkan sudu dan garpu diatas pinggan semula. Dia tersenyum sinis. Kerana dia sudah lama tahu apa news itu.

"It is a good news. To El and us."

Ellyana tercengang. Dia menghalakan jari kearah dirinya. "El??"

"Apa dia, Dad?" soal Haflin dengan dinginnya. Dingin yang seperti biasa.

"Dad dah jumpa calon suami yang sesuai untuk El."

"What?!!"

Bukan Ellyana yang menjerit tetapi suara itu milik Haflin. Haflin yang menjerit.

"Dad, kenapa? El muda lagi kot!!" bantah Haflin sekeras-kerasnya. Dia tidak rela adik kesayangan terpaksa berkahwin dengan lelaki yang dia tidak cinta apatah lagi kenal. Ingat ini zaman 90-an ke nak kahwin paksa ni?

"Sebab Dad nak lelaki tu tolong jagakan El. Ara ni perempuan. Sekuat-kuat manapun Ara, tapi kalau Ara ni kaum Hawa, Ara tetap tak boleh jaga El sepanjang masa." Zulkarnain membalas. Tegas.

"Tapi Tajul dan Ashraff kan ada! Dad upah lah bodyguard lagi!" bidas Haflin. Dia tidak betah melihat adiknya diperlakukan sebegini. Sudah lah tidak mempunyai kebebasan kerana kebebasannya digantikan dengan harta, kemudian terpaksa bernikah dengan orang yang tidak dikenali.

Haflin mengerling Ellyana yang sedang berdiamkan diri. Ellyana hanya menundukkan wajah. Jangan risau El, akak akan tolong backup El!

"Tajul dan Ashraff bukannya mahram kepada El. Diorang tak boleh jaga El setiap masa. Dan upah bodyguard lagi akan mendatangkan keburukan. Kerana kita tidak tahu mungkin antara mereka ada yang merupakan spy. Dad tak larat nak siasat latar belakang bodyguard lagi." terang Zulkarnain panjang lebar tanpa secalit senyuman. Tegang.

"Sama juga lah macam calon suami tu! Mungkin Dad tak tahu, dia tu spy!"

"Dad dah siasat latar belakang dia. He's clean." ujar Saleha turut memainkan peranan.

Haflin ketap bibir. Mom!

"Mungkin dia reka—"

"Akak...."

Haflin kalih ke sisi. Terasa seperti tangannya dipegang.

"El tahu akak risau pasal El. Tetapi El tak nak susahkan akak lagi. Akak pun ada life akak sendiri." Ellyana tersenyum manis. Walaupun kelihatan seakan pahit. Ya, dia sudah banyak susahkan Haflin selama bertahun-tahun.

"Untuk itu, El terima cadangan Dad."

"El!!!" jerit Haflin bagaikan tidak percaya.

Saleha tepuk tangan sekali. "Keputusan telah pun dibuat. Nanti Mom aturkan pertemuan El dengan lelaki itu ye?" Dia tersenyum manis.

Ellyana hanya mengangguk kecil.

"Ara akan ikut." Tegas Haflin bersuara. Kalau Ellyana nak kahwin, okay dia boleh terima. Tetapi jangan ingat dia tak akan uji lelaki itu!

"Rasanya tak perlu kot Ara ikut. Sebab lelaki itu dah boleh jaga El." balas Zulkarnain.

"Boleh jadi dia tu sebernanya lembik dan pemalu. Tak tahu langsung tentang martial arts. Kalau ada penjahat datang, ha macam mana dia nak protect El?"

Zulkarnain mengeluh. Dia picit dahinya. "Ara, you think too much."

"Dad dah test dia dulu. And it is proven, that he is better than you in martial arts. He has black belt in Taekwondo, same like yours. But he also has some skills in Silat, Aikido, Jujutsu, Muay Thai and Arnis. So he is certainly are good in martial arts." kata Zulkarnain bersahaja.

Haflin gigit bibir. Ah, lelaki itu memang hebat. Dia cuma ada black belt untuk Karate sahaja.

"Akak, El okay." Ellyana tersenyum manis.

"Siapa lelaki tu, Dad?" soal Ellyana ingin tahu lebih lanjut bakal suaminya.

"Dia anak lawyer. And his father is my friend. Keluarga Tengku. That guy yang offer nak kahwin dengan El. Dia janji yang dia akan jaga El sampai akhir hayat dia."

Merona merah wajah Ellyana. Lelaki itu yang sukarela?

"Nama dia?" soal Ellyana lagi. Tiba-tiba hatinya meronta-ronta mahu tahu nama lelaki macho itu.

Haflin tidak endahkan perbualan mereka. Dia terus menjamu selera. Tiba-tiba kunyahannya terhenti saat satu nama disebut.

"Tengku Haziq Zafrel."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience