Chapter | 4

Romance Series 14589

Seorang wanita yang memakai sunglasses berjalan dengan penuh gaya dan anggun ke kereta mewah. Diiringi dengan dua orang bodyguard disisinya yang berwajah ketat dan berbadan sasa.

Dua orang bodyguard itu menarik luggage berjalan di belakang wanita itu. Sejak keluar dari pintu gate, mereka berdua yang menarik luggage milik wanita itu.

Seorang lelaki yang berdiri di depan kereta membuka pintu kereta tersebut.

"Selamat pulang, Tengku Saleha!"

Saleha tersenyum tanpa sepatah kata. Sinis. Senyuman yang sudah biasa terukir selama dia memegang title isteri Tengku Syed Zulkarnain. Senyuman angkuh terhadap kemewahan yang dimiliki.

"Din, Kamal, angkat luggage saya masuk dalam kereta." arah Saleha dengan riak lagak seorang bangsawan.

"Baik, Tengku!"

Persis mesin robot, mereka akur kepada arahan yang diberi oleh majikan. Walaupun mereka kurang menyenangi sikap majikan mereka, mereka tetap mengangkat luggage yang berat ke dalam kereta.

Kemudian, Saleha melangkah masuk kedalam perut kereta.

"Jalan."

"Errr.... Tengku..."

"What?!"

Saleha menjeling tajam Azmer yang duduk dihadapan. Orang suruh jalan, jalan je lah! Nama je driver! Azmer tersenyum kekok. Dalam hati, sudah memaki hamun majikannya. Garang bebenor!

"Pergi butik atau pergi ke villa?" Tanya Azmer. Senyuman kekok masih terukir. Biar tampak kekok, janji senyuman plastik terlakar. Kasi mesra sikit.

"Butik lah! Tu pun tak tahu ke, hah?!" tengking Saleha kuat.

Azmer tersenyum, menahan kemarahan. Mana lah dia nak tahu! Serius lah nak pergi butik selepas selamat mendarat ke Malaysia? Mana tahu jet leg lagi ke atau Tengku Saleha nak berehat ke. Ingat dia ni ahli nujum ke?

Saleha menetap di Finland selama 2 minggu 3 hari untuk menguruskan butiknya di sana. Maka, bersuka-ria lah pekerja-pekerja yang bekerja untuk Tengku Syed Zulkarnain dengan ketiadaan si singa!

Haihh... Begitu pantas masa berlalu... Keluh hati Azmer.

"What are you dreaming about?! Jalan lah!!"

Herdikan Saleha mematikan lamunan Azmer. Mer, kau sempat lagi berangan semasa korang sedang menyedut udara yang sama di dalam kereta? Gila!

Saleha mengeluarkan telefon pintarnya. Jari jemari pantas menari-nari di skrin telefonnya.

Azmer menggaru kepalanya. Errr... Macam mana nak cakap ye?

"Tengku... Err...."

Saleha mengetap gigi. Dia berdecit. Dia mengangkat muka.

"What do you want, huh?"

Tegas bicara Saleha. Dingin dan garang. Memang tak reti faham bahasa betul lah driver ni. Orang suruh jalan pergi butik tapi masih lagi tak bergerak keluar dari airport ni!

"Tadi pagi, ada orang jahat serang Tengku Ellyana. Tengku Haf—"

"Ara cedera?!" Laju Saleha memotong bicara Azmer. Reaksi garang sudah bertukar menjadi cemas.

"Ya...." Serba salah Azmer mahu menjawab.

"Mer, we're going back to the villa ." Saleha membuat keputusan. Saleha mengeluh kecil. Tak sangka kepulangannya ke tanah air disambut oleh berita yang mengejutkan.

"Baik, Tengku." sahut Azmer.

Dia memandu kereta mewah itu keluar dari kawasan lapangan terbang.

"Azmer, faster! Drive faster!!"

Raut wajah Saleha menjadi tegang.

Kepalanya ditolehkan menghadap tingkap. Pandangan dilontarkan menghadap luar. Satu keluhan berat dilepaskan.

Ara, bila Ara nak stop buat mom risaukan Ara?

_________

"Tolong tepi sikit, Izzah!!"

Izzah, pembantu rumah yang sedang menaiki tangga terpaksa memberi ruang untuk Ellyana menuruni tangga. Anak majikannya itu tampak tergesa-gesa.

"Tengku Ellyana, hati-hati!" Izzah menjerit kecil tatkala melihat Ellyana hampir tergelincir jatuh.

Mujur Ellyana sempat mengimbangkan badannya. Dia berlari laju menuruni tangga.

"Thanks and sorry Izzah!"

Dan Ellyana pun lesap dari pandangan Izzah. Izzah tersenyum tipis.

"Bik Tom, Mak Leha, betul ke mom balik hari ni?" sergah Ellyana ketika berlari melintasi ruangan dapur. 

Dia baru sahaja diberitahu oleh pekerja bahawa Tengku Saleha akan pulang hari ini!

Bik Tom dan Mak Leha yang sedang menyediakan masakan untuk makan malam tersentak. Mana taknya, Ellyana tiba-tiba sergah. Mahu terkena serangan jantung dua orang warga emas ini dek kerana terkejut.

"Ya, Tengku." jawab Mak Leha memandangkan dia yang paling dekat dengan Ellyana. Bik Tom yang sedap memasak hanya mengangguk, mengiakan sahaja.

Mana mereka tahu? Mudah. Penuh chat tentang kepulangan si 'singa' hari ini di group WhatsApp 'The Bawangs'. Group chat hanya untuk pekerja-pekerja Tengku Syed Zulkarnain.

Apa? Ingat Mak Leha dan Bik Tom tak ada telefon ke? Ingat mereka ini terlalu kuno ke? Jangan pandang orang sebelah mata tahu. Haflin sudah lama membeli phone kepada mereka berdua tanpa pengetahuan Tengku Saleha sendiri!

Kalau Tengku Saleha tahu, mampus Haflin dibuatnya! Mahu lagi, phone itu diberikan beberapa tahun yang lepas!

"Ouh, terima kasih!!"

Ellyana memecut laju meninggalkan ruangan itu persis Usain Bolt.

Bik Tom dan Mak Leha ketawa geli hati sambil menggeleng-gelengkan kepalanya dengan telatah Ellyana yang mencuit hati.

Ellyana gigit bibir. Tak nampak pun Haflin! Tadi ada aje tapi sekarang dah tak ada!

"Aaaarghhhhhh!!!!"

Ellyana berpaling ke pintu luar.

"Akak!"

Wajahnya menjadi biru. Akak kenapa? Kenapa akak menjerit?

Automatik dia berlari ke luar. Itu memang suara akak 100%! Adakah luka pada hidung dan tangan bertambah teruk?

"Akak okay tak—"

Jatuh rahang Ellyana melihat Haflin sedang menjerit. Jeritan itu bukan jeritan kerana kesakitan. Tetapi jeritan....

"Hyaaaarkkk!!!"

Haflin menyerang Tajul dengan pedang kayu dan Tajul berjaya menghalang. Ashraff pula menjadi pemerhati dan penyokong setia yang sedang duduk sambil menikmati popcorn.

Ellyana ternganga luas melihat adegan itu. Terkejut dia! Tak padan dengan cedera boleh lagi duel dua ekor ni?! Tak tahu ke mom nak balik?!

Ellyana menghampiri mereka.

Akak memang nak mati ke?!! Ellyana menjerit didalam hati.

Okay! I'm gonna stop all this filthy mess!

"Korang buat apa ni?" Ellyana menyoal sambil menyilang tangan. Raut wajahnya bertukar serius.

"Duel." jawab Ashraff selamba. Dia dengan penuh bersahaja mengunyah popcorn. Entah bagaimana dia boleh dapat popcorn pun Ellyana sendiri tak tahu!

"Go Tajul, go!! Defeat that old fatty woman!!" Ashraff bersorak teruja.

Ellyana pula terpana. Wow! Beraninya engkau cakap macam tu!

Haflin tersenyum sinis. Tajam renungannya kepada Ashraff.

"Apa.... dia..?"

Seakan aura kelam mengelilingi tubuh Haflin.

"Habis lah awak, Ash..." ejek Ellyana sambil menjelir lidah.

Ashraff mula kecut perut. Berubah air mukanya. Ash, you're doomed!

"Korang berhentilah—"

Ashraff menarik tangan Ellyana. Secara tidak langsung, Ellyana jatuh duduk bersebelahan dengan Ashraff.

"Ashraff!!" Ellyana memarahi Ashraff. Kenapa nak halang dia pula? Dia perlu hentikan kegilaan ini! Baru pagi tadi cedera kena serang dengan musuh, sekarang berlawan pula?

"Tengku, just enjoy the show." Ashraff tersengih.

"Urghhh!!!"

"Akak!!" teriak Ellyana saat melihat pedang kayu milik Tajul mengenai lengan Haflin. 

Haflin menyeringai kesakitan. 

Ellyana mahu berlari menerpa ke kakaknya tetapi dihalang oleh Ashraff.

"Ashraff!!"

"Tengku Ellyana, Tengku Haflin tak akan cedera macam tu je. She will fight back." kata Ashraff serius. Kemudian senyuman manis dikuntum. "Trust me."

CLANGGG!!

"Huh??"

Mereka memandang ke arah Tajul dan Haflin. Biji mata mereka terbuka luas. Mulut mereka ternganga. What?!

Pedang kayu kepunyaan Tajul telah dipotong menjadi dua. Dan automatik pedang kayu itu jatuh ke lantai menghasilkan bunyi.

Ashraff terlopong luas. Bulu romanya meremang. I got goosebumps....

Raut wajah Ellyana bertukar menjadi pucat. Fikirannya sudah tidak tentu arah. Impossible... Mustahil pedang kayu biasa dapat memotong pedang kayu yang lain!

Matanya terancap pada kakaknya, Haflin. Akak.. You're a monster....

Strong monster!

"Aha, as expected... I win!" Haflin tersenyum lebar. Smirk.

Tajul tersungkur memandang pedangnya yang sudah terbelah dua. Memang dia sudah arif dengan kekuatan Haflin. Tetapi dia tak sangka Haflin mampu memotong pedang kayu dengan pedang kayu!

Selama ini, memang Haflin mahir berlawan tanpa menggunakan senjata. Rasanya Tajul tidak pernah nampak Haflin berlatih dengan pedang. Kali terakhir dia nampak ialah 2 tahun yang lepas. Malah, Tajul yang lebih lama membesar dengan Haflin turut terkejut dengan kemahiran berlawan pedang Haflin.

Pedang kayu itu tak pernah akan kalah dengan musuh. Ya, pedang kayu itu sudah lama berada disisi Tajul. Dan hari ini, pedang kesayangannya musnah. Tumpas di tangan Tengku Ammara Haflin yang bersenjata pedang kayu!

"Ma—macam mana....."

Tergagap-gagap Tajul jadinya dek ketakutan. Menggigil badan dia menunjukkan betapa takutnya dia! Matanya masih tertumpu pada pedang miliknya.

"Huh?"

Haflin menyungging senyuman sinis. Senyuman sinis yang kian lebar ditayangkan.

"Don't think that a little rabbit can't defeat a big violent wolf." ujar Haflin masih dengan senyuman sinis. Nadanya berbaur sombong. Alah, bukannya selalu dapat duel dengan bodyguard ni!

"Bukan little rabbit tapi big mommy muscular yet fierce rabbit." perli Ashraff, berbisik. Dia mencebik-cebikkan mulutnya, tidak berpuas hati. Suaranya perlahan kerana tidak mahu Haflin dengar lah!

Ellyana tergelak kecil geli hati. Haihhh, Ash Ash... Sempat lagi kau kutuk Haflin ya?

Haflin mengalihkan pandangan memandang Ashraff. Tajam. Dengan senyuman sinis yang tersungging di bibir.

"Ash, you're up next."

Gulp!

Air liur diteguk. Ashraff membesarkan matanya tanda terkejut. Turn aku pula ke? Aku nak jadi supporter je!

"Err... Tak apa lah, Tengku. Saya jadi cheerleader je. Fighting, fighting!!" Ashraff bersorak kekok.

"C'mon. I don't expect that you will give up quickly before the game started." ujar Haflin selamba.

"Akak!! Enough lah!!" teriak Ellyana. Dia terus berdiri sambil merenung Haflin, sayu.

"Why, El?" tanya Haflin sambil mengesat peluh dengan sapu tangan yang baru sahaja dikeluarkan dari poket seluarnya

"Akak tahu tak mom akan balik hari ni?!" Ellyana bercekak pinggang. Tajam renungannya bak helang di biraian langit.

"Tahu."

Ellyana tergamam. Jawapan selamba yang memang benar-benar minta Ellyana ketuk kepala Haflin dengan hammer.

"Akak tak takut ke mom akan marah bila dia tahu akak dan Tajul cedera?" soal Ellyana. Moga jawapan Haflin akan bantu dia daripada terkena darah tinggi. Semuanya gara-gara Tengku Ammara Haflin!

"Tak."

Ellyana tepek dahi. Tolong lah kak! Serius lah sikit!

Haflin melabuhkan punggung duduk diatas kerusi. Air cocoa pahit digapai lalu dibawa ke mulut. Gelas itu disisip lembut pada hujung gelas.

Ah.... Nikmat...

"Urghh!!"

Haflin mendesis perlahan saat lengannya yang luka terkena bucu meja.

"Akak!!"

Laju Ellyana memecut meluru ke kakaknya. Dengan wajah yang pucat, dia memegang lengan kakaknya.

"Ash, bring me the first aid!!" Ellyana memberi arahan.

"Baik!!"

"Taj, you too. Sit down!" arah Ellyana

Tajul bingkas bangun perlahan-lahan lalu duduk bersebelahan dengan Haflin.

"Luka korang lagi teruk lah." komen Ellyana, risau tatkala membelek-belek wajah mereka berdua.

"Lain kali, jangan pandai-pandai duel kalau luka tak sembuh lagi!" sambung Ellyana lagak seorang kakak. Risau betul dia melihat Haflin dan Tajul. Luka Haflin tadi sudah dirawat. Tajul je yang belum. Degil sangat! Padahal muka tu biru! Lebam!

"Ash!! Kenapa lambat sangat?!" laung Ellyana, membebel.

"Coming!!"

Ashraff keluar dari rumah dengan membawa kotak rawatan kecemasan itu. Tiba-tiba kotak itu jatuh ke lantai.

"Ashraff!!" jerit Ellyana dan Haflin serentak. Kenapa bagi jatuh?

"T—Tengku Saleha!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience