Chapter | 5

Romance Series 14589

"El, El tak apa-apa ke?"

Pantas tangan Saleha menggapai tangan Ellyana. Ellyana terpana.

Jiwanya meronta-ronta mahukan belaian seorang ibu yang terlalu didambakan. Dan dia dapat rasakan. Kehangatan tangan seorang ibu. Ketulusan murni hati seorang ibu. Kelembutan intonasi dalam bicara seorang ibu.

Malah, Saleha terus sahaja menanyakan kondisinya, bukan kondisi anak kandungnya.

Semua itu membuatkan Ellyana terharu. Sebak.

"El... El tak apa-apa, mom." balas Ellyana. Dia tersenyum segaris.

"Akak dan Tajul je yang luka teruk." sambung Ellyana lagi sambil menjeling Haflin di sisinya. Sedari tadi, Haflin diam seribu bahasa, berdiri statik di sebelahnya.

Adakah akak tidak gembira dengan kepulangan mom? Hatinya berbisik.

Sejurus itu, pegangan tangan dilepaskan. Saleha lekas menghampiri Haflin.

"Oh my god, Ara!! Ara cedera teruk sangat ni!! Tak bawa pergi jumpa doktor ke?!" Saleha menjerit nyaring. Dia membelek-belek setiap tubuh badan Haflin, untuk memeriksa kecederaan yang dialami.

"Mom, I'm fine. Ara okay." ujar Haflin seakan tidak senang.

"Okay apa sampai muka luka, kaki luka, tangan luka?!"

Haflin mengeluh. Terpaksa tadah telinga mendengar bebelan ibunya. Dari dulu sampai sekarang, Mom tak pernah berubah. 

"Tajul! Ashraff!"

"Ya, Tengku!"

Kini, tajam mata Saleha menikam dua orang bodyguard dihadapannya. Yang pasti, renungan mata tajam itu bukanlah satu perkara yang baik.

Tajul hanya tenang tetapi Ashraff yang gelabah teruk. Maklumlah, Tajul kan lebih lama bekerja daripada Ashraff. Pasal itu Tajul boleh relax dan Ashraff yang gelabah!

"Korang ni tak buat kerja ke? Makan gaji buta ke ah?!" tengking Saleha sambil berpeluk tubuh.

Diam. Tajul dan Ashraff senyap. Tidak punya kuasa untuk melawan.

"Mom, bukannya salah diorang. Orang yang cuba cederakan El.... Sangat ramai, mom." Haflin cuba menenangkan Saleha.

Atas sebab ini, Haflin tidak menyukai kepulangan Saleha. Pasti dia akan menyalahkan Tajul dan Ashraff.

Dan itu bukanlah satu-satunya sebab kenapa Haflin tidak menyukai kepulangan Saleha.

"Tapi, Ara. Diorang kena tahu sebab mom upah diorang. Tak kan lah tak boleh nak handle the bad guys? Mom tengok Ashraff ni tak ada satu calar pun."

Ashraff teguk air liur. Pahit.

"Itu sebab Ara paksa Ash lari dengan El. Don't blame him, mom." bidas Haflin tenang. 

"And Tajul. Kamu dah lama bekerja di sini tapi still tak boleh beat the bad guys? How weak are you!"

"Mom.... Even Ara yang dah master Karate and pegang black belt pun tak dapat nak beat." bidas Haflin lagi.

"Sigh..." Saleha mengeluh sambil memicit dahinya. "I let you go this time." Satu jelingan tajam persis pedang samurai dihadiahkan buat Ashraff dan Tajul serentak.

"Go."

Satu patah perkataan yang simple. Tapi cukup membuatkan Tajul dan Ashraff angkat kaki beredar.

"Mom, tak baik salahkan Tajul dan Ashraff. They've done a really good job. El yang salah..." Ellyana menundukkan wajahnya.

Ya, semuanya salah dia. Andai dia tidak mewarisi harta Datuk Tengku Syed Zakaria, sudah semestinya dia tak akan susahkan semua orang!

"El, mind to leave us..?"

Ellyana angkat wajah. Pintaan Mom...

"Baik, mom."

Setelah memastikan Ellyana betul-betul pergi, Saleha terus memegang bahu Haflin.

"Ara tahu tak betapa risaunya mom?!"

Satu sisi mom telah pun muncul.. Desis hati Haflin, tenang.

"Mom, Ara cakap Ara okay kan?" Haflin menepis lembut tangan Saleha pada bahunya. Semarah-marahnya dia pada Saleha, Saleha tetap ibunya.

"Ara... Banyak kali mom dah pesan. Don't risk your life just to save Ellyana!! She doesn't even worth it!!" teriak Saleha tidak terlalu kuat. Suaranya hanya cukup orang didalam bilik ini sahaja yang dengar.

Haflin mengeluh. Another side of mom is coming out...

"Mom... I'm alright. I don't care about my life as long as El is fine. Mom tak risaukan El ke?" soal Haflin sambil memandang wajah Saleha. Walaupun dia sudah dapat mengagak jawapan Saleha, tetapi dia masih tetap berharap.

Berharap agar secebis hati Saleha masih ada rasa sayang terhadap Ellyana!

"Hah? El? Buat apa mom nak kena risau pasal dia pula? Dia bukan anak mom. Mom tak peduli pun kalau dia cedera ke mati ke. Eh... Kalau dia mati lagi bagus! Semua harta dia akan beralih kepada Ara!!"

Haflin tersentak. Beberapa saat kemudian, dia menundukkan sedikit wajahnya.

Mom... Mom tak pernah nak berubah!

"Ara tak nak pun semua harta ni, mom! I don't want it! Dengan kasih sayang Dad dan El, Ara mati pun tak apa! Asalkan Ara mati ketika melindungi El!" jerit Haflin sambil menggenggam penumbuk.

Dad.. El.. Mereka berdua sangat menyayangi Ara. Mereka berdua merupakan insan yang baik dan mempunyai jiwa yang tulus. Sanggup memberi Ara dan mom tempat berlindung.

Jasa mereka tidak terbalas. Terlalu banyak jasa mereka yang langsung tidak dapat dihitung dengan jari. Untuk itu.. Kerana itu lah Ara sanggup menjadi bodyguard tak berbayar kepada El!

Apa mom buta ke tidak dapat melihat kebaikan mereka?

"Apa yang Ara mengarut ni? Kasih sayang? Ara, wake up! We don't need love! We just need money to live! Ara jangan lupa sebab apa mom terima lamaran Zulkarnain! Sebab kita! Mom buat semua ni sebab Ara!" Saleha menggoncang kuat bahu Haflin.

Haflin gigit bibir menahan rasa.

Inilah sisi Saleha yang sebenarnya. Persis si ibu tiri Cinderella, dia pandai berlakon. Dia berselindung disebalik topeng untuk menutupi kejahatannya. Untuk menutupi keangkuhannya. Untuk menutupi rahsia hatinya. Untuk menutupi wajahnya yang terkandung 1001 muslihat.

"Mom! Dad dan El terlalu baik dengan kita! They gave us money. They gave us place to live. They gave us food and drinks. They gave us so much love. What else do you want, mom? Stop being greedy! Please! I'm begging you!" Haflin terus duduk melutut. Matanya dipejam rapat. Tangannya digenggam. Matanya berkaca-kaca.

Automatik Saleha duduk mencangkung. Meminta Haflin untuk berdiri.

"Ara, mom buat semua ni untuk Ara. Ara anak mom. Mom sangat sayangkan Ara. Ara tak nampak ke?" Sejurus melafazkan ucapan, Saleha terus memeluk Haflin.

Menitis air mata Haflin. Ya.. Sejahat-jahat mana pun ibu tiri Cinderella, dia masih punya hati. Dia masih sayangkan anak-anak kandungnya. Rasa sayang tidak akan pernah berkurang. Sanggup melakukan apa sahaja demi melihat kebahagiaan anaknya.

Haflin membalas dakapan tersebut.

Kerana itulah, Haflin sanggup mendiamkan diri dengan muslihat Saleha!

__________

Haflin berjalan perlahan-lahan masuk kedalam sebuah bilik.

Mata helangnya terancap pada barang-barang didalam bilik ini.

Pedang.

Bilik ini ialah tempat penyimpanan pedang-pedang yang berlainan. Sudah semestinya pedang-pedang itu mahal harganya. Pedang-pedang itu sebernanya milik datuk Ellyana iaitu ayah kepada ibu Ellyana.

Nak dipendekkan cerita, datuk Ellyana sangat gemar bermain pedang. Dia mempunyai koleksi pedang tersendiri. Setiap pedang mempunyai kisah dan sejarah. Dia mahu mewariskan semua pedang ini kepada Ellyana tetapi Ellyana menolaknya kerana dia tidak pandai dan tidak suka bermain pedang.

Jadi, datuk Ellyana menyerahkan semua pedang ini kepada Haflin.

Haflin membelek-belek setiap pedang. Dia terhenti pada satu pedang yang diletakkan didalam balang kaca.

Ini lah pedang yang datuk Ellyana suka dan selalu menggunakannya.

Walaupun tampak tua, tetapi pedang itu sangat cantik dan masih bersinar.

Haflin menghembuskan nafas lelah. Malangnya, usia datuk tidak panjang. Dia mati di Perak kerana sakit tua.

Kalau lah atuk masih ada, pasti Ara tak akan kesunyian.... Haflin memegang balang kaca itu.

Haflin sangat sayangkan atuk David. Ya, dia bukan orang Malaysia. Setelah bertemu dengan nenek Kalsom, dia masuk Islam.

Malah, Haflin lebih sukakan atuk David daripada Datuk Tengku Syed Zakaria.

Orangnya dingin dan beku. Setiap kata-katanya ialah arahan yang wajib dipatuhi dan tidak boleh dibantah. Mempunyai empayar yang kuat di negara Spain. Dia sukar didekati. Setiap arahannya ialah noktah iaitu muktamad dan tak akan pernah menjadi koma.

Haflin memejamkan matanya. Whatever, Ara.

Dia mendekati satu sudut. Pedang platinum diambil. Senyuman tipis terukir.

Ya, inilah pedang yang paling dia suka!

"El buat apa dekat sini?" Haflin bersuara tanpa memandang ke arah belakang.

Ellyana menelan air liur. Gulp! Macam mana dia tahu aku dekat sini?

"Wow! Hebatnya akak! Padahal El masuk tak ada bunyi pun! Macam mana akak tahu?" puji Ellyana sambil melangkah masuk kedalam bilik itu.

"Instinct." balas Haflin senada. Dia masih dengan pedangnya.

Ellyana mencebik. Hek eleh! Instinct lah sangat!

"El nak apa?" soal Haflin masih tidak toleh memandang adiknya. Ya, dia memang begini. Kadang-kadang caring, kadang-kadang sweet, kadang-kadang dingin. Itulah Ammara Haflin.

"Saja nak tengok pedang." Ellyana tersenyum girang sambil menunding kearah sesuatu objek. Tanpa melihat objek itu

"Tu bukan pedang tapi kerusi lah El."

"Hah? Ye ke?!"

Ellyana memandang ke sudut itu. Eh, mana ada kerusi! Pedang lah!

"Mana ada—"

"Ya, akak tipu El." balas Haflin senada. Seolah-olah tidak ambil kisah.

"Akak!" Ellyana menjerit geram. Ish, mana tak geram!

Haflin meletakkan pedang kesukaannya. Kini, matanya tajam menikam mata Ellyana. 

"You're not paying attention. You're not looking for swords. So what do you want?"

Dia tidak suka orang masuk kedalam bilik pedang ini. Malah, dia telah pun meletakkan password. Mungkin Ellyana masuk ke dalam kerana pintu terbuka. Dia tidak suka. Termasuk keluarganya sendiri.

Nothing special about this room except there's a lot of things that she hide.

Ellyana gigit bibir. Matanya melilau-lilau ke segenap bilik seakan mencari jawapan. Macam mana akak tahu? Ah, jawab je El! Think, El! Think!

"El bosan lah kak. Bukannya boleh buat apa-apa pun dalam rumah ni. Nak keluar, mom tak kasi. Duduk dalam rumah, boring! Nak main phone, phone dah lama kena rampas dengan dad!" jawab Ellyana jujur, terselit omelan disitu.

Haflin tersenyum tipis. "Dad buat ada sebab, El. El lupa ke penjahat tu dapat locate El dekat mana?"

Ellyana terdiam. Ya, itu semuanya salah dia. Dia kerap post gambar dia di media sosial. Akibatnya, penjahat sudah tahu lokasi dia!

Tetapi yang Ellyana musykil, setahu dia followers-nya hanya orang yang dia follow dan kenal. Lantas, bagaimana penjahat tahu lokasi dia?

Adakah....

"Akak! Jom bake something!" teriak Ellyana ceria. Tak dapat keluar, janji dapat rosakkan dapur pun jadi lah! Hatinya ketawa mengekek.

"Okay, okay.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience