Chapter | 28

Romance Series 14589

"Apa yang kau buat ni, Uwais?"

Dari jauh, lelaki yang bergelar Uwais toleh memandang empu suara yang menyeru namanya. Arif benar dia akan pemilik suara yang memanggil namanya dengan intonasi suara seperti itu.

"C-Cik Haflin!"

Bengis sekali riak wajah yang terpamer pada wajah Haflin. Dia mendekati Uwais dengan air muka yang mencerminkan perasannya sekarang.

Haflin berdiri di hadapan Uwais sambil merenung tajam lelaki itu. Kemudian, dia mengerling ke arah lelaki-lelaki yang berbadan tegap yang sedang duduk di atas kerusi.

Mereka semua yang berbadan sasa itu Haflin dia anggap sebagai bodyguard yang bertugas mengawal keselamatan bukan sahaja di Grand Royal Hall sahaja, tetapi jua di setiap penjuru kawasan Hotel Zel D' Adonis.

'Ramai,' desisnya.

Sangat ramai bilangan bodyguards. Malah, sudah mencecah belasan. Mungkin juga puluhan. Begitu ramai bilangan bodyguards yang diarahkan untuk menjaga dan mengawal Hotel Zel D' Adonis.

Tetapi, seorang pun gagal untuk tangkap penyangak itu dan lindungi Ellyana.

Dari ekoran mata Haflin, dia dapat melihat Tajul dan Ashraff sedang duduk di bahagian hujung sekali. Mereka kelihatan tersentak dengan kehadiran dirinya.

"Aku tanya kau, Uwais. Apa yang kau tengah buat sekarang ni?"

Soalan sama diulang kembali, ditujukan kepada Uwais yang bertanggungjawab terhadap setiap pengawal keselamatan. Pertanyaan sama yang diajukan, tetapi dengan nada yang berbeza.

Kalau tadi, intonasinya tinggi. Kali ini, intonasinya sangat perlahan tetapi amat menggerunkan.

"Saya sedang soal siasat diorang," jawab Uwais, sedikit gugup. Memang benar, dia diarahkan oleh Tengku Syed Zulkarnain untuk menyoal siasat semua pengawal keselamatan yang bertugas pada malam Ellyana ditembak.

Sudah menjadi norma. Kerana itu merupakan kerjanya sendiri.

Tetapi kenapa, Haflin tiba-tiba datang ke sini? Dengan membawa aura membunuh?

"Aku tak tahu pulak kau ni inspektor." Sinis sekali bicara Haflin. Kedengaran amat sarkastik di halwa telinga Uwais.

Uwais hanya tersenyum tipis mendengarnya.

"Tuan Zulkarnain yang arahkan saya untuk handle diorang. Kejap lagi, ada pihak polis akan datang." jawabnya tenang.

Haflin menghela nafas berat. Dia perlu berfikir secara rasional. Dia tidak boleh bertindak melulu tanpa asbab yang logik dan kukuh. Tidak seharusnya dia mengikut perasannya semata.

Mahu mengamuk dirinya tadi apabila mendapat khabar bahawa Tajul dan Ashraff yang merupakan bodyguards peribadi Ellyana turut sama dikurung di dalam bilik ini untuk soal siasat.

Masakan Zulkarnain alpa? Tajul dan Ashraff sudah lama setia di sisi mereka! Sangat tidak masuk dek akal mereka berdua turut tersenarai di dalam senarai saspek, bahkan turut dikurung.

Tetapi, dia tahu dia perlu bersikap tenang.

Kalau Ashraff dan Tajul memang tidam bersalah, maka, dia tidak patut berasa takut dan panik walau sekelumit.

Haflin melontarkan pandangan ke arah Tajul dan Ashraff. Dia merenung dalam-dalam wajah mereka.

Aku percayakan korang.

Jadi, tolong jangan hampakan aku.

Haflin terus berdiri di hadapan semua pengawal keselamatan.

"Berapa ramai bilangan korang ni?" tanya Haflin seraya bercekak pinggang.

Diam. Mereka langsung tidak menyahut pertanyaan Haflin, apatah lagi membalas renungan dia. Mereka hanya menundukkan wajah, tidak betah untuk bertentang mata dengan dia.

"Memang dad hired bodyguards yang bisu dan pekak pun," ujar Haflin, sinis.

"... Lapan belas.."

Membulat mata Haflin. Kemudian, dia berpeluk tubuh dengan senyuman sinis yang terlakar pada wajahnya.

"Wah, lapan belas? Ramainya! Sangat ramai dah macam angkatan tentera. Tapi sorang pun gagal kesan penyangak tu dan gagal lindungi El."

Tajam renungan Haflin kepada setiap pengawal keselamatan yang berada di hadapan dirinya. Mereka semua hanya diam membisu, sambil menundukkan wajah memandang lantai.

"Aku pun malas nak bazirkan tenaga dekat korang yang useless. Sebab El pun takkan pulih serta-merta kalau aku berleter dekat sini." kata Haflin sambil menjeling mereka.

Kemudian, dia toleh memandang Uwais.

"After kau siasat diorang, yang memang tak bersalah tu aku nak kau buang dia. We don't need that kind of useless people. Dan yang terbukti bersalah, bring them to me." ujar Haflin kepada Uwais, dingin.

Uwais mengangguk faham.

"Baik, cik."

_____

"Tak aci betullah! Kenapa Tìo Nan kurung Taj dengan Ash jugak? Dioranglah paling banyak tolong kita," ujar Muuna, tidak berpuas hati sambil silang tangan.

Haflin hanya diam sambil memotong buah epal.

Benar kata Muuna. Tajul dan Ashraff sudah lama berkhidmat dengan keluarga Tengku Syed. Terutama sekali Tajul, yang membesar bersama-sama dengan Haflin sendiri. Lantas, mengapa Zulkarnain mengurung mereka berdua sekali?

For safety purposes, huh?

"Erm, akak... I have some news for you."

Haflin putar bola mata ke atas. Muuna ni memang jadi tukang penyampai berita ke?

"Bad or good?"

Muuna menggaru keningnya yang entah gatal entah tidak.

"Not sure if it is good or bad for you. But..."

Mukhriz pantas memotong bicara Muuna.

"Abuelo dah tahu pasal El kena tembak."

Haflin tersentak. Abuelo Zakaria dah tahu? Cepatnya berita ni sampai ke telinga Datuk Syed Zakaria yang berada di negara Sepanyol.

Bad, definitely a bad news.

Kalau berkaitan dengan Abuelo Zakaria, sememangnya semua ialah bad news. Tak pernah good news.

Haflin bukannya membenci datuknya. Cuma dia sedikit janggal dengan datuknya. Sama seperti datuknya yang juga jarang bercakap dengannya, mereka sama sekali tidak pernah berada di dalam hubungan yang baik.

Memang mereka jarang bertemu. Setahun hanya sekali atau dua, itu pun kena berangkat ke Spain untuk bertemu. Saat mereka bertentang mata, hanya renungan expressionless dan motionless yang saling menghantar rasa.

Tidak pernah bercakap dengan nada yang lebih mesra dan affectionate. Berbeza pula dengan Ellyana yang sifat semula jadinya ialah manja dan periang.

Abuelo Zakaria lebih sayangkan Ellyana daripada cucu-cucunya yang lain. Dia sanggup menyerahkan separuh hartanya kepada Ellyana. Separuh harta itu jangan dianggap temeh, separuh harta kepunyaan Datuk Tengku Syed Zakaria boleh disamakan dengan separuh muka bumi. Gunalah banyak mana pun, tujuh keturunan tak akan habis!

Sayangnya kepada Ellyana menebal. Lagi tinggi daripada sayangnya kepada anak-anak kandungnya.

"Jadi?"

Mustahil Abuelo akan berdiam diri. Pasti dia akan cuba mencari dalang yang cuba membunuh Ellyana walau serumit mana pun. Atau dia akan menghantar lebih banyak bodyguard yang lebih kuat untuk menjaga Ellyana. Atau pun mengurung Ellyana?

Ah, Haflin sama sekali tidak boleh meneka apa yang berada di fikiran Datuk Tengku Syed Zakaria.

Tetapi, yang dia tahu, mereka semua akan 'mati' kerana gagal melindungi Ellyana.

"Dia suruh kita semua pergi Spain."

______

"Kenapa aku muncul?"

Haziq mundar-mandir berjalan di sekitar kawasan rumahnya. Raut wajahnya tegang. Fikirannya serabut. Dia buntu dan pelik.

"Apa yang buatkan dia marah?" soal Haziq sendirian sambil cuba memikirkan kenapa dia berada di sini.

Sudah lama dia berfikir, tetapi masih tidak ada jawapannya.

"Sebab Ghazi ke? Najmi?"

Ghazi dan Najmi. Dua orang manusia itulah merupakan musuh abadinya. Tidak pernah penat dalam usaha untuk atur plan membunuh dirinya.

"Apa lagi yang diorang buat sial?!"

Haziq terus berlari masuk ke dalam rumahnya. Dia menggeledah laci biliknya. Mana tahu si dia meninggalkan info-info yang dapat membantu dia.

Tetapi malangnya, satu pun dia tak jumpa!

"Si bodoh ni tak nak tolong aku ke?" marah Haziq bengang. Cubalah tinggalkan maklumat sebelum pergi. Ini tak, pergi macam tu je! Tup-tup, dia yang terpaksa ganti!

"Sebelum ni, Shah tak guna buat apa hah?"

Ketika berfikir tentang Shah, dia tiba-tiba teringat akan Zayn Mikael Arryan yang tahu tentang rahsia dia.

Tak semena-mena dia menjadi bengang. Amarahnya memuncak apabila memikirkan ada insan lain yang tahu tentang rahsia yang mereka mati-mati cuba sembunyikan.

"Shah pun mesti dah jumpa dengan faker tu." gumam Haziq berang.

Ya, faker. Lelaki bernama Zayn itu tidak habis-habis tayang senyuman palsu. Dasar hipokrit!

Curious pula dia apabila fikir Shah dan Zayn bertemu. Apa agaknya yang berlaku? Mesti mereka saling berbahas dan berbidas. Shah orangnya memang begitu.

"Tapi apa yang aku kena buat sekarang?!!" jerit Haziq geram sambil menarik-narik rambutnya.

Tiba-tiba dia terdiam. Seakan terkedu. Senyuman lebar terukir.

"Yes, aku dah tahu apa yang kena buat!"

_____

Matanya yang seakan berat perlahan-lahan terbuka. Silau. Membuatkan dia menyepetkan matanya dek terkena silauan lampu. Seketika dia merenung lama siling yang berwarna putih.

Hospital?

"El, you're awake!"

Muuna yang baru masuk ke dalam wad terus bergegas mendapatkan Ellyana. Haflin yang baru sahaja sedang terlentok dek kepenatan terus membuka matanya.

"El okay tak? El ada sakit dekat mana-mana ke? Nak akak panggilkan doktor?" Bertubi-tubi Haflin bertanya. Terpamer riak risau dan cemas pada air mukanya.

Ellyana hanya mendiamkan diri, masih mencerna apa yang berlaku terhadap dirinya. Saat dia cuba bangun, dia mendesis sakit.

"El, careful!"

"Nak akak panggilkan doktor tak?" soal Haflin risau. Melihat kondisi Ellyana, dia jadi tidak keruan.

Ellyana menggeleng lemah.

"Tak perlu,"

Ellyana cuba mencapai segelas air di atas meja tetapi Haflin terlebih dahulu mengambilnya.

"Minum pelan-pelan, El."

Lega tekak Ellyana yang sebentar tadi haus dan kering. Saat dibasahi dengan air, tekaknya sudah kurang rasa sakit.

"El tahu tak kami semua risaukan?!" Tanya Muuna meluahkan segala-galanya.

Ellyana tergelak perlahan. Melebih betul Muuna ni...

"Tidur sehari je pun," balasnya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya dengan senyuman tipis di bibir.

"Sehari kepala otak udang kau! Empat hari! Mana kami tak risau?!"

Mata Ellyana terbeliak luas. Mulutnya melopong dengan mata yang tidak dikerdip walau sekali.

E-Empat hari?! Lamanya!

Ellyana gigit bibirnya yang kering. Patutlah dia berasa lapar sangat ni. Rupanya, dia sudah tidur selama empat hari. Tetapi, sungguh dia tidak jangka yang dia sudah tidur selama 4 hari.

"El..."

Ellyana toleh memandang kakaknya.

"Ya?"

"Maafkan akak, El. Akak gagal lindungi El." pinta Haflin, sayu dengan kepalanya yang ditundukkan. Dia memejamkan matanya menahan rasa.

Ya, dia gagal. Dia gagal untuk tepati janji dan ikrar yang dia buat 11 tahun yang lepas. Dia gagal untuk lindungi dan jagakan Ellyana. Dia gagal menjadi pelindung yang sempurna buat Ellyana. Dia gagal.

"Akak, janganlah macam ni. Akak dah lindungi El dengan baik dah pun. Lagipun, El okay jelah." balas Ellyana sedikit meleret. Dia tidak suka kakaknya menyalahkan dirinya sendiri. Bukan salah kakaknya, dia tercedera dan kakaknya tidak patut meletakkan salah di atas bahunya sendiri.

"Akak mintak maaf, El. Tapi akak takkan biarkan kejadian ni berulang lagi. Akak janji akan jagakan El. Selagi akak masih bernafas, akak akan lindungi El dengan sepenuh kudrat." ucap Haflin dengan nada yang amat serius.

Ellyana mengetap bibir, menahan sebak di dada. Terus dia memeluk satu-satunya kakak yang dia ada dan sayang sepenuh jiwa. Tak semena-mena air matanya bertakung.

"T-Terima kasih akak! El sa-sayang akak!" tutur Ellyana tersedu-tersedan.

Tangisannya pecah jua akhirnya. Air matanya mengalir membasahi pipinya. Teresak-esak dia menangis sehingga bahunya terhinjut-hinjut.

Sungguh, dia sungguh terharu!

Haflin membalas dakapan tersebut. Dia memejamkan matanya rapat.

"Akak pun sayangkan El, sangat-sangat."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience