Chapter | 26

Romance Series 14649

Hint?

Apa yang Athanasia cuba beritahu aku? Apa hint yang dia tunjukkan tadi?

Card poker, roses.

Apa klu yang terselit di dalam persembahan Athanasia tadi?

"Lin, where is your mind wandering at?"

Teguran Mukhriz membuatkan Haflin tersentak. Dia pandang Mukhriz dengan sedikit malu. Obvious sangat ke?

"Nothing. Erm, kau dah habis sembang dengan client Tío Dir?" tanya Haflin sekali gus mengubah topik. 

Selepas tamat sahaja persembahan The White Witch, Mukhriz berlalu pergi untuk bersembang dengan client Tengku Syed Zulkaddir, ayah Mukhriz sendiri. 

"Kalau belum habis, takkanlah aku datang sini." jawab Mukhriz dengan nada sarkastiknya.

Haflin hanya menjeling Mukhriz tajam. Loyar buruk tu simpan next year boleh tak?

"Muuna mana?"

"Tu,"

Mukhriz menjuih mulut ke arah Muuna yang sedang menari dengan seorang lelaki mengikut rentak, irama muzik.

"Look at her, having fun with a stranger."

Haflin tersenyum. Abang apa yang tak risau akan adiknya yang menari dengan orang yang tidak dikenali? Apatah lagi, lelaki kacak. Mestilah Mukhriz tergugat, tercabar maruahnya.

Dia hanya menyumbat kek red velvet ke dalam mulutnya.

"Secocok kan?"

Haflin mengangkat kepala memandang Mukhriz yang hanya melihat pada satu arah. Dia turut kalih melihat ke arah itu.

Haflin terkedu. 

Haziq dan Ellyana?

Haziq dan Ellyana turut menari mengikut melodi. Gerakan mereka begitu halus dan lembut, seakan kedua-dua mereka memendam rasa yang sama.

"El nampak comel, like a princess. Cinderella, perhaps?" puji Mukhriz.

Ya, Ellyana memang cantik. Dengan bergaun biru, serta dandanan rambut, Ellyana memang persis Cinderella.

"If she is a Cinderella, then what am I? Cinderella's evil stepsister? Anastasia and Drizella?" Sinis Haflin menyoal.

"Nope, you're not." Mukhriz menggeleng perlahan. Senyuman tipis terukir. "You are far way more beautiful than Cinderella's stepsisters. Even more glorious and gorgeous than Cinderella herself."

Ellyana memang cantik. Tidak dinafikan, malam ini Ellyana ibarat puteri dari dunia fantasi. Tetapi mekap, dandanan rambut serta gaun biru itu yang menyerlahkan Ellyana.

Lain pula bagi Haflin. Wajahnya yang sememangnya jelita hanya ditempek mekap yang tipis dan ringan. Dandanan rambutnya kelihatan simple tetapi sungguh cantik. Gaun ungu gelap juga nampak biasa-biasa tetapi kerana Haflin yang memakainya, gaun itu turut menyerlah.

"Wow, you complimented me as easy as breathing." balas Haflin senada dengan senyuman menyindir.

"Tak, aku malu sebernanya."

Mukhriz menutup mulutnya dengan tangannya sambil melontarkan pandangan ke arah lain. Telinganya menjadi merah. Amat merah.

Haflin tergelak kecil. Mukhriz... Kau memang macam budak-budak!

"Tapi serius, Lin. Kau memang cantik sangat malam ni." kata Mukhriz sedikit malu sambil memberanikan diri merenung Haflin dengan renungan redup.

"Cantik? Thanks to my maid's help. She have a great make up skill. She changed me into a totally different person that even I also can't recognize myself!" Haflin ketawa halus.

"Lin, kau sedar tak kau tengah pakai light make up je? Maid kau tempek light make up je dekat muka kau, tonjolkan kau punya natural beauty." beritahu Mukhriz jujur.

Haflin rolling eyes. Whatever.

"Shall we dance, my lady?"

Haflin terpesona melihat Mukhriz melutut di hadapannya bersama tangannya yang dihalakan dengan penuh gaya dan hormat.

"Apa yang kau tengah buat ni? Bangunlah!" arah Haflin sambil pandang sekeliling. Dah kenapa banyak mata memandang? Menari jelah, tak payah pandang kami!

"Not until you accept my proposal." balas Mukhriz serius.

Haflin tepuk dahi sambil mengeluh. What are you? A child who just reached his rebellious and puberty stage?

"Fine,"

Haflin menyambut huluran Mukhriz. Dia tersenyum. Haih, Riz ni memang mengada kan?

Terus mereka berjalan dengan penuh irama di bawah chandelier mewah. Mereka menari mengikut melodi muzik romantis yang dipasang.

"Eh, kau tahu menari?" tanya Mukhriz terkejut.

"Kau tak sure aku tau menari ke tak, tapi kau masih nak ajak aku menari? Kau pasti ke dalam kepala kau ada otak?" balas Haflin cukup padu. Sinis sungguh bicaranya sehingga Mukhriz tergelak.

"Kau nak tengok amatur menari tak?" soal Haflin, tersenyum. Melihat Mukhriz ketawa, hatinya seakan panas seketika.

Mukhriz kulum senyuman. Seakan sudah mengetahui Haflin punya rancangan tidak baik.

"Silakan,"

PAPP!

"Oww!!"

Mukhriz mengadu kesakitan apabila Haflin memijak kasutnya. Ironinya, mereka masih teruskan menari biar pun Mukhriz menyeringai kesakitan. Di mata orang lain yang melihat mereka berdua, Haflin dan Mukhriz kelihatan seperti sedang bermesra walhal hakikatnya, jauh sekali daripada tanggapan tersebut!

Haflin tersenyum puas. Hmph, padan muka!

"Kasut kau tu diperbuat daripada apa? Batu?" tanya Mukhriz, sinis.

Sakit betul kakinya! Kalau dia tak pakai kasut, agaknya confirm kakinya berdarah-darah tanpa henti.

"High heel's power."

Haflin tersenyum panjang sambil tayang wajah bangga. Tak sangka high heels yang selama ini dia pandang remeh mempunyai banyak kegunaan. Salah satunya untuk memijak kaki manusia yang tak bertauliah!

Mukhriz tayang wajah toya. High heel's power? 

Saat muzik sudah berhenti, para tetamu menepuk-nepuk tangan. Serta merta tarian mereka berdua turut berakhir.

"Riz, aku pergi minum air tau."

Haflin terus berlalu mengambil air setelah mendapat anggukan daripada Mukhriz. Dia menghampiri meja yang menghidangkan pelbagai jenis minuman. Air sky juice diambil lalu diteguk rakus bagi menghilangkan rasa dahaganya.

Muzik bertukar. Kali ini, muziknya lebih santai dan perlahan. Melodinya juga lebih romantis.

Tiba-tiba matanya terancap pada Haziq dan Ellyana yang masih menari.

Tak semena-mena hatinya menjadi sakit. Dadanya seakan terasa sesak.

'Ah, Ara... Tiada gunanya kau simpan perasaan ini. Lebih baik kau buang perasaan ini. Dia akan menjadi milik orang lain.' Hatinya berbisik sendiri, penuh sebak dan sayu.

Haflin melepaskan helahan nafas kuat. Ara, kau boleh!

"Alone?" 

Haflin kalih ke arah empu suara. 

'Zayn...' Hatinya mengeluh perlahan.

Kenapa lelaki ini sering menghampiri dirinya? Macamlah dia seorang sahaja yang lelaki ini kenal. Dalam banyak-banyak orang, dirinya juga yang selalu didekati. 

"Taklah, berdua." jawab Haflin senada sambil menghirup air di pegangannya lagi.

Zayn ketawa halus mendengarnya, barangkali menyangka Haflin sekadar bersarkastik dengan dirinya. Suara garaunya kedengaran amat macho bagi para perawan yang mendengarnya tetapi bukan pada telinga Haflin. 

Haflin hanya putar bola mata ke tepi. Betul apa, dia tidak keseorangan. Dia ditemani oleh Mukhriz. 

"Mr. Zayn, why are you here? Shouldn't you entertained your guests and clients?" tanya Haflin, geram. 

Tolonglah, bagilah aku rehat sekejap! Kenapa kau kena ganggu ketenteraman aku?!

"I am,"

Huh? 

Kemudian, dia merenung wajah Haflin, dalam. Renungannya sungguh redup seakan memendam beribu kisah dan rahsia. Ibarat renungan itu sedang menyimpan perasaan yang amat sukar untuk ditafsir. 

Haflin cukup terkedu. Apa..?

"You are my guest,"  kata Zayn sambil menyisip tepi gelas kaca lalu menghirup air anggur itu.

"I'm not your priority. You can be at ease and go entertain your another guest."

"But then you'll be alone."

"I am not. I already have my partner." ujar Haflin, sedikit berang. Lelaki ini tak faham bahasa ke? Jangan sampai tangan aku mendarat dekat perut kau!

Melihat Haflin yang intonasinya sudah bertukar keras, Zayn terdiam seribu bahasa. Riak wajahnya tampak terkedu.

Haflin menghirup lagi minumannya dengan kedua-dua belah mata yang terpejam rapat. Hmph, diam pun. Sekarang, pergi blah cepat.

"What to do?"

Ish, kenapa lelaki ni tak beredar lagi? 

"I only want to be with you, my only guest. My lady,"  ucap Zayn, menyambung kembali ayatnya yang sebentar tadi tergantung untuk seketika.

Berkerut seribu dahi Haflin. Keningnya bercantum dengan riak wajah yang terkilan. 

Gosh, that cheesy pickupline! 

"You must be a Romeo, Mr. Zayn. A ladykiller." kata Haflin dengan senyuman sinis. Dasar alligator! Mulut tu dah serupa tebu aje.

"But I'm not jesting."

Haflin terkedu melihat ekspresi Zayn yang tampak sangat serius. Lagi membuatkan Haflin terkelu saat Zayn menghantar renungan yang redup.

Ah, renungan itu..

"Mr. Zayn, can I talk to you for a minute?"

Seorang lelaki berumur separuh abad mengampiri Zayn. Zayn kelihatan sedikit tersentak sebelum memandang Haflin.

"Well then, I shall take my leave, Mr. Zayn. Pleased to meet you."

Sebaik sahaja menuturkan sebaris ayat itu, Haflin terus mengorak langkah meninggalkan Zayn. 

Saat berada jauh dari Zayn, Haflin menghela nafas panjang, lega. Mujur lelaki itu muncul di saat itu. What a perfect timing! 

Baru sahaja Haflin mahu mengatur langkah bergerak mencari Mukhriz, 

"Huh, Ash?"

Dia memegang bluetooth yang dipasang pada telinganya. Suara Ashraff agak sayup-sayup kerana muzik dan bicara para tetamu agak kuat.

"Ash, jaga kawasan luar hall."

Haflin memberi arahan kepada Ashraff melalui Bluetooth.

"Protect the princess. That's our propose." ujar Haflin serius.

Dia memandang Ellyana yang tampak gembira menari dengan Haziq, dari jauh.

Puteri itu.. Harus dilindungi.

"Sesiapa yang kau rasa curiga, tangkap dia. Bring him to me. Alive." arah Haflin keras.

Dia sudah terlebih dahulu memberitahu Zulkarnain akan tulisan berdarah di

Tiba-tiba matanya terancap pada cermin gelap. Dia tergamam apabila melihat pantulan senapang yang sedang diacukan kepada Ellyana.

"El, tunduk!!!" teriak Haflin kuat sambil laju berlari ke arah Ellyana.

BANG!! BANG!! BANG!!

Usai bunyi tembakan itu, kedengaran jeritan para tetamu.

Tiada lagi muzik romantis indah yang menghiasi malam itu. Tiada lagi tarian ballroom di bawah chandelier. Tiada lagi senyuman pada wajah para tetamu. Tiada lagi gelak tawa girang.

Sebaliknya, digantikan dengan jeritan ketakutan saat melihat satu tubuh tumbang dengan darah pekat yang mengalir tanpa henti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience