Chapter | 27

Romance Series 14589

"Excellent work,"

Dia menepuk-nepuk tangannya dengan senyuman sinis yang tersungging di bibir. Berita yang Az sampaikan memang membuatkan dirinya gembira.

"Kau rekod video tak?"

"Ya,"

Az terus menyerahkan iPad kepada si dia. Terpapar satu rakaman video pada skrin iPad yang menayangkan paparan di Grand Royal Hall.

Dia menongkat dagu dengan senyuman sinisnya yang kian melebar tatkala melihat rakaman tersebut.

"What a splendid act, indeed."

BANG! BANG! BANG!

Meletus tawanya saat kedengaran bunyi tembakan. Gelak tawanya memenuhi segenap biliknya.

"Aduh, lawaknya!"

Ya, memang kelakar. Apatah lagi apabila melihat satu tubuh tumbang dengan darah pekat yang tak henti-henti mengalir. Reaksi panik orang ramai turut membuatkan hatinya geli hati, tercuit dengan tingkah mereka.

"Az, kau tak rasa diorang bodoh ke?" tanyanya dengan sisa tawanya yang masih tidak surut. Dia menyeka air mata yang hampir menitis di birai mata dengan jari telunjuknya dek kerana terlalu banyak ketawa

Dia dengan sengihan sinis memandang skrin iPad yang memaparkan tubuh tumbang itu diangkat untuk dirawat. Dia menunding jari ke arah paparan skrin sambil tergelak kecil.

Bagi dia, mereka semua bodoh. Terlalu bodoh. Mereka tetap berkongsi perkara yang sama, iaitu kebodohan yang maksima.

"It's hilarious that they're so sure that my target is her. That kind of confidence is amusing," kata si dia sambil tergelak.

Az hanya membisu memandangkan dia sudah lama tahu siapakah perempuan yang dimaksudkan oleh bossnya dan apakah rencana yang telah diaturkan.

Tawanya tak semena-mena terhenti. Dia mengangkat kepalanya, memandang Az dengan riak wajah yang amat menggerunkan tanpa secalit senyuman sinis yang biasa diukir.

"Tapi kau dah hapuskan bukti kan?" soalnya dalam nada yang cukup menyeramkan sehingga bulu roma Az sendiri turut meremang.

"Yes, I've already destroyed all the evidences. Not even a single trace is left behind. So, please rest assure. Those cops will not be able to find the evidences." jawab Az serius, cuba meyakinkan bossnya.

"Good,"

Az menghela nafas lega, perlahan. Mahu tercabut jantungnya dek rasa gugup yang menggunung.

Si dia kembali melakar senyuman sinisnya. Dalam sekelip mata, riak wajahnya berubah mendadak.

As fast as flipping the pages.

"Buat apa aku bunuh korang? Tak seronoklah kalau macam tu..."

Dia menggeleng-gelengkan kepalanya sambil menongkat dagunya.

"Lebih baik aku buatkan hidup korang sengsara. Bermula dengan sakiti orang yang kau sayang."

Mata helang milik si dia terancap pada skrin iPad, tajam.

______

"Doktor, macam mana dengan anak saya?" soal Zulkarnain. Jelas terpampang reaksi gelisah dan risau pada wajahnya.

"She's quite fortunate. Luckily that bullet didn't hit her heart. Now, she's only unconscious."

Kata-kata doktor itu membuatkan mereka semua menghela nafas lega.

"When she will wake up?" tanya Mukhriz pula.

Doktor itu menggeleng perlahan.

"I don't know either. For now, let her rest. Awak semua boleh masuk dalam, tapi jangan buat bising. Her state is still unstable." beritahu Doktor itu.

Setelah doktor itu berlalu, terus mereka semua masuk ke dalam. Mereka memandang satu tubuh yang terbaring lemah di atas katil wad.

"El..." ujar Saleha dengan raut wajah sayu.

Dia mengusap lembut rambut Ellyana. Pandangan matanya kepada Ellyana yang masih tidak sedarkan diri juga sayu.

Haflin mengetap bibirnya. Kepalanya ditundukkan ke bawah lantai. Tidak sanggup dirinya memandang adik yang disayangi terlantar di atas katil wad, tidak sedarkan diri kerana dia.

"Ini semua salah Ara," gumam Haflin mendatar.

"Tak, Ara. Ni bukan salah Ara." balas Zulkarnain dengan segaris senyuman pahit. Dia cuba menenangkan Haflin kerana tahu gadis itu pasti akan mempersalahkan dirinya sendiri.

Haflin menggelengkan kepalanya berulang kali. Kemudian, dia mendongak memandang Zulkarnain.

"Ini salah Ara, dad! Kalaulah Ara perasan ada orang acu senapang ke arah El lebih awal, kalaulah Ara lebih cepat berlari ke arah El, kalaulah Ara lebih peka... Semua ni takkan berlaku! El takkan terbaring atas katil! Tapi El terluka juga disebabkan Ara, kelemahan Ara!"

Dia yang bersalah! Dia perasan senapang itu diacukan kepada Ellyana, tetapi dia gagal melindungi Ellyana! Padahal dia sudah lama berjanji untuk jagakan Ellyana... Ah, dia memang seorang kakak yang tak guna!

"Jangan salahkan diri kau, Lin. Ini bukan salah kau." ujar Mukhriz, tegas. Tidak menyukai Haflin berterusan meletakkan salah pada bahunya.

Zulkarnain dan Muuna turut mengangguk, menyokong kenyataan Mukhriz.

"Ya, Ara... Ni bukan salah Ara." Kata Saleha lembut dengan senyuman tipis.

Walhal Saleha sebernanya tidak kisah pun. Dia cuma mahukan Ellyana cedera, atau lebih tepat, mati. Kalau Ellyana tidak bangun buka mata lagi bagus.

"Benda dah jadi... Dan El pun tak apa-apa," Zulkarnain berkata, tenang.

"True! They just are too sly and cunning! Even the bodyguards that was assigned outside the hall couldn't detect their presence." ujar Muuna geram.

Macam manalah bodyguard-bodyguard yang diarahkan untuk awasi kawasan luar Grand Royal Hall gagal untuk mengecam penjahat yang cuba menembak Ellyana?

Gasp!

Mata Muuna membesar. Dia memandang Zulkarnain, Mukhriz dan Haflin dengan riak terkejut.

"Don't tell me...."

Mukhriz merengus kasar sebelum mengangguk. Dia kelihatan kusut.

"The one that shoot El, is among our people."

_____

"Penembakan berlaku di hotel Zel D' Adonis. Kau boleh bayang tak?" soal Zayn sambil merenung tajam lelaki di hadapannya.

Kekecohan dan penembakan berlaku di Hotel Zel D' Adonis sendiri walaupun sudah ada ramai pengawal diarahkan untuk mengawasi dan keselamatan turut diketatkan secara meluas.

Dia bekerjasama dengan Tengku Syed Zulkarnain dalam hal ini. Zulkarnain terlebih dahulu meminta pertolongannya agar sistem keselamatan untuk diketatkan.

Jumlah pengawal ditingkatkan, sistem keselamatan diketatkan, kawalan pergerakan pelanggan-pelanggan yang tidak hadir ke acara malam tersebut turut diawasi, dan bermacam-macam lagi inisiatif diambil.

Tetapi, penembakan masih tetap berlaku jua. Di bawah naungan dan kawalan dia sendiri.

Sehingga menyebabkan kekecohan dan kacau-bilau.

How bold...

Reputasi Hotel Zel D' Adonis dipertaruhkan dalam hal ini. Apakah pandangan orang ramai terhadap kejadian ini? Bukankah reputasi hotel ini akan jatuh merudum?

Itu yang membimbangkan seorang Zayn Mikael Arryan, selaku anak kepada president Hotel Zel D' Adonis yang menyandang jawatan vice president.

"Tapi bukan ni berlaku sebab kita tak minta bantuan polis ke?" tanya lelaki itu menyuarakan pendapatnya.

"Kau ulang balik..."

Lelaki itu terkedu melihat air muka Zayn yang bertukar dalam sekelip mata. Dia meneguk air liur yang terasa pahit, gugup.

"Maafkan saya, tuan!"

Lelaki itu menundukkan kepalanya, memohon maaf. Macam mana dia boleh lupa Zayn tidak sukakan polis? Malah, sudah di tahap benci.

Serta-merta senyuman sinis yang lebar tersungging pada wajah Zayn.

"Sejak bila aku pernah mintak bantuan polis ni?" soal Zayn cukup sinis. Terselit nada angkuh pada ayatnya yang diutarakan.

Lelaki di hadapannya hanya mendiamkan diri sahaja.

Ya, benar. Zayn tidak pernah meminta pertolongan polis, apatah lagi mempercayai mereka.

"Kau tak rasa terpaku ke?

Lelaki itu mengerutkan dahinya tatkala Zayn bersuara.

"Under my surveillance, there are still some stupid brats that are bold to commit such a foolish move. Destroying the CCTV, huh? How oldschool is that?" soal Zayn dengan senyuman sinis di bibir. Dia tergelak halus melihat taktik yang digunakan 'mereka'.

CCTV di dalam, baik di luar Grand Royal Hall sudah rosak. Atau lebih tepat, dimusnahkan dengan sengaja.

"Nampak sangat diorang tak buat research pasal hotel ni," sambung Zayn sambil ketawa perlahan.

Hotel Zel D' Adonis is not a high class hotel for nothing.

"Tapi, tuan, kalau pun kita berjaya restore CCTV balik, kita takkan dapat tengok rupa penempak tersebut dengan lebih jelas," beritahu lelaki tersebut.

"And that is why I am giving you this job,"

Berkerut seribu dahi lelaki itu.

"Listen here, you lad. There's plenty fishes in the sea. I can just replace you with another one that is not a simpleton."

Bergerak-gerak rahang lelaki itu. Dia menelan air liur yang terasa pahit. Dahinya sudah berpeluh-peluh. Gerun dia berhadapan dengan vice president Hotel Zel D' Adonis, Zayn Mikael Arryan.

"Such a wonderful opportunity, isn't it?"

"Indeed, a peculiar chance,"

Zayn tersenyum sinis mendengar ayat itu. Kemudian, dia membuka satu fail yang berwarna kuning.

"Ini list nama pengawal yang bertugas semalam. Aku nak kau siasat diorang semua, termasuk latar belakang, childhood diorang, even the simplest thing. Cari dan dapatkan semua maklumat." Tegas Zayn mengarah lelaki itu.

"Even Tengku Syed Zulkarnain's security guards?"

"Even them,"

Dia yakin. Tengku Syed Zulkarnain juga sedang menyiasat semua pengawal keselamatannya.

Zayn meneliti setiap gambar pengawal dan disertakan sedikit maklumat. Matanya jatuh pada dua gambar.

"Especially these two,"

Lelaki itu memandang gambar yang Zayn tunjukkan. Berlapis dahinya.

"Tajul? Ashraff? Diorang bukan bodyguard peribadi Tengku Ellyana ke?" tanyanya pelik.

"It doesn't hurt to be cautious, right?"

"Yes..."

Zayn memandang gambar Tajul dan Ashraff dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

Dia memicit dahinya.

Ke aku yang over sangat ni?

Kemudian, dia menyerahkan fail itu kepada lelaki di hadapannya.

"Understood? Clear?"

"Yes, boss! Crystal clear," sahut lelaki itu pantas secara refleks. Dia menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat.

"Now, scram."

Lelaki itu terus berlalu keluar dari bilik tersebut dengan tergesa-gesa.

Zayn menghela nafas lega. Dia menyandarkan badan pada kerusi.

Nasib baik.. Nasib baik bukan Haflin yang ditembak.

Masih segar di ingatannya jeritan Haflin. Nafasnya seakan terhenti apabila melihat Haflin mara mendekati Ellyana dengan senapang yang diacukan ke arah Ellyana.

Dia fikir, Haflin yang akan ditembak saat Haflin cuba menghampiri Ellyana. Tetapi, belum sempat Haflin mendekati Ellyana, tembakan telah pun dilepaskan.

Riak wajah Zayn bertukar sayu. Dia memandang handkerchief yang sudah lusuh.

Ah...

Dia memegang lembut handkerchief itu. Senyuman pahit terukir.

Mengapa ya pertemuan kita sering kali bermula dengan sebuah tragedi?

Mungkinkah pertemuan kedua kita merupakan suatu kesilapan? Apakah kita sememangnya tidak boleh bertemu lagi setelah pertemuan pertama?

Dia membawa handkerchief itu ke mulutnya. Dia memejamkan matanya rapat-rapat.

Tetapi aku tidak pernah menyesal mengenali kau!

Mengenalimu merupakan anugerah terindah dalam hidupku. Masakan aku bisa menyesalinya? Kehadiranmu membawa sejuta makna.

Kali ini, aku akan lindungi kau betul-betul! Aku akan jagakan kau!

Zayn menongkat dagunya. Senyuman sinis terukir pada wajahnya.

"Now, shall we catch the rats?"

______

"Kau ni tunang El yang ditugaskan untuk jaga El. Tapi kenapa aku rasa kau macam takde function?"

Haziq mengetap giginya apabila mendengar bicara Haflin. Dia mengepal penumbuknya.

Tersenyum sinis Haflin. Dia berpeluk tubuh sambil merenung Haziq tajam.

Bila difikir-fikirkan balik, Haziq yang berada bersama dengan Ellyana pada malam Ellyana ditembak. Kalaupun Haziq tidak perasan akan senapang itu, dia sepatutnya sudah tahu dan peka memandangkan Haflin sendiri sudah menjerit 'El, tunduk'.

Haziq, sebagai tunang Ellyana seharusnya menjaga Ellyana. Tetapi, lain pula jadinya.

"Apa gunanya jadi tunang El kalau kau useless bab lindungi orang? Memang kau datang sini sebagai dekorasi kan?" Semakin sinis dan sarkastik mulut Haflin berkata.

Kisah antara mereka?

Dia tidak kisah. Dia sudah lama membuang kisah antara mereka. Sekarang ini, dia sudah tidak memendam apa-apa perasaan terhadap insan yang bergelar Haziq Zafrel kecuali benci.

"Kau cakap macamlah kau lindungi Ellyana betul-betul," balas Haziq, berang.

Haflin tidak melindungi Ellyana daripada ditembak. Jadi, Haflin tidak ada hak untuk kata macam-macam kepada dia sedangkan diri sendiri pun sama!

Kata-kata Haziq dilayan persis angin. Dia merenung Haziq, dingin.

Adakah Haziq ini sebernanya spy yang dihantar? Boleh jadi, dia merupakan dalang di sebalik semua ini. Ada kemungkinan.

"Siapa kau sebernanya ni, Haziq Zafrel?" soal Haflin sambil memandang wajah Haziq dengan riak serius.

Haziq menelan air liur.

Dia dah tahu ke?

"Kak Lin! Zafrel!"

Serentak Haflin dan Haziq toleh ke arah empu suara yang menyeru nama mereka berdua. Tak lain tak bukan, Iqlima Muuna.

Haflin mengerutkan dahinya apabila melihat Muuna sedang berlari ke arah mereka, panik.

"Kenapa, Muuna?"

"Tío Nan tengah buat siasatan dekat semua bodyguards!" laung Muuna dari jauh.

Bertaut kening Haflin mendengarnya.

"Normal lah tu," balas Haflin acuh tak acuh. Ingatkan apalah tadi...

Muuna yang sudah mendekati Haflin menggeleng-gelengkan kepalanya. Tercungap-cungap dia mengambil oksigen.

"Termasuk Tajul dan Ashraff!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience