Chapter | 30

Romance Series 14649

Adolfo Suárez Madrid—Barajas Airport (MAD)

Suasana di lapangan terbang sangat sesak dengan ramai orang yang berpusu-pusu berjalan. Tidak hairanlah kerana Madrid Bajaras ini merupakan lapangan terbang yang tersibuk di Sepanyol.

"Sesaknya," ujar Haflin menyampah. Kemudian bahunya dilanggar oleh seorang lelaki.

"Triste, señora!"

Mukhriz di sisi Haflin tergelak besar mendengar lelaki Spanish itu meminta maaf. Señora?

Haflin mendengus geram. Señora? 'Madam' dia panggil aku? Aku ni nampak tua sangat ke?

Ashraff pula melopong kagum. Matanya memerhati di seluruh segenap kawasan lapangan terbang Madrid Bajaras. Besar betul!

"Lagi besar dari KLIA" ujarnya perlahan.

"Memanglah. Terminal pun ada berapa banyak." balas Tajul.

Tengku Syed Zulkarnain telah pun membenarkan mereka berdua turut serta ke Sepanyol. Memandangkan mereka berdua ialah bodyguard peribadi Ellyana, sudah tentulah mereka harus mengikuti Ellyana.

"Tío, siapa ambik kita?" soal Muuna kepada Zulkarnain.

Mereka semua berjalan keluar dari airport.

"Hugo and Javier," jawab Zulkarnain.

Tersenyum lebar Muuna hingga ke telinga. Hugo! Javier! Lama betul tak jumpa diorang!

Dari jauh, kelihatan dua orang lelaki sedang berdiri di hadapan dua buah kereta jenama Seat Leon dan Dacia Sandero.

"Javier! Hugo!"

Muuna terus meluru berlari ke arah mereka berdua. Teruja sungguh bertemu kembali dengan dua pemuda ini!

"Ralentizar, señorita," teriak Hugo dengan senyuman lebar.

(Perlahankan langkahmu, cik)

Javier mengangguk setuju.

"No es que nos escaparemos," balasnya selamba.

(Bukannya kami akan lari pun)

Muuna mencebik sambil peluk tubuh mendengar kata Javier.

"¿No estás hablando demasiado?"

(Kau tak rasa ke kau cakap banyak?)

Javier dan Hugo masing-masing tergelak kecil dengan telatah Muuna.

"Pero ha pasado un tiempo, ¿verdad?" soal Muuna sambil mengukir senyuman.

(Tapi, lama betul kita tak jumpa kan?)

Mereka berdua menangguk dengan senyuman tipis.

"Si..."

(Ya...)

Saat Zulkarnain dan Saleha menghampiri mereka, terus Hugo dan Javier menundukkan kepala tanda hormat.

"Bienvenido a casa, señor Bénjamin, señora Lucia."

(Selamat pulang, Tuan Benjamín, Puan Lucia.)

Zulkarnain dan Saleha masing-masing ada nama spanish sendiri yang digunakan ketika di luar negara.

"No hay necesidad de ser tan formal, Hugo, Javier." balas Zulkarnain ramah.

(Tak perlu formal sangatlah, Hugo, Javier)

Javier dan Hugo tersengih persis kerang busuk mendengar kata Zulkarnain.

Ellyana tersenyum panjang melihat mereka semua.

"¡Movámonos ahora!"

(Jom gerak sekarang!)

______

"Mak ai..."

Muuna kalih memandang Ashraff yang tak habis-habis melihat wajah Hugo. Hugo yang sedang memandu pun tak senang dengan panahan mata Ashraff seakan helang menerkam mangsanya.

"Kenapa Ash?" soal Mukhriz yang turut memerhatikan tingkah pelik Ashraff.

Hanya Muuna, Mukhriz, Ashraff dan Haflin yang berada di dalam kereta Dacia Sandero ini. Mereka yang lain iaitu Ellyana, Haziq, Saleha, Zulkarnain dan Tajul berada di kereta satu lagi yang dipandu oleh Javier.

"Hensem gila driver ni!" ujar Ashraff melopong.

Mukhriz dan Muuna sama-sama tersentak. Adakah ini bromance?

"Hugo, dijo que eres guapo." beritahu Muuna.

(Hugo, dia cakap kau hensem)

Hugo yang sedang memandu mengerling ke arah Ashraff yang masih melihat dirinya. Dia tersenyum kecil.

"Gracias, él también es muy guapo." balas Hugo merendah diri turut sama memuji Ashraff.

(Terima kasih, dia pun hensem juga)

Muuna mengangguk faham lalu memandang Ashraff semula.

"Ash, dia cakap dia dah lama tahu. Satu lagi, dia cakap kau hodoh."

Terbahak-bahak Mukhriz ketawa besar. Translation banyak error ni! Translator tak boleh pakai, sesuka hati je ubah ayat!

Ashraff tercengang. Dia cakap aku hodoh?!

"Bagitahu dia muka macam dua puluh sen ada hati cakap saya hodoh." kata Ashraff geram. Aku puji kau, kau panggil aku hodoh pulak!

Muuna tahan senyum. Dia kekalkan wajah pokernya.

"Dijo que tu cara se puede comparar con dos luna llena."

(Dia cakap muka kau boleh diibaratkan seperti dua bulan purnama)

Hugo menguntum senyuman lebar. Kali ini, dia memandang Ashraff lama sambil menuturkan ayat.

"Me alabaste demasiado. Te ves como un sol."

(Kau terlalu memuji. Muka kau macam matahari)

Meletus tawa Mukhriz lagi sekali. Jiwang gila ayatnya! Matahari? Aduh, geli gila!

"Cik Muuna, dia hina apa pulak kali ni?" tanya Ashraff dengan riak menyampah. Lagi menyampah melihat senyuman Hugo. Hina aku dengan senyuman, kurang ajar!

"Kepala kau kalau terkena matahari akan terbakar, jadi lagi hodoh macam barbecue tak jadi." Muuna semakin rancak menjadi batu api.

Berkerut dahi Ashraff.

"Eh, kenapa panjang sangat tu? Dia cakap macam sikit je."

Mukhriz hanya senyum. Ashraff taklah sebodoh yang dia pamerkan.

"Ish, spanish memang macam ni!" balas Muuna laju.

"Kau ni ingat kau hensem sangat ke ah?!"

"Hahahahaha!"

Haflin yang duduk di sebelah cermin tingkap melontarkan pandangan ke arah luar. Fikirannya menerawang jauh sehingga dirinya tidak dapat bergelak tawa bersama mereka yang lain.

Dia hanya fikirkan cara untuk berhadapan dengan dua insan tanpa sebuah pertengkaran tercetus.

Abuelo Zakaria... Tío Dir...

_____

Mereka sudah tiba di Castillo Villa milik Datuk Tengku Syed Zakaria. Malahan, seluruh kawasan luas ini milik beliau.

"Wow, besar gila!"

Kagum Ashraff melihat segenap kawasan tersebut. Memang macam dalam movie betul!

Haflin juga kagum. Walaupun sudah banyak kali dia datang ke sini, rasa kagum tidak akan hilang melihat landskap ini.

Banyak pokok ditanam di sekitar Castillo Villa bagi tujuan untuk menghirup udara segar. Castillo Villa sangat besar dan luas meskipun hanya dilihat dari jauh. Semuanya tampak mewah dan gah.

"Bienvenidos a casa todos."

(Selamat datang, semua)

Mereka disapa oleh seorang lelaki tua dalam lingkungan umur 50-60 tahun yang sedang memakai tuxedo. Lelaki itu tersenyum dengan monocle yang dipasang.

"Mayordomo Pablo!" teriak Ellyana dan Muuna sama-sama mendekati Pablo.

Mayordomo Pablo sudah lama berkhidmat dengan Datuk Tengku Syed Zakaria. Perkhidmatannya sebagai butler sangat dipandang tinggi oleh orang biasa di Spain.

"¿Cómo está usted?" tanya Ellyana ramah. Rindu sungguh dia kepada Pablo.

(Awak apa khabar?)

Pablo tersenyum manis dengan matanya yang sedikit tertutup.

"Estoy bien. Gracias por preguntar, Señorita Ellyana."

(Saya baik-baik sahaja. Terima kasih kerana bertanya, Cik Ellyana)

Pablo sangat sopan seperti biasa. Tiada perubahan langsung pada lelaki itu.

"Ahora déjame acompañarte a la casa." ujar Pablo sebelum masuk ke dalam villa.

(Sekarang, mari saya mengiringi kamu semua ke dalam rumah)

Mereka semua mengikuti Pablo yang berjalan di hadapan.

Tergamam Ashraff melihat kawasan villa di dalamnya. Mewah sungguh dengan chandelier yang dipasang di siling. Semuanya kelihatan serba mewah dengan semuanya yang berwarna emas.

"¿Es mi padre, madre y abuelo en casa?" soal Mukhriz apabila melihat villa seakan sunyi.

(Adakah ayah, ibu dan datuk saya berada di rumah?)

"No, no están en casa. El maestro Alejandro está en su compañia. El Señor Eugenio y la Señora Sierra están en un banquete organizado por el Duque Sebastián."

(Tidak, mereka tiada di rumah. Tuan Alejandro berada di syarikatnya. Encik Eugenio dan Puan Sierra pergi ke majlis yang dianjurkan oleh Duke Sebastián)

Sama seperti Zulkarnain dan Saleha, mereka juga menggunakan nama Spanish. Datuk Zakaria menggunakan nama Alejandro manakala Zulkaddir menggunakan nama Eugenio. Isteri Zulkaddir iaitu Kartina menggunakan nama Sierra.

Automatik Haflin menghela nafas lega. Mujur mereka semua tiada di rumah. Nampaknya dia tak perlu bertemu meraka hari ini.

"Ustedes deben estar cansados después de un largo vuelo. Las criadas te. Tenga una buena noche." ujar Pablo saat melihat wajah mereka semua kelihatan letih.

(Awak semua mesti penat selepas penerbangan yang lama. Pembantu rumah akan tunjukkan bilik awak. Selamat malam, semua)

"Perghh, satu apa pun aku tak faham." bisik Ashraff perlahan di telinga Tajul.

Tajul berdehem perlahan.

"Then, diam." marahnya memberi amaran.

Ashraff mencebik.

"Bien, gracias Mayordomo Pablo . Buenas noches." balas Zulkarnain diikuti dengan Muuna, Ellyana dan Mukhriz yang juga turut mengucapkan terima kasih.

(Baiklah, terima kasih Butler Pabo. Selamat malam)

______

Haflin berjalan ke arah balcony. Tuala yang disangkut pada lehernya dibiarkan tanpa mengeringkan rambut basahnya. Dia mendongak memandang langit gelap.

Sepanyol tidak sama dengan Malaysia. Malaysia hanya kadang-kadang dapat melihat bintang itu pun hanya sedikit. Lain pula dengan Spain, bintangnya terang dan bertaburan menghiasi langit gelap. Bulan pula kelihatan sangat indah dan besar.

Cantik sungguh ciptaan Allah.

Melihat keindahan ciptaan Tuhan Yang Maha Esa, tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu.

Future.

Tiada siapa tahu tentang masa depan melainkan Dia. Sungguh, Haflin sama sekali tidak tahu masa depannya. Apa yang akan berlaku bermula dari saat ini.

Seketika, dia gerun. Dia risau, berhadapan dengan masa depan yang tidak diketahui, semestinya lebih mencabar dan merbahaya. Lagi banyak halangan dan rintangan.

Ibarat berada di dalam sesuatu bilik yang gelap tanpa cahaya. Bilik yang kita tidak tahu apa di dalamnya. Tidak boleh berhenti, perlu berjalan tanpa hala tuju. Cahaya akan muncul dalam setiap langkah kita.

Setiap langkah yang kita tidak tahu membawa kita ke mana-mana.

Fate.

Takdir ialah rahsia Allah. Kerana takdir, hidupnya seperti sekarang. Dari pengemis jalanan, dia tiba-tiba menjadi anak orang kaya.

Persis Cinderella yang menjadi orang gaji yang terus berkahwin dengan Prince Charming.

Rasa macam tak logik pula. Kenapa Cinderella yang dipilih dalam banyak-banyak orang? Sebab dia lucky? Ataupun dia dikasihankan? Kerana takdir?

Bezanya dia dengan Cinderella, dia bukan Cinderella. Cinderella memang asalnya dari keluarga noble tetapi dilanda poverty. Sementara dia pula memang asalnya orang miskin.

Fairytale sememangnya tidak masuk logik dek akal. Untunglah menjadi watak protagonis di dalam fairytale, tidak perlu susah-susah berjuang demi kebahagiaan, kerana 'Happy Ending' merupakan pengakiran yang telah ditetapkan.

Happy Ending hanya di fairytale sahaja. Khayalan. Ilusi. Fantasi. Angan. Tak wujud, tetapi menjadi angan-angan Mat Jenin oleh semua orang.

Tidak boleh dipersalahkan. Semua orang punya harapan. Walaupun tahu harapan itu kosong yang tidak punya kebolehan apa-apa, mereka tetap ingin cuba berharap.

Berharap keajaiban akan muncul.

Happy Ending hanya untuk protagonists sahaja, bukannya villains. Villains pasti menemui Bad Ending, semestinya dalam setiap fairytale.

Jadi, aku? Aku ni berada di kelompok team protagonists atau team villains?

Dan,

Love.

Cukup-cukuplah dia dipermainkan seperti patung. Kerana cinta, dia tidak percayakan pada cinta lagi. Haflin bertekad, dia tidak akan jatuh cinta lagi.

Atas kenapa Haziq kembali, biarlah menjadi rahsia. Haflin sudah tawar hati untuk mendengar kisahnya pergi dan kembali sesuka hati.

True love, huh? Kalau benar cinta itu wujud, kenapa tidak semua memiliknya? Ada yang mati tanpa sempat mengenalinya, ada yang hidup senang tanpanya.

Tiada siapa dapat menjawabnya, bukan?

Semua orang layak mendapat True Love. Tetapi kenapa ramai yang sengsara dalam mengenalinya? Kenapa ramai yang pergi tanpa sempat merasainya?

Haflin tidak mengerti.

Dia terus kalih lalu berjalan ke katil.

Tidak patut dia fikirkan hal-hal remeh ni. Bukannya kelak dapat membantunya pun. Buat apa fikirkan persoalan yang sememangnya tiada jawapannya?

Hidup perlu diteruskan. Langkah di dalam bilik gelap harus diteruskan jua.

Dia baring di atas katil sambil menarik selimut membaluti dirinya. Matanya dipejam rapat.

Selamat malam, dunia.

_______

Mereka sedang menikmati minum petang di gazebo yang ditumbuhi bunga geraniums berwarna merah lembut. Gazebo itu terletak di dalam taman bunga yang mempunyai pelbagai tanaman.

"S—Sedapnya benda ni! Apa nama ni?" Mata Ashraff sedikit terbeliak saat makanan tersebut berada di dalam mulutnya.

"Créme caramel flan." jawab Muuna yang sedang menghirup Té Verde yang lebih dikenali sebagai teh hijau.

Ashraff terus memasukkan satu lagi créme caramel ke dalam mulutnya. Hrmm, manisnya! Flan itu cair di dalam mulutnya dengan karamel.

Mukhriz dan Tajul sama-sama mengambil miguelitos lalu merasanya. Reaksi mereka sama; sedap!

Ellyana menggigit croquette lalu menghirup air Tila. Kemudian, dia memegang pipinya.

Ah, it feels like my mouth is blooming with the flowers!

Haziq yang melihat semua orang menikmati minum petang, terus dia memasukkan churros ke dalam mulutnya. L—Lembutlah!

Mereka semua girang menikmati juadah minum petang. Suasananya sungguh indah dengan persekitaran taman bunga yang amat menyenangkan.

Haflin juga turut sama merasai dessert Spanish. Dia menyisip lembut bahagian tepi cawan air Té Negro, black tea pekat yang dicampurkan dengan cinnamon dan cardamom pods.

Ah, this is it.

"Did you brew this yourself, Paula?" tanya Haflin kepada maid yang setia berdiri di sisinya.

Haflin sempat mengerling ke arah teh-teh yang terhidang di atas meja. Manzanilla, Té Verde, Tila, Té de Fruta, Té Negro. Semuanya berlainan, mengikut citarasa individu yang tersendiri.

"Yes, with the help of Madam Ruby." jawab Paula menunduk. Dia dibantu oleh Head Maid, Puan Ruby dalam proses membancuh kesemua teh tersebut.

Kagum sungguh Haflin mendengarnya. Teh negara Sepanyol bukanlah senang untuk dibancuh, malah amat sukar. Bukan sebarangan orang yang boleh membancuhnya. Apatah lagi orang yang bukan warganegara Sepanyol.

"I give you the credit for brewing such an excellent, perfect Tila for me!" ujar Ellyana ceria. Tila, lime blossom tea memang kesukaannya sejak kecil lagi.

"I'm flattered and honored, miss."

"And, who's in charge of making these desserts? Was it Pastelero Miguel or Pastelera Filis?" soal Muuna pula mencelah.

Paula sedikit blur mendengar pertanyaan Muuna kerana Muuna menggunakan sedikit bahasa spanish.

Muuna yang menyedari cepat-cepat memohon maaf.

"Pardon, how silly I am. Was it Patissier Miguel Or Patissier Filis?" Muuna membetulkan soalannya.

"It was Patissier Miguel."

Muuna mengangguk-nganggukkan kepalanya tanda mengerti. No wonder rasa desserts ni familiar je.

"Abuelo tak balik lagi ke?" tanya Mukhriz.

Ellyana mengangguk. "Tío Dir dengan Tía Tina pun sama."

Suasana kembali senyap kerana mereka semua lebih memberi sepenuh fokus kepada desserts dan teh.

"My, my,"

"How unsightly the view I'm seeing right now."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience