Chapter | 8

Romance Series 14589

"Jadi awak ni anak Tengku Harris Zikri Alberto, lawyer yang famous dekat Malaysia?" Ellyana menyoal terkejut. Dia benar-benar terpana dengan status Haziq yang sebernanya.

Tengku Haziq Zafrel atau nama sebenarnya, Tengku Haziq Zafrel Predo. Berdarah kacukan Italy-Malaysia. Ayahandanya, Tengku Harris Zikri Alberto juga mempunyai darah campuran dan dia berkahwin dengan anak kepada ahli politik, Tengku Layla.

Segala-galanya telah terjawab pada pandangan Ellyana. Patutlah Haziq mempunyai rupa paras orang negara barat yang kacak, rupa-rupanya dia orang kacukan Italy.

Haflin..... Hanya membatu disitu.

Dia memandang kakinya sendiri cuba mengawal rasa. Sedaya upaya dia mengawal gelojak amarah. Jika tidak kawal, sudah lama dia angkat kaki beredar dari sini. Jika dia tidak mempunyai akal pemikiran yang waras, pasti kata-kata kesat akan meluncur pada bibirnya. Tak cukup dengan itu, pasti dia akan menghadiahkan lelaki itu berdas-das tumbukan sebagai salam perkenalan.

Tetapi dia tidak melakukan sebegitu.

Kerana apa?

Kerana Ellyana.

Haflin berasa seperti mahu ketawa kuat-kuat. Kuat sangat sehingga satu dunia tahu! Biar gelak tawanya dapat didengari hingga ke bima sakti.

Terus terlayar adegan 12 tahun yang lepas, dimana Haziq terang-terangnya mengatakan bahawa Pak Cik Cleaner itu ialah ayahnya.

Haflin gelak sinis didalam hati. Wow.... Daripada pak cik cleaner terus bertukar menjadi lawyer? Yang pasti, lawyer keturunan Tengku dan Italy pula tu!

Hebat!

Hebat Haziq, hebat!

Mari aku lihat. Apa lagi yang kau tipu aku?

"Why? Tak percaya ke?" Haziq gelak kecil yang kedengaran sangat sinis dan sarkastik di halwa telinga Haflin. Sesekali, dia menjeling ke arah Haflin secara sembunyi tetapi dapat Haflin lihat.

Haflin tidak langsung beriak apa-apa. Sedih? Tidak, dia tidak sedih. Andai dia sedih, pasti hatinya berlagu rindu. Pasti hatinya beriramakan dendangan kasih. Juga melodi cinta dan sayang. Andai dia berdukacita, sudah tentu Café Armour ini akan banjir dengan titisan-titisan air mata Haflin yang seperti Lautan Pasifik sahaja sukatannya!

Bahkan dia sebernanya marah. Kemarahan yang tidak pernah dia rasakan selama ini. Hatinya bukan berlagukan rindu, tetapi hatinya sedang menggelegak persis gunung berapi. Amarahnya bukannya ditujukan kepada Haziq 100% tetapi juga kepada dirinya sendiri.

Ara, kau bodoh Ara sebab percayakan yang lelaki itu akan kembali untuk kau! Kau bodoh!

Memaki hamun kepada dirinya langsung tidak membawa erti kepada Haflin. Jadi, automatik kemarahannya akan melencong beralih kepada Haziq a.k.a fake guy.

Tenang, Ara... Tenang....

"Haha.. Kind of? Probably sebab awak tak macam....." Kata-kata Ellyana terhenti seketika.

Tidak berniat untuk membiarkan kata-katanya tergantung, tapi cuba memikirkan kosa kata apa yang sesuai dengan Haziq tapi tidak melukakan hati lelaki itu.

"What? My appearance? Or do I look dumb to you?" Suara yang cukup bersahaja tetapi kedengaran sinis di telinga Haflin.

Setiap apa yang kau katakan, Ziq... Semuanya sinis... Sebab kau, penipu maha hebat! Haflin menjerit didalam hati.

Andai jeritan itu meluncur pada mulut, apakah yang akan berlaku?

I wonder... Haflin tersenyum mengejek.

Aku lapang hati mahu dedahkan cerita silam. Bongkarkan kisah antara kita. Dedahkan hubungan kita. Dan betapa aku cintakan kau! Oopss... Correction. Pernah cintakan kau, sepatutnya.

Tapi aku tak buat.

Guess what?

El does love you. I can clearly see it in her eyes. Her eyes are sparkling with joy and happiness when she look into your jerk face.

Haflin mengeluh halus. Dia benar-benar bencikan Haziq. Tetapi asalkan Ellyana bahagia, walaupun dengan Haziq, dia sanggup pura-pura hilang ingatan tentang kisah antara mereka.

Semuanya demi El.

Jelas sekali Ellyana kelihatan terkejut dengan tutur bait Haziq.

"No... Bukan macam tu—"

El, he is a dumb person indeed. Kalau tak, tak akan lah ponteng walaupun tahun tu SPM?

"Nah, I won't be mad Ellyana. Walaupun appearance saya macam ni, saya ni dapat SPM straight A's plus tau." ujar Haziq sambil tersenyum gembira. Sinis sebernanya.

Zapp!!

Jantung Haflin bagaikan tertusuk dengan anak panah. Sengaja Haziq bercerita tentang result SPM. Kalau dia tidak sengaja, kenapa dia tak ceritakan aje Diploma atau Master atau PhD yang dia dapat?! Kenapa kena bangkitkan isu SPM?

"Wow... Straight A's plus? Pandai gila awak! Apa tips awak?" Tanya Ellyana teruja. SPM pun dia tak dapat semua A plus. Haziq memang genius!

"Tips? Skip school." Haziq ukir smirk. Panahan matanya diberikan kepada Haflin.

Zapp!!

Sekali lagi, Haflin tersentap. Ponteng sekolah... Dia genggam penumbuk. Kalau lah aku tak ponteng, pasti aku tak akan merasakan apa yang aku tak akan pernah inginkan ini sekarang!

"Hah??" Soal Ellyana terkejut dengan jawapan yang diberikan. Dia pamer riak polos seperti meminta Haziq mengulang jawapannya semula.

"Nothing, sweetheart." Haziq tersenyum.

Ellyana menghirup air milkshake itu. Dia senyap-senyap melihat wajah bakal suaminya yang juga sedang meneguk air.

Tiba-tiba merah menyala pipinya. Alahai... Encik Jantung! Janganlah berdegup macam marathon pula! Pipi oh pipi! Kenapa kau kena merah? Merah sebab malu lah, of course!

Haziq memang sedang meminum air. Tetapi renungan matanya dihalakan tepat kepada Haflin. Tidak beralih langsung pandangan mata tersebut.

Dan Haflin sedar hal itu. Dia hanya berlakon tidak mengetahui panahan mata itu. Lebih spesifik, berlakon yang dia tiada kaitan dengan Haziq.

"Hrmmm.... Why my future sister in law a.k.a Cinderella's evil step sister are so quiet?" tegur Haziq, sengaja. Dia tertawa sinis.

Haflin tersentak. Bergetar tangannya menggigil. Digelar sebegitu untuk kali kedua. Ya... Hatiku sakit... Tapi, Ara... Just pretend that everything is fine!

"Haziq! Akak baik lah! She's not evil! And I'm not a Cinderella!" Geram Ellyana berkata.

Tawa Haziq mati. Dia merenung anak mata Ellyana kosong tanpa riak. Tetapi untuk seseorang yang pernah Haflin kenal lama, dia dapat mengesan bola mata lelaki itu. Kelihatan sedang menahan marah

"Adress me Zaf."

Ellyana tersentak. Dia menelan air liur. Kata-kata Haziq sangat dingin....

Haflin yang melihat ketegangan aura itu terus mencelah. Dia menarik hela nafas panjang dahulu sebelum menyampuk.

"Okay, Zaf. Tadi tak sempat nak perkenalkan diri sebab hujan. Well, I'm Ammara Haflin. Just call me Haflin." kata Haflin dalam nada bersahaja seolah tiada apa yang berlaku.

Wow! Haflin! Kau memang layak pegang pelakon wanita terbaik! Hatinya ketawa mengekek.

Walaupun hati ini terasa sungguh sakit, tapi dia perlu ketepikan rasa yang tidak penting ini. Dia perlu selamatkan keadaan.

Mata biru Haziq merenung mata Haflin, dalam. Sungguh dalam dan redup renungan mata itu. Seakan ada mesej yang tersirat. Lama mata mereka bertaut. Seperti cuba melontarkan hasrat hati. Tetapi malangnya, Haflin tidak berjaya merungkai apa mesej tersebut.

"Haflin? Kalau saya nak panggil awak Ammara?"

Haflin sedikit tersentak tetapi dia sudah prepare awal. Prepare apa? Prepare mentalnya untuk menjawab soalan ini.

"Orang special je boleh panggil nama tersebut, Zaf." balas Haflin tenang.

"Yeah, same goes to Zaf. Only special people can call that name. But certainly you are not qualified to call me with that name." bidas Haziq sinis.

Haflin terkilan. Ya, dia cukup terkilan. Benarlah, Haziq sudah berubah....

"Okay, so what do you want me to call you? How about Tengku? Or Mr. Prego?"

"It's Predo." Tegas Haziq membetulkan sebutan namanya.

Haflin ketawa kecil, sinis. Seronok betul dia mengejek nama Haziq. Tapi gelak tawanya tetap tidak mampu mengubati hatinya yang sedang bernanah-nanah.

"Panggil saya Haziq." Kata Haziq pendek.

Ellyana bingung. Tadi Haziq memarahinya memanggil nama itu. Sekarang Haziq sendiri yang menyuruh Haflin memanggil nama itu?

Haflin melakarkan senyuman sinis pada wajah. Dia menggeleng perlahan.

"But, nah... I prefer to call you Predo. Simple and nice. Perfect. Kinda delicious.. Makes me think of spaghetti with Prego sauce. Ahaks... How 'bout you?" Haflin semakin rancak mengeluarkan peluru dari mulutnya.

Dia kan memang selalu digelar robot oleh semua orang? Sudah tentu lah dia boleh kawal perasaan yang dia rasakan sekarang!

Haziq tidak membalas. Reaksinya tidak menunjukkan dia marah. Tetapi Haflin tahu, dia berjaya membangkitkan amarah lelaki itu!

"Akak....." tegur Ellyana. Macam lah dia tak tahu mulut lancang kakaknya. Sekali kakaknya buka mulut, pasti menjadi satu mukadimah kata-kata sinisnya.

Tapi kenapa akak attack Zaf?

Oh ya... Akak kan tak setuju dengan perkahwinan ini. Sebab tu dia sengaja menguji Zaf.

Ellyana tersenyum. Akak memang penyayang!

"Then shall I call you Ammara?" Haziq bermain kata. Dia memulangkan paku buah keras dengan harapan yang Haflin akan terasa.

"Only my family can call me with that name." ujar Haflin selamba.

"I'm your brother in law. I also belong to this family, right?"

Ellyana hanya mampu melihat pertelingkahan perdebatan mereka. Dia gigit bibir bawah. Alahai... Macam mana dia nak tenangkan situasi ini?

"Don't make me laugh, Predo. It's future brother in law. It is not certain yet that you gonna marry my sister." Haflin menekankan perkataan 'future'.

"Big mistake. It's my step sister, not my sister." Haziq turut membetulkan tutur bait Haflin. Dia tergelak sinis. Dia memandang Haflin tepat. Sebuah senyuman sinis tersungging pada bibirnya.

"Aren't you're the one that not belong to this family? Including your evil mother who only cares and crazy about money...."

"Zaf!!" jerit Ellyana kegeraman. Haziq benar-benar melampau.

Splashh!!

Air kopi espresso telah melekat pada wajah Haziq. Haflin mengenggam erat cawan yang kosong setelah dijirus ke muka Haziq.

"Your shitty brain and mouth are just gonna make me vomit. It's extremely disgusting. Mind your own tongue and take a very good care of it before I cut your darn tongue with my own bare hand." ujar Haflin dengan suaranya yang bergetar seperti menahan rasa.

Haziq tidak langsung bersuara. Reaksinya menunjukkan yang dia tidak rasa bersalah atau tersentak dengan air kopi yang dijirus oleh Haflin kepada mukanya. Bait kata Haflin juga seperti tidak memberi kesan kepadanya. 

Haflin terus berdiri.

"Sorry, El. Akak nak balik. El baliklah dengan your most beloved future husband."

Haflin terus meluru keluar dari café itu tanpa berkalih. Biarpun hujan lebat di luar, dia tetap berjalan laju meninggalkan tempat itu.

Ellyana ketap bibir. Tajam dia merenung wajah Haziq. Rasa benci semakin menebal.

"Look at what you've done, Zaf!" marah Ellyana.

"If you can't be polite to my sister, then you're not qualified to be my husband. If you want to marry me, be polite to my sister and stop all your nonsense!" Dia mengambil beg sandangnya yang berada di atas meja, kasar lalu terus angkat kaki.

Haziq....

Dia masih tidak beriak apa-apa. Biarpun banyak mata memandang, dia masih kaku disitu membatu.

Ellyana meredah hujan yang lebat. Dia berlari laju cuba mendekati kakaknya.

"Akak!!!" jeritnya bagai nak gila. Bunyi hujan terlalu kuat sehingga dia terpaksa gunakan seluruh tenaganya untuk menjerit. 

Haflin tidak kalih. Dia mempercepatkan langkah.

Orang ramai yang berteduh di tempat yang punyai bumbung mula memerhati mereka. Gilakah mereka meredah hujan yang begitu maha lebat ini?

"Akak!! Berhenti lah!!" teriak Ellyana lagi. Dirinya sudah basah kuyup. Rambutnya yang didandan khas untuk Haziq juga telah basah. Mukanya sangat hodoh kerana make up sudah comot dek terkena titisan hujan.

Terhenti langkah Haflin. Ellyana tersenyum gembira. Yes! Kakak berhenti juga!

Haflin kalih ke belakang lalu mendekati Ellyana. Ellyana gembira tidak terkata.

"Akak—"

Baru sahaja dia mahu menyuarakan bicaranya, Haflin menghulurkan payung lipat kepada Ellyana. Sejurus itu, tiada lagi air hujan yang turun pada Ellyana.

"Pegang!!!"

Sepatah perkataan Haflin yang cukup kuat, membuatkan Ellyana automatik terus pegang payung itu.

"Pergi balik dekat Zaf!!! Suruh dia hantar El!! Jangan ikut akak!!!" jerit Haflin kerana hujan semakin lebat.

"Tapi—"

Haflin terus berlalu tanpa berkata apa-apa. Meninggalkan Ellyana yang terkebil-kebil.

Tapi akak tak ada payung!

_________

Hujan turun dengan begitu lebatnya seakan mengetahui isi hati seorang Ammara Haflin. Angin bertiup dengan begitu kencang sekali membawa kesejukan dan kedinginan kepada diri. Kilat menyambar-menyambar tiada henti.

Haflin hanya berjalan longlai. Dia menadah tangan. Titisan-titisan hujan terkena pada tangannya.

Dia sangat menyukai hujan. Kerana jika hujan turun menimpanya, tidak akan kelihatan jika dia sedang menangis. Dan air mata itu akan dibawa pergi bersama dengan air hujan.

Tiada siapa pun yang tahu dia sedang menangis.

Dia mula menggigil dek kesejukkan. Ah, persetankan semua ini.

Air mata Haflin mengalir. Air mata itu turun menodai pipi bersama-sama dengan hujan lalu dibawa pergi turun ke tanah.

Dia pejamkan matanya erat.

Kenapa Haziq?

Kenapa kau pura-pura tidak mengenali aku? Kenapa kau tidak kotakan janji kau? Kenapa kau tinggalkan aku 12 tahun yang lepas? Kenapa kau sakitkan hati aku setelah baru kita berjumpa? Kenapa kau tipu aku?!

Langkah Haflin semakin lemah. Hujan semakin turun dengan lebat. Angin bertiup dengan kencang sekali.

Pasti orang yang lalu sekeliling menganggapnya gila kerana berjalan tanpa menggunakan payung.

Dia ketepikan rasa sejuk yang melanda dirinya.

Buat apa berjanji jika tidak mampu mengotakannya? Buat apa mengatakan janji ikrar jika di penamatnya pasti janji itu akan dimungkiri juga? Buat apa menabur harapan andai harapan itu akan berkecai di penghujungnya? Buat apa melafaz cinta, andai cinta itu tidak dapat dituntut?

Mana janji kau Ziq?! Janji yang kau tak akan pernah tinggalkan aku! Janji yang kau akan cari aku! Janji yang kita akan kembali seperti sedia-kala! Janji yang kita akan menyambung semula kisah antara kita yang menanti penamatnya!

Begitu senang kau lupakan aku, Ziq... Kau sendiri yang menyuruhku jangan pernah lupakan kau. Tapi kau juga yang lupakan aku!

12 tahun ini.... Penantianku hanya sia-sia? Sepanjang 12 tahun ini, aku seperti orang bodoh menanti orang yang tak pernah mengingati aku kembali! Selama 12 tahun ini, aku hanya menunggu dengan sabar yang dia akan datang mencari aku semula!!

Ya, memang dia telah muncul. Setelah 12 tahun... Tetapi dia bukan cari aku, tetapi cari El!

Ara, kau memang bodoh. Mana mungkin orang itu akan cintakan kau setelah 12 tahun berlalu? Hanya kau sahaja dia dunia ini yang bodoh menanti orang yang tak sudi selama 12 tahun tanpa sekelumit rasa benci. 

Haziq.....

Haflin mengalirkan air matanya lagi.

Untuk orang 'robot' seperti Haflin yang menangis, tersangatlah luar biasa. Ini bermakna dia benar-benar sayangkan orang itu separuh mati.

Kau penipu Ziq! Kau pembohong! Pulangkan kembali hati aku Ziq!! Pulangkan kembali hati yang dibawa pergi!!

Haflin terus terduduk dek terlalu lemah sangat. Dia duduk mencangkung. Kepala diletakkan di atas lutut. Dia menutup mukanya.

Haflin menangis. Di bawah naungan hujan, dia melepaskan segala-galanya yang terpendam. Berserta angin yang bertiup kencang sejuk, dia meluahkan segala rasa.

Andai masa dapat diputarkan, dia tidak mahu mengenali lelaki yang bernama Haziq. Andai masa dapat diputarkan, dia tidak akan ponteng sekolah.

Tetapi, sayang...

Masa tidak dapat diputarkan.

Dan Haflin hanya mampu menangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience