Chapter | 29

Romance Series 14649

"Tahniah, El! Kau dah discharged!"

Ellyana tersenyum tipis melihat reaksi Muuna. Aku yang discharged, kau pulak yang melebih.

Muuna menggapai beg yang dipegang oleh Ellyana. Dia terus membaling beg tersebut kepada Mukhriz.

"Abang Riz, angkat beg ni!" ujar Muuna sambil menjelir lidah sebelum menarik tangan Ellyana mengikuti dirinya.

Mereka berdua berjalan laju meninggalkan Mukhriz dan Haflin di belakang.

Mukhriz menggeleng-gelengkan kepalanya. Muuna, Muuna... Macam-macam lah..

"Riz, aku dengar dari Uwais yang korang dah jumpa musuh dalan selimut," ujar Haflin dengan ekspresi serius.

Dia dengar, mereka telah berjaya mengenal pasti dalang yang menyamar sebagai bodyguards.

"Ya, tapi diorang dah mati." ujar Mukhriz mendatar.

Lebih tepat, dibunuh.

Baru sahaja mereka ingin menghantar penyangak-penyangak tersebut ke tangan pihak polis, mereka telah disahkan mati dibunuh. Sedangkan mereka dikurung di dalam bilik di bawah pengawasan yang ketat.

Haflin mendengus kasar sambil meraup wajahnya.

Sekarang dah makin complicated.

Baru sahaja nak serahkan mereka kepada pihak polis, mereka sudah dibunuh. Jadi, sekarang ini, mereka tak tahu siapa dalang di sebalik semua ini.

Yang dia dapat simpulkan, dalang tersebut amat licik.

Killing their own subordinates, huh?

Ruthless but it's very necessary.

In order to make sure that they will not be captured, one need to eliminate any evidences or traces that are left behind, wisely and carefully. Including killing their own underlings.

After all, only corpses will never speak about the truth.

"So sekarang ni plan dia apa?"

Sejujurnya, Haflin sangat berang.

Dia tidak dibenarkan oleh Zulkarnain untuk masuk campur dalam urusan ini. Memang buat dia naik anginlah apabila Zulkarnain melarang dia sama sekali untuk turut serta menyiasat.

Tengok? Dia langsung tak tahu apa-apa! Macam orang bodoh je.

"Pihak polis akan handle. Rasanya, vice president Hotel Zel D' Adonis pun akan masuk campur sekali, memandangkan reputasi hotel dia dah terjejas. Dan bukan setakat Tìo Nan, abuelo pun maybe akan siasat hal ni," terang Mukhriz panjang lebar menyatakan spekulasinya.

Mereka berdua berjalan perlahan membiarkan Ellyana dan Muuna berjalan laju di hadapan. Memudahkan mereka berbincang tanpa didengari Ellyana dan Muuna.

Haflin tersengih sinis. Maybe? Ellyana itu kan cucu kesayangan Abuelo Zakaria. Masakan lelaki itu hanya akan berdiam diri sahaja melihat cucu kesayangannya ditembak.

"Bila kita kena pergi Spain?" soal Haflin.

"Hari Khamis ni."

Ah, malasnya nak pergi Spain. Kena berjumpa dengan Datuk Tengku Syed Zakaria dan Tengku Syed Zulkaddir.

Datuk Tengku Syed Zakaria memang menetap di negara Sepanyol memandangkan syarikatnya, Una Ninfofilua berada di negara tersebut.

Manakala Tengku Syed Zulkaddir pula dikatakan sudah berangkat ke Sepanyol dari Johor. Atas urusan kerja, barangkali.

Two persons that I don't want to meet. It's not like I hate them, I just not necessarily excited about knowing their existences. I just dislike it.

Tengku Syed Zulkaddir juga begitu. Dia juga tidak sukakan Haflin dan Saleha dengan beranggapan mereka hanya inginkan harta keluarga Tengku Syed.

Hrm, quite acceptable. It's logical.

Memang patutlah Zulkaddir tak sukakan kami kerana dia sudah lama tahu tentang tembelang mum yang talam dua muka. Jadi, dia terus buat konklusi yang aku juga sama seperti mum.

"Korang! Cepatlah sikit!" laung Muuna yang sudah jauh di hadapan. Dia sudah pun keluar dari hospital.

Haflin dan Mukhriz bergegas berjalan pantas.

"Kau rasa ada benda penting ke sampaikan Abuelo suruh kita datang Spain?" tanya Mukhriz meminta pendapat.

Haflin hanya menjungkit bahu dengan riak bersahaja seakan tidak ambil kisah.

"Kau ingat aku psikik?"

"Aku tak cakap pun kau boleh baca fikiran orang." balas Mukhriz jengkel.

Baca fikiran orang! Mind reader!

Terus automatik Haflin teringatkan Athanasia. Dia teringatkan persembahan magic malam itu yang Athanasia bilang terselit clue penting.

Mula-mula sekali kad poker. Aku dapat 'ace'.

Rasa macam mustahil pulak aku dapat 'ace' dalam antara kad-kad yang lain.

Dan apa kaitan kad queen of clubs dan joker yang memiliki tandatangan Ellyana?

Kemudian, persembahan bunga mawar.

Kain putih bertukar menjadi sekuntum bunga mawar putih. Lalu setelah dipetik, bunga mawar putih itu menjadi kelopak-kelopak merah. Setelah dibaling, kelopak-kelopak mawar merah menjadi warna hitam dan sangat banyak jumlahnya.

Tak silap aku, hanya itu sahaja persembahan Athanasia.

Tetapi apa makna bunga mawar itu? Adakah warna yang memainkan peranan?

Putih, merah, hitam...

Apa kaitan persembahan itu dengan insiden yang berlaku pada malam itu? Apa klu yang terselit sebenarnya?

"Lin, hati-hati!"

Tangan Haflin ditarik oleh Mukhriz, pantas. Haflin tergamam.

Dia nyaris-nyaris hendak dilanggar kereta. Mujur Mukhriz sempat menarik dirinya.

"Apahal dengan kereta tu? Lampu merah pun nak gerak." Terkumat-kamit mulut Mukhriz mencarut kepada pemandu kereta itu.

"Kau pun Lin kenapa tak elak? Where's your mind wandering at?"

Mata Haflin masih melekat pada bayangan kereta tadi. Langsung tidak menjawab pertanyaan Mukhriz.

That car looks somewhat familiar...

Hahaha, Ara! Kau jadi anak orang kaya lama sangat sampaikan kau boleh nak ingat driver tu sengaja nak langgar kau. Tahap narcissism kau melebih betul.

Haflin menggeleng-gelengkan kepalanya dengan senyuman menyindir. Wake up, Ara. Wake up!

"Akak! Akak okay tak?!" teriak Ellyana yang sudah pun melintas jalan. Dari jauh, terpamer riak gelabah pada wajahnya.

Haflin hanya mengangguk supaya Ellyana usah risau. Ellyana terus menghela nafas lega.

Mereka berdua pun melintas jalan, mendekati Ellyana dan Muuna. Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata memerhati mereka.

"Oh?"

Dia menyungging senyuman sinis. Melebar senyuman sinisnya.

"Looks like it's getting interesting." ujarnya sambil matanya masih memerhati mereka berempat.

"Still having a nosy habit of butting your nose into someone else's business?"

Berubah air muka si dia mendengar teguran itu. Langsung dia tidak kalih kerana dia tahu siapa pemilik suara itu.

"Athanasia,"

Ya, dia Athanasia. Athanasia terus toleh saat namanya disebut.

"Well well, look who's here if it isn't Inspector Arhad." kata Athanasia dengan senyuman sinisnya.

Malam ini seakan lebih dingin. Anginnya begitu sejuk sekali. Malam ini sangat kelam tanpa sebarang bintang mahu pun bulan di birai langit.

Arhad tidak menjawab, sebaliknya merenung tajam mata biru Athanasia.

"Jangan kau cuba ubah takdir manusia. Kau bukan tuhan." Keras Arhad bersuara memberi amaran.

Bukannya dia tak tahu agenda Athanasia. Athanasia cuba mengubah takdir orang atas alasan 'ingin membantu'. Arhad tidak sebodoh itu untuk percaya.

Athanasia ketawa. Sinis.

"Kalau takdir tak boleh diubah, buat apa teruskan hidup?" balas Athanasia tenang menyusun kata. Kedengaran sangat sinis intonasinya pada pendengaran Arhad.

"Kalau takdir yang kau cuba ubah tu boleh datangkan bahaya, lebih baik duduk diam jangan masuk campur." bidas Arhad semula.

"And just sit down and watch another misery? Another tragedy? Another death? What kind of inspector are you?"

Kali ini, raut wajah Athanasia bertukar tegang. Tiada lagi senyuman sinis yang menghiasi wajah jelitanya.

Angin semakin bertiup kencang. Hanya mata memainkan peranan, menghantar isyarat antara satu sama lain.

"That is not your job. You may have the power to forsee the fate of others, but you don't have any ability to change it other than meddling." ujar Arhad tegas.

Athanasia merenung Arhad tajam dengan pandangan dingin. Giginya diketap.

"This is why I hate cops. Rubbish, what a bunch of useless bastards."

Arhad pekakkan telinga. Yang penting dia berjaya sampaikan mesej penting kepada Athanasia.

Athanasia mendongak langit, memandang langit gelap.

"Meddling, huh? That's rather a harsh word." Athanasia seakan berfikir seketika. Kemudian dia tersenyum sinis. "Playing, is the correct word. Playing with the fate of others."

Arhad terkelu. Takkanlah-

Athanasia berjalan setapak demi setapak mendekati Arhad.

"I vow to change other's fates. I will stop their miseries, or trying to make them miserable. I will stop the tragedy or just make some tragedy. I will prevent death or let death happened. With or without your approval, I don't give it a damn. You can't make me go back on my words, Arhad."

"Remember my oath."

Athanasia terus berlalu meninggalkan Arhad yang masih terkesima cuba mencerna bait-bait gadis bermata biru itu.

Dan entah mengapa, Arhad terlihat mata biru Athanasia bersinar bagaikan permata.

_____

"What awakened you?"

"Aku tak tau, kau faham bahasa tak?" Keras Haziq menjawab. Dari tadi asyik ulang soalan yang sama, mana tak bengang?

Che Sazali mengeluh halus. Dia sedap menekan-nekan papan kekunci komputer.

"Dah lama encik menghilang, kenapa baru sekarang tiba-tiba muncul? Mesti ada something berlaku yang buatkan-"

Ayat Che Sazali tergantung. Dia mengerling Haziq yang sedang duduk di atas sofa sekilas.

"-aku dipanggil..." sambung Haziq dengan riak seriusnya. Dia seolah sedang berfikirkan sesuatu.

Dia menongkat dagu. Bertahun-tahun aku tak muncul, kenapa baru sekarang muncul? Secara tiba-tiba pulak tu.

Siapa panggil aku? Adakah- dia?

"Ini USB rumusan apa yang sedang terjadi. Ni pulak copy files rekod-rekod yang 'dia' suruh siasat." Che Sazali berdiri lalu menyerahkan kepada Haziq.

Haziq membelek-belek files. Banyaknya!

"Seperkara lagi, 'dia' suruh kalau encik muncul, ikut plan yang dia dah aturkan dalam file 05 tu." beritahu Che Sazali sekadar memaklumkan pesanan si dia.

Berkerut dahi Haziq membaca file 05 tersebut. Setelah selesai meneliti, giginya diketap. File itu dicampak, geram.

"Dia ingat aku ni boneka ke nak suruh itu, suruh ini, jangan buat itu ini?!" luah Haziq bengang.

"Dah kenapa dia ni pengecut sangat? Ni nak tunggu sampai bila lagi ni? 10 tahun lagi?" Haziq bersuara sinis dengan wajah bengisnya.

"Dia juga suruh encik jangan buat masalah yang boleh menjejaskan plan." ujar Che Sazali, membaca butiran yang telah si dia catat. .

PAPP!!

Bergegar meja yang ditumbuk oleh Haziq. Wajahnya memerah dek kemarahan yang melenggak ke skala maksima.

"Jangan buat masalah? Dia ingat aku apa? Budak mentah yang baru sampai puberty ke?!" marah Haziq, mengamuk. Dia remehkan aku!

Che Sazali hanya mendiamkan diri sahaja. Sudah agak perkara ini akan terjadi sekiranya 'dia' muncul kembali. Tidak mengejutkan pun.

"Dia tu pengecut. Takut nak lawan si Najmi dan Ghazi tu." kata Haziq mengutuk 'dia'.

Che Sazali tersentak. Jangan-jangan...

"Kisah pulak aku dengan pengecut tu. Biar aku yang handle dua ketul tu!"

"Tolong sangat-sangat, encik. Jangan terburu-terburu. Ikut plan yang dirancang. Encik Shah pun ikut plan ni." Pantas Che Sazali cuba menenangkan Haziq.

"Shah pun ikut plan bodoh ni?!"

Suara Haziq meninggi. Matanya meluas menandakan betapa tergamamnya dia. Dia sehingga automatik berdiri dek rasa terkejut yang maksima.

Che Sazali mengangguk. "Ya..."

Terangguk-angguk kepala Haziq seakan berfikir. Dia menghenyakkan punggung kembali sambil berfikir sejenak.

Che Sazali menghela nafas lega. Berjaya pun...

"Nampaknya aku sorang je."

Eh?

"Since he had the gut to set the rules, I am the one who will break 'em!"

Haziq menguntum senyuman sinis penuh yakin. Matanya seakan membara dengan api keazaman serta sinaran harapan.

"Apa yang encik nak buat ni?" tanya Che Sazali, gugup. Bergerak-gerak rahangnya. Dia menelan air liur yang terasa pahit.

"Dia memang pengecut, dari awal lagi aku dah tahu. Tapi Shah?! Tak sangka aku, dia pun pengecut!" kutuk Haziq tanpa teragak-agak sambil silang tangan.

"Ah, kau tanya aku apa aku nak buat kan?"

Che Sazali menganggukkan kepalanya sambil meneguk air liur untuk kesekian kalinya.

"Just because my role is 'rage' and his role is 'menace', doesn't mean that I am not dangerous at all. I think you already forgot who I am."

Haziq berkata sambil merenung dalam wajah Che Sazali dengan renungan sinikal dan sarkastik. Barangkali dia fikir Che Sazali seakan merendahkan dirinya.

Senyuman sinis yang amat menyeramkan dan menggerunkan tersungging pada wajah Haziq. Tiada lagi mata yang membara dengan api keazaman mahupun sinaran harapan.

Yang tinggal hanyalah mata yang penuh dengan kebencian dan dendam yang terpendam. Mata itu ibarat menyimpan beribu dendam dan kisah duka yang berselirat.

Dilengkapi dengan satu senyuman sinis yang menonjolkan auranya.

Che Sazali terkedu melihatnya. Melihat riak wajah Haziq, kenangan silam seakan menggamit dirinya untuk mengenang memori lama tersebut.

Yalah...

Masakan dia bisa lupa?

Bagaimana dia boleh alpa walau untuk seketika, siapa lelaki ini sebernanya? Masakan dia boleh lupa betapa dahsyat dan gerunnya dia? Bagaimana dia boleh lupa bahawa lelaki ini juga bahaya dan kejam?

"Semestinya bunuh,"

Dua patah perkataan yang dituturkan dengan begitu mudah tetapi dengan senyuman sinis yang sukar ditafsirkan. Tiada seorang pun boleh merungkai apa yang difikirkan oleh lelaki berbahaya ini.

Dan saat itu, Che Sazali sedar.

Dia lebih menggerunkan dan berbahaya daripada Shah, Ghazi mahupun Najmi.

_____

"Amacam? Apa rasanya dikurung macam penjenayah?"

Tajul hanya tersengih manakala Ashraff pula mencebik tidak berpuas hati mendengar pertanyaan Muuna yang berbaur sinikal. Muuna siap angkat-angkat kening, nakal.

"Kami dah cakap kami tak bersalah tapi Uwais degil. Saya cuma tak nak dia bazirkan masa siasat kitorang je," balas Ashraff bersahaja.

"Uwais buat macam tu bersebab," ujar Haflin menyampuk perbualan mereka. Tidak senang mendengarnya kerana Uwais telah berusaha melakukan yang terbaik dalam mengesan penyangak yang bersembunyi di dalam kalangan pengawal keselamatan.

Ashraff mengaru lehernya yang tidak gatal. Terasa serba salah pula dia kerana salahkan Uwais.

"Erm, betul ke penembak tu dah ditangkap?" soal Ellyana ingin tahu.

"Ya, penembak itu berjaya ditangkap bersama dengan tiga orang lagi yang bersubahat. Security tak dapat detect diorang sebab diorang jaga bahagian kawasan luar hall." terang Mukhriz panjang lebar, memberitahu segala maklumat yang diperoleh sepanjang hasil siasatan.

"So apa jadi dekat diorang? Siapa diorang? Siapa boss diorang? Apa motif diorang?"

Soalan Ellyana yang bertalu-talu membuatkan mereka semua mati kata. Ada yang toleh memandang tempat lain, ada yang tundukkan wajah, ada yang menggaru telinga yang entah gatal entah tidak.

Mereka semua tidak berani untuk menjawab pertanyaan tersebut. Memandangkan berita yang dikhabarkan sangat buruk.

"Diorang mati dibunuh," jawab Haflin mendatar.

Mereka semua memandang Haflin dengan renungan tidak berpuas hati. Kenapa Haflin beritahu perkara tersebut kepada Ellyana yang baru sahaja pulih sepenuhnya?

Mata Ellyana membesar. Automatik dia menutup mulutnya yang melopong.

"Hah?!! S-Siapa..."

"Masih lagi dalam siasatan," balas Haflin senada.

Ellyana memicit-micit dahinya yang seakan berdenyut sambil melepaskan keluhan berat. Siapa pulak dalang kali ni?

"Dan, kita akan pergi Spain kan?" soal Ellyana lagi dalam nada yang amat lemah. Barangkali sudah lelah dan pasrah tatkala dikhabarkan dengan berita buruk tersebut. Ditambah lagi dengan perintah abuelo untuk pergi ke Spain, memang buat kepalanya pusinglah.

"Ya..." jawab Mukhriz perlahan.

Ellyana untuk kesekian kalinya mengeluh sebelum menyandarkan badan pada sofa.

"Korang rasa kenapa abuelo nak kita pergi Spain?" tanya Muuna kepada mereka semua.

"Probably want to lecture us. For not protecting El." balas Haflin sambil pejamkan kedua-dua belah matanya. Bila memikirkan sahaja yang abuelo akan berceramah kepada mereka, kepalanya terasa sakit.

"Takkan kot!"

Ellyana kerut dahi. Abuelo tidaklah se-protective begitu!

Melihat reaksi Ellyana, lagilah membuatkan mereka semua mengeluh sambil tepuk dahi mereka sendiri. Apa Ellyana ni benar-benar tak tahu atau pura-pura tak tahu?

Memanglah Zakaria tidak pernah tunjukkan kasihnya kepada Ellyana secara terbuka atau depan-depan.

Tetapi hanya orang bodoh sahaja akan bilang Zakaria tidak lansung menyayangi Ellyana.

Zakaria teramat menyayangi Ellyana. Betapa besarnya kasih dia sehingga ingin menyerahkan semua hartanya termasuk Una Ninfofilua kepada Ellyana, sedangkan dia mempunyai ramai cucu.

Ellyana jua yang terpilih.

Kerana apa?

Kerana Zakaria sangat sayangkan Ellyana.

Sebab apa lagi yang mampu menjelaskan tindakan Zakaria yang mengejutkan satu negara?

Melihat kenaifan Ellyana, mereka hanya memilih untuk tidak menjelaskan dengan lebih lanjut. Lagipun, bukannya Ellyana akan menerima dengan hati yang terbuka. Kenaifan dan kepolosan gadis itu terlalu tinggi.

"Taj, Ash, korang ada klu tak macam mana empat lelaki itu dibunuh?" tanya Haflin, serta-merta merosakkan suasana yang harmoni.

Tiba-tiba sahaja satu persoalan terlintas di fikirannya.

Bagaimana empat lelaki yang menyamar sebagai pengawal keselamatan yang berkomplot untuk cederakan Ellyana mati dibunuh?

Tanya Uwais? Awal-awal Zulkarnain sudah menutup mulut dia agar tidak memberitahu Haflin apa-apa. Memang buat dia naik beranglah.

Tanya Mukhriz? Lelaki ini juga tidak dikhabarkan bagaimana mereka mati. Zulkarnain sendiri juga merahsiakan perkara mustahak ini daripada Mukhriz.

"Kami pun tak tahu..." jawab Ashraff perlahan diikuti dengan anggukan Tajul.

Haflin merengus kasar.

Satu lagi pertanyaan terlintas di fikirannya.

Untuk apa Zulkarnain merahsiakan segala-galanya daripada mereka? Atas motif apa mereka tidak dibenarkan untuk masuk campur, sedangkan hal ini melibatkan nyawa Ellyana yang dipertaruhkan? Mengapa?

Apa Zulkarnain fikir mereka masih budak kecil hingusan yang tidak tahu apa-apa?

Langsung tidak masuk akal.

Dan, dalang di sebalik semua ini sangat licik.

Dia bukan sahaja sudah menghapuskan semua bukti, termasuk rakaman CCTV Hotel Zel D' Adonis sehingga tiada jejak yang tertinggal, bahkan dia telah membunuh empat lelaki yang merupakan anak buahnya.

Sekarang ini, semua jejak telah dimusnahkan. Dan mereka sekarang tidak tahu apa jejak yang mampu membawa kepada dalang yang licik ini dan siapakah yang sedang bermain di balik tirai.

Haflin mendengus.

Aku harap, penerbangan ke Spain tidak akan menjadi satu perkara yang sia-sia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience