Chapter | 16

Romance Series 14649

"Who are you?"

Bisikan Haflin dapat didengari oleh lelaki berpakaian pengemis itu meskipun hujan sedang turun dengan lebat.

Dengan kekuatan sebegini, tak patut menjadi pengemis jalanan! Melainkan kalau lelaki ini punya motive yang tidak baik.

"Cik!!"

"Lin!!"

Haflin kalih. Dari jauh, kelihatan Ashraff, Haziq dan Mukhriz sedang berlari ke sini.

Bulat mata Haflin. Dah kenapa semua ni sibuk ke sini? El macam mana?!

"Hands off, bastard!!" jerit Mukhriz sambil berlari. "You better lift your filthy hands from her!!!"

Mukhriz sudah bersedia untuk menendang lelaki itu. Haflin tercengang. Oi, oi! Kau nak tendang aku sekali ke?!

Lelaki itu tidak berganjak sebaliknya menguatkan lagi pelukan mereka sehingga Haflin naik rimas. Ish, aku nak lepaskan diri pun tak boleh! Dia kuat sangat!

Ketika tendangan Mukhriz sudah mahu mengenai mereka, senyuman sinis terukir pada wajah lelaki itu.

Lelaki itu memegang kaki Mukhriz sekali gus menghentikan tendangan Mukhriz.

Mereka semua terkejut. Dia berjaya hentikan tendangan Mukhriz dengan tangan kiri?!

Kemudian, lelaki itu melipat kaki Mukhriz sehingga dia terduduk. Sekali lagi mereka semua tercengang.

"Hoi, kau ni dah gila ke?!!" jerit Haflin bengang. Kalau aku tahu kau memang gila macam ni, memang takkan aku tolong kau dulu!

Ashraff ketap gigi. Lelaki ini memang kuat. Walaupun posisinya sekarang ialah duduk, dia berjaya menahan tendangan Mukhriz dengan satu tangan sahaja.

Haziq melangkah laju lalu menarik tangan Haflin kuat daripada cengkaman lelaki itu. Mereka berdua berundur daripada lelaki itu.

Lelaki itu automatik bangun sebaik sahaja Haflin tidak lagi di dalam pelukannya.

Mukhriz yang masih tidak berpuas hati terus mencuba untuk menumbuk lelaki itu.

"Riz, jangan!!" teriak Haflin kuat.

Lelaki itu hanya mengelak dengan satu langkah sehingga membuatkan Mukhriz jatuh terjelopok.

Air hujan tidak henti-henti turun dengan lebatnya. Guruh berdentum-dentum. Angin semakin bertiup dengan kencang.

"Kau siapa ah?!" jerit Ashraff meninggi. Cuba menandingi bunyi hujan.

Lelaki itu tidak menjawab. Dia memandang Haflin lama sebelum melangkah ke belakang. Lalu beredar dari situ.

"Woi, kau nak ke—"

"Riz, stop it!!" tengking Haflin apabila melihat Mukhriz cuba mengejar lelaki itu.

Mukhriz merengus kasar sebelum melepaskan tumbukan pada pokok di sisinya.

"El!"

Serta-merta Haflin teringatkan Ellyana. Adakah lelaki itu penjahat yang ingin mencederakan Ellyana dengan cara mengelirukan mereka?

"El selamat, cik." jawab Ashraff sambil menunjukkan ke arah kereta mereka.

Kelihatan raut wajah gusar Ellyana menerusi cermin tingkap kereta. Terpamer riak panik dan risau.

Haflin menghela nafas lega. Tetapi hatinya masih berteka-teki.

Siapa sebernanya lelaki itu?

Haziq pula juga membuat andaian sendiri. Dia memandang bayangan lelaki itu yang telah pun lesap.

Kau ke tu—

—Ghazi?

_______

"Hachuu!!"

Haflin mengambil tisu dari kotak lalu mengesat cecair hingusan pada lubang hidungnya. Tak pasal-pasal demam pulak!

"Akak,"

Ellyana datang dengan segelas air kopi panas dengan sebiji ubat demam.

"Thanks, El."

Dia meletakkan kopi dan ubat itu di sisinya. Dia menyandarkan kepalanya pada sofa. Fikirannya serabut.

"Kau okay tak, Lin?"

Mukhriz tiba di ruang tamu. Haflin mengerling sekilas lelaki itu. Nampaknya, dia sudah mandi.

"Okay sangat sampai tak perlukan ubat," jawab Haflin senada sambil menelan ubat itu.

Meletus tawa kecil dari bibir Tajul, Ashraff dan Ellyana. Lahai, Mukhriz. Siapa suruh kau tanya soalan cepumas? Sah-sahlah dia tak okay!

Mukhriz mengambil tempat duduk di hadapan Haflin dan Ellyana.

"Mana Zaf?" soal Ellyana pelik.

" Mandi " jawab Mukhriz sepatah.

Ellyana hanya menganggukkan kepalanya. Dia menilik jam. Muuna pun.... Lamanya mandi!

"So guys, apa pendapat korang tentang kes tadi?" soal Haflin setelah selesai menghirup air kopi. Selsemanya begitu teruk sehingga hidungnya berwarna merah.

"Aim dia bukan El. Itu yang pasti." balas Mukhriz serius.

Tajul dan Ashraff mengangguk setuju. 

"Taj, Ash, korang setuju?" tanya Haflin bagi menyuruh mereka berdua menerangkan dengan lebih lanjut mengenai pendapat mereka.

"Bukan obvious sangat ke? Target dia ialah cik Haflin lah." jawab Ashraff disertai dengan anggukan burung belatuk Tajul di sisinya.

"Yes, aku pun rasa target dia ialah kau, Lin. Kalau tak, confirm dia akan lari dekat kereta if target dia El." terang Mukhriz pula.

Haflin terdiam. Target dia ialah aku?

"Aku tak rasa—"

"Don't be ridiculous, Riz! How laughable! Takkan kau tak cam taktik penjahat tadi macam mana? Aku dari dalam kereta nampak taktik dia macam mana. Dia target aku, tapi sebab tak nak bagi obvious, dia attack akak." pintas Ellyana memberi hipotesis dengan lantangnya.

Haflin tersentak. Apa yang Ellyana katakan itu memang masuk akal tetapi kenapa dia rasa sakit hati?

Mukhriz tersengih sinis.

"Wow, yakinnya kau yang mamat tadi target kau. Aku tau kau ni satu-satunya heiress keluarga Tengku Syed tapi kau jangan ingat satu dunia nak target kau!" Panjang lebar Mukhriz membidas.

Ellyana buat rolling eyes. Benda betul! Dia cuma sampaikan pendapatnya sahaja!

"Cik Ellyana, saya pun rasa lelaki tadi target cik Haflin. Tapi atas sebab apa, saya pun tak tahu." ujar Tajul.

Ellyana tidak puas hati. Dah bertahun-tahun dirinya menjadi sasaran, tiba-tiba kakaknya pula menjadi sasaran? Tak masuk akal betul!

"Lin, kau kenal ke dengan mamat tadi? Kenapa dia peluk kau?"

Soalan Mukhriz membuatkan lidah Haflin terkelu seribu bahasa.

"Aku pernah jogging dekat area situ. Aku ingat dia pengemis sebab tu aku bagi duit." terang Haflin singkat. Tak perlu kot explain dia tampar budak-budak sebab lelaki itu.

Semua orang senyap. Cuba berfikir.

"Or perhaps lelaki tu pique interest in you, Cik Haflin!" Ashraff membuat spekulasi.

"Bullshit!" Haflin menjeling Ashraff.

"Cik Haflin, saya pun fikir macam tu jugak." Tajul menyokong Ashraff.

Haflin terus berdiri sambil memegang gelas kopinya.

"Daripada dengar hujah tak masuk akal korang, baik aku masuk dalam."

Dia terus berlalu masuk ke dalam biliknya.

Ashraff menggaru kepala botaknya. "Salah ke aku cakap?"

Mukhriz menongkat dagu sambil berfikir dengan riak wajah seriusnya.

"Tak, kau tak salah."

_______

"Ghazi! Dah berapa kali aku cakap jangan sentuh dia tu! Kau tak layak nak sentuh dia!" herdik Haziq di corong telefon.

"Oh? Ada orang selain aku dah sentuh dia dulu sebelum aku?"

Haziq terkilan. Jadi, bukan Ghazi?!

Kedengaran tawa sinis dari telefon itu.

"Looks like your woman isn't that ordinary at all. Well, she succeed in seeking my attention. I'm getting curious—"

Tanpa sempat Ghazi menghabiskan ayatnya, Haziq terus melempar jauh telefon itu. Dia meraup kasar rambutnya.

Kalau bukan Ghazi, habis siapa?

Haziq mendudukkan kepalanya dengan matanya yang terpejam rapat. Cuba menenangkan dirinya.

Beberapa saat kemudian, dia mengangkat kepalanya memandang cermin.

Terpamer imej dirinya sendiri.

Dia menguntum senyuman sinis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience