Chapter | 18

Romance Series 14589

"Again, kita dua orang je yang bangun awal?" soal Muuna dengan wajah bosannya. Dia putarkan bola matanya.

"Hrmm,"

Ellyana mengangguk dengan senyuman tipis.

"El, nak kejutkan si nincompoop tu tak?" ajak Muuna siap tayang sengih serta jungkit-jungkit keningnya nakal.

Ellyana terpinga seketika. Nincompoop? Siapa yang Muuna maksudkan?

"Who?"

Muuna tepuk dahinya. Bengap jugak lah cousin dia ni!

"Siapa lagi nincompoop selain Mukhriz?"

Ellyana tergelak. Ada ke gelar abang sendiri 'nincompoop'? Ini kalau Mukhriz dengar, confirm meletus perang negara ni.

"Nincompoop? Why that word?" soal Ellyana dengan tawa yang masih bersisa.

"Because that word sounds funny. Suit the owner himself. Hilarious, laughable and stupid." jawab Muuna bersahaja.

Pecah tawa Ellyana. Okay, ini serius kelakar. Owner himself? Kau nak cakap Iqbal Mukhriz ni stupid? Mati kau dia kerjakan kalau dia dengar kau bermati-matian kutuk dia macam ni!

Muuna mencebik. "Kau nak join aku ke tak ni? Kalau tak nak, aku buat sorang!"

"Jom! Dah lama aku tak prank kan si badak air tu." Ellyana cepat-cepat bersetuju sambil menyeka air mata pada birai mata.

Tersenyum ceria Muuna. Lebar sungguh senyumannya.

"El, kau standby dekat pintu. Aku nak ambik something."

Ellyana mengangguk lalu mereka berdua berpecah. Seperti yang diarahkan, Ellyana sedang berdiri di depan pintu bilik tidur Iqbal Mukhriz.

Tidak beberapa lama kemudian, Muuna tiba.

"Huh? Apa tu?"

Apa yang ada dalam tangan Muuna? A—Ais?!

"Ais? Air? Kau—"

Muuna kenyit mata sambil meletakkan jari telunjuk pada bibirnya sendiri.

"Let me lead the way, princess."

Muuna membuka pintu dengan perlahan-lahan. Dia masuk ke dalam bilik dengan berhati-hati.

Kelihatan di atas katil, Mukhriz sedang tidur lena ibarat tiada lagi hari esok. Nyenyak sungguh!

Muuna menggeleng-gelengkan kepalanya. Alas, what a sleepyhead!

"El, kau pegang phone aku ni. Tolong rakam si nincompoop ni." ujar Muuna, berbisik lalu menyerahkan telefonnya kepada Ellyana.

"Sekarang?" tanya Ellyana sambil membuka app camera pada telefon Muuna.

"Kau kena get ready je, tunggu signal aku, kau start record."

Ellyana mengangguk mengerti. Dia sudah bersedia untuk merakam Mukhriz.

Saat Muuna membuat signal, Ellyana cepat-cepat menekan 'record'.

Sengihan jahat Muuna jelas terpampang pada wajahnya.

"Abang, kebakaran!!!"

"Bangun, bang!!! Api, api!!!"

"Hah, api?!"

Cepat-cepat Mukhriz terjaga tetapi masih dalam keadaan separa sedar.

SPLASHHHHHHHH!!!

Mukhriz telah pun selamat disimbah dengan air ais yang sejuk.

"AAAAAHHHHH!!! SEJUK!!!!"

Terburai tawa Muuna dan Ellyana apabila Mukhriz melompat dari atas katil lalu berlari menggapai tuala. Dia mengelap satu badannya dengan tuala.

Ellyana tidak ketinggalan untuk merakam adegan itu. Dia terkekeh-kekeh ketawa.

"Amacam? Dah bangun dah, bang? Segar?" soal Muuna sinis sambil menghayunkan mangkuk yang telah pun kosong.

Mukhriz mengetap gigi. Menjegil matanya tajam kepada dua ekor makhluk di hadapannya.

"Korang ni kan..."

"Huh? El, aku rasa kita kena blah sekarang." Muuna tersengih lalu perlahan-lahan mengundur ke belakang.

"Ya, aku pun rasa macam tu." sahut Ellyana bersetuju tetapi masih merakam.

Mereka mengundur setapak demi setapak ke belakang.

"... Memang nak kena!!"

Mukhriz terus menerpa ke arah mereka. Terus Muuna dan Ellyana berpaling untuk lari.

"AAAAAAHHHHHHHH!!!! LARI!!!!"

_____

Sayu dan hiba pandangan mata Haflin terhadap gelandangan-gelandangan di lorong ini. Mereka kelihatan gembira menghabiskan makanan yang telah Haflin berikan sebentar tadi.

'Ah, bodohnya aku.'

Hatinya berdesis perit.

'Mungkin aku terlalu mendabik dada, mendongak ke langit. Mengagumi segala yang berada di atas sehingga terlupa yang kedua-dua belah kaki aku sendiri sedang memijak tanah yang jelas nyata.' getus hatinya penuh melancholy.

Theodore Roosevelt pernah cakap, 'Keep your eyes on the stars, and your feet on the ground'.

Tapi macam mana pula kalau mata yang memerhati jauh itu akan buatkan dirinya alpa tentang di mana kakinya berada?

Setinggi-setinggi mana kau melihat, sejauh-jauh mana kau memandang, hatta seluas-luas mana kau berfikir, jangan pernah sesekali kau lupakan asal-usul kau mana.

"Terima kasih kak Ara!"

Kanak-kanak itu tersenyum gembira.

Duhai, hati kecilnya terasa sakit. Dia bagaikan dapat melihat dirinya sendiri ketika dia melihat kanak-kanak lelaki itu.

Haflin duduk mencangkung.

"Nama adik apa?"

"Ijjat," jawabnya sambil rakus menggigit bun itu.

"Nama penuh Ijjat?"

"Entahlah, arwah ibu panggil Ijjat, Ijjat je." balas Ijjat. Nadanya sedikit bergetar dan berbunyi sayu.

Haflin dipagut rasa sebak. Kenapa adegan ini kelihatan sungguh familiar? Ya, inilah dia 18 tahun yang lepas.

"Jadi Ijjat tinggal sorang-sorang ke?"

Dia mengangguk.

Haflin gigit bibir. Tuhan, kenapa dunia ini begitu kejam?

"Ini kawan-kawan Ijjat ke?" Haflin menunjukkan ke arah gelandangan-gelandangan yang lain. Mereka lebih berusia daripada Ijjat.

"Ya!" Ijjat tersengih menayangkan sebaris giginya.

Haflin dihimpit rasa serba salah. Ah, kenapa begitu lambat aku menyedari? Ada lagi ramai manusia yang sepertiku dulu.

"Ijjat nak tinggal dekat sini ke?" soal Haflin sambil memandang sekeliling.

Laju Ijjat menggeleng. "Sini busuk!"

Haflin tersenyum pahit. Ya, sini busuk, kotor dan banyak sampah. Tempat yang mirip tempat aku tinggal dulu.

"Ijjat nak tinggal dekat tempat lain tak? Tempat yang lebih bersih dan wangi?" ajak Haflin dengan senyuman manis.

Mata Ijjat membulat. Terpancar sinaran harapan pada matanya.

"Nak!!"

Haflin tersenyum.

Tiba-tiba sahaja wajahnya bertukar mendung.

"Rumah anak yatim ke?"

Haflin tersentak. Macam mana dia tahu? Dan kenapa wajahnya bertukar keruh?

"Kenapa? Ijjat tak suka ke?" tanya Haflin dengan nada yang lembut.

Laju Ijjat menggeleng. "Ijjat tak suka!!"

Haflin mendiamkan diri. Dia berfikir sejenak.

"Kalau rumah akak, macam mana pulak?"

Ijjat mengangkatkan kepalanya.

"Rumah akak?"

Haflin mengangguk. "Ya, rumah akak. Sudi tak Ijjat nak tinggal dengan akak?"

"Ijjat nak tapi—"

"Tapi apa?" Laju Haflin memintas.

"Mereka macam mana?" soal Ijjat sambil menuding kepada kawan-kawannya.

Haflin melakar satu senyuman. Budak ini....

Memang baik.

"Akak akan hantar diorang ke hospital dan tanggung seratus peratus bil perubatan." balas Haflin menerangkan satu persatu rancangannya terhadap warga-warga tua itu.

"Baguslah macam tu..."

Ijjat menunduk. Terjungkit kening Haflin. Kenapa Ijjat tampak gusar? Seakan dia tengah menyembunyikan sesuatu.

"Kenapa Ijjat?"

"Ijjat... Ijjat tengah tunggu akak cantik."

Haflin terkedu. Akak cantik?

"Akak cantik selalu datang sini bawakan makanan. Dia selalu buat magic! Dia baaaaaik sangat!" Ijjat gigih bercerita mengenai 'akak cantik'.

"Ijjat jangan risau. Kita balik dulu dan kejap lagi kita datang balik." cadang Haflin.

Ijjat mengangguk laju. Terus dia berdiri. Haflin memegang tangan Ijjat dan mereka sama-sama berjalan.

"Tunggu,"

Langkah Haflin automatik terhenti. Dia kalih ke belakang.

Haflin terkesima. Seorang perempuan cantik berambut kuning keemasan serta mata biru persis laut yang membiru sedang berdiri di hadapannya.

C—Cantiknya dia!

Haflin merenung dia lama. Foreigner?

"Akak cantik!! Hai!!" Ijjat melambai-lambaikan tangan kepada gadis itu.

Haflin terkedu. Oh, dialah 'akak cantik' yang sering membantu Ijjat dan yang lain?

Haflin terasa dirinya direnung tajam, rupanya gadis itu sedang merenung dirinya tajam persis helang.

"Lepaskan budak tu,"

Oh? Dia ingat aku ni penculik bersiri ke?

"Aku nak jadikan dia adik angkat aku, jangan salah faham." terang Haflin dengan nada dingin.

"Aku cakap lepaskan tangan budak tu!!" jerkah gadis itu.

Haflin pandang gadis itu jelik. Memang tak faham bahasa Melayu ke? Tapi elok je cakap bahasa Melayu?

"Akak cantik! Apa yang kak Ara cakap tu betul!" Ijjat kalut cuba menenangkan gadis itu.

"Kau mungkin boleh tipu budak, tapi kau tak boleh tipu aku."

Haflin menggaru lehernya. Masalah betullah berdepan dengan orang judgemental ni!

"Apa yang aku boleh buat supaya kau percaya aku ni tak tipu?" tanya Haflin malas.

"Beg yang kau bawa tu ada pedang. Kenapa kau bawa pedang ke sini?"

Haflin merenung gadis itu kosong. Memang dia terkejut macam mana perempuan ini boleh tahu isi begnya ialah pedang.

Hrmm, cantik sahaja tapi tak guna!

"Aku tak suka gunakan kekerasan pada perempuan tapi aku tak sukalah berbalah panjang-panjang." ujar Haflin serius sambil sudah berura mahu mengeluarkan pedangnya.

"Buahahahahaha!!"

Eh?

Kenapa perempuan ni gelak? Terencat akal ke? Tolonglah, aku tak mahu tanggung kos hospital kau, budak!

"Hahahahahahaha!!!"

Semakin kuat dia ketawa.

"Ijjat, akak rasa kakak awak yang depan ni dah gilalah." bisik Haflin dingin dan Ijjat hanya tergelak.

Usai gadis itu ketawa, dia melangkah mendekati Haflin.

"Aku bergurau je tadi." Dia tersenyum manis.

"Maaflah, aku tak dapat nak cam kau bergurau tadi. Sebab tu aku tak gelak." balas Haflin sarkastik.

Perempuan itu tergelak lagi. Hrmm, sah, gila.

"Sorry, sorry,"

Dia mengesat air matanya dek terlalu banyak ketawa. Kemudian, dia menghulurkan tangannya sebagai tanda salam perkenalan. Senyuman penuh menawan menghiasi wajah jelitanya.

"Aku, Athanasia."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience