Chapter | 24

Romance Series 14649

"Wow, kak, you look stunning!" puji Ellyana.

"Yea, you look gorgeous as hell!" Itu pula pujian Muuna.

Haflin memandang dirinya di cermin yang memantulkan imej dirinya. Di cermin itu, terpantul imej dirinya yang memakai dress labuh berwarna ungu gelap. Manik-manik kecil dan lace menjadi penghias di kain satin reben. Ditambah pula dengan sapphire necklace. Wajahnya juga tampak berseri setelah di makeup. Serta rambut panjangnya yang didandan dengan style long updo.

Haflin memegang wajahnya dengan riak tidak percaya. Betul ke ni aku?

"You have a great make up skill," ujar Haflin kepada Zirika yang merupakan jurumekap tak rasmi. Hebat sungguh Zirika kerana berjaya menukarkan wajahnya seakan wajah orang lain yang lebih cantik.

Zirika terkebil. Cik Haflin tak tahu ke dia cuma tempek sedikit make up je? Untuk tonjolkan raut wajah ciknya yang jelita. Yang lain semua ialah natural beauty Haflin sendiri.

"Serius akak cantik gila!"

Tidak henti-henti pujian terpacul pada bibir Ellyana. Dia tampak benar-benar terpesona dengan diri kakaknya yang sekarang!

Haflin memandang Ellyana yang sedang dimekapkan dingin.

"Are you talking to a mirror?"

Muuna tergelak. Haflin memang tak sah dengan sarcasm nya yang menghiburkan hati.

Ellyana juga tidak kurang hebatnya. Dengan gaun labuh dan kembang berwarna biru. Dihiasi dengan batu-batu permata kecil yang berkilauan di bawah gaun. Serta rambutnya yang didandan dengan gaya wrapped braider. Ellyana kelihatan sungguh cantik.

"Apa yang kau gelak dekat? Kau pun sama jelah!" marah Ellyana tidak berpuas hati.

Ya, Muuna juga tampak jelita dengan gaun berwarna putih. Dihiasi dengan sequin yang berkilauan berserta ropol-ropol di bahagian perut. Rambutnya yang panjang paras bahu digayakan dengan gaya long bob bersama bunga mawar putih di rambutnya.

Muuna tersengih. Tak tahu itu pujian ke tak.

"Akak dah siap. Korang berdandan lah dulu. Akak keluar dulu"

Haflin terus keluar dari bilik itu. Dia melepaskan keluhan berat.

Rasa menyesal pula beri plan ni. Tak pasal-pasal dia yang kena pakai dress. Kalau tidak, asalnya dia nak pakai tuxedo je. Simple, tak susah jalan dan tak payah lenguhkan diri berdandan.

Rancangannya ialah mereka perlu berpura-pura berlakon bahawa peristiwa tulisan itu tidak pernah terjadi. Untuk mengelak diragui, Haflin juga perlu memakai gaun.

Haflin telah memberitahu Zulkarnain semalam tentang kejadian semalam. Zulkarnain yang akan hadir malam ini telah mengarah bodyguard untuk mengawasi hotel ini tanpa diketahui.

"Lin,"

Haflin angkat muka apabila namanya dipanggil. Dia terkedu.

Mukhriz tampak segak dengan tuxedo berserta tie merah. Rambutnya juga didandan biar kasi lebih tampan.

Riz.. Nampak lain.

"Kau.. Kau cantik sangat malam ni, Lin." kata Mukhriz sambil menggaru lehernya yang tidak gatal. Mukanya juga memerah.

Haflin terkelu. Seketika kemudian dia tersenyum segaris. Pipinya juga sudah merona kemerahan.

"Thanks, Riz. Kau pun," puji Haflin jujur dengan senyuman tipis.

Kekok. Sangat kekok apabila mereka berdua hanya mendiamkan diri. Tidak pernah perkara ini berlaku sepanjang mereka saling mengenali. Inilah kali pertama mereka janggal.

Derap kaki seseorang membuatkan mereka berdua serentak kalih.

"Miss Ammara Haflin?"

"Encik Zayn!"

Kenapa Zayn boleh ada dekat tingkat ini?

"You look beautiful, miss." puji Zayn yang juga berpakaian tuxedo.

"Haha, I take that as a compliment. By the way, you too look great." Haflin berbalas pujian, sekadar berbasa basi. Bukannya dia maksudkan pun.

"Well, not as great as you."

Dan, seperti biasa, mulut Zayn sangat senang mengutarakan bicara manis. Semudah bernafas.

"Do you have some business in this floor, Mr. Zayn?" soal Mukhriz pelik. Tingkat ini hanya ada bilik-bilik untuk pengunjung hotel ini. Kenapa Zayn datang ke tingkat ini?

"Yes," jawab Zayn.

Tiba-tiba matanya beralih pada Haflin. Seakan digam, matanya hanya tertumpu pada Haflin.

"To meet this pretty lady, of course." tutur Zayn dengan senyuman manis.

Haflin tersentak. Who? Me?

"For what?" Haflin bertanya dengan reaksi enggan yang tidak mahu disembunyikan.

Zayn melorek senyuman menawan. Cukup biarkan perawan tertawan.

"Let me escort you to the hall," ujarnya sambil memegang tangan Haflin.

Haflin merenung Zayn tajam. Dah apahal mamat ni nak main pegang-pegang tangan orang? Macam tak pernah nampak tangan sebelum ni!

Baru sahaja Haflin mahu menepis, ada satu tangan memegang tangannya.

"I beg your pardon, Mr. Zayn. But she going with me." Keras Mukhriz berkata. Matanya tajam memandang Zayn.

Air muka Zayn juga turut berubah. Seketika kemudian dia mengukir senyuman kembali.

"Why should I let her go?"

Meremang bulu roma Haflin. Kenapa creepy sangat bicara Zayn?

"Jangan buat aku paksa kau"

Bicara Mukhriz semakin keras. Wajahnya juga serius dan tegang tanpa secalit senyuman.

Yang jadi masalahnya, aku! Tangan mereka masih pegang tangan aku!!

"Let me go, both of you!"

Terus Haflin merentap tangannya daripada Zayn dan Mukhriz. Dia mendesis. Ah, sakit..

"Aku takkan ikut korang, pergi jelah sendiri!!" ujar Haflin tegas sebelum melangkah pergi dari situ.

Dia terus berjalan laju ke lif. Sekali gus meninggalkan Zayn dan Mukhriz.

_____

"This is sucks!"

Haziq meraup kasar rambutnya. Giginya diketap. Rahangnya bergerak-gerak. Uratnya juga mulai menegang di bahagian leher.

"Babi betullah! Sial!" makinya bengang.

Ya, dia sangat bengang. Teramatlah bengang. Tahap kemarahannya yang sudah mencecah maksima bisa disamakan dengan gunung berapi yang menggelegak kepanasan. Rasa amarahnya sekarang seperti boleh tumbuk je sesiapa yang dilihat!

Ting!

Pintu lif terbuka. Haziq sudah berura untuk masuk ke dalam.

Haflin yang berada di dalam lif itu sedikit terkedu. H—Haziq?

"Asal tengok aku? Nak mati?" Kasar Haziq menyoal Haflin yang sedari tadi asyik memandangnya.

Haflin tersentak. Uishh, kasar betul bicaranya. Dah kenapa dengan Haziq? Bad mood ke? Datang bulan?

Pintu lif ditutup setelah Haziq selamat masuk ke dalam.

Mereka hanya diam. Tidak bersuara walau sepatah.

Haflin menjeling-jeling Haziq. Raut wajahnya sungguh cemberut. Seakan baru sahaja bergaduh dengan seseorang.

"Aku ni hensem sangat ke sampai kau nak curi-curi pandang aku?"

Erkk! Walao, perasannya!

"Narcissism is a terrible disease, Haziq. You better get your treatment soon." ujar Haflin motionless.

Haziq seakan tersentak.

"Kau—"

Telefon Haflin berdering sekali gus menghentikan bicara Haziq. Haflin membuka purse nya lalu mengangkat telefonnya.

"Hello, mom? Oh, mom dah sampai? Kejap lagi Ara turun."

Saleha dan Zulkarnain sudah tiba di Hotel Zel D' Adonis ini. Mereka sekarang berasa di Royal Hall.

Haflin mematikan panggilan. Kenapa lif ni lambat sangat ah?

BANGGGG!

Haflin tergamam. Dia memandang Haziq yang sedang menumbuk dinding lif.

"Haziq! Apa kau buat ni?!" jerit Haflin berang.

Haziq mengangkat kepalanya. Renungannya yang setajam helang terhadap Haflin membuatkan Haflin meneguk air liurnya.

Ting!

Pintu lif dibuka. Mereka sudah selamat berada di tingkat Royal Hall.

"Untuk pastikan kau layak ke tidak, biar aku yang uji kau sendiri,"

Haziq berjalan di sisi Haflin yang masih statik. Bibirnya bergerak-gerak.

"Ammara Haflin."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience