BAB 26

Romance Series 50177

_______________________________________________________________


KEDENGARAM BUNYI ayam berkokok di pagi hari. NurNazlyna bangun dari pembaringan matahari sudahpun terbit. Dia meraba di sebelahnya namun tiada sang suami.
NurNazlyna berasa segan kerana dia bangun lambat ketika itu. Bunyi bising di luar bilik yang sangat riuh sekali.
NurNazlyna bangun dan membuka tingkap biliknya terdapat jiran jiran yang sudah datang memenuhi teratak Tun Sri Nizar. Terkejut NurNazlyna di buatnya dia menepuk dahi.
'kenapa kau tak bangun Lyna hish bodoh lah kau ni, Cikgu ni pun satu kenapa tak kejut aku aduhai...' Nurnazlyna melempang dirinya sendiri.
Dia membuka pintu sedikit ramai orang ketika itu. Dia ternampak Datin Maznah dan Puan Sri Zawiyah sedang bersalaman dengan tetamu mereka.
NurNazlyna keluar dari bilik dengan berpakai tidurnya. Di kepala dia memakai kain tuala sahaja. Dia melihat orang yang hadir ketika itu.
Datin Maznah yang cantik berbaju kebaya barung berjalan ke arah NurNazlyna dia tersenyum segan.
"Nur siap cepat majlis nak dekat dah ni.. Nur pakai baju sekejap Mak ambikkan.. Azri yang suruh mak bagi baju ni dekat Nur sebab tadi dia kata Nur penat... tu yang mak biarkan Nur tidur dulu... " kata Datin Maznah.Dia mengusap pipi menantu kesayangannya itu.
"maaf lah mak Nur bangun lewat Nur tak sengaja maaf sangat sangat sebab susahkan Mak dengan opah layan tetamu." kata NurNazlyna sayu.
"tak apa lah Nur.. mak okey jerw tak apa tetamu pun tak ramai lagi tak apa mak faham pengantin baru memang lah macam ni" kata Datin Maznah.
"okey Mak.. Nur siap sekejap ya mana baju yang mak cakap tu??" soal NurNazlyna.
"nanti mak pergi ambik dekat bilik mak" Datin Maznah masuk ke dalam biliknya yang berada di sebelah bilik Azri Amsyar dan Nurnazlyna.
Selepas beberapa saat Datin Maznah keluar dari bilik dan memberikan baju kebaya berwarna diamond green kepada NurNazlyna.
NurNazlyna mengambilnya dan tersenyum sahaja.
"ni baju kahwin mak dulu... memang niat Mak nak bagi menantu pertama atau anak perempuan pertama mak pakai tapi tu lah.. hajat mak sekarang dah tercapai alhamdulillah syukur" Datin Maznah tersenyum.
"terima kasih Mak Nur siap sekarang lah macam tu" kata NurNazlyna.
Datin Maznah hanya mengangguk dan NurNazlyna masuk dan bersiap.
Nasib di dalam kamar tidurnya itu bilik mandi dah siap di sediakan.
NurNazlyna meletakkan baju kebaya tadi diatas katil dan dia masuk ke dalam kamar mandi untuk bersiap.
Selepas sudah mandi NurNazlyna hanya memakai tuala sahaja ketika itu. Azri Amsyar yang baharu masuk bilik terkejut melihat isterinya yang sedang berkemban. Terbeliak biji mata NurNazlyna bila melihat ada orang masuk ke biliknya.
"Aw..aw..awak pergi mana kenapa tak kejutkan saya" NurNazlyna mengerutkan dahinya.
Mata Azri Amsyar memandang NurNazlyna dari atas sehingga ke bawah. Dia menelan air liurnya yang terasa pahit ketika itu
"hmm sa..sa..saya kesian tengok awak penat sangat" kata Azri Amsyar gagap.
NurNazlyna baru tersedar yang dia hanya berkain tuala dan rambutnya yang basah ketika itu. Dia mengambil bajunya di atas ketil sebelah Azri Amsyar dan ingin masuk ke dalam bilik mandi untuk memakai baju.
Azri Amsyar menarik tangan NurNazlyna, hampir terlucut kain tuala yang di pakai oleh NurNazlya. Azri Amsyar semakin mendekatkan wajahnya dengan NurNazlyna.
NurNazlyna terasa kehangatan tubuh tegap milik Azri Amsyar yang hanya berbaju t'shirt dan berseluar track. panahan mata Azri Amsyar amat menggerunkan NurNazlyna ketika itu.
"awak."NurNazlyna menyeru suaminya dengan niat bahawa Azri Amsyar akan sedar dengan perbuatanya ketika itu.
"ya sayang" balas Azri Amsyar dalam nada yang romantis sedikit.
Tubuh Kecil NurNazlyna semakin dirapati. Keadaan NurNazlyna yang hanya memakai kain tuala dan ke sejukkan memang menggetarkan naluri lelakinya.
Hati NurNazlyba mula tidak tenteram, dia berasa takut dengan tingkah laku suaminya itu.
Wajah Azri Amsyar semakin mendekat dengan wajah NurNazlyna. Azri Amsyar memeluk pinggang NurNazlyna.Dia benar benar tidak dapat melawan gelora nafsunya yang kian membara.
NurNazlyna memejamkan matanya saat wajah Azri Amsyar betul betul berada satu inci dengannya.Tanpa sedar air mata NurNazlyna
Azri Amsyar tiba tiba tersedar akan kesilapannya yang menakutkan NurNazlyna ketika itu. Dia mendengar esakkan halu NurNazlyna.
"sayang...saya minta maaf"
Tanpa menunggu lama NurNazlyna mengambil bajunya di atas katil dan bawa masuk ke kamar mandi. Azri Amsyar hanya memandang NurNazlyna.
Azri Amsyar berasa kesal dengan tingkah lakunya dengan NurNazlyna.
Dia dalam bilik mandi NurNazlyna memandang cermin dia memegang lehernya dan bibirnya.
NurNazlyna berasa sesak di dada. 'Mungkin dia tak sengaja Lyna sabar' desis hati NurNazlyna. NurNazlyna bersiap di dalam bilik mandi.
Azri Amsyar yang berada di luar menumbuk dinding. Dia marah dengan dirinya kerana tidak dapat melawan nafsunya sendiri.
"kau bodoh azri asal kau buat dekat dia macam tu... kau bodo sumpah kau bodo.. haish" Azri Amsyar menumbuk dinding berkali kali sambil memarahi dirinya.
"puas ke bergaduh dengan dinding tu??" soal NurNazlyna dari muka pintu kamar mandi. Terkejut NurNazlyna di buatnya. ya lah keluar sahaja dari kamar mandi dia melihat Azri Amsyar sedang menumbuk dinding.
Azri Amsyar memberhentikan tindakkannya menumbuk dinding itu. NurNazlyna berjalan mendekati Azri Amsyar yang sedang berdiri membelakanginya.
"kenapa awak perlu siksa diri awak sendiri?? sedangkan benda itu cuma perkara kecil sahaja" kata NurNazlyna sayu.
Dia memusingkan tubuh Azri Amsyar untuk memandang dirinnya. Azri Amsyar menundukkan kepalanya memandang lantai.
NurNazlyna mendongakkan kepala Azri Amsyar. Lalu mata mereka bersatu antara satu sama lain.
"saya cuma risau kalau kalau kita terbabas tadi.. awak tak rela dengan saya lagi.. kalau awak rela lain tu yang saya marah dengan diri saya sebab tak dapat nak kawal perasaan saya sendiri." jelas Azri Amsyar.
"ya memang saya tak rela, malah saya tak suka benda tadi tu terjadi lagi dekat kita melainkan kita sama sama rela dan dah ready untuk itu.. saya minta maaf sebab buat awak tertunggu tunggu untuk dapatkan hak awak dan layanan sebenar untuk seorang suami.." NurNazlyna mengucup tangan Azri Amsyar.
"Tipu lah kalau saya kata saya tak nak anak dengan awak sayang... saya nak sangat anak tu tapi saya faham keadaan awak sekarang... saya sanggup tunggu awak sampai bila bila.. kalau ada rezeki mana tahu kita dapat tahun depan anaknya" kata Azri Amsyar.
Air mata NurNazlyna jatuh juga saat itu. Azri Amsyar memeluk NurNazlyna. Mula memang NurNazlyna berasa marah dengan Azri Amsyar tapi apakan daya dia tidak mampu untuk memarahi suaminya itu lama lama.
"jangan lah nangis nanti dah tak cantik" kata Azri Amsyar dia mencium kelopak mata NurNazlyna.
"hish awak ni" NurNazlyna memukul bahu Azri Amsyar perlahan.
Hidung mereka berlaga antara satu sama lain. Azri Amsyar mengeratkan lagi pelukkan mereka.
"hish dah lah nanti opah dengan mak fikir apa pula kita keluar lambat" kata NurNazlyna.
"biarlah opah dengan mak nak cakap apa pun" Azri Amsyar masih memeluk NurNazlyna.
"awak pergi mana tadi??" soal NurNazlyna.
"saya keluar sekejap dengan atok pergi bagi itik dengan angsa makan... saya call awak,awak tak angkat tu yang saya balik. balik balik tengok awak tengah berkemban terkejut lah saya ingatkan awak nak goda saya tadi" usik Azri Amsyar.
Bulat mata NurNazlyna memandang suaminya. NurNazlyna melepaskan pelukkan dan menarik tangan Azri Amsyar. Mereka berjalan ke arah katil dan duduk di situ.
"tengok tangan awakkan dah merah merah" NurNazlyna mengerutkan dahinya.
"its okey sayang sikit jerw ni nanti elok lah ni" kata Azri Amsyar.
"banyak lah awak punya sikit..." NurNazlyna memandang Azri amsyar.
"Sayang awak sayangkan saya tak??" soal Azri Amsyar.
'Tiba rasa pahit pula air liur aku ni... apa aku nak jawab ni aduhai' bisik hati NurNazlyna.
NurNazlyna tidak menjawab pertanyaan Azri Amsyar malah dia bangun dari duduk dan berjalan ke arah meja solek untuk bersolek sedikit.
Azri Amsyar yang sedar dengan sikap isterinya itu hanya mendiamkan diri dan masuk ke kamar mandi membersihkan diri.
NurNazlyna menyikat rambutnya yang lurus dan panjang. Dia memandang wajah Azri Amsyar dari pantulan yang seakan kecewa kerana tiada jawapan dari mulutnya sendiri.
Nurnazlyna bersiap seperti biasa dia. Siap sahaja dia bersolek dia memakai tudung bawal berwarna kuning keemasan.
Setelah beberapa kali dia melilitkan tudungnya. Akhirnya dia siap juga memakai tudung. NurNazlyna mencapai telefon bimbitnya di atas meja sebelah katil.
Dia mendail nombor Puan Roslah. Dia sudah rindu yang teramat sengat dengan ibunya itu. Sudah seminggu mereka tidak berjumpa.
"Hello ibu" Panggil nurNazlyna setelah Puan Roslah mengangkat.

DI RUANG TAMU NurNazlyna duduk di sofa melayan kanak kecil iaitu anak Encik Hamdan dan Puan Ilaika. Anak kembar mereka sungguh comel dan senang di jaga. Puan Ilaika pula sedang melayan tetamu yang hadir.
NurNazlyna mencari kelibat Azri Amsyar sejak tadi dia tidak nampak Suaminya itu. Dia dan Azri Amsyar tidak bercakap dan bertegur sejak keluar dari bilik. Azri Amsyar hanya mendiamkan diri sahaja.
Dia melayan bayi yang bernama Irdina. Seorang lagi bayi bernama Haykal. NurNazlyna menjaga kedua bayi itu kerana Puan Ilaika dan Encik Hamdan sedang melayan tetamu yang sangat ramai ketika itu.
NurNazlyna memangku bayi perempuan. Wajah putih gebu itu sungguh comel.
"haih comelnya awak sayang.... sama macam mak awak cantik jerw" bisik NurNazlyna sambil menepuk bayi itu dengn perlahan.
NurNazlyna memandang bayi lelaki pula yang sedang tidur. Datin Maznah yang memandang NurNazlyna memegang bayi itu hanya tersenyum sahaja.
"Nur dah makan??" soal Datin Maznah dan duduk di sebelah NurNazlyna.
"belum lagi. Mak dah makan ke?? soal NurNazlyna dengan senyuman.
"dah Mak dah makan dengan opah dan makcik Tiara tadi. Ada tu dia datang dekat depan." kata Datin Maznah.
"Azri mana Mak??" soal NurNazlyna
"Azri tak bagi tahu kamu ke yang dia dengan Tiana pergi hantar lauk dekat rumah orang tua tua dekat hujung kampung sana" jawb Datin Maznah.
Tergamam NurNazlyna di buatnya. Sedih hatinya kerana Azri Amsyar tidak memberi tahu apa pun dengannya. NurNazlyna tersenyum.
"hmm mungkin Nur yang lupa rasanya tak apalah Kejap lagi Nur makan. Boleh tahan lagi ni" Kata NurNazlyna.
"tak apa ke ni Nur.. nanti pengsan nanti risau mak Nur tak makan" Datin Maznah berkata risau.
"tak apa mak... nanti Nur makan.. Kalau Mak nak apa yang perlu Nur tolong bagitahu Nur,Nur boleh buat.." kata NurNazlyna.
"baiklah.. jangan lupa makan tau.. kalau Nur tunggu si Azri tu memang tak makan lah Nur... tak payah tunggu dia" kata Datin Maznah.
NurNazlyna hanya tersenyum sahaja.
Tiba baby Irdina merengek. NurNazlyna mendodoikan Baby Irdina dengan berzikir perlahan.
Datin Maznah tersenyum sahaja melihat menantunya melayan kedua bayi itu.
Datin Maznah turut membantu NurNazlyna menjaga bayi itu.Datin Maznah memang amat suka dengan bayi ataupun kanak kanak kecil.
"Nur suka budak budak??" soal Datin Maznah.
"haah Nur suka sangat budak budak comel cute jerw" jawab NurNazlyna.
"hmm Mak pun suka budak budak.. dari dulu lagi Mak suka budak budak... Nur nak tahu tak waktu Mak dapat tahu yang mak mengandungkan Azri dulu alahan Mak teruk sangat sangat sampai bau badan ayah Azri pun mak tak suka rasa loya jerw... tapi bila Ayah Azri pakai minyak cap kapak barulah mak boleh dekat dengan dia." Cerita Datin Maznah.
"tu lah moment yang terindah bagi mak tau... Sebab tu mak sayang sangat dengan Azri tu dulu Mak teringin nak anak perempuan sekali keluar lelaki hmm hampa.." sambung Datin Maznah dia tergelak kecil.
"hmm mak harap Nur dapar jaga Azri elok elok..Dia lah satu satunya anak mak yang ada tau.. mak cuma nak satu jerw mak nak dia kerja dekat syarikat ayah dia yang dah lama terbengkalai." kata Datin Maznah lagi.
"insyaallah Mak... Nur akan cuba pujuk Azri okey.... Nur tak tahu nak cakap macam mana.. nur cuba .. tapi mak Nur tak janji yang Nur akan jaga Azri tu elok elok Nuu cuma boleh cuba walaupun sekejap." kata Nurnazlyna dengan senyuman.
"tak apa mak faham" Datin Maznah memandang anak mata NurNazlyna.
"erh maaf lah Nur mesti penatkan jaga budak budak ni maaf lah ya" Puan Ilaika mengambil haykal yang sedang berbaring di sebalh NurNazlyna.
"Ilaika pergi mana tadi?? kesian Nur jaga anak awak" kata Datin Maznah.
"ika pergi layan tetamu tadi kak ni hah Sedara sebelah ilaika datang tadi tu yang tak sempat nak jaga anak" kata Puan Ilaika.
"ouh ya ke hah tak apa kalau macam tu Ambik lah anak kamu ni.. tak menang tangan kami nak menjaganya" Datin Maznah bercanda.
"terima kasih Nur jagakan anak anak makcik. susahkan Nur jerw" kata Puan Ilaika.
"erh tak apalah Makcik Nur okey jangan risau.... Bukannya susah pun jaga Baby dina dengan baby haykal ni" kata NurNazlyna dan tersenyum.
"ouh ya ke.. erh kejap kejap baru makcik perasan. kak Maz Nur pakai baju kak Maz??" soal Puan Ilaika teruja.
"ya lah nur kak Maz yang bagi Nur pakai baju ni kenapa??" Datin Maznah tersenyum.
"cantiknya Nur pakai baju ni... Makcik suka dengan kene dengan badan selamat lah muat" kata Puan Ilaika.
"ni pun akak kecikkan sikit ukuran badan.. sebab pinggang Nur kecik jerw" kata Datin Maznah.
Puan Ilaika tergelak kecil.
"ya allah kamu semua dekat sini lagi tu tetamu dah datang dah tu tak menang tangan Mak nak melayannya" sampuk Puan Sri Zawiyah.
NurNazlyna bangun dari duduk.
"Nur sini dekat opah, Opah nak kenalkan Nur dengan tetamu VIP opah.. dekat depan sana tu." Puan Sri Zawiyah menarik tangan NurNazlyna.
"Mak ni dari tadi asyik kenalkan Nur jerw kesian dekat Nur penat" rungut Datin Maznah.
"hish biarlah Mak nak kenalkan cucu menantu Mak ni dekat tetamu tetamu VIP dekat depan tu" jawab Puan Sri Zawiyah.
NurNazlyna hanya tersenyum sahaja.
Datin Maznah menggelengkan kepalanya.
"tak apalah Mak boleh lagi ni Nur ikut Opah sekejap" kata NurNazlyna kepada Datin Maznah.
Datin Maznah mengambil Irdina dari dukungan NurNazlyna. NurNazlyna membontoti Puan Sri Zawiyah.
"dah lah tu kak biarlah dia.. akak macam tak kenal perangai Mak tu macam mana.." kata Puan Ilaika. Dia mahu melembutkan hati kakak ipar angkat suaminya itu.
Datin Maznah tahu hubungan NurNazlyna dan anaknya itu sedang berada dalam masalah sekarang. Dia melihat reaksi wajah NurNazlyna dan tingkah laku Azri Amsyar pada hari ini pun dia sudah tahu.
Puan Sri Zawiyahmemperkenalkan NurNazlyna kepada semua orang tetamu yang hadir. Puan Sri Zawiyah senyum bahagia apabila ramai tetamu yang memuji keayuan dan keanggunan NurNazlyna ketika itu.
"Cantik cucu menantu you Wiyah" ujar Puan Sri umi Kalsom.
"terima kasih"Puan Sri Zawiyah tersenyum sahaja.
Mata NurNazlyna ternampak Kereta Azri Amsyar masuk perkerangan rumah. Dia ingin pergi menyambut Azri Amsyar ketika itu tetapi matanya terlihat Tania sedang berpelukkan dengan Azri Amsyar di dalam kereta.
NurNazlyna hanya tersenyum mendiamkan diri. Dia berpatah balik ke arah Puan Sri Zawiyah untuk melayan tetamu yang hadir.
"erh Nur. hah elok lah tu kamu datang ke sini. Nur kenalkan ni Alen anak kawan Opah di ni wakil dari kawan Opah yang tak dapat Aunty Mei Lin." jelas Opah
"erh you hye Nur" Alen ingin menyalam tangan NurNazlyna.
NurNazlyna tidak menyambutnya malah dia hanya meletakkan tangannya di dada sebagai tandan hormat.
"ouh sorry" Alen tunduk sedikit dan memohon maaf.
"It's okey." jawab NurNazlyna.
Puan Sri Zawiyah hanya tersenyum melihat telatah Alen yang berbangsa cina tetapi mahu turut serta kenduri rumah mereka.
"hmm you all makan sembang lah dulu Opah nak ke dalam sekejap. Alen makan" kata Puan Sri Zawiyah dan berlalu dari situ.
NurNazlyna hanya tersenyum sahaja walau hatinya sedang sakit apabila melihat kejadian Azri Amsyar dan juga Tania di dalam kereta. Sakit hatinya hanya Allah sahaja yang tahu.
"hmm hye kita berjumpa lagi.. you apa khabar sihat??" soal Alen dan duduk di kerusi hadapan NurNazlyna.
"yes sihat.. alhamdulillah.." jawab NurNazlyna dan tersenyum.
"so, you're married??" soal Alen.
"yes After 1 week with married." nurNazlyna tersenyum.
"ouh have a seat" Alen menarik kerusi di sebelahnya untuk Nurnazlyna duduk.
"erh it doesn't matter because I want to enter the house now sorry." NurNazlyna meminta diri dan berlalu masuk ke rumah.
"but.." Alen mahu bercakap tetapi NurNazlyna sudah masuk je dalam rumah.
Alen hanya tersenyum sinis sahaja kerana dia sudah tahu di mana NurNazlyna berada dan dengan siapa NurNazlyna berkahwin. Tidak rugi dia menerima arahan Mamanya.

NURNAZLYNA MASUK ke dalam bilik mereka dan menutup pintu dengan rapat dia bersandar di berlakang pintu dia ingin menangis semahu mahunya. Nurnazlyna masuk ke dalam bilik mandi dan dia bersandar di berlakang bilik mandi itu. Dia menangis seorang diri tanpa siapa yang mendengar.
Azri Amsyar masuk ke dalam bilik setelah melihat kelibat isterinya itu masuk dia berasa marah dengan NurNazlyna ketika itu kerana sebelum dia bergerak pergi ke rumah orang orang tua tadi dia mencari NurNazlyna tetapi di jumpai. Nasib Ada Tania yang menemaninya saat itu.
Selepas dia balik sahaja dari rumah orang orang tua dia ingin makan bersama dengan isteri tersayang tetapi dia ternampak NurNazlyna sedang bersembang dengan Alen.
NurNazlyna membuka pintu setelah puas dia menangis di dalam. Terkejut dia apabila membuka pintu wajah Azri Amsyar terjegul di hadapannya dengan riak wajah seperti sedang marah.
NurNazlyna ingin keluar tetapi laluannya di halang oleh Azri Amsyar di hadapannya apabila dia ke kanan Azri Amsyar turut ke kanan apabila dia ke kiri Azri Amsyar turut ke kiri.
"hish awak ni kenapa??" soal NurNazlyna. Dia menahan getaran di jiwa.
"tak ada apa saja..." jawab Azri Amsyar.
"tepilah saya nak keluar nanti Mak cari" ucap NurNazlyna.
Azri Amsyar tidak berganjak sedikit pun dari tempat dia berdiri. NurNazlyna memandang Azri Amsyar tajam.
"biar lah Mak cari sebab dia mesti faham kita punya" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna hanya menunduk sahaja dan tidak berani memandang mata sang suami.Masing masing mendiamkan diri.
"Tepi lah saya nak keluarlah" kata NurNazlyna ingin menolak Azri Amsyar. Tetapi dengan tubuhnya yang kecil dan pendek tidak mampu menolaknya.
NurNazlyna mencuba lagi Azri Amsyar berundur ke berlakang sedikit. NurNazlyna berjalan dia menahan perasaannya untuk menangis.
"sekejap jerw Lyna saya pergi sekejap jerw... sejak bila pula awak pandai jemput orang asing dalam kenduri keluarga saya" ujar Azri Amsyar sinis.
Terhenti langkah NurNazlyna ketika itu, air mata NurNazlyna menitis apabila mendengar ayat pedas oleh Azri Amsyar.
NurNazlyna membiarkan air matanya menitis dia tidak berpusing menghadap Azri Amsyar.
"bila masa pula saya bawa orang asing dalam kenduri keluarga awak ni siapa jerw yang saya nak jemput" kata NurNazlyna dalam nada getaran.
"habis macam mana jantan tu boleh tahu alamat rumah ni??" soal Azri Amsyar sinis.
"Opah yang jemput dia...saya mana tahu yang dia tu tetamu Vip." kata NurNazlyna
"ouh opah jemput tapi kenapa awak yang beria sangat layan dia... saya cari awak tadi bagai nak rak rupanya tengah sebok melayan jantan tu" Azri Amsyar menengking NurNazlyna dan Dia berjalan ke arah isterinya
Terhinjut bahu NurNazlyna kerana terkejut dengan tengkingan Azri Amsyar.
"jap apa saya layan jantan??" soal NurNazlyna geram.Dia menguatkan dirinya untuk memandang wajah Azri Amsyar yang sedang marah.
Terkejut Azri Amsyar melihat mata NurNazlyna yang merah dan ada air mata yang menitis.
"tapi awak tu kenapa layan perempuan lain siap pegang pegang.... Yes saya tak ada hak nak tegur awak siapa saya ni nak tegur awak sepupu awak sendiri pun awak boleh peluk sedangkan awak tahu benda tu bukan muhrim... " NurNazlyna berkata sebak dia menahan getaran esakkan tangisnya.Takut orang di luar mendengar mereka berdua sedang bergaduh.
"kalau awak dah tahu yang saya ni suka layan jantan. Why do you have to marry me?? sebab apa awak nak apa dari saya sebenarnya. Tak bercakap dari tadi itu yang awak kata awak cari saya... kalau betul awak cari saya kenapa mak sendiri cakap awak pergi sana dengan Tania...pelik awak ni takkan saya dekat ruang tamu pun awak tak nampak..." NurNazlyna berkata sinis.
Azri Amsyar mula rasa sebersalah dengan sikapnya yang cemburu buta. Dia menyesal tidak mencari NurNazlyna dengan betul. Ini semua berpunca dari Tania yang beria ria mahu mengikut dia dan dia tiada pilihan.
Terdiam Azri Amsyar melihat wajah isternya yang sedang menangis di hadapannya.
"sa...sa...sayang..i'm sorry..." Azri Amsyar ingin meminta maaf kerana dia tahu adalah salah diri dia. Azri Amsyar mahu memegang tangan NurNazlyna. NurNazlyna berundur ke berlakangn
"maaf maaf itu jerw yang awak tahukan hati saya sakit Cikgu sakit sangat bila saya nak datang dekat kereta nak pergi menyambut kepulangan suami saya tengok tengok suami saya bermesra dengan perempuan lain siap berpeluk lagi dekat dalam kereta" NurNazlyna berjalan ke arah meja dan mengambil telefon bimbit di atas meja solek.
"Awak nak pergi mana??" soal azri Amsyar.
"saya nak pergi layan jantan dekat luar tu kenapa salah" perli NurNazlyna.
NurNazlyna ingin keluar tetapi bila dia membuka pintu Azri Amsyar menutupnya kembali pintu itu.
"awak jangan cabar saya erk Lyna." kata Azri Amsyar.
"apa saya cabar awak... awak rasa tercabar dengan perangai saya ke sekarang ni.. saya memang suka mencabar orang" NurNazlyna menolak Azri Amsyar tetapi tidak boleh kerana tubuh Azri Amsyar yang tegap dan tinggi tidak mampu NurNazlyna menolaknya.
Azri Amsyar memegang tangan NurNazlyna dan menariknya ke dalam pelukkan. Azri Amsyar memeluk NurNazlyna dengan erat NurNazlyna menghamburkan tangisnya di dada Azri Amsyar.
Azri Amsyar mengusap tubuh NurNazlyna dengan perlahan sambil mengucapkan Maaf.
"lepaslah saya nak keluar ni" kata NurNazlyna dia menolak tubuh Azri Amsyar dari memeluknya lagi.
"Bila awak dah ada dalam perlukkan saya jangan harap awak boleh lepas sayang" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna tergamam sungguh hatinya berasa sakit apabila teringat kata kata Azri Amsyar itu tadi. Azri Amsyar menguatkan pelukkan mereka. sungguh dia rasa sebesalah dengan dirinya yang ego.
'haih Azri Azri dah lah pagi tadi kau buat hal dengan dia ni sekarang kau tuduh dia macam macam pula... tu lah kau lain kali selidik dulu tanya opah ke tanya Mak ke ni tidak kau tuduh dia melulu.. i'm sorry sayang' Azri Amsyar berkata di dalam hati.
Tiba tiba pintu bilik mereka di ketuk dari luar. Azri Amsyar meleraikan pelukkan dia membuka pintu.
"ouh Tania ada apa??" soal Azri Amsyar.
NurNazlyna membuat rolling eyes dan memeluk tubuhnya dia duduk di kerusi hadapan meja solek sambil mahu mendengar perbualan mereka berdua.
"hmm Tania nak balik dah boleh tak abang temankan Tani pergi salam orang semua sedara sebelah abang dekat sini" Tania berkata dengan gediknya.
NurNazlyna mencebirkan bibirnya.
"tapi Tania abang dengan Nur ni Tania ajak Aunty maz" kata Azri Amsyar.
"Alah tak nak Tania nak abang yang temankan Tania. Tania taknak Aunty Maz." Tania merengek di hadapan pintu bilik mereka.
"menyampah aku" bisik NurNazlyna.
NurNazlyna mengambil tisu di atas meja solek itu dan mengelap sisa air mata yang masih berbaki.
"pergi jerw lah sepupu kesayangan dah panggil" kata NurNazlyna dan bangun. Dia memandanv wajah Azri Amsyar.
"tengok Nur tak kesah pun" kata Tania yang berasa bangga.
NurNazlyna ingin keluar dari bilik tapi di tahan oleh Azri Amsyar.
"jom sayang" kata Azri Amsyar menarik tangan NurNazlyna.
Tania di tinggalkan dengan wajah yang terpinga pinga. Tania menghentak kakinya dia berasa geram.


AZRI AMSYAR berjalan sambil menarik tangan NurNazlyna. NurNazlyna memandang Tania di berlakang yang menghentakkan kaki tanda geram.
"Apa awak ni... saya tak nak lah,Saya nak tolong Mak dekat dapur bukan nak ikut awak.. awak pergi lah teman Tania tu" bisik NurNazlyna dengan geram kepada Azri Amsyar.
"ikut jerw lah" kata Azri Amsyar perlahan tetapi dengan nada yang geram.
NurNazlyna berdecit.
"tak baik lawan cakap suami ikut jerw saya." kata Azri Amsyar.
NurNazlyna menjeling apabila Azri Amsyar memandangnya.
"erh Nur dah makan dah??" tegur Datin Maznah.
Terhenti langkah mereka berdua apabila Datin Maznah menegur mereka.
"nanti Nur makan Mak" jawab NurNazlyna.
"hah Azri kamu nak bawa Nur pergi mana tu??" soal Puan Sri Zawiyah. Dia berjalan bersama dengan Alen di berlakangnya.
"Ni Nur Alen nak balik dah" kata Puan Sri Zawiyah kepada NurNazlyna.
"Alen ni siapa Mak??"bisik Datin Maznah.
NurNazlyna melihat reaksi wajah Azri Amsyar yang jelas cemburu apabila Puan Sri Zawiyah menyebut nama Alen.
"ouh. This Alen is my friend's son" jawab Puan Sri Zawiyah.
"hello" Alen tersenyum ke arah Datin Maznah
"who is your friend's mak??" soal Datin Maznah lagi.
"Aunty mei lin lah Maz" jawab Puan Sri Zawiyah
"oh yes yes.. nice to meet you Alen" kata Datin Maznah
"nice to meet you too" Alen bersalam dengan Datin Maznah.
"oh ya this is my son Azri Amsyar" Datin Maznah memperkenalkan Azri Amsyar kepada Alen.
"ouh Nice to meet you bro" kata Alen dan tersenyum dia menyalam menyuakan tangan tetapi Azri Amsyar enggan mengangkat tangannya untuk bersalam.
"hmm Mak Azri nak bawa Nur keluar sekejap" kata Azri Amsyar kepada Datin Maznah.
Berkerut dahi NurNazlyna mendengar ucapan Azri Amsyar itu tadi. Dia memandang Azri Amsyar yang tegang menahan amarahnya.
"hmm ya lah pergi lah lagi pun tetamu tak ramai.. tu mummy Tiara nak balik dah pergi salam dulu" Arah Datin Maznah.
"jom sayang" Azri Amsyar menarik tangan NurNazlyna dan berjalan ke arah Puan Tiara dan Encik Hisyam yang sedang bersembang dengan Tun sri Nizar.
Tiana di sebelah Puan Tiara di pandang sekilas. NurNazlyna hanya menundukkan kepala apabila menyedari Tiana memandang ke arah mereka.
"Mummy nak balik dah??" soal Azri Amsyar dengan senyuman.
"haah mummy nak balik.. maaf lah tak sempat tengok kamu nikah hari tu.. waktu majlis sanding pun mummy dengan daddy hisyam ingatkan sempat lah sampai sini tapi tak sempat tu yang Mak kamu jemput kami ke sini" kata Puan Tiara dan memandang ke arah pasangan sejoli itu
"ouh ya ke mummy...mummy dah makan??" soal Azri Amsyar.
"dah makan dah." jawab Puan Tiara.
Tun Sri Nizar masih lagi bersembang dengan Encik Hisyam. Lain tidak bukan pasal bisnes lah apa lagi.
"Nur apa khabar sihat??" soal Puan Tiara tiba tiba.
"erh hah sihat. sihat sangat.. mummy pun apa khabar sihat ke??" soal NurNazlyna.
"sihat alhamdulillah Nur. Ni macam mana dah seminggu jadi isteri okey??" soal Puan Tiara.
"Alhamdulillah okey mummy... tak ada masalah pun" balas NurNazlyna.
"ouh.. ouh ya mummy dengan pakcik ada bawakan hadiah untuk kamu berdua nanti bukak lah" kata Puan Tiara dan memberikan. Beg kertas kepada NurNazlyna.
"ouh terima kasih mummy susah susah jerw" kata NurNazlyna.
"erh tak apa lah Nur.. nanti senang ajak lah Azri ni pergi UK duduk sana berbulan pun mummy tak kisah" Puan Tiara tersenyum.
"insyaallah mummy.." NurNazlyna tersenyum.
Beg kertas itu bertukar tangan.
"hmm mummy saya dengan Nur nak gerak ni.. kami nak keluar sekejap ada hal.. kalau ada rezeki nanti kita jumpa lagi ya??" kata Azri Amsyar dan tersenyum.
"ouh ya ke hah tak apalah..." Puan Tiana tersenyum memandang NurNazlyna yang cantik berpakaian kebaya.
"Hmm abang boleh Tiana ikut??" kata Tiana tanpa segan.
"erh Tiana kamu tu dah nak balik cukup cukup lah.. tadi pun kamu dah ikut Si Azri ni pergi rumah orang tua tuakan cukuplah tu" tegur Encik Hisyam. Menggeleng kepalanya melihat tingkah laku Anak perempuan tunggalnya itu.
Di dalam hati NurNazlyna bersorak kariangan apabila mendengar teguran Encik Hisyam.
"tak apa Azri kamu pergi jerw" kata Encik Hisyam.
"baik lah Assalammualaikum mummy, pakcik . Saya pergi dulu" kata NurNazlyna dan menyalam tangan semua orang tua di hadapannya.
Dia berjalan mengekori Azri Amsyar yang hanya diam membisu. Azri Amsyar membuka pintu kereta tempat penumpang menyuruh NurNazlyna masuk ke dalam.
Tanpa banya soal NurNazlyna masuk juga kerana malas mahu bertekak di depan tetamu.
"ni kunci dan buka air cond saya nak masuk dalam sekejap" kata Azri Amsyar dan berlalu.
NurNazlyna memeluk tubuh dia menghidupkan enjin kereta dan membuka penghawa dingin yang paling tinggi sekali.
Perut NurNazlyna berbunyi menandakan dia sedang kelaparan sekarang ni. Dia memegang perutnya yang berbunyi.
"sabar ya perut hari ni kau terpaksa berlapar tau sabar jangan gastrik tau..." kata NurNazlyna dan mengusap perutnya.
Tiba tiba pintu di sebelah pemandu terbuka, terkejut NurNazlyna di buatnya.
Azri Amsyar masuk ke dalam kereta dengan bungkusan beg kertas. Dia meletakkan beg kertas itu di tempat duduk berlakang.
"Mak cakap tadi awak tak makan lagi batul ke??" soal Azri Amsyar sambil kakinya menekan pedal minyak dan berjalan.
"hmmm" jawab NurNazlyna sepatah.
Azri Amsyar hanya membiarkan sahaja jawapan NurNazlyna. Dia mengfokuskan pemanduan. NurNazlyna memandang ke luar tingkap dan tertidur mungkin kerana keletihan membuat kerja di rumah atau melayan tetamu yang ada.

"AWAK BANGUN" kejut Azri Amsyar setelah mereka berdua sampai ke destinasi. Azri Amsyar telah membawa NurNazlyna pergi ke sebuah pantai yang cantik, yang terletak di port dikson
NurNazlyna mencelikkan mata melihat kawasan yang dia berada sekarang ni. Bunyi deruman ombak dan burung bersatu di telinganya.
"kita dekat mana ni??" soal NurNazlyna yang masih mamai.
"PD" jawab Azri Amsyar memandang kehadapan.
"ouh" NurNazlyna bersandar semula.
"apa!! PD!!!... Awak ni buat apa kita dekat sini.. hish Mak dengan opah dekat rumah tu macam mana dengan kenduri lagi.. hish awak ni" NurNazlyna membebel.
Azri Amsyar hanya tersenyum sahaja apabila mendengar bebelan NurNazlyna itu tadi.
"okey okey dah habis dah" kata Azri Amsyar dan memandang Isterinya di sebelah
Terdiam NurNazlyna di buatnya.
'nasib aku sempat bawa telefon kalau tidak fuh bosan juga aku dok ngadap muka dia ni macam singa jantan kelaparan' bisik hati NurNazlyna.
Mereka melayan perasaa masing masing. Ditemani dengan bunyi deruman ombak sahaja. Azri Amsyar memandang pantai di hadapannya.
NurNazlyna memandang ke luar tingkap tanpa sebarang bunyi. Dia hanya mendiamkan diri.
"Asal awak bawa saya ke sini" NurNazlyna memulakan perbicaraan.
"suka hati saya lah saya nak bawa isteri saya kemana. ouh by the way saya dah call Mak tadi. Dia kata tak apa dia bagi kita peluang untuk berdua"Azri Amsyar berkata tegas.
"saya nak balik"NurNazlyna berkata dia memandang wajah Azri Amsyar yang sedang marah.
"kalau saya tak nak bawa awak balik. awak nak buat apa" kata Azri Amsyar dan tersenyum sinis.
NurNazlyna memgerutkan dahinya dan ingin membuka pintu kereta, tetapi Azri Amsyar dapat tangkap fikiran isterinya itu dengan pantas dia mengunci pintu.
NurNazlyna berdecit.
"okey look."Azri Amsyar membuka tali pinggang kaledar dan memusingkan tubuh badannya menghadap wajah NurNazlyna yang masam mencuka.
"i'm sorry okey.. saya betul betul tak sengaja marah dan tengking awak tadi.. saya tahu tu salah saya.. saya sedar itu salah saya... saya betul betul minta maaf dengan awak... saya dah buat hati awak sakit. saya dah lukakan hati awak." kata Azri Amsyar.
NurNazlyna masih mendiamkan diri dan memandang ke hadapan.
"sayang please jangan diam macam ni saya betul betul tak sengaja.... saya sepatutnya sabar dan dengar penjelasan dari awak tapi saya yang tak nak dengar penjelasan dari awak dan saya sepatutnya kawal nafsu saya tapi saya tak dapat nak kawal... please sayang forgive me...
saya betul betul menyesal... pasal Tania tu pula dia yang sengaja peluk saya tiba tiba tapi saya tepis lepastu... Saya yang suruh Tania cari awak bukan saya yang cari awak.....
Tania cakap awak tak ada jadi saya pergi lah dengan dia... bila balik jerw Tania kata dia pening kepala dan terus peluk saya... saya elaklah dan keluar dari kereta dan tiba tiba saya nampak awak bercakap berdua dengan Alen jujur saya cakap ya saya cemburu bila tengok awak dengan Alen"jelas Azri Amsyar dengan sebak.
NurNazlyna memusingkan badannya menghadap Azri Amsyar di sebelah dia menarik nafasnya dan melepaskan perlahan. NurNazlyna mengusap wajah Azri Amsyar.
"saya maafkan awak...tapi dengan satu syarat.. awak kene janji dengan saya yang awak tak akan cemburu buta lagi dengan saya dan kalau ada apa apa masalah kita kene selesaikan cara baik...but for the problem this morning I forgot, don't worry... i will trust you.. saya ada jawapan untuk awak pagi tadi awak nak dengar tak??" NurNazlyna memandang Anak mata Azri Amsyar yang merah kerana sedih.
Azri Amsyar mengangguk dalam tangis dan tersenyum dalam sedih.
NurNazlyna yang sedang menangis turut tersenyum melihat suaminya yang berperasaam sedih.
"kalau saya tak sayang awak. Why i accepted your proposal and why i can to marry and be your wife right now?? isteri mana jer yang tak sayang suaminya sendiri." kata NurNazlyna dan tersenyum
Azri Amsyar tersenyum bangga dia menarik NurNazlyna ke dalam pelukkannya dan memcium dahi isterinya. Tersedu sedan dia menangis di dalam pelukkan sang suami.
Azri Amsyar memggosok berlakang Nurnazlyna dengan lembut.
Tiba tiba perut NurNazlyna kembali sakit. Dia mencengkam perutnya yang terasa sakit. Azri Amsyar yang tidak sedar dengan kesakitan NurNazlyna itu memeluk NurNazlyna.
Azri Amsyar meleraikan pelukkan dan memandang wajah Nurnazlyna yang pucat itu.
"sayang okey??" soal Azri Amsyar. Dia mengusap wajah NurNazlyna.
NurNazlyna hanha mengangguk sahaja. Dia tidak mahu Azri Amsyar tahu bahawa dia sedang menahan sakit ketika itu. Nurnazlyna tidak mahu dia menyusahkan Azri Amsyar.
"sayang jangan nak tipu" kata Azri Amsyar.
"ya saya okey lah" jawab nurnazlyna
NurNazlyna hanya mendiamkam diri dan menyandarkan badanya.
Azri Amsyar mengerutkan dahi dan dia berasa pelik kenapa wajah Isternya itu tiba tiba sahaja pucat.
NurNazlyna mengerutkam dahinya.
"Awak!!!! sakit" jerit NurNazlyna. Dia tidak tahan sangat sakit yang di tanggung NurNazlyna mencengkam bahu Azri Amsyar yang terkejut.
"awak kenapa okey tak ni??" soal Azri Amsyar.
NurNazlyna menggelengkan kepala.
Azri Amsyar menekan pedal minyak dan kereta itu bergerak dalam pada masa yang sama dia mengucap. Laju kereta Azri Amsyar ketika itu.
Setelah tiba di klinik yang berdekatan Azri Amsyar mendukung NurNazlyna dan membawa masuk ke dalam klinik itu.
"hmm nurse doktor ada??" soal Azri Amsyar dengan cemas. dia tidak melepaskam NurnAzlyna yang dalam kesakitan lagi.
"Ada sekejap ya Encik.. boleh bagi ic tak??" soal Nurse itu.
Azri Amsyar memberika ic NurNazlyna yang berada dalam pursenya. Nasib dia sempat mengambil walletnya tadi di rumah.
"okey Encik boleh masuk" kata pembantu klinik itu.
Azri Amsyar membawa NurNazlyna masuk ke dalam bilik itu dan menurunkannya.
Terkejut doktor itu dibuatnya.
"ya awak sakit apa?" soal Doktor itu.
"perut saya sakit" jawab NurNazlyna.
"Awak mengandung ke??" soal doktor perempuan berbangsa melayu itu.
NurNazlyna membulatkan matanya mendengar soalan doktor perempuan itu. Dia memandang Azri Amsyar di sebelah dengan pandangan tajam.
"tak doktor" jawab NurNazlyna dan tersenyum.
"hmm sini saya check awak.. awak baring dekat sana" arah Doktor.
NurNazlyna akur.
Dia berbaring. Doktor itu menyelak baju NurNazlyna dan menekan perut NurNazlyna
"Awak dah makan??" soal Doktor itu lagi.
NurNazlyna hanya menggeleng.
Doktor itu mengangguk dan dia berjalan ke arah kerusinya. NurNazlyna kembali duduk.
"perut awak kosong sebab awak tak makan tu yang awak sakit perut.. nasib abang awak cepat bawa pergi klinik kalau tidak boleh jadi gastrik awak... jadi saya cuma boleh bagi ubat tahan sakit dan antibiotik sahaja.. make sure awak makan lepas ni" ujar doktor itu.
"hmm doktor itu suami saya" kata NurNazlyna.
"erh suami.. ouh awak dah berkahwin tapi saya tengok ic awak ni awak baru berumur 18 tahun.. kahwin muda lah ni" kata doktor itu dan tersenyum.
NurNazlyna malu. Dia menggaru kepalanya yang gatal.
"baru 1 minggu doktor" kata Azri Amsyar.
"ouh pengantin baru lah ni tahniah saya ucapkan.." kata Doktor itu dan tersenyum.
"okey awak dah boleh balik saya.. jangan lupa makan ubat dan jangan lupa makan awak ya" kata doktor tegas.
"baik doktor terima kasih" Azri Amsyar tersenyum.
NurNazlyna keluar sambil memegang perutnya yang sakit. Dia terlupa yang dia tidak memakai kasut ketika itu kerana Azri Amsyar yang tidak sabar dan cemas.
Selepas selesai mengambil ubat Azri Amsyar mendukung NurNazlyna dan masuk ke dalam kereta.
Azri Amsyar membuka pintu di sebelah pemandu. Dia memandang NurNazlyna yang sedang mempertawakan dirinya. Dia memandang tajam ke arah isterinya yang tidak henti ketawa kerana telatah dirinya yang gelabah tadi.
"NurNazlyna sudah lah tu awak ni" kata Azri Amsyar dan menarik tali pinggang kaledar.
"awak ni kelakar lah lain kali tanya lah dulu ni gelabah macam kucing nak beranak.. haih" NurNazlyna tersenyum.
"mana saya nak tahu.. saya risau tau bila tahu awak sakit.. sebab tu saya gelabah yang awak tu kenapa tak makan??" Azri Amsyar memandang isterinya di sebelah.
Terhenti tawa NurNazlyna. "hah asal diam??" soal Azrri Amsyar
"hish ya lah saya.. saya tunggu awak lah saya ingat tadi saya nak makan dengan awak sekali Mak cakap awak keluar dengan Tania mana saya nak tahu" Nurnazlyna memeluk tubuh dan memandang ke luar tingkap.
"okey sorry okey jom saya bawa awak pergi makan" Ajak Azri Amsyar.
"tak nak" balas NurNazlyna dan memuncungkan bibirnya.
"sayang please jangan macam ni.. saya risau lah tengok keadaan awak macam ni" kata Azri Amsyar
NurNazlyna mendiamkan diri.
"awak nak saya makan secara paksa atau rela.. kalau paksa saya akan jadi Azri Amsyar yang tadi" ugut Azri Amsyar.
NurNazlyna menegakkan badannya dan menelan air liurnyan
"hish ugut ugut pula hah ya lah pergi lah makan saya lapar" kata NurNazlyna dengan wajah masak mencuka.
"hah macam ni lah isteri saya kiss sikit" Azri Amsyar menyuakan pipinya.
NurNazlyna mengucup pipi Azri Amsyar. lalu dia memandang keluar tingkap dengan perasaan yang malu.
Azri Amsyar hanya tersenyum dan menekan pedal minyak. Kereta Azri Amsyar meluncur laju menyusuri jalan raya.
selepas mereka makan di kedai yang berdekatan. Azri Amsyar dan NurNazlyna pulang ke rumah untuk merehatkan diri. Masalah mereka dan Tania hanya seketika sahaja.

BERSAMBUNG....
17.1.2021

hye guys Lyna terpaksa pendekkan cerita okey.. so jangan skip tau.. happy reading..

Share this novel

natalia aisyah
2021-01-22 04:47:52 

wc

xandra
2021-01-17 13:52:11 

Thanks sis sbb update :)


NovelPlus Premium

The best ads free experience