BAB45

Romance Series 50179

_______________________________________________________________

FARAH DAN RANIA duduk di sebelah NurNazlyna. Pada malam itu mereka bermalam di rumah syakinah. Memandang sudah lama mereka tidak berjumpa. Najwa pula di jaga oleh Erra Nazirah. Puas NurNazlyna memujuk untuk ikut sekali tetapi dia tidak mahu katanya
"kalau umi dah berjumpa dengan kawan kawan umi akan lupa dekat Najwa"katanya.
NurNazlyna hanya mengikut sahaja arahan dari Najwa big bos itu. Sudah seminggu NurNazlyna dan kawan kawannya tidur bersama di rumah keluarga Syakinah.
"wey kau nak makan tak??"soal Farah dan memandang NurNazlyna.
"hmm tak kot sebab aku tak lapar dowh nak siapkan bunga ni esok pengantin dah nak sampai"kata NurNazlyna sambil mencucuk bunga di atas dulang.
Farah hanya mengangguk sahaja. Majlis pertunangan di buat di rumah syakinah sahaja kerana mereja tidak mahu menempah dewan mereka hanya mahu membuat kecil kecil sahaja.
"Babe aku nevours lah aku call shahril tak angkat"kata syakinah sambil mendail nombor di telefonnya.
"ya allah kau nak tunang tau bukan nak nikah cuba relix sikit"kata Rania sambil membantu NurNazlyna mencucuk bunga di atas dulang.
"mana tahu tiba tiba dia tukar fikiran tak nak datang esok membazir jerw duit aku"Syakinah berkat gundah.
"coi mulut aku gam dengan glue gun ni ni karang apa pun tak dapat... Jangan fikir bukan bukanlah"kata NurNazlyna dan membetulkan duduknya.
"cuba kau telefon laki kau wey diakan ada dengan Shahril sekarang"kata Syakinah kepada NurNazlyna.
"erh Laki aku tak akanlah 24 jam nak duduk dengan shahril jerw... laki aku pun banyak kerjalah dekat rumah Mak dia..."kata NurNazlyna dan menggelengkan kepalanya.
secara kebetulan Farah pula lalu di hadapan syakinah sambil membawa dulang dan barang hantaran.
"Farah cuba kau call Faruq mana tahu shahril ada call dia"kata syakinah kepada Farah.
"Ya allah laki aku ada dekat damansara sekarang ni kau dah kenapa... dia ada dekat rumah mak mertua aku paling koman pun esok baru jumpa"kata Farah dan menggeleng kepala. Dia menyambung menyusun duit di atas dulang
Syakinah memandang Rania pula meminta tolong benda yang sama. Rania seperti faham.
"kau lupa laki aku dengan laki si Farah ni adik beradik... aku kalau dah sekeh kau apa pun tak dapat"kata Rania sambil membaling bunga pada Syakinah.
"aku tak cakap apa apa pun"kata Syakinah sambil memuncungkan bibirnya.
"wey Najwa esok datangkan??" soal Farah kepada NurNazlyna.
"datang rasanya di duduk rumah kakak aku sekarang ni esok baru Azri bawa dia sekali itu pun kalau dia nak ikutlah... kenapa tanya?"kata NurNazlyna dan memandang ke arah Farah yang sedang mencucuk bunga orkid di kabus.
"ouh tak ada apa.. tanya jerw rindu pula dah lama tak jumpa dia"kata Farah.
NurNazlyna tersenyum sahaja.
"umi dia tak rindu ke??" soal NurNazlyna.
"umi dia buat apa hari hari tengok muak aku..."kata Farah.
Mereka berempat tergelak sesama sendiri sambil membuat andaman hantaran.

KEESOKKAN HARINYA, Farah, Rania dan NurNazlyna besiap sambil menunggu keluarga pihak lelaki. Mereka duduk di dalam bilik Syakinah untuk menemani sahabatnya.
Syakinah yang hanya memakaj baju kurung kedah yang berwarna kuning air dan veil yang tidak berapa panjang di kepala. Sungguh cantik sekali apabila dilihat.
"awak semua tak nak make up??" soal Mak andam.
"hmm kalau dah offer tu kami nak aje makcik"kata Farah tanpa rasa segan.
Mereka berempat tergelak. NurNazlyna duduk di sebelah Farah untuk menunggu giliran.
"erh Mak buyong ni pun nak juga suami tak marah ke??"usik Rania.
NurNazlyna memukul Rania perlahan.
"erh awak mengandung???" soal Mak andam sambil menepuk bahu NurNazlyna.
NurNazlyna hanya tersenyum sahaja apabila di tegur begitu.
"tak nampak pun perut"kata Mak andam itu.
Mereka berempat tergelak mendengar kata kata usikkan dari mak andam.
Selepas siap bersolek dan berdandan. Mereka hanya tunggu di dalam bilik sahaja. Tiba tiba mereka terdengar bunyi riuh rendah dari luar.
Pintu di ketuk.Dari Luar. Rania bangun untuk membuka.
"Kak Kinah. Abang shahril dah sampai"ujar adik syakinah yang ke 3.
"hang pi lah dok luar...thanks tau... dah sudah nanti habak mai"kata Syakinah dengan loghat kedahnya.
"ya lah aku nak pi lah ni... Mama yang suruh aku habak dekat hang... good luck lah kak akah dapat bakai abang ipaar"kata Syazana.
Syakinah menggeleng kepala memandang syazana yang mengusiknya.
"hang ni kang aku katok hang baru tau hang pi dok depan sana"kata syakinah sambil mengacah mahu membaling bantal di tangan
Syazana berlalu pergi.
Lama mereka menungguh orang memanggil mereka untuk keluar.
"lamanya wey Mak dengan ayah aku ni buat apa lama sangat"Syakinah mula gelisah.
NurNazlyna memandang syakinah.
"sabarlah nanti Mak kau panggillah tu"kata Rania.
Syakinag duduk kembali. NurNazlyna dan Farah hanya menggeleng kepala sahaja.
Pintu di ketuk dari luar sekali lagi.Kini Rania pula yang membuka pintu.
"hmm Kinah jom"kata Puan Syamsiah.
NurNazlyna,Farah,Rania dan syakinah keluar dari bilik. Syakinah duduk bersimpul di atas pelamin manakala Sahabatnya yang lain duduk di bersimpul di sebelah perempuan.
"hye aweks single taken??"tegur Faruq dari berlakang.
Mereka bertiga memusingkan badan memandang ke arah berlakang. Tersenyum hingga ke terlinga Farah melihat suaminya di hadapan.
"banyaklah hubby ni"Farah mendekati Faruq.
NurNazlyna membulatkan mata memandang ke arah mereka berdua silih berganti takut tersalah dengar "jap jap apa??" soal NurNazlyna terkejut.
"haih kau tak tahu ke Lyna dia orang ni dah tututut"kata Rania di sebelah.
NurNazlyna seperti faham apa yang di maksudkan oleh Rania itu lantas tersuing bibir.
"hmm faham okey okey ikut lah nak panggil apa... tapi jangan nak berhubby honey depan aku loya tekak aku"usik NurNazlyna.
"sakai dowh kau"Farah memukul lengan NurNazlyna.
"erh ni laki aku mana??" soal Rania bila dan mencari kelibat suaminya.
"ada tu hah.."Faruq menunjukkan ke arah Fariq yang sedang berjalan ke arah mereka.
"you pergi mana??" soal Rania dan menyalan tangan Fariq.
"i cari park lahh faham fahamlah blok ni susah naim cari park"kata Fariq sambil menyambut salam isterinya.
Lama selepas itu NurNazlyna terpandang kelibat suaminya tetapi suaminya hanya seorang sahaja bukan bersama dengan Najwa.
Azri Amsyar tersenyum memandang isterinya yang cantik berbaju kurung dan bertudung pink.
"Assalammualaikum sayang"ucap Azri Amsyar perlahan.
"waalaikummussalam mana Shahril??" soal NurNazlyna.
Azri Amsyar mengerutkan dahinya.
"Amboi belum apa apa lagi dah tanya pasal shahril... kita yang dah seminggu tak jumpa ni tak nak tanya pula.."Azri Amsyar berpura mahu merajuk.
"alololo... nanti pujuk skip dulu"kata NurNazlyna selamba.
"ehem ehem" Kawan kawan NurNazlyna yang berdehem.
"hmm maaflah ya ini kenduri orang bukan kenduri sendiri"usik Farah dan tersenyum.
Tergelak Azri Amsyar
"kacau lah kau"NurNazlyna mahu memukul Farah tetapi dengan sekejal sahaja Farah sempat menepis.
"Shahril ada dekat dalam kereta tunggu reda sikit nanti dia keluar"kata Azri Amsyar.
NurNazlyna mengangguk Faham.
Mereka berenam memandang ke arah Syakinahbyang ada di atas pelamin. Selepas beberapa minit mereka mendengar bincangan dari orang tua syakinah dan shahril.
Akhir Puan Khadijah menyarungkan cincin di jari manis Syakinah.Ada juga seutas gelang emas di tangan Syakinah. Kini Syakinah sah menjadi tunangan orang. Syukur Alhamdulillah.

PARA TETAMU sudah pulang kini yang tinggal hanya sedara mara sebelah Syakinah sahaja. Shahril sudah keluar dan sudah pun di sarungkan cincinnya oleh Encik Samsudin.
NurNazlyna duduk bersandar dek kepenatan melayan tetamu yang hadir. Di sebab kan Syakinah pernah menolong NurNazlyna ketika majlisnya dahu. Kini dia pulu mahu menolong sahabatnya ini.
"Rania nanti kau ambik aku tau"Syakinah memandang ke arah Rania yang sedang menjamu selera.
"hah okey lagi lusa si Fariq tu dah kene pergi lapor diri dekat balai polis bukit bintang"kata Rania sambil memandang ke arah Fariq yang tidak jauh dari dia.
Ketika itu mereka lelaki sedang bergambar di atas pelamin. Mengalahkan perempuan sahaja gayanya. Ini pun atas permintaan jurugambar.
"aku pun dowh laki aku kene hantar kat bukit bintang hmm berjauhan lagi dengan laki aku"kata Farah sayu.
NurNazlyna tersenyum sambil mengusap perutnya dan memandang ke arah mereka bertiga silih berganti. Dia sudah kenyang.
"alah lagi 4 bulan jerw kita kene habiskan semester lepas tu dapat sijil ijazah"kata NurNazlyna.
"hmm kau sempat ke ijazah dengan perutnya lagi??" soal Rania.
"sempatlah aku baru masuk 3 bulan"kata NurNazlyna.
"ouh okey okey"Rania mengangguk.
Sedang asyik mereka berempat berborak Suami suami dan bakal suami datang dari berlakang.
"haih tak ingat nak balik ke wahai isteriku sayang???" soal Faruq sambil menyentuh bahu Farah.
"hubby nak balik dah ke??" soal Farah kembali.
"ouh tidak mengapa honey makan dulu sampai habis"kata Faruq.
"sayang nak balik dah??" soal Azri Amsyar dan duduk di sebelah NurNazlyna.
"boleh juga sebab nak ambik Najwa dekat rumah ibukan"kata NurNazlyna.
"kalau macam tu jomlah kita balik husband dah habis bergambar dah..."Ajak Azri Amsyar.
"erh bro tak akan nak balik dah??" soal Shahril dan duduk di sebelah syakinah.
"anak aku tinggal dekat rumah Mak mertua aku tak boleh lama lama"kata Azri Amsyar.
NurNazlyna tersenyum sahaja.
"babe aku balik dulu lah nanti apa apa call"kata NurNazlyna menyalam tangan Sahabatnya itu yang baharu sahaja menjadi tunangan orang.
"hmm okey beres... kau tu jaga diri.. kita jumpa dekat rumah nanti next week"kata Syakinah dan memeluk Nurnazlyna.
"ya aku tahulah"kata Nurnazlyna.
Selepas itu Nurnazlyna menyalam tangan Farah dan Rania.
"kirim salam dekat Mak kau dengan Ayah kau.. jangan lupa bagi hadiah yang aku bagi tu dekat Najwa."pesan Farah.
"ya lah aku tak lupa... ya allah macam tak jumpa"kata NurNazlyna.
Kemudian NurNazlyna membuat penumbuk dan menumbuk tangan Faruq dan Fariq. NurNazlyna berlalu keluar dari bawah khemah.
"hmm sekejap jerw masa berlalu Syakinah dah bertunang"kata NurNazlyna di sebelah Azri Amsyar.
"biasalah sayang"Azri Amsyar memeluk pinggang NurNzyna.
"i miss both of you"sambungnya lagi dan sempat mencium kepala NurNazlyna yang berlapiskan dengan shawl hitam.
NurNazlyna tersenyum. "i miss you too"ucap NurNazlyna.
Mereka tiba di kereta. Azri Amsyar membukakan pintu kereta untuk NurNazlyna masuk. NurNazlyna hanya tersenyum dan masuk dia dalam kereta tanpa pamitan.
Dia melihat suaminya yang berlari anak menuju ke arah pintu pemandu. Azri Amsyar masuk ke dalam kereta. Selepas menunggu beberapa minit kereta Azri Amsyar meluncur laju ke jalan raya.

DI RUMAH Encik Mohammad dan Puan Rose. NurNazlyna membuka kasut dan memberi salam.
"Assalammualaikum ibu"ucap Nurnazlyna.
Bunyi tangisan baby dan riuh rendah kedengaran. NurNazlyna mengerutkan dahi berasa pelik dengan bunyi yang kecoh itu.
"waalaikummussalam panjang umur adik aku dah balik... sini kau tolong wey jaga humairah kejap... Rizal tak ada dia ada urgent meeting dengan client dia.. aku nak tolong ibu masak sebab kejap lagi abang bawa balik makwenya."kata Erra Nazirah dan menarik tangan NurNazlyna duduk di sofa.
"hah ya ya kau dah kenapa macam bulu ayam balik"NurNazlyna tergelak melihat Erra Nazirah dengan bertshirt dan berkain batik serta rambut yang kusut masai.
"Humairah tak berhenti menangis aku tak tahu nak buat apa.. ibu dekat dapur tengah masak... angah dengan kak sufia bawa budak budak beli barang dapur"kata Erra Nazirah.
"okey okey rilex meh sini humairah tu"minta NurNazlyna.
Lalu dia memangku Humairah dan mendodoikan lama dengan sekejap sahaja tangisan humaira berhenti. Tersenyum NurNazlyna.
"diam pula dia... pandai erk anak mama ni"Erra Nazirah mencuit hidung Humairah.
Tergelak NurNazlyna.
Erra Nazirah menyambung membuat kerja rumah yang masih tergendala. NurNazlyna hanya melihat sahaja apabila mahu membantu dia balik yang kene marah.
Azri Amsyar masuk ke dalam dan duduk di sebelah NurNazlyna.
"seronoknya dia tidur dengan acu dia ni"Azri Amsyar mencuit pipi tembam humairah.
"husband pergi mandi dulu lah... hish dia ni"tegur NurNazlyna.
Azri Amsyar melentokkan kepala di bahu isterinya. "jom"usik Azri Amsyar.
"erh dia ni sayang tengah jaga Humairah ni... husband pergi mandi solat asar dulu"Arah NurNalyna dan mengusap wajah suaminya yang berada bahaunya.
"erh adik baru sampai??" soal Puan Rose sambil mengelap tangannya dengan menggunakan tisu.
"ibu... rindu ibu"NurNazlyna bangun dari duduk sambil mengendong Humairah dan berjalan ke arah Puan Rose.
NurNazlyna memeluk Puan Rose dengan erat sudah berapa minggu mereka tidak berjumpa.
"ibu pun rindu adik juga ni kenapa Humairah ada dekat adik pula ni??" soal Puan Rose.
"dah kakak suruh jaga..orang jagalah"kata NurNazlyna.
"macam mana kenduri tadi ramai orang??" soal Puan Rose dan duduk di sofa.
"ramai juga orang tadi ibu...jalan jem"kata Azri Amsyar.
"ni dek nak makan??" Puan rose memandang NurNazlyna yang duduk di sebelah Azri amsyar.
Laju sahaja NurNazlyna menggeleng.
"tadi dah makan banyak dah ibu tak nak lah.."kata NurNazlyna dengan tangannya menepuk perlahan Humairah.
"hah pergi lah naik mandi humairah dah tidur tak apa.. kejap lagi nak makan ni"kata Puan Rose.
NurNazlyna dan Azri Amsyar bangun dari sofa, Humairah bertukar tangan.
"orang naik dululah ibu penat"kata NurNazlyna dan menaiki tangga.
NurNazlyna membukakan pintu untuk Azri Amsyar masuk ke dalam Bilik mereka.
"sayang husband mandi dululah"kata Azri Amsyar.
NurNazlyna mengangguk sahaja. NurNazlyna duduk di birai katil sambil menghadap humairah yang sedang tidur.
"comelnya awak ni sayang"kata NurNazlyna perlahan sambil mencium pipi Humairah.

MALAM ITU selepas solat maghrib. NurNazlyna dan sufia menghidangkan makanan di atas meja untuk menunggu tetamu. Siap sahaja menghidangkan NurNazlyna membancuh air di dapur.
"Assalammualaikum"Nazuwan memberi salam dan masuk ke dalam rumah bersama dengan seorang perempuan.
"waalaikummussalam masuk masuk"Pelawa Puan Rose.
Nurnazlyna yang berada di dapur tersenyum sahaja sambil membancuh air. Dia membawa kendi air dengan perlahan dan meletakkan di atas meja makan.
Matanya tertancap pada sosok tubuh yang cukup di kenali sedang duduk di sebelah Nazuwan ketika itu. Dia tersenyum sahaja ke arah yang lain.
"Mariam??" soal NurNazlyna
Mariam hanya menunduk sahaja pandangan. Dia tidak mampu memandang ke arah seseorang yang selalu dia buat salah.
"you buat apa dekat sini??" soal Rizal terkejut.
Erra Nazirah memandang Rizal yang secara kebetulan baharu sahaja balik dari surau bersama sama dengan Encik Mohammad, Azri Amsyar dan Nazrim.
"korang kenal??" soal Erra Nazirah ingin tahu.
"kenal. kawan satu kolej mana tak kenalnya"kata Rizal dan duduk di sebelah Erra Nazirah.Rizal memandang ke arah Mariam.
NurNazlyna duduk di sebelah Puan Rose dan memandang ke arah Nazuwan.
"hmm sebenarnya i nak minta maaf dekat you and Azri... then Rizal and Erra.."kata Mariam memandamg ke arah NurNazlyna dan Azri Amsyar.
"wait saya tak faham apa maksud awak ni??" soal Erra Nazirah terpinga pinga. Dia memandang ke arah suaminya.
"nanti saya cerita dekat awak"kata Rizal.
"i betul betul minta maaf sebab selepas Datin Maznah memberhentikan i kerja.. i tak ada duit nak bayar sewa rumah... i tak ada duit nak bayar kereta semua tu and sampai satu tahap i rasa i berdosa sangat sangat..... jadi i trust for myself. i berubah untuk jadi yang lebih baik. Sehinggalah i jumpa Nazuwan. sampai kami jatuh cinta.... then you Rizal i verry sorry becouse i pernah burukkan pasal you and erra waktu ketika dulu"Mariam memandang Nazuwan dan tersenyum.
"i dah lama maafkan you mariam.. benda dah lepas dah pun takpayahlah you nak ingatkan lagi"kata Rizal dan duduk di sebelah isterinya.
NurNazlyna memandang suaminya yang sedang mendukung Humairah itu. Dia berasa kasihan pada mariam banyak dugaan yang mariam tempuh selama ini.
Dia terkejut juga apabila mariam mengatakan bahawa Datin Maznah telah memberhentikan Mariam kerja kerana Datin Maznah tidak pernah menceritakkan apa apa pun tentang Mariam.
Kali terakhir NurNazlyna berjumpa dengan Mariam semasa majlis pernikahan Erra Nazirah dan majlis pertunanggan NurNazlyna sendiri.
Nazuwan memandang ke arah adiknya yang sedang memeluk tubuh di sebelah ibunya. Dia sebenarnya sudah tahu tentang mariam. Dia cuma mahu merahsiakan sahaja perkara itu. Biarlah hanya dia,mariam dan Allah Swt sahaja yang tahu.
Di ruang tamu hanya kedengaran bunyi televisyen sahaja Azri Amsyar memandang isterinya yang berada di sebelahnya.
"ehem ehem" Encik Mohammad berdehem bagi memeriahkan suasana.
"jom makan tak apa benda lama tak elok di perbesakan lagi past is past...."sambung Encik Mohammad dan bangun dari sofa dan berjalan ke arah meja makan.
Puan Rose turut bangun dari kerusi dan tersenyum sopan."hah jom jom kita makan jemput mariam jom makan"ajak Puan Rose dan memegang tangan NurNazlyna.
Nurnazlyna hanya mengikuti sahaja kemana ibunya membawa. selepas itu NurNazlyna mengambil tempat di sebelah Azri Amsyar yang sedang mendukung Humairah dari tadi.
NurNazlyna menyendukkan nasi dan meletakkan di dalam pinggan Azri Amsyar.
"husband nak makan apa??" soal NurNazlyna dan memandang ke arah lauk pauk yang di masak oleh Puan Rose petang tsdi
"lauk ayam tu pun boleh"jawab Azri Amsyar.
NurNazlyna mengambil lauk ayam dan meletakkan seketul ayam di dalam pinggan.
Mariam mula rasa bersalah dan menundukkan pandangan sahaja sejak dari tadi.
"Kak Mariam jemput makan"Nurnazlyna memandang mariam.
Jauh di sudut hatinya memang dia mudah memaafkan orang. Mariam terkedu mendengar panggilan dari NurNazlyna itu. Masing masing memandang ke arah NurNazlyna.
"Abang Rizal boleh maafkan Kak Mariam kenapa orang tak bolehkan??" soal NurNazlyna kepada mereka semua.
Nazuwan dan mariam menarik nafas lega begitu juga dengan yang lain. Pada malam itu mereka sekeluarga menjamu selera dengan sedap sekali. Selepas sahaja makan bersama keluarga Nazuwan menghantar Mariam pulang ke rumahnya.

BEBERAPA HARI selepas itu,NurNazlyna sedang mengemas barang baranya untuk pulang ke rumah sewa dan memulakan pembelajarannya semua dia pahang.
NurNazlyna memasukkan segala pakaiannya di dalam luggage dan menyusun dengan kemas. Bagi memudahkan kerjanya untuk memasukkan lagi pakaian yang lain.
Pintu di buka oleh Azri Amsyar dari luar. NurNazlyna memandang Ke arah suaminya dan tersenyum melihat suaminya yang sedang memabawa segelas susu coklat untuk NurNazlyna.
"Assalammualaikum"ucap Azri Amsyar.
"waalaikummussalam Najwa dah tidur??" soal NurNazlyna sambil melipat baju yang untuk di bawa pulang.
"dah husband tidurkan tadi"kata Azri Amsyar dan memberikan NurNazlyna segelas susu.
Gelas itu bertukar tangan. NurNazlyna minum dengan perlahan.
"Banyak lagi ke sayang nak kemas ni??" soal Azri Amsyar dan duduk di sebelah Isterinya.
"Dah tak banyak dah sikit jerw lagi..."
Azri Amsyar hanya mengangguk sahaja dan mengambil ipadnya di atas meja sebelah katil. Matanya tertancap pada sehelai pakai NurNazlyna yang singkat baginya.
"Why are you here with this shirt too??" soal Azri Amsyar dan mengambil baju yang sudah di lipat oleh NurNazlyna.
"kenapa baju ni saya pakai dengan kardigenlah...bukannya nampak pun"kata NurNazlyna dan memandang suaminya.
"tak payahlah bawa baju ni... nak tunjuk dekat siapa baju singkat macam ni" Azri Amsyar mengambil baju itu dan mencampakkannya di dalam bakul.
Dia bangun dari pembaringan mahu melihat pakaian yang di bawa oleh isterinya. Dia mengambil baju tshirt bercorak harimau terbeliak biji matanya melihat baju itu.
"Sayang baju ni kenapa nak bawa...hish dia ni dah tak payah bawa"kata Azri Amsyar dan membalingkan baju itu keluar dari beg.
"Husband sayang dah kemaslah... husband ni baju tu sayang pakai duduk rumah jerw bukannya pakai pergi mana"kata NurNazlyna.
"tak boleh..."Azri Amsyar memandang Nurnazlyna dengan tajam.
NurNazlyna menggeleng kepala melihat perangai bapak budak ni.
Azri Amsyar mengambil baju kebaya Nurnazlyna yang berwarnah merah. NurNazlyna memandang baju itu.
"baju tu sayang pakai pergi kolejlah..."kata NurNazlyna mahu merampas baju yang berada di tangan Suaminya.
"Amboi tak padan dengan perut buncit nak pakai kebaya"Kata Azri amsyar dan mencampakkan juga baju kebaya di dalam bakul.
NurNazlyna berdecit dan menyandarkan tubuhnya di kepala katil. Penat dia berkemas hari ini. Suaminya pula membuat sepah kembali.
"Husband janganlah macam ni... sayang penatlah kemas"kata NurNazlyna dan mengambil baju di tangan Azri Amsyar.
NurNazlyna menyusun kembali semua pakaian di dalam lagguge. Azri Amsyar hanya memandang sahaja setiap pakaian yang hendak di bawa oleh isterinya.
"Hah tu nak pergi mana tu"tegur Azri Amsyar. apabila melihat nurnazlyna bangun dari katil.
NurNazlyna menjeling dan mengambil kesemua pakaian yang di baling oleh Suaminya sebentar tadi. NurNazlyna melipat baju kebaya dan baju singkat itu di dalam beg.
"jangan bawa"kata Azri Amsyar dan mengambil baju itu.
"ya allah sayang yang nak pakaikan"NurNazlyna mengambil baju itu di tangan Azri Amsyar
"no dengar cakap husband baju ni kalau sebelum sayang pregnant yes memang tak nampak but waktu sayang pregnant baju semua dah kecik tak ingat ke haritu" Azri Amsyar menjauhkan baju itu dari tercapai oleh NurNazlyna.
Baru NurNazlyna teringat tentang hati di mana satu hari dia hanya memakai baju suaminya kerana tidak selesa dengan bajunya yang sudah semakin mengecil.
"tapi sayang muat lagi baju ni nanti sayang pakailah dengan kain"kata NurNazlyna lagi.
"sekarang nak lawan cakap husbandlah ni??" soal Azri Amsyar sambil menjungkitkan keningnya.
Azri Amsyar mula menggunakan kuasa vetonya. Salah ke NurNazlyna membawa baju tshirt untuk duduk di rumah sahaja??
NurNazlyna menundukkan pandangan. Dia terdiam apabila mendengar kata kata suaminya.
"tak"jawab NurNazlyna dan menundukkan pandangan.
Azri amsyar bersorak di dalam hati kerana kali pertama dia menang berlawan kata kata dengan isterinya ketika ini.
NurNazlyna menyambung mengemas baju bajunya yang masih tersisa beberapa helai. Dia hanya mendiamkam diri sahaja.
Selepas siap, NurNazlyna mahu mengangkat beg untuk di letakkan di sebelah pintu.
"sini husband angkat"kata Azri Amsyar dan mengangkat lagguge itu.
NurNazlyna hanya membiarkan sahaja. Dia sudah malas mahu berbalah lagi. Di sebabkan baju sahaja dia boleh bergaduh sampai macam ini sekali. Entah kenapa dia mula berasa sebak.
"husband"panggil NurNazlyna. Selapas memandang Azri Amsyar yang sudah berbaring di sebelahnya.
"ya sayang kenapa??" soal azri amsyar acuh tak acuh sahaja.
"hmm tak apalah sayang tidur dulu good night"kata NurNazlyna sayu dan membaringkan tubuhnya.
Dia sebenarnya mahu bermanja sahaja dengan suaminya kerana esok dia akan berangkat ke pahang untuk menyambung berlajar. Azri Amsyar menarik nafas panjang dan berbaring sambil menghadap wajah putih bersih isterinya.
"sayang"panggil Azri Amsyar perlahan. Ipadnya di letakkan di sebelah meja katil. Kemudian dia memeluk tubuh NurNazlyna.
NurNazlyna hanya membiarkan sahaja tingkah laku suaminya. Takut nanti di katakan melawan pula.
"kenapa??" soal NurNazlyna dan membuka matanya dan memandang Azri Amsyar.
"sini meh"Arah Azri Amsyar.
NurNazlyna merapatkan tubuhnya dengan Azri Amsyar mereka berpeluk untuk seketika. Jujur NurNazlyna akan rindu dengan bauan suaminya nanti.
"sayang, boleh tak sayang jangan pergi tinggalkan husband and Najwa...nanti husband rindu macam mana??" ujar Azri Amsyar Manja.
"alah tadi malas nak layan orang... ingatkan suka sayang tinggalkan husband dekat sini tadi"kata NurNazlyna dan menjeling Azri Amsyar.
"Alah tu sebab sayang melawan husband... mulut ni selalu sangat taknak beralah"Azri Amsyar mencucuk cucuk mulut NurNazlyna dengan lembut.
"mana ada sayang melawan"kata NurNazlyna dan menjarakkan perlukan mereka. NurNazlyna masih tidak mahu mengalah.
"Hah tu melawanlah tu"Azri Amsyar menggeleng kepala.
"hish sorry"ucap NurNazlyna.
"tak nak sebab tak ikhlas"Azri Amsyar menarik selimut.
"Sayang dan minta maafkan husband ni mengadalah... saya tidur dengan Najwa nanti"ugut NurNazlyna.
"suka main ugut erk dia ni.."Azri Amsyar mencubit pipi NurNazlyna geram.
"kalau sayang nak husband maafkan sayang... i want a kiss"Azri Amsyar menunjukkan pipinya.
"ambik kesempatanlah husband ni"rungut NurNazlyna.
"aip jangan ingkar cakap suami"Azri Amsyar membulatkan matanya kepada NurNazlyna.
"okey lah" NurNazlyna merapatkan tubuhnya dengan suaminya
CUP...
"Dah puas??" soal Nurnazlyna.
Azri Amsyar tersenyum sampai ke terlinga dia memeluk NurNazlyna.
"Gila tak puas, bukan senang dapat cium dari sayang ni."kata Azri Amsyar teruja.
NurNazlyna menggeleng kepala memandang suaminya. Dia memeluk tubuh suaminya dan sengaja mahu melukis lukis di dsda bidang suaminya.
"husband"panggil NurNazlyna meleret.
"ya sayang"sahut Azri Amsyar
"nanti kalau sayang duduk dekat sana husbamd rindu tak erk??"soal NurNazlyna.
Azri Amsyar tersenyum. Memang sudah dia mengagak bahawa isterinya akan berkata begitu.
"rindulah kot.."usik Azri Amsyar.
"hish husband ni boleh kot kot pula erk."Nurnazlyna memukul dada Azri Amsyar dengan perlahan.
Azri Amsyar.tersenyum sahaja memandang isterinya.
"okey lah, siapa jerw yang tak rindu isteri bila berjauhan"Azri Amsyar memeluk NurNazlyna dengan erat dan rapat.
Tergelak Nurnazlyna mendengar kata kata si suami.
"alah lagi 5 bulan jerw lagi.... nanti habis jerw study kita bawa Najwa pergi bercuti erk..."Kata Nurnazlyna.
Azri Amsyar mengecilkan mata dan berpura pura berfikir. "mana boleh waktu tu nanti baby dah masuk 7 bulan... lagilah sayang tak boleh banyak bergerak"ujar Azri Amsyar.
Nurnazlyna menggeleng kepala. "baru 7 bulan... rilex lah"ujar NurNazlyna sambil mengusap perutnya.
"sekarang dah masuk 3 bulan... lamanya baby nak keluar"Azri Amsyar turut mengusap perut NurNazlyna.
NurNazlyna tersenyum dan membelai rambut Azri Amsyar yang berada di perutnya. Dia terdengar Azri Amsyar zikir di perutnya. Tenang sahaja bunyinya.
"Hasbi Rabbi Jallallah, Ma Fi Qalbi Ghayrullah Nur Muhammad Salallah Laila Hail LaAllah Hasbi Rabbi Jallallah, Ma Fi Qalbi Ghayrullah Nur Muhammad Salallah Laila Hail LaAllah"Azri Amsyar berzikir sambil mengusap perutnya NurNazlyna.
"Hasbi Rabbi Jallallah, Ma Fi Qalbi Ghayrullah Nur Muhammad Salallah Laila Hail LaAllah Hasbi Rabbi Jallallah, Ma Fi Qalbi Ghayrullah Nur Muhammad Salallah Laila Hail LaAllah" sambung NurNazlyna pula.
Selepas habis mereka sama sama tersenyum bahagia. Mata NurNazlyna mula mengantuk. Azri Amsyar mencium perut NurNazlyna. Baju yang terdedah di betulkan sedikit.
Azri Amsyar berbaring di sebelah NurNazlyna. "sayang nak tidur dah ke??" soal azri Amsyar.
NurNazlyna hanya mengangguk.
"sayang mengantuk bertambahkan lagi dengan penat."ujar NurNazlyna dan memeluk Azri Amsyar.
"alah shiannya dia tak apalah jom tidur"Azri Amsyar memeluk NurNazlyna dengan erat.
Namun Pada malam itu mereka berdua tidur dengan lena dan tiada gangguan.

PAGI ITU Nurnazlyna tersedar pada pukul 4 pagi. NurNazlyna bangun dari katil kerana kakinya yang mula terasa kebas. Tangan suaminya yang berada di atas perut di alihkan dengan perlahan.Dengan perlahan NurNazlyna membuka laci sebelah katil.
Selepas itu dia mengambil minyak yang berada di dalam laci. NurNazlyna memicit kakinya dengan perlahan lahan. Sudah lama di tidak berasa sakit sebegini. Tetapi malam ini entah kenapa rasa sakit di kakinya terlalu kerap.
"Baby tak nak berjauhan dengan walid ya??" soal NurNazlyna sambil mengusap perutnya. Wajah Azri Amsyar yang tidur lena di pandang sekilas.
"kita terpaksa sayang berjauhan dengan walid sebab lagi 5 bulan jerw umi kene habiskn semester"ujarnya lagi. Seperti faham sahaja anaknya.
Selepas bercakap dengan anaknya Nurnazlyna mengurut kakinya dengan perlahan.
Azri Amsyar terdengar kata kata dari si isteri terjaga. Dia mencelikkan mata dan memandang ke arah isterinya yang sedang mengusap perut.
"Sayang, kenapa tak kejutkan husband??" soal Azri Amsyar sambil mengambil minyak di tangan Isterinya.
NurNazlyna memandang suaminya. "sayang ganggu husband tidur ke?? tak apalah biar sayang yang buat husband tidur okey??" arah NurNazlyna dan mengambil minyak di tangan Azri Amsyar.
Kemudian Nurnazlyna menolak tubuh azri Amsyar dengan perlahan dan lembut untu berbaring. Dia tidak mahu menganggu tidur suaminya kerana sebentar nanti suaminya akan memandu jauh.
"tak sayang, sayang tak ganggu husband tidur pun husband dah berjaga sejak sayang cakap dengan baby lagi"kata Azri Amsyar dan tersenyum.
NurNazlyna membulatkan matanya memandang Azri Amsyar yang sudah duduk di sebelahnya.
"baby yang taknak berjauhan dengan walid atau umi dia yang tak nak berjauhan dengan walid??" usik Azri Amsyar.
"hish dia ni janganlah sekarang ni husband nak tolong ke tak??"soal NurNazlyna mahu menukar topik.
"okey okey sini kaki tu husband urutkan ya?? shian dia"Azri Amsyar mengurut kaki NurNazlyna dengan perlahan.
NurNazlyna memandang Azri Amsyar.
"kenapa pandang husband macam tu??" soal Azri Amsyar dan memandang isterinya.
"tak ada apa... sayang baru tahu yang suami sayang ni hensem sangat"kata Azri Amsyar dan mengalihkan kakinya.
"dah sayang taknak urut dah kaki dah tak sakit"kata Nurnazlyna lagi.
"baru tahu ke yang husband ni hensem... sebelum ni tak pernah pun puji puji macam ni"kata Azri Amsyar dan bangun dari katil untuk membasuh tangannya yang sudah berminyak.
"mana ada sayang main main sayang cakap betul betul lah"ujar NurNazlyna bersungguh sungguh. Dia melihat suaminya yang sudah masuk ke dalam kamar mandi.
Azri Amsyar menutup lampu kamar mandi dan memandang ke arah isterinya.
"really??" soal Azri Amsyar sambil mendekatkn wajahnya bersama dengan isterinya.
NurNazlyna terkedu. Mata mereka bertentangan. Dia terpana dengan kekacakkan suaminya sendiri. Adakah dia sudah jatuh cinta sekali lagi dengan suaminya sendiri.
"Nazlyna wake up"gumam NurNazlyna.
Dia tersedar dari lamunan, NurNazlyna menolak wajah suaminya yang semakin mendekat.
"Hus... Hus...,Husband"NurNazlyna memanggil Azri amsyar dengan gagap.
Azri Amsyar turut tersedar dari lamunan dia mengalihkan pandangan dari isterinya.
"ehem ehem" Azri Amsyar berpura pura batuk. Dia membetulkan duduknya. Nasib tak terlajak tadi.
NurNazlyna menyumbunyikan senyuman dari suaminya. Faham sangat apa yang suaminya fikirkan.
Mata mereka bertentangan sekali lagi. NurNazlyna dan Azri Amsyar menyambung tidur mereka.

SUDAH 1 jam berlalu sejak mereka bertolak dari rumah sehingga sampai ke laluan untuk ke kuantan. Azri amsyar membawa kereta dengan penuh berhati hati. Najwa di berlakang di pandang dari cermin tengah.
"Najwa asyik main ipad sahaja dia ni"tegur Azri Amsyar sambil menurunkan sedikit kaca mata hitamnya.
"Alah Najwa tengah main game ni... game dia best"kata Najwa dengan petah.
NurNazlyna hanya tersenyum sahaja melihat anaknya yang petah berkata kata.
"biarlah dia husband ni... husband yang ajar dia main game lepas tu husband larang dia pulak"Nurnazlyna menggeleng kepala memandang suaminya.
Azri Amsyar tersenyum.
"umi cuba tengok"Najwa memberikan ipadnya kepada NurNazlyna.
NurNazlyna mengambil dan melihat gambar yang di tunjuk oleh Najwa itu. Berkerut dahinya melihat gambar itu. Dia memandang Najwa.
"kenapa dengan gambar ni??"soal NurNazlyna memandang Najwa.
"Boleh tak kalau Najwa nak patung panda macam ni hari tu Najwa nampak dalam bilik Umi dengan walid ada satu macam ni" Kata Najwa sambil menunjukkan gambar itu.
Bulat mata NurNazlyna memandang Najwa. Dia melihat Azri Amsyar di sebelah yang sedang tersengeh sahaja.
"yang tu umi punya Najwa mana boleh ambik suruh walid beli yang lain"ujar Nurnazlyna dan memberikan ipad itu kepada Najwa kepada Najwa.
"Alah umi, Walid ajar kita tak elok membazir apa kata umi share jerw patung panda tu dengan Najwa..."kata Najwa memandang ke arah ibunya seperti berharap.
"walid banyak duit suruh walid beli"kata NurNazlyna selamba.
Azri Amsyar tergelak.
"alah tak apa Najwa nanti umi dah jauh Najwa boleh Ambik patung tu dalam bilik ya" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna memandamg tajam suaminya.
"betul ke ni walid seronoknya sayang umi, sayang walid"Najwa mencium pipi NurNazlyna dan Azri Amsyar.
"Mana boleh itu sayang punya lah husband... husband ni"NurNazlyna memeluk tubuhnya.
"dengan anak pun nak berkira sayang ni... biarlah nanti husband beli yang baru untuk sayang..."kata Azri Amsyar.
"tak samalah husband Encik panda yang ni ibu belikan untuk sayang... sayang jaga dia tau"kata NurNazlyna.
Azri Amsyar tersenyum sahaja melihat rajuk si isteri. Dia menggeleng kepala melihat NurNazlyna begitu mengalahkan budak tingkatan 1 sahaja.
"okey okey husband beli baru untuk Najwa okey" kata Azri Amsyar.
"yeay!!!"sorak Najwa di berlakang sambil menepuk nepuk tangannya.
NurNazlyna tersenyum sahaja melihat ke terujaan anaknya.Selepas beberapa jam berada di atas jalan raya. Kini mereka sampai di rumah sewa NurNazlyna.
NurNazlyna memandang sekeliling kawasan rumah itu tiada sesiapa. Mungkin Farah dan yang lain tidak sampai lagi. NurNazlyna mengambil kunci di dalam beg tangannya.
"husband tunggu sini sayang buka pintu sekejap"NurNazlyna keluar dari kereta. Selepas itu, dia membuka pintu pagar untuk kereta suaminya masuk ke dalam kawasan rumah.
Azri Amsyar keluar dari kereta, kamudian NurNazlyna mengeluarkan barang barang dari kereta.
"Assalammualaikum"tegur seseorang dari sebelah rumah NurNazlyna.
NurNazlyna memusingkan badanya menghadap figura seorang wanita yang mungkin dalan lingkungan 30 tahun ke 25 tahun.
"waalaikummussalam, cik baru pindah sini ke??" soal NurNazlyna.
Setahunya rumah ini penyewanya yang lain. NurNazlyan tersenyum memandang wajah manusia ini.
"haah dek nama akak lily... akak baru jerw pindah sini minggu lepas..."kata Lily dan tersenyum kepada NurNazlyna.
"ouh ya ke... kenalkan tu suami saya Azri yang budak kecik yang akak nampak tu anak saya"kata NurNazlyna memperkenalkan permata hati dia kepada Lily.
Lily tersenyum dan menundukkan pandangan.
"hmm adik pun baru pindah sini juga ke??" soal lily.
"erh tak lah kak... saya duduk dengan kawan kawan saya kita orang study dekat kolej komuniti ni jerw"kata NurNazlyna dan tersenyum sahaja.
"ouh di kira kahwin mudalah ni"Usik lily.
Nurnazlyna hanya tergelak sahaja apabila di usik begitu.
"okeylah ni apa nama tadi Lyna ya??" soal Lily.
NurNazlyna mengangguk.
"akak masuk dulu ya..."Lily meminta diri masuk ke dalam rumah dan menunduk sahaja kepada Azri Amsyar.
NurNazlyna yang memandang gelagat lily dengan suaminya menjadi tertanya tanya kenapa bila lily memandang Azri Amsyar lily menundukan pandangan macam tanda hormat. Arh persetan jerw semua tu.

SELEPAS SELESAI Azri Amsyar membantu isterinya mengemas halaman rumah, Azri Amsyar duduk di sofa untuk mengurangkan penat. Dia mahu menemani isterinya sementara menunggu sahabat sahabat isterinya itu.
Nurnazlyna membawa sedulang air sejuk berperisakan laici dan meletakkan di atas meja hadapan suaminya. Kasihan dia melihat Azri Amsyar yang bertungkus lumus menolongnya mengemas rumah yang sudah berbulan mereka tidak balik.
"Rania dengan yang lain lambat lagi ke sampai??" soal Azri Amsyar selepas menelan air yang di hulurkan oleh isterinya sebentar tadi.
"lama lagi rasanya lepas asar nanti agaknya baru sampai. kenapa??"NurNazlyna memandang Azri Amsyar lebihan rambutnya di selitkan di berlakang terlinga.
"tak apalah kalau husband nak balik Shah alam balik jerw lah sayang boleh jerw tinggal sorang sorang alah nanti dia orang sampailah tu"sambung Nurnazlyna lagi.
"mana boleh husband tinggalkan sayang sorang sorang... nanti kalau jadi apa apa nanti.... tak apalah husband boleh tunggu"kata Azri Amsyar lembut.
NurNazlyna memandang Najwa yang lena tidur di atas sofa.Najwa itu bijak budaknya tidak pernah mengeluh atau pun mengalah dengan semua benda.
Senang di bentuk dan di ajar. Rasa traumanya dan penyakit depresion alhamdulillah sudah tiada dengan bantuan doktor dan kekuatan dari semua orang.
NurNazlyna mula terasa sebak. dek memikirkan tentang masalah Najwa. Dia dan Najwa tiada lebih dan tiada kurangnya.
"sayang, hey kenapa ni??" soal Azri Amsyar setelah dia perasan bahawa isterinya itu sedsng menangis di sebelahnya.
"nothing,"bohong NurNazlyna.
Azri Amsyar mengerutkan dahinya. "sayang nak tahu tak yang sayang ni sebenarnya tak pandai menipu... husband dah fahan sangat dah kenapa cepat cerita"Azri Amsyar berkata tegas.
"okey okey.... sayang cuma terfikir kalau sayang yang umur dari 13 tahun sampai 16 tahun sudah ada penyakit depersion ni pun dah orang cakap dah tak kuat bagi sayang.... cuba Husband tengok Najwa... dia depresion waktu umur dia 4 years until 6 years dia boleh kuat dan sabar lagi"kata NurNazlyna dan mengelap air matanya.
Azri Amsyar memandang ke arah Najwa juga. "Allah maha adil sayang, tak ada apa yang mustahil..."kata Azri Amsyar dan mengusap bahu NurNazlyna.
Lama selepas itu, Farah dan yang lain sampai juga akhirnya, apabila mereka sampai Faruq,Fariq dan Shahril juga turut ada. 3 buah biji kereta datang serentak ke rumah sewa mereka.
"lama ke kau tunggu babe??" soal Syakinah.
"hmm Kinah dapatlah saya tidur sekejap"ujar Azri Amsyar bagi memihakkan NurNazlyna.
Najwa yang di pangku oleh Farah itu di pandang sekilas. Tergelak mereka semua.
"ouh ya ke sorry lah ya... Kinah bukan nak bagitahu aku yang shahril hantar dia... aku dah sampai depan rumah dia, dia kata dekat aku yang dia dah gerak dengan shahril"kata Farah geram.
NurNazlyna tersenyum mendengar bebelan dari Farah itu.
"mana aku nak tahu shahril tiba tiba ada dekat depan rumah aku nak tolong angkat barang"kata syakinah.
"at least bagilah tahu aduhai"Farah menepuk dahi.
NurNazlyna menggeleng kepala memandang mereka.
"oi oi dah lah th gadungnya pun.... dah jadi bini orang still macam budak budak" kata Rania sambil menepuk nepuk tangannya.
"tu aku faham lagi lah yang shahril ni nak hantar tunang dia... yang korang dua sesat sini kenapa?? bukan ke korang kerja??" soal NurNazlyna sambil menunjukkan ke arah Faruq dan Fariq
"erh biarlah laki aku bukan laki kau"kata Rania sambil memeluk lengan Fariq
NurNazlyna tergeleng kepala melihat kegedikkan mereka.
"kau fikir kau sorang jerw ada laki aku pun adalah"NurNazlyna turut sama memeluk lengan Azri Amsyar.
Shahril berdehem.
"kau pula kenapa shahril sakit tekak" tegur Azri Amsyar.
"aku faham yang ini berlaki dengan yang ini, yang itu berlaki dengan yang itu, lepas tu aku ni baru bertunang tak payah nak tunjuk sangat betapa romantiknya korang dekat pasangan tunang erk"kata Shahril.
"hmm siapa suruh lambat sangat bertindak"kata syakinah.
Mereka semua tergelak suka.
"korang balik bila ni?? kita gerak sekali jerwlah"Azri Amsyar memandang mereka.
"hmm kejap lagi selepas solat maghrib kita orang gerak"kata Faruq.
Azri amsyar mengangguk sahaja.
"erh jom lah naik mandi dulu... bilik untuk sebelah store tu ada shahril kalau kau nak mandi pergilah sana tu... jangan naik bilik syakinah pula"kata Farah dan bangun dari sofa.
Najwa datang menghampiri NurNazlyna kebetulan Najwa dan Azri Amsyar tidak membawa baju untuk ke sini.
Mereka semua naik ke atas.
"Husband duduk bawah dulu sayang naik atas sekejap mandi boleh??" soal NurNazlyna dan bangun dari sofa.
"hah ya lah lagi pun husband nak sembang dengan shahril sekejap"kata Azri Amsyar.
NurNazlyna mengangguk dan dia naik bersama sama dengan Najwa. Pintu di buka. Terbeliak biji mata NurNazlyna melihat biliknya yang macam tukang pecah.semua gambar gambarnya dan Azri turut berterabur.
"umi Najwa takut"kata Najwa sambil memeluk lengan NurNazlyna.
"shh umi ada.." kata NurNazlyna dan masuk ke dalam dengan berhati hati.
Dia melihat tingkapnya yang sudah pecah. NurNazlyna bersabar lagi.
Selepas itu NurNazlyna mengemas barang barang yang ada pada lantai. Matanya terpandang pada sepucuk surat di atas meja soleknya.
Dia mengambil surat yang berada di atas meja dengan berhati hati. NurNazlyna membuka surat itu dan ada beberapa keping gambar dan juga sehelai kertas.

'MESTI TERKEJUT BUKAN SAYANG... NANTI KITA JUMPA YA SAYANG LOVE YOU'
NurNazlyna menutup mulutnya membaca surat itu.
"HUSBAND!!!" jerit NurNazlyna dan mencampakkan surat itu di atas meja
"umi" Najwa memeluk NurNazlyna kerana takut dengan jeritan uminya.
Azri Amsyar yang terdengar bunyi jeritan dari atas itu berlari naik ke atas bersama dengan shahril, terkejut dia melihat NurNazlyna yang sudah terduduk dengen berpelukkan dengan Najwa.
"sayang kenapa ni??" soal Azri Amsyar dan memandang ke sekililing bilik yang sudah bersepah dengan gambar.
Faruq dan Fariq turut masuk ke dalam dia melihat di kawasan tingkap yang sudah pecah.
Nurnazlyna menunjukkan surat dan gambar itu pada Azri Amsyar. Terbeliak biji mata Azri Amsyar melihat gambar gambarnya bersama dengan arwah alisya ketika masa dahulu.
"sayang ni alisya sayang trust me" kata Azri Amsyar bersungguh sungguh NurNazlyna yang sudah menangis teresak esak itu menganggukkan kepala.
"babe jangan nangis macam ni tak apa kita orang akan jaga kau please ingat dekat anak dalam kandungan kau"pujuk Syakinah. Rania menarik tangan Najwa untuk memujuk Najwa juga.
Azri Amsyar, Faruq dan yang lain mengemas rumah kawasan itu. Gambar sudah di ambil oleh Fariq untuk bahan bukti di balai polis.
"kalau macam tu aku dengan Fariq pergi buat laporan polis yang berdekatan"kata Faruq.
NurNazlyna memeluk suaminya dia percaya akan suaminya, Azri amsyar tidak akan pernah berbohong dengannya.
"shh everything akan jadi okey... rilex okey sayang..."pujuk Azri Amsyar.
Lagi beratlah Azri Amsyar mahu meninggalkan isterinya untuk duduk jauh berjauh dengannya..

26.3.2021
BERSAMBUNG...

jangan lupa baca lagi sekali tau geng... love you guys...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience